Stylo Clique ^_^

Saturday, October 23, 2010

+_BILA TAKDIR ITU BERBICARA_+ (BAB 63-64)


BAB 63

In tidak bekerja pada hari itu. Sengaja dia mengambil cuti. In malas mahu berhadapan dengan Iqram. Bagi In terlalu banyak rahsia yang disembunyikan oleh Iqram. Mengenai Qistina, Qhairul dan kini Taufiq. Kesemua mereka adalah keluarga Iqram. In sendiri tidak menyedari hubungan Iqram dan Taufiq. In berada di Butik Indah, milik ibunya.
“Eh, kakak tak kerja ke hari ni?” soal Indah setelah melihat anaknya itu melangkah masuk ke butiknya.
“Tak. Kakak ambil cuti,”
“Cuti? Kenapa? Tak sihat? Kakak sakit ke?”
“Taklah mak. In rasa malas nak kerja hari ni,”
“Malas? Tak pernah-pernah kakak malas kerja, kenapa hari ni malas kerja pula?”
“Mak, kakak malas nak tengok Iqram. Iqram banyak rahsiakan semua perkara daripada kakak,”
“Apa dia?”
“Mak tahu kan yang Iqram tu anak uncle Taufiq?”
Indah berhenti daripada menyusun baju-baju itu.
“Mak tahu kan? Kenapa tak nak cakap dengan kakak?”
“Jadi, tu rahsianya?”
“Mak, kenapa mak tak nak beritahu kakak?”
“Mak tak nak ada sebab kakak terima Iqram dalam hidup kakak,”
“Apa maksud mak?”
“Mak tak nak sebab uncle Taufiq, kakak terima Iqram. Mak tak nak sebab uncle Taufiq banyak tolong keluarga kita, kakak terima Iqram tu sebagai suami kakak sebab rasa nak balas budi,”
In hanya membisu.
“Tapi sejak akhir-akhir ni mak tengok, kakak pun dah mula sayangkan dia,”
“Sayang? Tak adalah mak. Kakak tak ada perasaan kat dia,”
“Kakak, mak tahu. Kakak masih sayangkan Zaf dan dalam masa yang sama kakak dah boleh terima Iqram kan?”
In sendiri tidak pasti apa jawapannya.
“Yang pergi, tetap pergi. Kita yang hidup ni kena teruskan hidup. Tak salah kalau jatuh cinta lagi. Bukan kakak curang pada Zaf tapi Zaf dah tak ada. Takkan kakak nak macam ni? Mengakulah pada diri sendiri,”
Indah cuba membuka hati anaknya itu. In cuba menanyakan soalan itu kepada dirinya. Benarkah apa yang dikatakan ibunya itu?
Indah melayan pelangan yag datang ke butiknya. In hanya memerhatikan tindak tanduk ibunya itu. Ibunya seperti mengerti apa yang dirasakannya. Hatinya mash lagi menyayangi lelaki itu. Mustahil bagi dirinya untuk melupakan insan bernama Aiman Zafirul itu. Tetapi benarkah dia sudah jatuh cinta semula? Adakah Iqram orangnya. Iqram terlalu baik terhadap dirinya. Iqram tidak pernah memaksanya untuk menerima Iqram sebagai suaminya. Iqram sentiasa memberi In ruang. Perkara itulah yang membuatkan In mula menyayangi lelaki itu. Iqram sentiasa mengambil berat akannya, tahu memujuk hatinya, tahu melayan jiwanya yang sedikit manja itu. Sama seperti Zaf. Iqram seperti bukan yang difikirkan dahulu. Iqram tidak pernah mengambil kesempatan terhadap dirinya dan apa yang paling penting sekali, Iqram sentiasa berada di sisinya tidak kira apa jua yang berlaku. In masih lagi ingat peristiwa dia demam tempoh hari. Iqram bersusah payah menjaganya sehingga kerja pejabat di bawa ke rumah.
“Kakak,” panggil Indah.
Lamunan In terhenti.
“Dah fikir masak-masak?”
In hanya mengukir senyuman.
“Mak nak kakak fikir betul-betul. Yang penting, mengaku dengan perasaan sendiri. Tak salah jatuh cinta dengan orang lain. Mak rasa, kalau Zaf tahu sekalipun, dia tentu gembira. Dia pasti nak kakak bahagia,”
In segera memeluk Indah. Kata-kata ibunya seperti membuka ruang kepada dirinya untuk mengakui dengan apa yang dirasainya, bukan menafikan perasaan itu.

In melangkah ke keretanya pagi itu. Kereta Iqram masih lagi di sebelah keretanya. In melihat jam tangannya, sudah menunjukkan pukul 8 pagi.
“Pelik, takkan tak bangun-bangun lagi. Biasanya saing-saing aku pergi kerja tak pun awal sikit. Hari ni tak kerja ke?” ngomel In sendiri.
In masuk ke dalam keretanya lalu menghidupkan enjin. In cuba menjengah lobi lif, mahu mengetahui sama ada Iqram sudah turun atau tidak. Setelah lima minit menunggu, Iqram masih tiada di situ.
“Kenapa tak turun-turun lagi?”
Perasaan risau mula timbul di hati In. In mengambil keputusan untuk menjenguk Iqram seketika. Setelah sampai di hadapan rumah, kasut Iqram masih lagi berada di atas rak. In melangkah masuk ke dalam.
“Awak,” panggil In tetapi tiada balasan daripada Iqram. In menjengah ke dapur tetapi tiada sesiapa di situ.
In mula menghampiri kamar Iqram. In mengetuk pintu bilik itu sebanyak tiga kali.
“Awak,”
Suara Iqram tidak kedengaran.
“Awak dah bangun ke belum? Tak pergi kerja ke?”
In dapat mendengar sesuatu di bilik Iqram. Seperti barang terjatuh.
“Awak, awak ok ke?”
Sayup-sayup kedengaran seperti orang menahan sakit. Kata hati In menyuruh In memulas tombol pintu itu dan masuk ke dalam. In masih lagi ragu-ragu dengan niatnya itu. Dan tanpa disedari tangannya sudah pun memegang tombol pintu. In membuka pintu itu. In memandang Iqram. Iqram sedang brselubung. In mengalihkan selimut itu. Kelihatan Iqram sedang menekan-nekan perutnya.
“Awak, kenapa ni?”
Iqram masih lagi berkelakuan seperti tadi.
“Awak, awak sakit apa ni?”
“Ulu hati saya,” suara Iqram sedikit bergetar.
“Kenapa?”
“Gastrik,”
Tubuh Iqram seperti menggigil. Iqram segera bangun menuju ke bilik air
“Awak, kenapa bangun?”
Kedengaran Iqram muntah. Iqram muntah air. Sejak pukul tiga pagi tadi penyakit gastriknya datang. Pada mulanya dia muntah biasa, lama kelamaan Iqram muntah air. Ubatnya sudah habis. Iqram seperti tidak berdaya. Iqram kembali lagi ke katilnya.
“Kenapa awak tak cakap dengan saya yang awak ada gastrik,”
Timbul perasaan serba salah di hati In. memang semalam dia tidak masak. Sengaja menunjukkan protes. Tidak sangka pula Iqram akan jadi begini.
“Mana ubat awak?”
“Dah habis,”
“Saya pergi beli kat farmasi tapi pagi lagi ni,”
In kelihatan seperti panik.
“Saya ok,”
“Mana boleh cakap ok. Awak dah muntah-muntah tadi,”
Iqram masih lagi menekan-nekan bahagian ulu hatinya. Terasa amat pedih, bagai dicucuk jarum. Tiba-tiba In teringat akan Taufiq. In segera mendail nombor telefon Taufiq.
“Assalammualaikum papa,” ucap In.
“Waalaikummussalam In. Kenapa call papa pagi-pagi ni?” tanya Taufiq.
“Papa kat mana?”
“Papa baru nak pergi office ni. Masih kat rumah lagi. Kenapa?”
“Pa, Iqram kena gastrik. Ubat kat rumah dah habis. Kat rumah papa ada ubat gastrik Iqram? In nak pergi farmasi pun pagi lagi ni,”
“Nanti papa suruh aunty Halimah tengok. Rasanya ada. Nanti papa hantar. Teruk sangat ke gasrik Iqram tu?”
“Macam teruk pa. Dia muntah-muntah,”
“Tak apa. In buatkan dia air susu. Nanti papa hantar ubat Iqram,”
“Boleh ke papa? Nanti Iqram tak loya ke?”
“Buatkan dia susu panas. In jangan risau. Papa cuba untuk cepat sampai,”

“Hari In cuti jelah. In jaga Iqram,” kata Taufiq.
“Baik papa. Tapi pasal lawatan site hari ni macam mana?”
“Nanti papa minta tolong technician buat. Tak pun papa turun sekali. Lagipun papa tak banyak kerja hari ni. Macam mana Iqram boleh kena gastrik? Dah lama dia tak sakit,”
“In tak tahu papa. In tak pernah tahu pun yang selama ni Iqram ada sakit gastrik,”
“Iqram dah lama kena. Sejak mama dia meninggal. Dia makan tak menentu, sebab tu dia kena gastrik. Semalam Iqram tak makan ke?”
“In tak pastilah pa. Semalam In kat rumah mak,”
Iqram sudah terlena setelah dia makan ubat yang dibawa Taufiq sebentar tadi. Masih lagi terasa sakit, namun ia perlahan-lahan hilang.
“Papa pergi kerja dululah. In jangan risau. Masakkan dia makanan yang lembut. Perut orang gastrik ni macam terluka juga,”
“Baik pa. Papa, terima kasih,” ucap In lalu bersalaman dengan Taufiq.
Sekali lagi perasaan itu muncul.
“Papa rasa lain pula bila In panggil papa. Papa dah biasa dengar uncle. Tak sangka In jadi menantu papa selama ni,”
“Kenapa papa cakap macam tu?”
“Papa memang suka kalau In jadi menantu papa sejak dulu lagi tapi papa tak suka memaksa. Mungkin memang takdir papa dengan ayah In untuk berbesan. Papa faham, mungkin bukan dengan cara yang betul tapi papa terima segalanya. Setiap manusia pernah buat silap. Seharusnya orang itu diberi peluang kedua untuk menebus kesalahan yang telah dia lakukan. Mungkin kita tak dapat rasa apa yang dia dia rasa tapi mungkin kita boleh tebus dengan menjadikan orang yang terluka itu lebih bahagia,” ucap Taufiq.
Kata-kata Taufiq itu seperti mengingati dirinya juga. Sama seperti kesalahan yang pernah dia lakukan suatu ketika dahulu. Dia sentiasa mengharapkan peluang kedua daripada Iqram. Begitu juga Iqram yang mengharapkan peluang keda daripada In. Taufiq faham benar akan perasaan Iqram yang terus mengharapkan peluang itu.
“In faham maksud papa. Insya ALLAH, kalau memang jodoh In dengan Iqram, suatu hari nanti akan ada peluang itu,”
Taufiq mengusap rambut menantunya itu.
“Papa pergi dulu,”
Taufiq menuju ke lobi lif dan terus memasuki lif, menuju ke bawah.

BAB 64

In menutup kembali pintu. In kembali ke kamar Iqram. In duduk di sisi Iqram yang masih lagi terlena. In mengelap peluh Iqram. Kelihatan peluh Iqram memenuhi dahi. Pasti Iqram menahan kesakitan tadi. In memandang sekeliling bilik itu. Pertama kali dia memasuki bilik Iqram. Bilik Iqram sedikit berselerak namun Iqram bunyi citarasa dalam menghias kamarnya. In terpandang lukisan itu. Persis dirinya. In menghampiri lukisan itu. Lukisan itu dibingkaikan dan di gantung di dinding. In memerhatikan lukisan itu satu persatu. Rambut, kening, mata, hidung, bibir, senyuman dan lesung pipit lukisan itu. Segala-galanya seperti menggambarkan akan dirinya. In senyum lalu meraba pipinya, mencari kedudukan sebenar lesung pipitnya dan ternyata ianya sama.
“Betul ke dia pernah berjumpa dengan aku sebelum ni? Betul ke dia pernah jumpa aku kat dalam mimpi dia sebelum ni?”
In mula menanyakan soalan itu kepada hatinya. Perlahan-lahan air matanya tiba-tiba mengalir. Timbul rasa terharu di dalam hatinya. Iqram telah jatuh cinta sebelum berjumpa dengannya lagi.
“Aku sayang dia ke?” soal In sambil pandangannya dialihkan kepada Iqram di katil.
Lelaki itu baik terhadapnya. Apa yang penting sekali, Iqram langsung dan tidak pernah mengambil kesempatan ke atas dirinya walaupun atas alasan yang mereka adalah suami isteri.

Bau harum bubur ayam menyengat ke hidung Iqram. Iqram membuka matanya. Dia melihat jam loceng yang berada di atas mejanya, jarum pendek menunjukkan angka 11 manakala jarum panjang di angka 7. Lama benar dia terlena. Iqram terdengar bunyi tapak kaki menuju ke biliknya. Iqram dapat mengagak siapa orangnya. Iqram kembali memejamkan mata. Berpura-pura yang dia masih lagi tidur. Langkah In terhenti. Dia meletakkan dulang yang ditatangnya tadi di atas meja.
“Tak bangun lagi?”
In duduk di sisi katil. Dia memerhatikan wajah Iqram. Dia mengaku wajah itu sering bermain di fikirannya sejak akhir-akhir ini. Tiba-tiba telefon bimbit Iqram berbunyi. In segera mengambil telefon itu. Tertera nama Qistina di skrin.
“Kenapa dia call? Ada hal penting ke?” tanya In sendiri.
Iqram dapat mendengar dengan jelas suara In
“Sibuk je call, tak tahu ke orang tengah sakit,”
In segera mengaktifkan telefon bimbit Iqram kepada mod senyap lalu diletakkan semula di atas meja. In kembali ke katil. Dia mahu mengejutkan Iqram untuk makan. Perut Iqram masih lagi kosong.
“Awak, bangun,” panggil In.
Tiada sebarang reaksi daripada Iqram.
Tangan In berada di tubuh Iqram. In cuba menggerakkan Iqram.
“Awak, bangunlah. Makan bubur ni lepas tu makan ubat,”
Iqram masih lagi begitu.
“Iqram, bangunlah. Nanti awak sakit kalau tak makan,”
Tiba-tiba Iqram bersuara.
“Saya akan bangun kalau awak cium saya,” ucap Iqram sambil tersenyum.
In segera memukul perlahan lengan Iqram.
“Awak tipu, sebenarnya awak dah bangun kan?”
“Taklah, saya baru bangun ni. Saya dengar awak suruh bangun. Saya bangunlah,”
“Betul?”
Iqram hanya tersengih.
“Ok. Awak bangun. Saya ada buatkan bubur ayam untuk awak,”
“Perut saya sakit lagi,”
“Sebab tu kena makan. Jangan biarkan perut tu kosong,”
“Saya tak ada tenaga ni,”
In cuba mencubit Iqram.
“Eh, jangan cubit. Kan saya sakit ni,”
In segera membetulkan bantal. In membantu Iqram duduk.
“Awak duduk elok-elok. Biar saya suapkan,”
“Awak nak suapkan?” tanya Iqram, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dikatakan In.
“Yelah. Awak kan tak ada tenaga,” balas In.
Iqram tersenyum gembira.
In mengambil mangkuk berisi bubur dan segelas air masak lalu diletakkan gelas itu di meja sisi katil. In mencedok sesudu lalu ditiup sekali dua.
“Perlahan-lahan makan. Panas ni,”
“Mm..,” suara Iqram seperti tidak dapat menerima bubur itu.
“Kenapa? Tak sedap? Panas ke?” tanya In bertubi-tubi.
Iqram hanya menggeleng kepala.
“Awak, kenapa? Tak selera? Tak boleh masuk tekak ke?”
“Sedap bubur awak ni,”
“Awak ni, sengaja buat saya macam ni tau,”
“Saya tak cakap apa-apa pun. Awak je yang menggelabah,”
In hanya menjeling manja. In terus menyuap bubur itu ke mulut Iqram. Iqram memberikan senyuman. Iqram merasakan berbaloi dia sakit pada hari itu.
“Saya nak minta maaf pasal papa. Memang salah saya sebab rahsiakan semuanya daripada awak,” ucap Iqram.
In tidak menghiraukan kata-kata Iqram. Tangannya terus menyuap bubur ke dalam mulut Iqram.
“Awak masih marah lagi ke?”
Pandangan In beralih ke arah mangkuk.
“Kenapa tengok mangkuk tu? Bubur tu lagi handsome daripada saya ke?”
In tersenyum mendengar gurauan Iqram.
“Taklah, saya dah tak marah lagi. Mula-mula saya marah juga. Semua awak rahsiakan daripada saya. Saya rasa macam orang tak tahu apa-apa. Ibarat orang yang teraba-raba di dalam gelap, sedangkan ditangannya ada lampu picit. Penat saya teraba-raba nak tahu siapa keluarga awak rupa-rupa jalan terbuka luas kat depan mata saya. Cuma mata saya sahaja yang dikaburi,”
In cuba berkias.
“Saya minta maaf. Saya tak nak awak terima saya sebab papa saya. Hubungan awak terlalu baik dengan papa saya. Saya tak nak sebab dia, awak terima saya dalam hidup awak. Lagipun, kita tak pernah hidup sebagai suami isteri. Jadi tak adil bagi saya untuk canang satu dunia yang awak adalah isteri saya Insyirah. Saya tak nak jadi tin kosong, yang hanya tahu berbunyi tapi tak ada makna bunyinya,”
Kali ini giliran Iqram pula yang berkias.
“Awak ni banyak cakap lah, tak padan tengah sakit,” In terus menyuap bubur itu tetapi tangan Iqram menahan.
“Awak marahkan saya lagi?”
In menggelengkan kepala.
“Betul tak marah?”
“Betul. Saya cuba faham situasi awak,”
“Awak ni sweet kan? Marah sekejap je. Tak lama. Lepas tu boleh berfikir secara rasional,”
“Awak jangan nak puji saya. Ingat saya makan dengan pujian awak tu,”
“Saya tahu awak bukan macam tu,”
Iqram melepaskan tangan In lalu mengarahkan sudu yang berada di tangan In ke mulutnya.
“Awak masak sedap. Saya dapat rasa kasih sayang awak terhadap saya,”
In mencebik.
“Kenapa awak tak beritahu saya yang awak ada gastrik?”
“Awak tak pernah tanya,”
“Saya rasa serba salah,”
“Oh, sebab tu dah tak marah saya sebab awak rasa serba salah? Kenapa serba salah?”
“Semalam awak tak makan ke?”
Iqram menggelengkan kepalanya.
“Kenapa awak tak makan?”
“Saya dah biasa makan masakan awak,”
“Awak kan boleh makan kat luar,”
“Entah, bila makan malam tekak saya ni rasa masakan awak,”
“Awak ni, buat saya serba salah,”
“Saya cakap benda yang betul. Tak ada niat nak buat awak serba salah,”
“Saya minta maaf. Sebab saya awak sakit,”
“Taklah. Bukan salah awak. Saya yang lupa nak makan. Semalam saya siapkan kerja,”
“Tapi, memang salah saya kan?”
“Taklah. Awak tak salah. Dah, jangan rasa serba salah lagi. Sebelum ni pun saya pernah sakit juga. Saya yang abaikan kesihatan saya,”
In tersenyum hambar.
“Mm..saya nak bubur lagi,”
In segera menyuapkan bubur itu ke dalam mulut Iqram.
“Mm..saya nak tanya satu perkara lagi,” pinta Iqram.
“Asyik tanya. Asyik cakap je, sampai bila nak habis makan bubur ni,”
In berpura-pura marah.
“Awak marah pasal Qistina?” Iqram langsung menanyakan soalan itu.
“Marah? Kenapa?”
“Saya dapat rasa awak marah, cemburu,”
“Awak ni memang tak malu. Perasan,”
Iqram sudah dapat mengagak itulah jawapan yang akan keluar dari mulut In.
“Jawapan awak tu tak kena dengan soalan saya. Saya tanya awak marah pasal Qistina ke? jawapan awak sepatutnya ya atau tak,”
Hati In mengakui memang ada perasaan cemburu terhadap Qistina tetapi bibirnya mahu menafikannya.
“Awak ni banyak tanya lah. Mm..nah, makan ubat ni. Tak padan dengan sakit,”
Tangan In meghulurkan dua biji pil berwarna putih itu kepada Iqram. Iqram mengambil pil itu tetapi tangan Iqram sempat memegang tangan In.
“Awak,”
“Saya nak tanya satu lagi perkara,”
“Yang kena bertanya mulut awak, bukan tangan awak. Tangan awak ni pegang tangan saya kenapa?”
Iqram merapatkan wajahnya ke wajah In.
“Awak risaukan saya?”
“Risau?”
“Kalau awak tak risau, awak takkan buat apa yang awak dah buat,”
“Saya buat berdasarkan sifat sivik yang ada dalam diri saya. Lainlah awak. Awak mana ada sivik,”
In cuba menafikan kenyataan Iqram.
“Betul awak buat semua ni sebab sivik awak?”
“Betul lah,”
“Kenapa awak rasa serba salah bila awak tak masakkan untuk saya? Kenapa awak rasa awak yang salah? Kenapa awak rasa awak adalah penyebab saya sakit?”
Soalan itu tepat sampai ke hati In dan diiringi dengan pandangan mata Iqram yang tajam ke dalam mata In. Suara Iqram jelas kedengaran di telinganya. In seperi terpaku, terkesima. Tidak dapat menafikan semua jawapan yang berada di dalam hatinya.
“Ee..busuk, dahlah belum mandi lagi. Makanlah ubat tu,” In cuba mengelak.
Iqram ketawa. Sekali lagi Iqram memegang tangan In.
“Awak sayang saya?”
Perlahan-lahan In melepaskan tangannya.
“Awak makan ubat ye. Lepas tu rehat,”
Iqram sedikit kecewa tetapi dia dapat merasakan perasaan itu jauh di lubuk hati In.

No comments:

Post a Comment