Stylo Clique ^_^

Tuesday, October 5, 2010

+_BILA TAKDIR ITU BERBICARA_+ (BAB 11-12 )


BAB 11

Jam menunjukkan pukul 12.30 tengahari, hampir waktu makan tengahari. Setelah penat meniliti laporan dan hasil kerja yang ditinggalkan Sofian, perutnya berasa lapar. In menemui Nadia, kerani Berjaya Holdings.
“Hai Nadia,” tegur In.
“Ye Cik Insyirah, ada apa-apa yang boleh saya tolong?”
“Saya ikut awak lunch nanti kan? Lagipun saya tak kenal staf kat sini. Tak salah kalau saya ikut awak kan?”
“Oo.. saya ingatkan apa tadi. Boleh Cik Insyirah, jangan risau. Lagipun Cik Insyirah kan baru lagi,”
“Terima kasih,”
“Tak apa, nanti kita keluar makan dengan Ana sekali,”

In, Nadia dan Ana keluar makan bersama-sama. Mereka makan di restoran berhampiran bangunan pejabat Berjaya Holdings.
“Macam mana hari pertama kerja Cik Insyirah?” tanya Nadia.
“Eh, jangan panggil saya Cik, kita kan kat luar. Panggil In je,”
Ana dan Nadia tersenyum. Ternyata In bersikap rendah diri.
“Oklah, saya masih belajar lagi. Tadi saya tengok sikit-sikit laporan yang Encik Sofian buat,”
“Tak apa, In jangan risau sangat. Encik Iqram boleh tolong In,” kata Ana.
“Ana dengan Nadia dah lama kerja kat Berjaya Holdings?”
“Mm..tak lama sangatlah, dalam 2 tahun,” kata Nadia.
“Saya pula baru cecah setahun,” kata Ana pula.
“Jadi dah tahu jugaklah perangai staf kat sini?” tanya In.
“Tahu jugalah. Kenapa In tanya?” balas Nadia.
“Kalau saya cakap jangan cakap dengan siapa-siapa tau,” pinta In.
“Apa dia? Macam rahsia besar je,” ucap Ana, tidak sabar mendengar cerita In lalu menghirup air limau ais.
“Encik Iqram tu pelik sikit eh perangainya?”
“Encik Iqram pelik?” tanya Ana sambil berpandangan dengan Nadia.
“Kenapa In tanya? Minat eh?”usik Nadia.
“Taklah. Saya tanya je,”
“Dia normal je. Cuma bila dah kerja, memang tak ingat benda lain. Kalau dia cakap nak urgent, kita memng kena buat apa yang dia suruh. Tapi kenapa In cakap dia pelik?” soal Ana.
“Tadi pagi sebelum saya masuk office, saya terserempak dengan dia. Dia terlanggar saya then saya jatuh. Memang salah dia sebab dia langgar saya dari arah belakang. Saya cakap dengan dia,dia tengok saya je. Macam saya cakap dengan dinding. Lepas tu saya geram, saya perli dia. Saya cakap saya dah maafkan dia even dia tak cakap apa-apa pun dengan saya. Lepas tu awak tahu apa yang dia cakap?”
“Apa dia?” sambung Ana, berminat mendengar cerita In.
“Dia suruh saya senyum. Saya buat muka pelik lepas tu terus pergi dari situ,”
Ana dan Nadia ketawa.
“Kenapa Encik Iqram tiba-tiba jadi pelik macam tu?” tanya Nadia dalam keadaan hairan.
“Tadi, masa dia hantar saya kat pejabat saya pun dia suruh saya senyum lagi. Kenapa dia macam tu? Tak pernah tengok orang senyum ke selama ni sampai nak suruh saya senyum?”
“Entah, saya pun tak tahu. Mungkin dia suka In tak,” ucap Nadia.
“Tak kanlah. Baru jumpa, tak kan dah suka kat saya. Ingat cerita drama ke,” ucap In sambil mencebik.
“Manalah tahu,”
“Kau ni, takkan tak dengar Encik Iqram dah ada someone,” kata Ana
“Dengar juga,”
“Ha, dia dah ada someone. Kenapa tak suruh girlfriend dia je senyum kat dia hari-hari,”
Ana dan Nadia sama-sama ketawa apabila mendengar kata-kata In yang berbau tidak puas hati.

BAB 12

In pulang ke rumah menaiki bas. Kelihatan kereta proton Waja berwarna hitam milik ibunya berada di perkarangan rumah. Indah pulang awal hari itu. Dia ingin menyediakan makan malam untuk anak-anaknya. Perniagaan Butik Indah yang sudah diusahakan selama 5 tahun itu sudah berjaya bertapak dan mempunyai pelanggannya sendiri. Bermula dengan menerima tempahan menjahit di rumah, akhirnya dia mempunyai butik pakaiannya sendiri. In melangkah masuk ke dalam rumah.
“Assalammualaikum,” ucap In.
“Waalaikummussalam, baru balik?” tanya Indah kepada anak perempuannya itu..
“Ha’ah. Awal mak balik hari ini?”
“Saja je mak balik awal. Macammana kerja hari ini?”
In berjalan terus ke dapur. Mencari air sejuk untuk membasahi tekak yang kering.
“Oklah. Hari first kerja macam biasalah. Tak ada kerja lagi,”
“Tak apalah, lama-lama nanti ada kerja. Silap-silap terlalu banyak sangat kerja sampai balik lewat. Semua staf ok?”
“Ok, semuanya baik-baik,”
Uncle Taufiq sihat?”
“Sihat sangat. Kakak tengok jarang dia ada kat pejabat. Baru nasuk 10 minit dah keluar lagi,”
“Orang busy katakan. Uncle Taufiq memang macam tu, sibuk. Bila kerja mana nak ingat sekeliling,”
Apabila mendengar emaknya berkata seperti itu, In teringat akan Iqram. Ana pernah berkata yang sama akan sikap Iqram. Entah bagaimana perangainya. In terpaksa bekerja di bawahnya selama In bekerja di Berjaya Holdings. Entah-entah semakin pelik.
“Mamat pintu yang pelik,” bisik hati In.
“Tapi, kenapa aku nak ingat mamat pelik tu? Buang masa je memenuhkan memori kepala aku yang sentiasa penuh ni,” bisik hati In lagi sambil meneguk air sejuk.

Iqram memandu menuju ke rumah Natasya. Dia perlu cepat kerana telah berjanji dengan Natasya untuk menemani Natasya makan malam dan membeli-belah. Peristiwa pada hari ini menyebabkan fikirannya teringatkan seorang gadis bernama Insyirah. Gadis yang suka memberikan reaksi pelik terhadapnya setiap kali Iqram meminta In memberikan senyuman. Gadis yang banyak rungutan tetapi wajah itu manis. Wajahnya yang biasa akan tetapi ada sesuatu yang menarik disebalik wajah itu. Rasanya seperti sudah lama mengenali gadis itu. Tanpa disedari, dia telah sampai di hadapan rumah Natasya. Natasya keluar.
“Hai sayang,” ucap Natasya.
Iqram tidak menyedari kehadiran Natasya.
“Sayang,” panggil Natasya.
Iqram masih lagi tidak menyedari kewujudan Natasya di situ.
“Iqram,” kali ini suara Natasya agak tinggi.
“Eh, bila you masuk?”
I dah lama masuk. You je yang tak perasan. Fikir siapa entah sampai tak nampak I kat sini,”
I fikir kerja kat office lah. Banyak kerja,” tipu Iqram walhal hakikatnya Iqram memikirkan In.
“Ingatkan fikir orang lain,”
“Taklah. Jom, kita pergi makan dulu. Shall we?”
“Ok sayang,” ucap Natasya dengan penuh manja.

Jam di dinding menunjukkan hampir pukul 12 malam. Iqram melangkah lesu ke dalam rumah. Fikirannya masih lagi memikirkan In. Sepanjang pertemuannya dengan Natasya, fikirannya melayang terhadap In. Perasaannya bergetar.
“Baru balik ke?” perli Badrul.
“Eh, tak adalah. Aku baru nak pergi ni,” balas Iqram, bergurau.
“Cet, baru lepas jumpa Nat lah tu,” ucapn Iqbal yang sedang bermain permainan video, Play Station 3.
“Patutlah muka happy je,” kata Badrul.
Iqram melabuhkan punggung ke sofa berwarna biru itu.
“Muka aku happy eh?”
“Yelah, dah jumpa mambang, mana tak seronok,” balas Badrul.
“Aku asyik teringatkan dia jelah,” kata Iqram lalu menyandar, cuba menghilangkan penat.
“Dah naik berbulu aku dengar ayat tu,” kata Iqbal yang sedang bertarung dalam permainan video street fighter.
Iqram sempat membaling bantal ke arah Iqbal.
“Woi, nanti aku kalahlah, tengah battle ni,”
“Kau lawan dengan aku pun memang kau kalah,”
Iqbal tidak mempedulikan kata-kata Iqram.
“Angau betul kau dengan Natasya,” kata Badrul.
“Bukan Natasya,”
“Bukan awek kau tu?”
“Bukan, tapi dengan In,”
“In?”
“In?” Iqbal berpaling ke arah Iqram setelah menekan butang pause.
“Siapa pula insan bernama In yang kau sebut ni?” soal Bad penuh rasa pelik.
‘”Kau ingat tak aku cakap yang aku mimpi benda yang sama banyak kali,”
“Ha, aku ingat. Kau tak cerita habis hari tu,”
“Aku mimpikan seorang perempuan. Banyak kali mimpi tu berulang. Mimpi yang sama. Aku jumpa dia kat tengah-tengah hutan,”
“Eh, tu bunian,” celah Iqbal.
“Banyak kau punya bunian. Ni orang la,”
Iqbal tersengih.
“Dalam mimpi tu dia ada cakap sesuatu dengan aku,”
“Dia cakap apa?” soal Badrul mendengar cerita Iqram dengan penuh minat.
“Dia cakap sesuatu yang aku dengan dia macam ada something. Aku susah nak cakap,”
“Maksud kau, dia ada hubungan dengan kau?” tanya Bad.
“Ya. Dia cakap kat aku perasaan itu indah tapi sukar dilihat dan ianya hanya dapat dirasa. Saya dapat merasakannya dari hati awak,”
“Dia cakap macam tu?” tanya Iqbal.
Iqram menganggukkan kepala.
So, apa kena mengena dengan In?” tanya Bad pula.
Iqram memberikan senyuman sambil mengangkat bahu, cuba bermain tarik tali dengan Iqbal dan Bad.
“Encik Iqram, senyuman tu tak memberi apa-apa jawapan kat aku. Senyuman kau tu tak bersuara,” ucap Bad.
Let me guess. In orangnya. In ialah perempuan dalam mimpi kau,”
Iqram memetik jarinya.
“Akhirnya seorang doktor juga yang faham bahasa senyuman aku tu. Insyirah ialah perempuan yang sama muncul dalam mimpi aku,” balas Iqram.
“Biar betul kau ni. Maksud kau perempuan dalam mimpi kau tu memang ada? Wujud kat atas muka bumi ni? Bernafas kat alam nyata ni?” soal Iqbal bertubi-tubi.
“Ya, dia wujud, ada kat atas muka bumi ni dan memang bernafas kat dalam alam nyata ni,” jawab Iqram.
Let me guess again. Lukisan hari tu. Ha, lukisan hari tu yang kau suruh pelukis nama Latif tu lukiskan seseorang. Kau dapat gambarkan orang tu, yang dia ambil masa lama nak siapkan. Jangan cakap lukisan itu ialah In, means Insyirah,”
“Sekali lagi Dr. Iqbal tepat,”
“Mana lukisan tu?”
Iqram hanya mengangkat keningnya.
“Gilalah. Lagi satu, siapa In ni? Aku tak pernah dengan kau sebut nama awek ni dalam hidup kau. Satu lagi pasal lukisan. Lukisan apa ni? Aku tak tahu apa-apa pun” soal Bad, seperti tidak percaya.
“Hari itu, Iqram ada suruh pelukis ni lukis seseorang. Aku ingat nak lukis muka dia, rupa-rupanya dia cakap dia suruh pelukis tu lukis wajah seseorang berdasarkan apa yang dia gambarkan. And tadi Iqram cakap, dia mimpikan perempuan tu. Kau tak nampak ke macam ada connection?” tanya Iqbal kepada Badrul.
“Ya tak ya. Mana lukisan tu? Bagilah kitorang tengok,”
“Rahsia,” balas Iqram lalu berlalu pergi menaiki tangga ke biliknya.
“Siot kau, cerita tak habis lagi,” marah Iqbal.
“Tau tak apa, suka sangat buat orang tertanya-tanya. Woi, turun la. Jangan naik dulu. Habiskan cerita kau,” sambung Bad.
To be continue,” balas Iqram, selamba.
“Kau ingat ni drama samarinda TV3 ke?” marah Iqbal lagi.
Iqbal dan Bad saling berpandangan. Masing-masing memberikan pandangan tanda tanya dan tidak puas hati. Tanda tanya terhadap gadis misteri bernama Insyirah, tidak puas hati terhadap Iqram yang bercerita separuh jalan.  

No comments:

Post a Comment