Stylo Clique ^_^

Saturday, October 2, 2010

+_BILA TAKDIR ITU BERBICARA_+ (BAB 5-6)


BAB 5

Iqram melawat tapak pembinaan gerai di Taman Indah. Gerai yang memuatkan 30 lot gerai makan serta dilengkapi dengan tandas dan surau sebagai kemudahan untuk orang awam yang hampir menelan kos sebanyak RM 2.5 juta merupakan tanggungjawab besar yang harus dipikul oleh Iqram. Dia berjumpa dengan penyelia tapak, Encik Karim.
“Assalammualaikum Encik Iqram,” ucap Karim.
“Waalaikummussalam,” balas Iqram lalu berjabat tangan.
“Sorang je Encik Iqram?”
“Saya sorang je. Tak bawa askar pun,” gurau Iqram.
Mereka ketawa.
“Macam mana progress?” tanya Iqram.
“Setakat ni substruktur dah hampir siap. Mungkin dalam 2, 3 hari kita boleh mulakan kerja formwork untuk lantai,”
“Kerja lain macam mana? Dah mula?”
“Kita punya subkontraktor pun dah mula. Setakat ni tak ada masalah. Harap-harap cuaca mengizinkanlah untuk kita buat kerja ikut jadual,”
“Saya pun risau juga. Sejak akhir ni macam mendung nak hujan”
“Alhamdulillah setakat ni semua ok. Ada barang terlewat sikit sampai. Tapi kita dapat cover balik la,”
Iqram mengangguk mendengar penjelasan pekerjanya itu.
Setelah hampir 15 minit Iqram meninjau kawasan pembinaan, Iqram meminta diri untuk pulang ke pejabat. Apabila dia melihat jam tangannya menunjukkan pukul 12.45 tengahari, dia membatalkan niatnya untuk pulang ke pejabat. Dia ingin mengajak Iqbal dan Badrul makan tengahari bersama. Hanya Iqbal yang bersetuju. Badrul yang merupakan seorang pensyarah terpaksa menolak ajakan Iqram kerana dia ada perbincangan dengan pelajarnya.
In dan Zaf sedang makan tengahari di Restoran Singgah Selalu. Selepas ini mereka bercadang untuk bersiar-siar di City Square.
“Esok Zaf balik KL,”
“In tahu,”
“Kenapa sedih je ni?”
“Zaf nak balik KL. Mestilah sedih,”
“Zaf nak balik KL esok. Bukan hari ni,”
“Kenapa? Kalau Zaf balik KL esok, esok baru boleh sedih?”
“Yelah. Zaf sekarang kan dengan In,”
In hanya tersenyum hambar.
Tiba-tiba Zaf memegang kepalanya.
“Sayang, kenapa?”
“Pening sikit,”
“Sakit sangat ke? Kita pergi klinik? Ke Zaf nak makan panadol je?”
It’s ok sayang. Mungkin Zaf pagi tadi tak sarapan,”
“Betul ni? In risau,”
“Tak ada apa-apa. Zaf ok sayang. Kita makan ye,”
“Betul tak nak pergi kinik?”
“Betul. Bukan serius sangat. Pening biasa je. Lagipun Zaf nak temankan In,”
“In tak kisah. Yang penting Zaf sihat,”
“Zaf sihat. Dah ok,”
In hanya mampu tersenyum.
“In sayang Zaf?”
In tidak membalas pertanyaan Zaf.
“Kalau sayang, cuba panggil Zaf abang,”
“Abang? Tak nak lah. Kan kita sebaya,”
“Nanti kalau kita dah kahwin, In kena panggil abang juga kan?”
“Dah kahwin lain,”
“In sayang Zaf?” sekali lagi soalan itu diajukan kepada In.
In memandang Zaf lalu tersenyum.
“Tak jawab pun,”
“Senyuman saya dah cukup beri jawapan untuk awak wahai Encik Zafirul,”
“Saya tak nampak jawapannya wahai Cik Insyirah,”
“Awak tak nampak, tak apa. Yang penting saya dah bagi jawapan untuk soalan Encik Aiman Zafirul,” kata In, cuba bermain tarik tali dengan Zaf.
“Saya tak nampak jawapan pada senyuman awak tu. Tapi saya nampak dari mata awak yang awak sayang kan saya Cik Ilham Nur Insyirah,”
“Kita makan? Nanti nak pergi CS pula,” ajak In.
Kali ini Zaf pula yang tersenyum. Dan tiba-tiba In berkata,
“In tak sayang Zaf tapi In terlalu sayangkan Zaf,”


BAB 6

Iqbal dan Iqram sedang menuju ke Restoran Singgah Selalu. Mereka menaiki kereta Gen-2 berwarna kuning milik Iqram.
“Tiba-tiba ajak aku lunch, kenapa?” soal Iqbal.
“Saja je. Tadi ajak Bad. Dia tak boleh. Ada hal dengan student dia,” jawab Iqram.
“Kau nak belanja ke?”
“Belanja je. Yelah. Aku payung kau,”
“Itu yang aku nak dengar,”
“Kau tadi tak ada patient ke?”
“Ada tapi tadi kebetulan kau telefon aku baru habis,”
 “Kau sorang je ke handle?”
“Taklah, abang aku ada. Nanti malam aku kena ganti dia. Ada hal pasal anak dia. Ada malam kebudayaan kat sekolah ke ape entah,aku tak ingat. Anak dia masuk acara apa ntah. Aku pun tak ingat dia cakap apa. Dia nak pergi tengok. So, petang ni dia ganti tempat aku,”
“Oo..Macam mana? Ok? Ada awek cun tak?”
“Banyak kau punya awek. Kenapa tanya? Nat nak letak mana?”
“Aku tanya untuk kau,”
“Yelah tu. Kau ni dari mana?”
“Baru balik site. Ingat nak terus balik pejabat, tengok jam dah waktu lunch. Tu yang ajak kau sebab klinik kau pun area site aku,”
“Bukan klinik aku la, klinik abang aku,”
“Samalah tu. Semalam bola siapa menang? MU ke Liverpool. Aku nak tengok juga, tapi lepas mandi ngantuk. Terus aku tidur,”
“MU menang, 2-1,”
Mereka terus berbual dan akhirnya mereka sampai di Restoran Singgah Selalu.
Iqram dan Iqbal keluar dari kereta dan mereka menuju ke pintu masuk restoran tersebut. Kebetulan In dan Zaf sudah selesai makan. Mereka berselisih di pintu masuk. Zaf tidak sengaja berlanggar dengan bahu Iqram. Iqram memandang sekali imbas.
Zaf mengangkat tangan menandakan isyarat maaf. Iqram membalas dengan menganggukkan kepala. Dan tiba-tiba Iqram seperti perasan akan sesuatu tapi dia tidak pasti.
“Kau ada nampak awek mamat yang langgar bahu aku tadi?”
“Entah. Tak perasan. Lagipun awek dia, takkan aku nak tengok lama-lama,”
“Aku macam pernah jumpa,”
“Memanglah. Dah duduk JB ni, mesti pernah berselisih,”
“Tapi macam pernah nampak,”
“Budak satu U tak, tak pun satu sekolah dengan kau dulu ke?”
“Mungkin kot,”
“Dah, biarlah. Awek mamat tu. Bukannya awek kau. Yang penting sekarang ada orang nak belanja aku makan,”
Iqram menuruti Iqbal. Tapi fikirannya masih memikirkan gadis yang bersama lelaki itu. Mungkin benar kata Iqbal.

No comments:

Post a Comment