Stylo Clique ^_^

Friday, October 8, 2010

+_BILA TAKDIR ITU BERBICARA_+ (BAB 33-34)


BAB 33

In masuk ke dalam bangunan Berjaya Holdings. Hatinya sakit dengan apa yang telah berlaku.
“Eh, In dah balik dari site?” sapa Ana.
In tersenyum.
“Dah,” jawab In, pendek.
“Mana Encik Iqram? Tadi pergi berdua. Balik pulak sorang-sorang?” tanya Ana.
Hati In semakin pedih apabila Ana menyebut nama Iqram.
“Dia ada hal tadi. Dia hantar sampai kat depan je,” In berbohong lagi.
“Oo..banyak kerjalah tu agaknya. Biasalah engineer,” ujar Ana.
In hanya tersenyum hambar.
“Saya masuk dulu lah. Penat tadi pergi site,”
In menuju ke pejabatnya. Dia membuka pintu lalu masuk dan menutup kembali pintu itu. Dia segera duduk di kerusinya. Menyandarkan kepala ke kerusi. Dia memejamkan mata, cuba menenangkan fikiran stelah apa yang dilaluinya tadi. Kalau diikutkan perasaannya, mahu saja dia berhenti kerja ketika itu juga tetapi In juga sedar. Itu tidak akan menyelesaikan masalahnya dengan Iqram. Dia juga tidak mahu kecewakan Taufiq. Perasaannya berbelah bagi. Sampai bila dia mahu berkorban untuk orang lain sedangkan dirinya sendiri cukup terseksa.
Selang sepuluh minit Iqram melangkah ke Berjaya Holdings. Kelihatan simbol anak panah ke atas di dinding. Iqram segera menekannya. Terasa lambat pintu lif terbuka. Iqram gelisah memikirkan keadaan In. Seminit kemudian pintu lif terbuka. Terdapat dua orang keuar dari lif. Iqram menunggu sehingga mereka keluar lalu dia masuk. Dia menekan nombor tiga pada dinding lif. Pintu lif tertutup. Hatinya berharap In mahu bercakap dengannya lagi. Dia tidak mahu In mejauhkan diri darinya.
“Ting,”
Pintu lif terbuka.
Iqram melangkah keluar. Ana melihat kelibat Iqram.
“Tadi kata ada hal. Cepatnya balik,” Ana ngomel sendiri.
Iqram semakin hampir dengannya.
“Ana, Cik Insyirah dah masuk?”
“Dah. Baru je masuk. Tadi bukannya Cik Insyirah cakap Encik Iqram ada hal?” tanya Ana kehairanan.
Iqram terpinga sebentar apabila mendengar pertanyaan Ana.
“Ada hal?”
“Tadi Cik Insyirah yang cakap. Encik Iqram ada tertinggal apa-apa ke?”
Iqram dapat menangkap kata-kata Ana. Pasti itu alasan yang diberikan In kepada Ana
“Oo..ha’ah tapi tak jadi,” kata Iqram lalu menuju ke pejabat In.
Iqram mengetuk pintu. In dapat mengagak siapa yang mengetuk. In membiarkan. In mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia menaip sesuatu lalu menghantarnya kepada Iqram.
Beberapa saat kemudian telefon Iqram berbunyi. Iqram mengeluarkan telefonnya. Mesej diterima.

Sy xnak jumpa awak.
Sy rs xde apa y nk dbincgkan.
Lebih baik awk buat mcm biasa je..

Iqram mengeluh. Dia memandang In. In langsung tidak memandang ke arahnya. In tidak mahu berjumpanya. Iqram melangkah lesu ke pejabatnya. Dia duduk di kerusi. Matanya tidak lekang daripada memandang In. In masih lagi tidak menghiraukannya. Iqram membuka komputer ribanya. Dia memandang sepi skrin komputer itu. Tubuhnya berada di situ tetapi jiwa, fikiran dan perasaannya bersama In di sebelah. Iqram cuba melenyapkan masalah yang timbul di benak fikirannya. Kini,masalahnya mula bertambah. Natasya muncul menjadi beban dalam hidupnya. Natasya menjadi masalah dalam hubungannya dengan In. Natasya mengeruhkan lagi keadaan. Iqram mengambil telefon bimbitnya. Dia memicit-micit papan kekunci telefon lalu menghantarnya kepada In. Iqram memandang In. Beberapa detik kemudian In membuka lipatan telefon bimbitnya. In membaca mesej dari Iqram

Balik nanti sy hantr..
Kte kena bincg..

In membalas mesej itu.

Lebih baik kita buat macam biasa je..

Iqram menerima mesej itu. Iqram memandang In. Pandangannya seolah-olah mengharapkan In menerima permintaannya. In masih lagi memberikan reaksi yang sama. Hati Iqram menyalahkan Natasya. Jika dia tidak bertemu dengan Natasya tengahari tadi, pasti perkara seperti ini tidak terjadi. Mahu saja dia baling segala benda yang berada di hadapannya. Iqram menyandarkan kepalanya ke kerusi. Dia memejamkan matanya.

Pintu pejabat Iqram diketuk. Nadia masuk ke dalam setelah melihat Iqram masih lagi terlena. Nadia meletakkan fail itu di atas meja.
“Encik Iqram,”
Tiada reaksi.
“Encik Iqram…Encik Iqram,”
Iqram terjaga.
“Mm..Nadia,”
Iqram menggosok-gosokkan matanya. Pandangannya sedikit kabur.
“Encik Iqram ok ke?” tanya Nadia.
“Mm..ok. Dah lama ke saya tidur Nadia?”
“Lama juga. Sekarang dah pukul 5.15,”
“Mm? Pukul 5.15?,” Iqram segera memandang ke sebelah. Kosong. In tiada di pejabatnya. Ke mana In pergi? Soalan itu segera di otaknya apabila melihat ketiadaan In.
“Cik Insyirah mana?”
“Dia dah balik. Dia balik dalam lima belas minit lepas,”
“Dia dah balik?”
“Ya Encik Iqram. Sebelum balik dia ada kasi fail ni. Dia pesan suruh bagi kat Encik Iqram. Dia cakap dia dah siapkan pindaan kerja untuk bumbung projek gerai tu. Tinggal Encik Iqram semak semula, mungkin Encik Iqram nak tambah apa-apa lagi. Lagi satu, claim untuk projek dewan tu esok Cik Insyirah siapkan,” terang Nadia.
Iqram memicit-micit kepalanya. Kata-kata Nadia langsung tidak masuk ke dalam otaknya.
“Sebelum balik dia ada cakap apa-apa ke?”
“Tak ada pulak. Dia just bagi fail ni then dia balik. Dia cakap nak bagi Encik Iqram, tapi Encik Iqram tidur. Dia pesan kat saya sebab saya balik lambat sikit. Ada apa-apa ke Encik Iqram?”
“Eh, tak adalah. Saya terkejut je. Lama sangat saya terlelap,”
“Encik Iqram penat agaknya,”
“Mungkin,”
“Saya keluar dulu Encik Iqram,”
Iqram mengangguk sambil tersenyum hambar.
Iqram tahu In mengelak daripada berjumpanya.

BAB 34

In sedang berada di dapur, membantu Indah membasuh pinggan setelah selesai makan malam. Indah sedang mengelap dapur yang kotor kerana percikan minyak.
“Iqram sihat?” tanya Indah.
“Sihat mak,”
“Diam tak diam, kamu dah dua minggu nikah dengan Iqram,”
“Mak, jangan sebut lagi pasal tu,”
“Mak tak nak kakak buat salah,”
In mendiamkan diri. Hanya bunyi air paip kedengaran.
“Bila kamu berdua nak duduk serumah?”
“Mak, kakak tak nak,”
“Kakak dengan Iqram suami isteri. Berdosa kalau kakak tak berada di sisi dia,”
“Mak, time kerja kakak dah jumpa dia. Cukuplah perasaan kakak terseksa. Lagi mak nak kakak duduk serumah dengan Iqram?”
In teringat kembali peristiwa Natasya menghinanya sedangkan dalam hatinya langsung tiada perasaan terhadap Iqram. Dia tidak merampas Iqram dari Natasya tetapi Iqram yang telah merampas perasaannya. Merampas jiwanya.
“Mak faham perasaan kakak. Tapi kan lebih elok bagi peluang kat Iqram tu. Mak tahu, Iqram ada alasannya sendiri,”
In sedang membilas pinggan terakhir.
“Kakak, bagi ruang untuk Iqram,”
“Tak mak, kakak masih sayangkan Zaf,”
Indah faham akan perasaan In.
“Mak faham. Tapi kakak dan Iqram seelok-eloknya duduk sebumbung. Tempat seorang isteri di sisi suaminya,”
Air mata In perlahan-lahan menitis. In segera mengelap tangannya yang basah lalu menuju ke biliknya. Setelah peristiwa malam itu, In cuba bangkit dari kesedihan. In cuba tabahkan hati berhadapan dengan Iqram. In cuba kuatkan perasaannya. Cuba berlawan dengan perasaannya. Tapi setiap kali In menyebut nama Zaf, perasaannya tidak kuat, hatinya luluh. Zaf terlalu istimewa di dalam hidupnya. Dia tidak menyangka begini takdirnya. Sekali lagi air mata itu jatuh. In tidak pasti dia menangis kerana siapa. Adakah kerana Iqram yang telah menjadikan dirinya isteri tanpa kerelaan atau kerana Zaf yang telah jauh pergi meninggalkannya?

5 comments:

  1. Ain aku jadi nak ajo ko eja jap..hehe jgn mara..ni gi betulkan..

    "Ana hanya menganggu lalu menyambung semula kerjanya" ... Aku rase ko tertinggal huruk "K" ..

    "Sampai bila dia mahu berkorba untuk" ..Tertinggal huruf "N"..

    ReplyDelete
  2. ala..typing error la tu..
    bukn salah wa beb...
    anyway..tq byk2..hihihii...

    ReplyDelete
  3. ceh typing error ke tgn kero...hehehee

    xpe2 lepas ni aku jadi guru bahasa ko, hehee

    ReplyDelete
  4. manusia itu tidak pnh sunyi drp melakukan kesilapan..
    tanpa kite sedar atau tidak..
    krn silap itu akan mjdkan dri ini lbh baek...
    (wahhh..ayt seni muncul scra lgsg..)
    elehh..zara..ko pun pnh wat typing error jgk pe..

    ReplyDelete
  5. eh mane ade, aku tulis baek punye xde silap...heheheee....

    ReplyDelete