Stylo Clique ^_^

Wednesday, October 6, 2010

+_BILA TAKDIR ITU BERBICARA_+ (BAB 23-24 )


BAB 23

Malam itu In bangun. Jam menunjukkan pukul 3.15 pagi. Dia selesai solat sunat tahajjud dan solat hajat. In memohon supaya dia diberi kekuatan dan ketenangan untuk menempuhi ujian yang diberikan ALLAH kepadanya. Dia memohon supaya ALLAH menunjukkan dia jalan untuk meneruskan hari-hari yang mendatang. In melipat sejadah dan telekung lalu menyidainya di tempat penyidai. Dia duduk di sisi katil. Matanya terpandang kotak jam dan surat peninggalan Zaf di atas meja. Perlahan-lahan In melangkah ke meja. Dia mengambil kotak jernih itu lalu membuka perlahan-lahan. Dua utas jam tangan sedondon terletak kemas di dalam kotak itu. Hadiah yang ingin diberikan Zaf kepadanya ketika ulang tahun mereka menjadi kekasih. In masih lagi ingat hari itu.

Sudah beberapa hari Zaf mengajak In pulang dari sekolah bersama. Pada mulanya In tidak mahu, tetapi semakin lama semakin dia mengenali Zaf hatinya timbul perasaan terhadap Zaf. Meskipun pada awalnya dia tidak menyukai Zaf, akhirnya perasaan itu timbul untuk Zaf setelah mengetahui siapa sebenarnya lelaki yang menjadi kegilaan ramai itu. In menuju ke kantin setelah selesai bermesyuarat bersama dengan AJK tertinggi lembaga pengawas. Ada laporan yang perlu dibentangkan bagi setiap ketua biro. Itu telah menjadi rutin mingguan bagi AJK tertinggi badan pengawas sekolah itu.
Sorry lambat,”
“Tak apa, saya dah biasa,”
“Merajuk eh?”
“Taklah. Kan saya macho. Mana ada merajuk,”
“Eleh. Perasan,”
“Awak yang cakap saya macho,”
“Eh, bukan saya lah. Budak-budak perempuan sekolah ni yang cakap. Saya tolong sampaikan kat awak je,”
“Awak yang sampaikan, awaklah yang cakap,”
In hanya mencebik.
“Jom, kita balik. Sini saya bawakan buku awak,” Tangan In penuh dengan buku dan kotnya tersangkut di lengannnya. Zaf mengambil buku dari tangan In. Mereka berjalan seiring menuju ke pintu pagar. Mereka sedang berbual mengenai sekolah. Dan tiba-tiba setelah keluar daripada pagar, Zaf menanyakan sesuatu kepada In.
“In,” panggil Zaf penuh lembut
“Mm.. kenapa suara macam manja je,”
“Manja ke?”
In hanya tersenyum.
“Awak suka saya tak?” tanya Zaf spontan.
In terkejut dengan pertanyaan Zaf. In tidak sanggup memandang muka Zaf. Hatinya berdebar-debar.
“Awak suka saya tak?” sekali lagi Zaf bertanya. Zaf sendiri tidak tahu dari mana dia dapat kekuatan seperti itu.
“Saya suka kawan dengan awak,” In cuba bermain kata-kata tapi dia dapat mengagan apa maksud sebenar Zaf.
“Saya pun suka kat awak,”
Zaf cuba mengumpulkan kekuatan untuk menanyakan soalan yang seterusnya. Mereka terus berjalan.
“Kenapa awak tanya?”
“Dulukan awak tak suka cakap dengan saya,”
“Saya dah kenal awak,”
Zaf tersenyum, ada tanda-tanda lampu hijau.
“Kalau sayang?”
“Mm? Sayang?” kali ini jantung In berdegup kencang apabila perkataan sayang disebut Zaf.
“Yalah. Sayang,”
“Kenapa dengan sayang?”
“Awak sayang saya tak?” Zaf berpeluh. Begitu spontan perkataan itu terkeluar dari bibirnya.
In mendiamkan diri. Dia juga mempunyai perasaan yang sama.
“Awak tak sayang saya eh?”
Perasaan In bergetar.
“Saya tak cakap pun saya tak sayang,” in cuba berjalan lebih pantas, cuba meninggalkan Zaf. Tidak sanggup dia memandang wajah itu. Hatinya berdebar-debar ketika itu.
Zaf tersenyum.
“Awak, tunggulah,”
Zaf berjalan lebih pantas, cuba mengejar In.
“Maknanya?”
In mengangkat bahunya lalu tersenyum.
Zaf seolah-olah mengerti maksud senyuman itu. Mereka terus berjalan, masing-masing diam tanpa kata.
“Saya sayang awak tau,” tiba-tiba Zaf bersuara.
In terkesima mendengar pengakuan Zaf itu. In tersenyum.
“Awak ikhlas sayangkan saya?”
“Awak rasa?”
“Saya tak tahu hati awak. Mungkin awak nak main-mainkan saya je,”
Zaf memandang tepat ke mata In.
“Saya ikhlas sayangkan awak,” kata-kata Zaf sampai ke hati In.
“Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tetapi amat sukar dilihat. Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui keikhlasan hati kita.” In pernah membaca mutiara kata itu di dalam sebuah buku.
“Saya tak sangka pengawas yang tegas macam awak ni mampu bermain dengan bahasa sastera,”
“Kenapa? Tak percaya?”
Zaf hanya tersenyum.
“Tapi yang pasti, saya sayangkan awak,”
In hanya mampu membalas dengan senyuman.

In menggenggam erat jam tangan itu, seolah-olah Zaf berada disisinya. Dia tidak sanggup kehilangan Zaf, tapi dia sedar. Ini semua kehendakNYA. Kita sebagai hambaNYA tidak mampu melawan takdir yang telah ditetapkanNYA. Masih segar lagi ingatannya mengenai peristiwa hari itu. Itulah antara kenangan manis yang masih utuh di fikirannya. Tidak mungkin dia melupakannya. Terlalu indah, terlalu berharga dan tiada ternilai. Selama ini dia menganyam impian untuk mnjadi teman hidup insan bernama Aiman Zafirul. Tetapi hari ini, dalam sekelip mata dia menjadi isteri orang lain tanpa kerelaannya. In membuka perlahan sampul surat itu. Surat itu belum lagi dibacanya sejak dia peroleh daripada Zubaidah. In membuka perlahan lipatan kertas itu. In membaca isi kandungan surat yang ditulis oleh Zaf sebelum dia pergi meninggalkan In buat selama-lamanya.

Assalammualaikum sayang…
Ilham Nur Insyirah,
Terima kasih atas segala-galanya,
Tiada ucapan yang boleh Zaf berikan melainkan terima kasih untuk In.
Sepanjang Zaf berkawan dengan In, Ilham Nur Insyirah adalah makna hdup Zaf,
ILHAM, yang sentiasa memberi Zaf inspirasi, tidak pernah ada erti jemu In untuk Zaf.
NUR, cahaya yang menyinari hidup Zaf.
INSYIRAH, kegirangan yang sebenar dalam hidup Zaf, memberi Zaf kebaikan hati dan arah yang sebenar sepanjang hidup ini.

Terima kasih memberi Zaf peluang dan ruang dalam hidup In.
In, sepanjang kita berkawan, Zaf jarang meluahkan ayat ini.
Izinkn Zaf mengucapkannya untuk kali terakhir, walaupun bukan dari bibir Zaf tapi dari hati Zaf yang paling dalam.
In…Zaf cintakan In.
Zaf harap dengan lafaz yang terakhir itu, cukup untuk In mengingatinya sepanjang hidup In kerana selepas ini Zaf tidak mampu lagi untuk berkata sebegitu kepada In.

Ilham Nur Insyirah,
Bertemu dengan ILHAM, mengenali NUR, bersama INSYIRAH dan menerima kasih sayang daripada ILHAM NUR INSYIRAH adalah anugerah tak ternilai dalam hidup Zaf.
Walaupun seketika, ia sudah cukup untuk menggembirakan dan membahagiakan sepanjang hayat Zaf.
Belum puas rasanya menyayangi Ilham Nur Insyirah tetapi Zaf terpaksa pergi dulu.
Maafkan Zaf kerana terpaksa memulangkan semula hati In.
Maafkan zaf sekali lagi kerana pergi meninggalkan In.
Janji dengan Zaf yang In akan memberikan hati In kepada insan lain sebagaimana In memberi hati In kepada Zaf. In berhak untuk mengecapi kebahagiaan. Mungkin lebih bahagia daripada In bersama Zaf.
Terima kasih kerana sudi memberi dan menerima kasih sayang daripada insan bernama Aiman Zafirul bin Abdul Rashid.
 “Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tetapi amat sukar dilihat. Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui keikhlasan hati kita.”
In ingat lagi kata-kata ini? In ungkapkan semasa Zaf melamar In untuk menjadi insan teristimewa dalam hidup Zaf.
INSYA ALLAH cinta Zaf untuk In ikhlas.
Terima kasih kerana sudi menjadi insan teristimewa dalam hidup Zaf.


Salam terakhir daripada Zaf,
Zaf sayangkan In.

Air mata In gugur perlahan-lahan. Hatinya sayu apabila membaca surat itu. In menekapkan muka ke bantal. In menangis semahu-mahunya. Surat itu dipandang lagi. Tidak sanggup dia berpisah daripada surat itu sepertimana dia telah berpisah dengan Zaf. Hatinya tidak kuat. Ya ALLAH, kuatkanlah iman hambaMU ini, tabahkanlah hati hambaMU yang lemah ini. Hati In tidak berhenti-henti memohon kepada ALLAH. Akhirnya In terlelap bersama surat itu masih lagi ditangannya.

BAB 24

Matahari mula memancarkan sinarnya. Baju tshirt berwarna biru gelap tersarung di tubuh In. In memegang telefon bimbitnya. Terdapat lebih daripada lima mesej dan tiga panggilan tidak dijawab. Semuanya daripada Iqram. Tanpa membaca satu mesej pun, In memadamkan semuanya. Mahu sahaja dia memadamkan Iqram dalam hidupnya jika hidup ini semudah telefon bimbit itu, hanya sekali tekan, semuanya hilang. Tetapi hidup ini bukan mudah seperti itu. In menuruni tangga. Indah sedang menyediakan sarapan.
“Anak mak dah mandi?”
In hanya mengangguk perlahan.
“Sini, duduk. Kita sarapan sama-sama. Mak ada buat kue teow goreng basah. Kan kakak suka,”
In tersenyum lalu duduk di kerusi meja makan. Indah menghulurkan semangkuk kue teow kepada In. In mengambilnya. Dia mencedok sebanyak dua senduk ke dalam pinggannya. Indah menghulurkan secawan teh panas kepadanya.
“Mak, kakak nak berhenti kerja,”
Indah terkejut dengan keputusan anaknya itu.
“Kenapa?”
“Kakak tak nak tengok muka Iqram. Kerja kakak melibatkan dia,”
“Tapi takkan sampai nak berhenti kerja. Kakak kerja baru dua minggu lebih, tak sampai sebulan pun,”
“Kakak tak nak tengok muka dia,”
“Nanti, apa kata uncle Taufiq. Dia yang kasi kakak kerja tu. Takkan kakak nak buat kat dia macam tu. Kesian uncle Taufiq,”
In terdiam. Memang ada benar kata-kata ibunya itu. In mula rasa bersalah dengan Taufiq. Rakan ibunya itu terlalu baik dengannya. In sudah menganggap Taufiq seperti ayahnya sendiri. Hatinya tidak tegar apabila memikirkan Taufiq. Kini hatinya sudah berbelah bagi.
“Kakak, kerja lah dulu kat situ, demi mak dan uncle Taufiq,”
“Nanti kakak fikirkan dulu,”
Indah tahu, anaknya tidak sanggup berhadapan dengan Iqram. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Apa yang Indah tahu, dia hanya boleh memberikan nasihat di atas setiap keputusan yang bakal In buat. Dia tidak mahu anaknya terus terseksa.
“Walau apa pun, sekarang Iqram dah jadi suami kakak. Walau apa pun yang berlaku dia tetap suami kakak,” nasihat Indah.
“Mak, kakak tak nak hidup dengan dia, kakak nak cerai,”
Sekali lagi Indah teperanjat tetapi kali ini terperanjatnya berkali ganda.
“Astaghfirullahalazim. Bawa mengucap kak. Kenapa nak keruhkan keadaan lagi?”
Pagi itu hati In bulat. Dia cuba menguatkan hatinya, tidak mahu menangis.
“Bukan kakak nak keruhkan keadaan tapi kakak rasa itu yang terbaik,”
“Kenapa nak bercerai?”
“Iqram bukan pilihan kakak. Kakak tak ada perasaan kat dia,”
“Mak tak setuju,”
“Mak, kenapa? Mak suka kakak kahwin dengan dia? Kakak sekarang benci dengan Iqram. Kakak tak sangka dia mengambil kesemptan ke atas kakak,”
“Mak tak cakap macam tu, tapi kalau dah bercerai berai ni dah jadi lain. Cuba In terima perlahan-lahan apa yang dah berlaku,”
“Tak mak, kakak tak nak terima dan kakak tak nak cuba terima. Kakak yang tanggung semuanya mak. Orang lain tak faham perasaan kakak. Macam mana terseksanya perasaan kakak. Kakak baru hilang Zaf dan tiba-tiba pada hari yang sama kakak ditangkap dan dituduh atas perbuatan yang kakak tak lakukan. Kakak nak berpisah dengan Iqram,”
In menahan air matanya daripada gugur lagi.
“Mesti ada sebab kenapa dia nak kahwin dengan kakak, kalau tidak kenapa dia cakap macam tu tempoh hari?”
“Mak nak tahu apa sebabnya? Sebab dia nak ambil kesempatan ke atas kakak. Iqram tu dah ada perempuan yang dia suka tapi nak kahwin dengan kakak. Kalau bukan ambil kesempatan apa maknanya?”
“Iqram tak kan kahwin dengan kakak kalau setakat nak bercerai-berai. Mak rasa Iqram pun tak nak cerai dengan kakak,”
“Mak, kenapa mak nak bela dia?”
“Mak tak bela siapa-siapa, tapi mak tak mahu ada sampai nak bercerai. Tindakan kakak nak bercerai itu lagi mengeruhkan keadaan. Mak tak setuju,”
In menahan sebak. Ibunya sendiri tidak mahu menyokongnya.
“Apa salahnya bagi Iqram peluang,”
“Hati kakak ni bukan untuk dia. Kakak cuma sayangkan Zaf,”
“Zaf dah pergi. Cuba bagi ruang untuk orang lain,”
“Tak mak, tak semudah tu kakak nak lupakan Zaf. Iqram tu tak layak berada dalam hati kakak,”
Akhirnya air mata In gugur juga apabila Indah menyebut nama Zaf. Hatinya begitu luluh apabila mendengar nama Zaf. In segera manaiki tangga, menuju ke biliknya. In menghempaskan dirinya ke katil. Dia menangis teresak-esak dan terus menangis tanpa henti. Jam pemberian Zaf yang berada di sisi bantalnya digenggam erat, seolah-olah Zaf bersamanya. Kejadian malam itu kembali berulang-ulang difikirannya. Susah untuk In lupakan. Mahu sahaja dia menghentakkan kepalanya ke dinding agar memori itu padam tapi dia tahu, itu tidak akan memberi apa-apa makna. Hidupnya tidak ceria seperti dahulu. Pemergian Zaf seperti membawa kebahagiannya turut terkubur sama. Tiada lagi gelak ketawa. Hidupnya bagai terpenjara. Jiwanya disekat. Cuma satu sebab. Iqram. Iqram telah mengubah hidupnya menjadi gelap. Tiada terangnya. Tiada lagi serinya. Seolah-lah Iqram telah membunuh Ilham Nur Insyirah lalu menggantikan Ilham Nur Insyirah yang baru. Bagi In, Iqram terlalu kejam. Tiada ruang yang harus diberikan kepada Iqram. Iqram hanya layak menerima kebencian daripada Insyirah, bukannya kebahagiaan.

6 comments:

  1. ain, ayat ni aku rase macam ade tergantung.. tp xtau la kalo aku yg tak paham..

    "Ilham Nur Insyirah adalah makna hdup Zaf"

    ReplyDelete
  2. kene bce dgn intonasi yg benar...

    ReplyDelete
  3. wah siap ngan intonasi agak payah aku..hehee

    wei bape bab sume nyer

    ReplyDelete
  4. mestila..bru feel mghayati tu dtg..
    ade 81 bab..
    hohoho..byk kan???
    hikhikhik...

    ReplyDelete
  5. aku bukan orh seni jd mungkin sush nak wat intonasi begitu...heheee

    81?? kuyu mata aku nak bace sampai abes. dh la bace time kt ofis..huhuhuu

    ReplyDelete