BAB 25
Iqram sedang baring di atas katil. Di sisinya terdapat sehelai kertas lukisan. Fikirannya memikirkan In sudah dua hari In tidak datang ke pejabat. Hatinya mula risau kerana tidak mendapat khabar berita daripada In meskipun mesej dan panggilan sudah dbuat. Dia tahu, perbuatannya iu sia-sia kerana In pasti tidak akan membalasnya. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukannya pada waktu akan datang mengenai perkahwinannya. Kini In sudah menjadi isterinya. Iqram sedar, dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian tapi ada sesuatu yang mendorongnya. Iqram duduk. Memandang lukisan itu. Sejak akhir-akhir ini, jarang gadis di dalam lukisan itu mengganggu tidurnya. Mungkinkah sebab gadis itu telah muncul di alam nyata dan mengganggu kehidupannya yang sebenar?
“Percayalah Insyirah, saya sayangkan awak. Saya takkan sia-siakan awak,”
Iqram berbicara kepada lukisan itu seolah-olah lukisan itu mendengar dan mengerti perasaannya. Iqram menyentuh perlahan lukisan itu. Dia menyentuh wajah lukisan itu. Dia mengusap-usap perlahan. Dia rindukan In yang dahulu. Tiba-tiba lamunannya terhenti apabila pintu biliknya diketuk. Iqbal membuka pintu.
“Kau rupanya,”
Iqbal masuk setelah Iqram tidak berkata apa-apa. Diikuti Badrul di belakangnya.
Badrul duduk di kerusi berhampiran dengan katil Iqram manakala Iqbal duduk di lantai.
“Kenapa dengan kau ni Iqram? Dua tiga hari ni kau lain macam je,” tanya Iqbal.
“Yalah Iqram, kau macam ada masalah je. Dah tak banyak cakap sejak akhir-akhir ini. Kau marah kat aku eh? Ke kau marah kat Iqbal?” tanya Badrul pula.
“Tak adalah. Korang tak buat salah kat aku pun. Aku ok la,” jawab Iqram.
“Habis tu, kenapa kau macam ni? Kau tak macam dulu,”
“Tak ada apa-apalah,”
“Kalau ada problem, jangan simpan sorang-sorang, nanti boleh makan dalam tau,” pesan Badrul.
“Tulah. Aku tengok kau dah macam hilang bini je. Nak kata hilang bini belum kahwin tapi macam orang hilang bini,” kata Iqbal cuba bergurau dengan Iqram.
‘Hilang bini? Kau macam tahu-tahu je Iqbal aku hilang bini’ itu yang terdetik di hati Iqram setelah mendengar gurauan daripada Iqbal.
“Kenapa diam Iqram? Jangan cakap kau betul-betul hilang bini,” sambung Badrul lagi
‘Ya Bad, aku memang hilang bini. Dia bencikan aku,’ jawab hati Iqram.
“Eh, tak adalah. Aku mana ada hilang bini. Kahwin pun tak lagi. Ala. Masalah biasalah. Korang kan tahu aku dengan bapak aku bukan baik sangat,” tipu Iqram. Iqram rasa bersalah kerana menggunakan nama ayahnya. Secara tidak langsung tiba-tiba ayahnya terlibat dalam masalahnya.
“Kalau ya pun, ceritalah kat kitorang,”
Iqbal tiba-tiba terpandang kertas lukisan yang berada di atas katil Iqram. Ya, lukisan itu. Iqbal tak salah lagi. Kelihatan wajah seseorang di dada lukisan itu. Ada sesuatu yang menarik di wajah lukisan itu.
“Iqram, ni lukisan yang kau suruh Latif buatkan tu eh?”
Lantas Iqbal bangun, cuba melihat lukisan itu dengan lebih jelas lagi.
Iqram turut memandang lukisan itu.
“Ha, mana-mana? Aku nak tengok,” lantas Badrul juga turut berdiri lalu menuju ke katil Iqram.
Iqram tersenyum melihat gelagat rakannya itu.
“Ha’ah, tulah lukisannya. Inilah wajah perempuan yang selalu datang kat mimpi aku tu,”
Iqbal memerhatikan lukisan itu. Begitu juga dengan Badrul.
“Woi..woi..jangan pandang lama-lama,”
“So, inilah In. Siapa nama panjang dia? Ala..aku lupa la,” Badrul cuba mengingat kembali nama Insyirah.
“Insyirah,” jawab Iqram pendek.
“Ha, Insyirah,” kata Badrul mengulang kembali nama itu.
“Siapa sebenarnya Insyirah ni Iqram?” tanya Iqbal.
“Ha’ah Iqram. Hari tu cerita separuh jalan je. Kau macam tulah. Suka buat cerita sambug-sambung. Ingat drama kat tv ke, nak tunggu sampai minggu depan nak tahu sambungan cerita,” ngomel Badrul kepada Iqram.
Iqram tergelak kecil melihat kerenah Badrul.
“Insyirah, dia kerja kat office bapak aku,”
“Ye ke? Satu office dengan kaulah?” soal Badrul.
“Yalah, dah aku kerja kat sana,”
“Means, kau jumpa dia hari-hari lah?” tanya Iqram pula.
“Yup,” Iqram mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Aku masih tak percaya lagi bro. Betul perempuan yang dalam lukisan ni wujud?”
“Ya Bad. Percayalah. Nanti kau jumpa dia, baru kau tahu,”
“Muka dia sama? Sebiji macam ni? Tak ada yang lain?”
“Sama, tak ada yang lain,”
“Betul ke Iqram? Aku nak jumpa dia lah,” kata Iqbal.
“Buat apa kau nak jumpa dia?”
“Yalah, nak tahu kau tipu aku ke tak. Benda-benda macam ni jarang berlaku kat dunia ni,”
“Sejak aku jumpa dia kat alam nyata ni, dia dah tak muncul dalam mimpi aku lagi,”
“Kau rasa, dia ada kena mengena dengan kau ke? Maksud aku, mungkin dia ada kena mengena dengan hidup kau?” tanya Iqbal.
‘Ya Iqbal. Bukan mungkin tapi memang dia ada kena-mengena dengan aku. Dia isteri aku sekarang’ desis hati Iqram.
“Entahlah, mungkin dia orangnya,”
“Jangan cakap kau dah ada perasaan kat dia,” kata Badrul.
“Mungkin,”
“Natasya?” tanya Badrul ringkas.
“Biarlah dia. Aku dah tak ada apa-apa dengan dia,”
“Bagus juga kau tinggalkan dia tapi sejak bila kau ada something dengan Insyirah ni? Kau sebenarnya suka siapa? Perempuan dalam lukisan ni ke Insyirah?” tanya Iqbal.
Belum sempat Iqram menjawab pertanyaan Iqbal, telefon bimbitnya berbunyi. Nombor telefon yang tidak dikenalinya tertera. Iqram keluar daripada biliknya. Iqbal dan Badrul saling berpandangan. Hairan dengan kelakuan Iqram. Mereka dapat merasakan Iqram menyembunyikan sesuatu yang besar daripada pengetahuan mereka. Iqram menekan butang hijau yang terdapat di telefon bimbitnya itu..
“Hello,” Iqram memulakan perbualan.
“Assalammualaikum Iqram,”
“Waalaikummusssalam,” balas Iqram. Dia tidak mengenali suara itu.
“Ni mak Iqram,”
‘Mak? Mak mana pula ni?’ tanya hati Iqram.
“Mm..maafkan saya….,” belum sempat Iqram menghabiskan kata-katanya, pemanggil itu telah memintas kata-katanya.
“Mak Insyirah, isteri Iqram,”
Berderau darah Iqram. Hampir hilang darah di wajahnya. Mak mertuanya menghubunginya. Iqram cuba beranjak dari kedudukannya yang berhampiran dengan biliknya.. Dia turun ke bawah, tidak mahu Iqbal dan Badrul mengetahui rahsianya. Dia merasakan Indah dapat menerima kehadirannya. Jika tidak, masakan dia menggelarkan dirinya emak kepada Iqram, menantu yang tidak diundang itu.
“Ya mak, kenapa?”
“Pasal Insyirah,”
Iqram terdiam seketika. Dia cuba mengumpul kekuatan untuk berhadapan dengan Indah meskipun hanya di dalam telefon.
“Saya nak minta maaf. Saya tak ada niat nak buat In terluka. Saya tahu, sekarang dia masih lagi bersedih mengenai pemergian Zaf. Saya tak ada niat nak tambahkan lagi kesedihannya,”
Indah hanya mendiamkan diri, cuba mendengar penjelasan menantu segeranya itu. Pada awalnya dia tidak menerima, tapi lama-kelaaan dia dapat menghadapinya. Dia banyak memohon kepada ALLAH supaya dia diberikan kekuatan. Usianya yang sudah meningkat menyebabkan dia dapat menerima dugaan yang dihadapi keluarganya secara tenang.
“Saya tahu, mak marahkan saya. Emak siapa tak marah kalau ada orang buat macam tu pada anaknya,”
“Kalau dah macam tu, kenapa Iqram buat juga pada anak mak?” tanya Indah, cuba menduga Iqram.
“Saya sayangkan In. Sayang saya bukan sebagai kawan tapi lebih daripada itu. Saya betul-betul sayangkan In,” jawab Iqram, spontan.
Tanpa berfikir panjang, lantas dia membuat pengakuan itu.
“Saya tahu, dia sayangkan Zaf. Hati In untuk Zaf. Saya juga tahu, dia mesti bencikan saya,” sambung Iqram lagi.
“Saya ada alasan saya kenapa saya buat macam tu mak,”
“Kalau Iqram sayangkan In, datang rumah mak esok. Kita bincang pasal masa depan kamu berdua. Mak tak nak ada benda yang tak baik berlaku yang akan mengeruhkan lagi keadaann,”
Iqram mendengar dengan jelas kata-kata ibu mertuanya itu.
“In nak tuntut cerai, tapi mak tak setuju. Cukuplah dengan apa yang dah berlaku. Cukuplah keadaan jadi huru hara. Mak tak nak kamu bercerai. Semua tu akan mengeruhkan lagi keadaan,” lembut suara Indah menerangkan kepada Iqram.
Iqram sedikit terkejut dengan keputusan In tetapi dia dapat mengagak yang In akan berbuat begitu terhadapnya.
“Terima kasih mak. Esok saya datang. Saya mungkin ambil cuti esok,”
“Eloklah tu. Mak tak nak benda ni dipanjang-panjangkan. Lagi cepat selesai, lagi bagus,”
“Insya ALLAH mak,”
“Assalammualaikum,”
“Waalaikummussalam,” balas Iqram, menghentikan perbualan.
Iqram menyandarkan kepala ke sofa. Cuba menenangkan fikiran. Fikirannya bercelaru. In ingin menuntut cerai dengannya. Tidak, dia tidak akan berbuat begitu. Dia mahu hidup bersama In. Iqram dapat merasakan dia mahu memberi In kebahagiaan, mahu mengembalikan semula kegembiraan In, mahu mengembalikan semula gelak tawa dan keceriaan di wajah In. dia ahu, dia perlu kuat dan tabah untuk berhadapan dengan kebencian In. Dia tahu, hanya kebencian yang ada dalam diri In untuk dirinya. Walau apa pun terjadi, dia tidak mahu menceraikan In. Hatinya sudah terukir nama Ilham Nur Insyirah. Dia sudah berjanji pada dirinya untuk membahagiakan In sebagaimana In pernah bahagia bersama Zaf. Jika dia mampu, dia mahu In lebih bahagia apabila hidup bersamanya.
BAB 26
Iqram meletakkan keretanya di luar pagar rumah Insyirah. Dia melihat jam tangannya menunjukkan pukul 11 pagi. Setengah jam yang lalu, dia baru sahaja menelefon Berjaya Holdings. Iqram memberitahu Nadia yang dia mengambil cuti pada hari itu.
“Nadia, saya ambil leave hari ini,”
“Baik Encik Iqram. Berapa hari Encik Iqram cuti?”
“Mungkin hari ni je,”
“Tadi pagi Encik Taufiq cari Encik Iqram,”
“Encik Taufiq dah balik sini ke?”
“Dah, semalam. Encik Taufiq tak beritahu Encik Iqram ke yang dia balik semalam?” tanya Nadia kehairanan. Masakan ayah sendiri tak beritahu anaknya. Dia sendiri tahu yang Taufiq pulang dari Brunei semalam.
Iqram menepuk dahinya. Hampir terlupa yang ayahnya pulang semalam.
“Ada, tapi saya lupa. Nanti awak cakap dengan dia saya cuti hari ni. Kalau dia minta pasal laporan apa-apa, awak ambil kat atas meja saya. Saya dah siapkan,” pesan Iqram.
Iqram masak sangat dengan perangai ayahnya itu. Walaupun dia tiada di pejabat dia mahu segala-galanya siap seperti yang ditetapkan. Walaupun dia pergi ke mana-mana, pasti dia mahu tahu keadaan hal ehwal pejabat.
“Baik Encik Iqram,”
“Kalau Encik Taufiq tanya pasal projek baru, nanti saya sendiri akan inform kat dia,”
Sambung Iqram lagi.
“Baiklah Encik Iqram. Kalau ada apa-apa hal saya telefon Encik Iqram,”
“Mm.tak payahlah. Awak take note je then awak tampal kat board saya kat dalam office. Saya hari ini tak nak diganggu,” pesan Iqram lagi kepada Nadia.
“Ok Encik Iqram, ada apa-apa lagi?”
“Tak ada,”
“Terima kasih Encik Iqram,”
“Thanks Nadia,” Iqram memutuskan panggilan.
Iqram masih lagi berada di dalam kereta. Belum bersedia lagi untuk dia keluar menghadapi Indah dan Insyirah. Agak lama Iqram berada di dalam kereta, cuba mengumpul kekuatan. Iqram melihat jam di keretanya, tepat pukul 11.15 pagi. Iqram keluar dari keretanya. Dia menekan loceng rumah itu. Rumah dua tingkat itu kini ada kena mengena dalam hidupnya. Beberapa saat kemudian, Indah keluar. Terdapat beberapa kunci di tangannya. Dia mengambil salah satu kunci lalu membuka mangga yang terkunci rapat di pintu pagar itu. Iqram cuba memberikan senyuman, takut juga senyumannya tidak di balas Indah. Wanita berusia hampir 50 tahun itu kini adalah ibu mertuanya. Indah membalas senyuman Iqram.
“Baru sampai?” tanya Indah.
Iqram menghulurkan tangan, mahu bersalam dengan Indah. Indah menyambutnya. Iqram mencium tangan itu. Terasa sesuatu yang menusuk ke hatinya. Kali pertama dia bersalaman dengan ibu mertuanya. Hampir dia menitiskan air mata kerana Indah boleh menerima kehadirannya. Agak lama Iqram seperti itu. Indah hampir menitiskan air mata tapi ditahannya.
“Maafkan saya mak,” ucap Iqram dalam keadaan yang masih sama.
“Sudah lah tu Iqram. Sudah, mak cuba terima semuanya. Mari kita masuk. Tak elok kat luar macam ni. Nanti jiran-jiran cakap apa,”
Indah meleraikan salaman itu. Rasa bersalah terhadap ibu mertuanya itu tetap timbul di dalam hati Iqram. Dia belum lagi memberitahu ayahnya mengenai pernikahannya dengan In. Apakah reaksinya jika dia tahu?
Iqram menuruti Indah. Iqram melangkah masuk ke dalam rumah. Suasana rumah itu cantik dan kemas.
“Ayah kamu, macam mana? Dah tahu pasal ni?”
Iqram agak terkejut apabila Indah menanyakan tentang ayahnya. Dia tidak sangka soalan itu akan ditanya Indah.
“Tak tahu lagi mak,”
“Mak rasa pun elok kamu diamkan dulu. Keadaan sekarang tak menentu lagi. Mak tiri kamu sihat?”
Sekali lagi Iqram terkejut dengan pertanyaan Indah itu. Iqram terkesima seketika.
“Kenapa diam? Kan mak tanya, mak tiri kamu, Halimah sihat?”
Iqram terkejut, mak mertuanya kenal dengan keluarganya.
“Sihat, tapi macam mana mak tahu pasal aunty Halimah? Mak kenal dengan papa and aunty Halimah?”
“Iqram, mak bukan setakat kenal papa dan mak tiri kamu, arwah mama kamu pun mak kenal. Mama kamu, Aisyah kan?”
Iqram memandang tepat ke muka Indah. Cuba mencari jawapan.
“Kamu pun pernah mak jumpa Iqram. Masa kamu kecil dulu. Mama kamu meninggal masa lahirkan anak kedua kan? Kamu anak tunggal kan?”
“Mak tahu semuanya?”
“Arwah suami mak, kawan rapat dengan papa kamu,”
“Uncle Arsyad?”
Indah hanya mengangguk.
Ya, Iqram teringat sewaktu dia melafazkan ijab dan kabul. Ilham Nur Insyirah binti Arsyad. Banyak kali papanya menyebut nama itu. Taufiq dan Arsyad merupakan sahabat rapat semenjak mereka belajar di universiti yang sama.
Indah tahu Iqram anak kepada Taufiq semasa acara akad nikah tempoh hari apabila jurunikah itu menyebut nama penuh Iqram. Iqram Iskandar bin Ahmad Taufiq. Ahmad Taufiq, nama itu sudah biasa baginya. Rakan yang sentiasa membantunya ketika suaminya meninggal dunia. Indah tidak meragui kerana Iqram bekerja satu pejabat dengan In, iaitu Berjaya Holdings,milik Taufiq. Sudah lama dia tak berjumpa menantunya itu. Kali terakhir Indah berjumpa dengan Iqram semasa Iqram berumur 12 tahun, sebelum Iqram berpindah ke sekolah berasrama penuh. Wajahnya banyak berubah. Ada persis wajah Taufiq semasa muda dahulu. Ada rupa yang mampu memikat mana-mana perempuan. Dunia ini terasa begitu kecil. Dia berbesan dengan sahabat baik arwah suaminya. Mungkin itu salah satu sebab mengapa Indah dapat menerima kehadiran Iqram. Kali pertama Indah berjumpa dengan Iqram, Indah seolah-olah mengenali anak muda itu.
“In mana mak?’ tanya Iqram setelah tidak melihat Insyirah di hadapan matanya.
Terasa rindu menyelubungi hatinya setelah tiga hari tidak bertemu. Meskipun dia dapat merasakan api benci In semakin membara untuknya, tapi jauh di sudut hatinya dia mengharapkan In menerimanya.
“Ada kat atas. Dia tak tahu yang Iqram datang sini. Iqram duduk dulu. Nanti mak panggil dia turun,”
Iqram tersenyum. Dia tahu, Indah cuba untuk membantunya.
“Mak, terima kasih,” ucap Iqram.
Indah tersenyum lalu menaiki tangga, menuju ke bilik Insyirah.
Indah membuka perlahan pintu bilik Insyirah. In sedang memerhatikan pemandangan di luar tingkap.
“Kakak,” panggil Indah.
In menoleh.
“Jom, turun. Iqram datang,”
Hati In serta-merta menjadi benci apabila Indah menyebut nama itu.
“Buat apa dia datang sini? Nak sakitkan hati kakak lagi?”
“Dia tetap suami kakak. Suami yang sah,”
“Kakak tak pernah anggap dia suami kakak. Mak suruh Iqram balik. Kakak tak nak jumpa dia dan tengok muka dia,”
“Mak yang suruh dia datang sini,”
“Mak, kenapa mak suruh dia datang? Kakak tak nak jumpa dia. Apa yang kakak nak dari dia cuma cerai,”
“Insyirah,” kali ini suara Indah tegas.
In terdiam.
“Mak tak pernah ajar anak mak jadi macam ni, bertindak mengikut perasaan. Mak tak nak kakak sebut pasal cerai lagi. Kakak akan mengeruhkan lagi keadaan. Tak baik hidup bercerai-berai. Cukuplah dengan peristiwa malam tu Insyirah,”
Indah cuba bertegas dengan anak perempuannya itu.
“Mak nak kamu berdua berbincang,”
“Kakak tak nak turun, tak nak jumpa dia,”
In cuba mempertahankan kehendaknya.
“Kalau kakak tak nak turun sebab Iqram, kakak turunlah sebab mak,”
Indah perlahan-lahan keluar daripada bilik In, mengharapkan hati anaknya sedikit lembut.
Indah menuruni tangga. Iqram memandang Indah, mengharapkan jawapan yang In akan turun untuk menemuinya. Indah memandang sepi ke arah Iqram lalu menuju ke dapur. Iqram seolah-olah mengerti pandangan mertuanya itu. Pasti In tidak mahu berjumpanya. Dia tahu, ini sememangnya salahnya. Semua ini berlaku di atas tindakannya. Tapi dia juga berhak diberi peluang sebagai seorang suami. Berhak diberi peluang untuk membetulkan kesilapannya terhadap In. Berhak untuk memohon maaf daripada In.
‘In, tolong turun jumpa Iqram. Iqram rindukan In yang dulu. Izinkan Iqram membahagiakan In’ rayu hati Iqram.
Indah menatang dulang menuju ke ruang tamu lalu diletakkan dulang itu di atas meja. Indah menuang jus oren ke dalam gelas lalu diletakkan berhampiran dengan Iqram. Kuih lapis berbelang merah dan putih terhidang di atas meja. Iqram tidak mempunyai selera meskipun kuih itu kelihatan enak. Indah duduk di sofa berhadapan dengan Iqram.
“Mak, In tahu yang saya anak……,”
“Tak, mak rasa dia tak tahu kamu anak Taufiq. Dia tak pernah sebut pasal hal tu. Mak sengaja tak nak cakap. Dia baik dengan papa kamu. Mak tak nak dia nak hidup dengan kamu pasal Taufiq,” ucap Indah, memintas kata-kata Iqram.
Dia dapat membaca fikiran menantunya itu.
Kini Iqram tahu, dia sepatutnya merahsiakan pernikahannya. Hanya dia, Insyirah, Indah dan Afiq saja yang patut tahu.
In menuruni tangga. Kalau diikutkan hati dia tidak mahu bertentang mata dengan Iqram. Perasaan benci semakin bertambah di hati In. In mengenakan t-shirt dan seluar track beserta tudung. Matanya kelihatan bengkak. In duduk di sebelah Indah. Iqram cuba memberikan senyuman tetapi tidak dihiraukan In. Seolah-olah In tidak menghiraukan kehadirannya di situ. Seolah-olah dia tidak wujud.
Indah tersenyum di dalam hati. Akhirnya In turun juga.
“Baguslah In turun. Mak nak kamu selesaikan masalah ni hari ini juga,” kata Indah kepada In dan Iqram.
Mereka berdua hanya membisu.
“Mak pergi dapur dulu,” Indah cuba memberi ruang kepada mereka untuk berbincang.
Indah melangkah menuju ke dapur.
Iqram cuba mengumpulkan segala kekuatan, semoga hati in lembut menerimanya sebagai suami.
“Awak nak apa?”
“Saya nak minta maaf kat awak,”
“Senangnya cakap maaf. Sebut maaf je dapat tebus salah awak?”
“Saya minta maaf. Maaf saya bukan sekadar perkataan je In. Izinkan saya menebus kesalahan saya,”
“Izinkan awak tebus kesalahan awak? Dengan cara apa? Dengan cara menyeksa saya? Awak dah ambil kesempatan Iqram,”
“Saya ada alasan kenapa saya buat macam tu,”
“Alasan? Yalah, alasannya ialah awak nak ambil kesempatan ke atas saya. Saya tak faham apa niat awak sebenarnya. Awak sendiri dah ada orang yang awak sayang, kenapa mulut awak malam tu begitu lancang sekali cakap yang awak akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku? Apa yang sebenarnya berlaku? Awak sendiri tahu kita tak buat apa-apa malam tu,”
Iqram hanya membisu. Dia tidak dapat membidas kata-kata In.
‘Awak yang saya sayang In. Saya sayangkan awak sejak awak hadir dalam mimpi saya’ detik hati Iqram.
“Saya baru kenal awak. Saya anggap awak rakan satu office je. Saya kenal awak dua minggu Iqram, dua minggu. Tiba-tiba jadi macam ni. Saya tak dapat terima awak dalam hidup saya sebagai suami saya. Lebih baik awak lepaskan saya,”
Hati In nekad pagi itu. Dia sedar yang dia sedang menghadapi kenyataan yang perit dalam hidupnya. Sukar untuk ditelan apatah lagi ibunya sendiri tidak menyokong keputusannya untuk bercerai dengan Iqram.
‘Saya dah lama kenal awak In’ hati Iqram berbisik.
“Saya tak akan lepaskan awak. Saya nak awak beri peluang kat saya,”
“Awak nak peluang apa? Saya tak ada hati kat awak,”
“Please In, bagi saya peluang,”
“Saya cuma nak satu benda je dari awak Iqram. Awak lepaskan saya,”
“Tak, saya takkan buat macam tu kat awak. Saya takkan lepaskan awak. Bagi saya peluang In untuk membetulkan kesilapan saya,”
“Saya tak nampak apa-apa jalan yang boleh awak betulkan kesalahan awak. Masa tak boleh berpatah balik Iqram,”
“Tapi kita boleh menjadikan masa akan datang menjadi lebih baik In,”
“Saya tak nampak apa-apa yang baik bila saya bersama awak,”
“Awak yang tak nak cuba hidup bersama saya In,”
“Memang saya tak nak dan tak akan cuba untuk hidup bersama awak. Hati saya bukan untuk awak,”
“Saya tak akan lepaskan awak seperti mana yang awak nak. Saya dah cuba cari rumah untuk kita tinggal bersama,”
“Awak memang tak faham bahasa ke? Belajar tinggi-tinggi, kerja sampai jadi engineer tapi masih tak faham apa yang saya cakap. Saya tak nak,”
“Itu keputusan saya. Walau apa pun yang terjadi, kita akan hidup bersama. Saya tak nak berpatah balik,”
“Awak memang dah gila Iqram. Awak dah hancurkan masa depan saya. Awak yang mengubah hidup saya jadi terseksa macam ni. Awak ambil kesempatan ke atas saya. Awak yang buat saya benci kat awak. Awak buat jiwa saya tertekan. Awak ingat perasaan saya ni apa? Barang mainan yang awak boleh beli kat kedai? Beri saya satu sebab kenapa saya mesti ikut kehendak awak, Encik Iqram?” tanya In.
Kali ini suara In hampir meninggi. Dia mahu melepaskan semua kemarahannya kepada Iqram. Mendengar nama Iqram sudah cukup untuk membuatkan hatinya meluap-luap benci apatah lagi hidup bersama di bawah satu bumbung. In merasakan Iqram semakin kejam dengannya. Memang Iqram tidak kejam terhadap fizikalnya tetapi lebih sakit dan terseksa apabila Iqram kejam terhadap hati, jiwa dan perasaannya.
Iqram membisu seketika, membiarkan In melepaskan kemarahannya. Dia tahu, In berhak untuk marah terhadapnya.
“Kenapa awak diam? Jawab soalan saya. Saya tak minta beribu-ribu sebab untuk awak jawab soalan saya Iqram. Saya cuma minta satu sebab je Iqram. Setelah awak buat semua tu ke atas saya, kenapa saya mesti ikut kehendak awak?” Air mata In hampir gugur.
Iqram perlahan-lahan memandang In. Mata Iqram tepat ke mata In. Pandangan mereka bertemu. Mata In merah, menahan sebak.
“Sebab saya suami awak Insyirah,”
Iqram mengucap ayat itu dengan spontan, tiada keraguan di dalam hatinya. Tiada kesangsian difikirannya.
Perlahan-lahan air mata In gugur setelah mendengar Iqram menyebut perkataan itu. Suami. Semakin lama manik jernih itu semakin laju mengalir. Dia menangis lagi. Kalau diikutkan hati dan perasannya Iqram mahu memeluk erat In, mahu menyapu segala air mata yang jatuh di pipi In. Iqram mahu menyapu segala kesedihan yang menyelubungi hati In. Dia tidak sanggup melihat In menangis lagi. Iqram mendekati In. Cuba menenangkan In.
“Awak jangan sentuh saya,” In memberi amaran.
Iqram membatalkan niatnya.
“Walau apa terjadi sekali pun, saya tetap suami awak In,” sekali lagi Iqram mengulangi perkataan itu.
Hati In sakit mendengar perkataan itu dari mulut Iqram. In tidak mahu mendengar perkataan itu. Iqram menjadi suami tanpa kerelaannya.
“Saya benci awak Iqram,” In mengucapkan ayat itu dengan pandangan benci ke arah Iqram. Pandangan matanya tepat ke mata Iqram. Iqram dapat merasakan kebencian In.
In meninggal Iqram di ruang tamu. Dia menaiki tangga menuju ke biliknya. Semakin kuat dugaan yang dihadapi In. Hanya linangan air mata yang menemaninya saban hari. In tidak kuat menghadapinya sendiri.
No comments:
Post a Comment