Stylo Clique ^_^

Friday, October 8, 2010

+_BILA TAKDIR ITU BERBICARA_+ (BAB 37-38)


BAB 37

Iqram meletakkan keretanya di tempat letak kereta kondominium itu. Kondominium Sri Orkid itu mempunyai sepuluh tingkat. Rumah mereka berada di tingkat enam. In keluar dari kereta lalu mengamil beg pakaian yang terletak di bonet belakang. Terdapat dua buah beg milik In kesemuanya.
“Biar saya bawa kan,”
“Tak payah, biar saya bawa sendiri,”
“Kan berat tu,”
“Kenapa awak nak kisah?”
“In, awak tu perempuan. Biar saya tolong,”
“Awak ingat saya ni lemah?”
“Saya tak cakap macam tu pun,”
“Awak tak cakap tapi awak maksudkan macam tu kan? Awak ni memang tak ada sivik,”
“Awak yang tak ada sivik. Saya nak tolong awak. Awak tak nak terima pertolongan saya,”
“Kat rumah ni ada lif kan? So, saya boleh bawa beg saya ni dengan naik lif,”
Iqram mengeluh panjang. Beg In telah pun dikeluarkan. Iqram menutup bonet kereta. Perangai degil In terhadapnya tidak berkurangan. Kadang-kadang Iqram merasakan yang dia sedang berperang dengan In. Masing-masing cuba mempertahankan pendirian, tidak mahu kalah antara satu sama lain.
“Encik Iqram, boleh cepat sikit kunci kereta tu. Saya tak tahu mana satu rumah awak,”
“Rumah kita,”
No, that is your house,”
Iqram mengalah. Iqram mengunci kereta. Iqram berjalan menuju ke perkarangan bawah kondominium. In berada di belakang Iqram. Dia menarik beg besar beroda itu. Mereka sampai di pintu lif. Terdapat kertas di dinding lif. “ROSAK”
“Awak nampak tu?” tanya Iqram.
“Nampak, saya boleh baca,”
So?”
“Apa dia?”
“Beg awak tu,”
“Saya bawa sendiri,”
“Rumah kita tingkat enam,”
“Rumah awak,”
“Rumah tu rumah kita,”
“Siapa cakap rumah kita?”
“Awak ni degil sangat tau,”
“Siapa degil? Awak lagi teruk, tak ada sivik,”
“Sini, saya bawakan beg awak tu,” kata Iqram sambil menarik beg In.
“Awak tak malu eh? Ini beg saya,”
“Suka hati awaklah,”
Iqram meninggalkan In. Dia segera menuju ke tangga. In bersusah payah untuk mengangkat dua buah beg itu. Iqram menunggu In di tingkat satu. Dua minit kemudian, In sampai. In berhenti setelah sampai di tingkat itu. Iqram mahu melangkah ke anak tangga, mahu ke tingkat dua.
“Tunggulah kejap,”
“Kenapa?”
“Nak tanya lagi kenapa? Mestilah penat,”
Iqram tersenyum sinis.
“Saya dah cakap awak ni degil,”
In tidak mempedulikan kata-kata Iqram. Nafas In sedikit cungap. In menarik tudungnya ke belakang yang sedikit ke depan itu. Iqram menggeleng-gelengkan kepala melihat sikap In yang tidak mahu mengalah itu. Iqram mengambil beg yang lebih besar daripada yang satu itu.
“Cubalah masukkan dalam beg teddy bear awak yang busuk tu. Kan susah kalau awak pegang sambil bawa beg yang besar tu. Dah besar-besar pun nak bawa teddy bear lagi,” ucap Iqram setelah melihat In bersusah payah membawa beg sambil memegang anak patung beruang itu. Iqram dapat mengagak anak patung itu teman In ketika tidur.
“Suka hati sayalah. Bukan ada kena mengena dengan awak pun,”
Iqram senyum sambil menggeleng-gelengkan kepala.
“Biar saya ambil yang besar ni. Awak bawa yang kecil sikit tu,”
In memberikan reaksi marah. Belum sempat In membuka mulut, Iqram telah memintas terlebih dahulu.
“Ha..awak jangan buka mulut dulu. Kalau awak nak marah, kalau awak nak cakap saya tak ada sivik sekali pun, tunggu kejap. Biar kita dah sampai rumah nanti. Takkan awak nak buat slot samarinda kat sini pulak,” ujar Iqram lalu melangkah menaiki tangga.
In terpaksa mengalah dengan Iqram. Dia sememangnya tidak mampu untuk mengangkat kedua-dua buah beg itu.

“Iqram ada cakap dengan mak pasal rumah tu,” Indah memulakan perbualan ketika mereka sedang menonton televisyen.
“Dia cakap apa?”
“Hujung minggu ni dia nak ambil kakak pindah rumah tu,”
In sudah tahu mengenai perkara itu, tetapi dia tidak mahu memberitahu Indah. In tidak menyangka Iqram telah memberitahu Indah terlebih dahulu.
“Kakak tahu apa yang mak nak,” ujar In.
“Mak nak kakak berbaik dengan Iqram. Bagi ruang kat dia untuk baiki kesilapan. Bagi ruang kat diri kakak juga untuk kenal dia. Mak tak nak dengar lagi pasal cerai-berai. Itu akan membuatkan keadaan jadi lebih teruk lagi. Mak tahu, mak tak tangung semua tu, kakak yang tanggung tapi berilah masa untuk Iqram. Tak salah kamu berkawan dulu,”
Indah memberikan nasihat kepada In.
“Tapi kakak tak ada perasaan kat dia,”
“Mak tahu. Kakak kena kuat berhadapan dengan semua ni. Dah banyak kali mak cakap. Iqram mungkin ada alasan sendiri dengan apa yang terjadi malam tu,”
Peristiwa malam itu berulang kembali di fikiran In. In tidak mahu menangis lagi. In mahu dirinya kuat. In tidak mahu Iqram mengambil kesempatan ke atas dirinya lagi. Dia perlu bertegas dengan Iqram. In tidak mahu mengalah dengan Iqram. In tidak mahu perasaannya di ketepikan lagi. Apa yang In tahu, dia tidak mahu menampakkan dirinya lemah di hadapan Iqram. Dia mahu membuktikan kepada Iqram, yang dirinya tidak seperti ketika itu, mudah Iqram mengambil peluang yang ada.
“Semua ni ada hikmahnya, cuma kita yang tak tahu. ALLAH dah tentukan takdir kita sebelum kita lahir lagi. Kita perlu berusaha untuk mengetahui apa hikmahnya di sebalik semua yang berlaku. Di sebalik pemergian Zaf, pasti ada hikmahnya. Di sebalik peristiwa malam tu, pasti ada hikmahnya. ALLAH tidak akan menganiaya hambanya Insyirah. Cuma kita saja yang menganiaya diri sendiri,” Indah cuba menyedarkan In.
Kata-kata ibunya itu menusuk ke dalam hati In.
“Walau apa pun yang akan terjadi, dia tetap suami kakak. Apa-apa hal yang kakak nak buat, kakak kena beritahu dia.  Lama-kelamaan, kalau kakak bagi ruang untuk Iqram tebus semuanya, sedikit demi sedikit kakak akan dapat terima dia,”

Iqram membuka mangga grail. Tertera nombor 06-15 di pintu kondominium itu. Iqram melangkah masuk.
“Inilah rumah kita,”
Correction Encik Iqram. Rumah awak. Bukan rumah kita,” kata In lalu masuk ke dalam. 
Iqram malas untuk bertekak dengan In. Dia mengambil beg In untuk di bawa masuk ke dalam. Iqram menutup pintu.
“Boleh tahan rumah awak ni,”
Dinding rumah itu berwarna hijau epal dan putih. Set sofa juga tersedia. Begitu juga dengan dapur. Semuanya lengkap. Boleh dikatakan mencukupi untuk keperluan sesebuah rumah.
“Saya nak awak selesa. Terima kasih sebab sudi pindah ke rumah saya ni,”
Iqram sengaja menekankan perkataan ‘rumah saya’ itu kepada In.
“Awak sepatutnya terima kasih dengan mak saya. Saya setuju pindah ke sini sebab dia. Tak ada kena mengena dengan awak. Kalau saya, saya memang tak mahu ada kena mengena dengan awak,”
Iqram menarik nafas panjang.
“Saya tunjukkan bilik,”
Mereka sama-sama menuju ke kamar utama.
“Ni bilik awak,” In menjengah ke dalam. Dekorasi di dalam bilik itu kelihatan ala Jepun. Almari baju berwarna hitam putih itu jenis pintu gelongsor ke tepi. In membukanya. Kosong. Tiada pakaian Iqram.
“Awak tidur mana?”
“Kenapa awak tanya? Nak saya tidur bilik ni ke?”
In menahan geram.
“Saya tanya je. Mana tahu awak pun tidur bilik ni juga. Kalau awak tidur bilik ni, saya nak tidur bilik lain,”
“Saya tidur bilik lain. Saya tahu awak tak akan tidur sebilik dengan saya apa lagi sekatil,”
“Mm..baguslah kalau awak tahu,”
“Saya harap awak selesa duduk kat rumah ni,”
“Saya selesa selagi awak tak kacau saya. Kita buat macam biasa, macam kat office. Saya anggap awak tak lebih daripada seorang kawan. Anggap antara kita ada sepadan,”
“Tapi saya tetap suami awak,”
“Suami? Saya terpaksa anggap awak suami saya,”
Iqram mengeluh panjang.
“Ada apa-apa yang boleh saya tolong?” tanya Iqram, mahu membantu In.
“Ada,” jawab In pendek.
“Apa dia?”
“Awak tolong keluar dari bilik saya,” ucap In, selamba.
Iqram menahan geram.
“Awak ni memang degil kan? Tak ada sivik,” ucap Iqram, mahu memulakan peperangan.
“Awak cakap apa?”
“Awak tak ada sivik,” Iqram menekankan perkataan sivik kepada In.
“Awak cakap saya tak ada sivik? Saya?”
“Yelah. Ada orang lain ke dalam bilik ni?”
“Awak yang tak ada sivik. Dah kira untung saya nak tinggal serumah dengan orang macam awak. Awak yang dah ambil kesempatan ke atas saya. Awaklah yang tak ada sivik,”
“Saya ada alasan saya sendiri,”
“Saya tahu apa alasan awak. Awak memang sengaja nak ambil kesempatan. Tak cukup ke girlfriend awak tu hina saya. Cakap saya perempuan bersepah yang rampas awak dari dia  sedangkan dalam hati saya langsung tak ada apa-apa perasaan kat awak. Kenapa saya yang jadi mangsa antara awak dengan dia. Awak yang salah Iqram,”
“Dia bukan girlfriend saya,”
“Lebih baik awak keluar sekarang,” In menolak Iqram keluar.
Iqram keluar dari bilik itu. In segera menutup pintu bilik. In menahan air matanya daripada gugur. Dia sudah berjanji pada dirinya tidak mahu menangis kerana peristiwa malam itu.

In keluar dari biliknya setelah siap mengemas pakaiannya. In memakai tudung. Tudungya hanya diselimpangkan ke kiri dan kanan. Iqram sedang menonton televisyen. Iqram mengalihkan pandangannya kepada In.
“Awak nak pergi mana?”
“Pergi dapur. Nak minum air. Kenapa? Saya tak boleh pergi dapur ke? Dapur tu kawasan sempadan awak ke?” bertubi-tubi pertanyaan yang dikeluarkan dari mulut In.
“Tak adalah, saya tak cakap macam tu pun. Tapi kenapa awak pakai tudung kalau setakat nak pergi dapur,”
“Sebab ada awak kat dalam rumah ni. Saya dengan awak just kawan, tak lebih daripada tu,”
Iqram menonton televisyen semula setelah mendengar jawapan daripada In. Dia menekan butang yang ada pada alat kawalan jauh, mengalih-alih siaran. Kedengaran pintu peti sejuk dibuka. Iqram dapat mengagak yang In akan mengambil air di dalamnya. In keluar dari dapur, menuju ke bilik.
“Kalau awak buka tudung sekali pun, tak berdosa Puan Insyirah. Saya tetap suami awak walaupun awak terpaksa,” ucap Iqram tanpa menoleh ke In, matanya masih lagi memandang ke televisyen.
In tidak menghiraukan kata-kata Iqram. Dia kembali ke biliknya. Muak dan rimas dengan kata-kata Iqram.

BAB 38

In melihat dirinya di hadapan cermin. Dia membetulkan tudungnya berwarna ungu cair yang dipadankan dengan blaus ungu pekat, kelihatan sedikit tidak kemas. In mengambil jam tangan pemberian Zaf lalu memakai jam itu di pergelangan tangan kanannya. Dengan adanya jam itu, In merasakan Zaf berada dengannya. Jarum jam menunjukkan pukul 7.45 pagi. Ada lagi 45 minit sebelum masuk waktu pejabat. Pintu biliknya diketuk.
“In,” suara Iqram kedengaran.
“Pagi-pagi lagi dah ganggu. Tak ada kerja lain ke?” ngomel In sendiri.
In membiarkan Iqram.
“In, awak dah siap ke belum?”
Sekali lagi In membiarkan Iqram yang terus mengetuk pintu biliknya.
“Insyirah, awak dah siap ke? Kita pergi office sama-sama. Kalau awak tak buka pintu, saya masuk,”
In akhirnya mengalah. Dia membuka pintu bilik. Iqram memberikan senyuman.
“Awak nak apa Encik Iqram?”
Iqram memandang In. Cantik.
“Awak cantik pakai baju warna purple tapi lagi cantik kalau awak pakai baju warna hijau hari ni. Awak tak nak tukar baju ke?” tanya Iqram. Pagi itu Iqram mengenakan kemeja hijau cair.
“Kenapa saya nak ikut cakap awak pulak?”
“Saya hari ni pakai baju warna hijau, jadi awak pun pakai baju warna hijau jugalah. Saya suka kalau orang cakap yang kita ni sehati sejiwa. Diorang cakap, kita ada jodoh,”
“Saya malas nak layan kerenah awak yang merepek tu,” ucap In lalu mengambil beg tangan.
“Ha, tak pun awak tunggu kejap. Saya tukar baju. Saya ada kemeja warna purple,” gurau Iqram.
“Suka hati awaklah Iqram. Saya nak pergi kerja dulu,”
“Awak nak pergi naik apa? Kan saya cakap kita pergi office sama-sama,”
“Saya boleh pergi naik teksi, tak pun bas,”
“Buat apa nak naik teksi dengan bas. Saya kan ada, kita pergi office sama-sama. Lagi pun membazir duit awak je naik pengangkutan awam tu,”
“Saya tak nak pergi office dengan awak,”
“In, office saya dengan office awak tu satu bumbung. Pejabat kita sebelah je. Tak sampai sekangkang kera pun. Awak tak payahlah buang masa dan duit awak. Dah jom, kita pergi sama-sama,” ajak Iqram.
“Saya tak mahu, saya tak nak,”
“Awak ni kenapa degil sangat? Lagipun awak pergi kerja dengan saya lagi selamat. Mana tahu kalau awak naik teksi, driver teksi tu ada niat buruk pada awak,”
“Kalau saya pergi kerja dengan awak, saya selamat lah?”
“Mestilah, saya jaga awak. Jom, pergi office dengan saya,” Iqram menarik tangan In.
“Awak lepaskan tangan awak tu boleh? Suka mengambil kesempatan,”
“Kenapa awak suka cakap macam tu?” Iqram melepaskan tangan In, dia sendiri tidak menyedari tangannya menarik tangan In.
“Awak memang dah macam tu,” ucap In, spontan lalu mengambil kasutnya.
Iqram tidak mmbalas kata-kata In. Hanya Tuhan sahaja yang tahu kasih sayang Iqram terhadap In.
“Awak pergi kerja dengan saya tak?”
“Saya tak naklah. Awak ni tak faham-faham ke?”
“In, please. Saya hantar awak pergi office,”
In hanya mendiamkan diri.
So?”
“Saya tak nak membazirkan masa and duit saya. Dah ada driver nak hantar,” sekali lagi jawapan In selamba keluar dari mulutnya. In meninggalkan Iqram di hadapan pintu, menuju ke pintu lif. Iqram hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum. Disebalik sifat In yang tidak mahu mengalah itu, mampu menimbang semula cadangannya.

In dan Iqram berjalan seiring. Pada mulanya In mendahului Iqram. Dia telah keluar dahulu dari kereta Iqram. Tetapi pintu lif lambat terbuka menyebabkan Iqram dapat mengejar In. Pintu lif terbuka. In dan Iqram masuk ke dalam lif, hanya mereka berdua.
“Nampaknya pintu lif ni pun nak jodohkan kita. Kita berdua je ada kat dalam lif ni,” ucap Iqram, pintu lif tertutup.
In tidak mempedulikan kata-kata Iqram.
“Awak ni, diam je. Cubalah cakap dengan saya,”
In menjeling ke arah Iqram.
“Awak ni. Saya dah cakap banyak kali dengan awak. Tak baik jeling-jeling, nanti mata juling,”
“Biarlah, mata saya. Bukan mata awak,”
“Memanglah bukan mata saya tapi mata awak tu mata isteri saya,”
In geram dengan kata-kata Iqram. In merasakan pintu lif begitu lambat terbuka.
“Mata saya, mata saya lah. Bila masa jadi mata isteri awak?”
“Tapi Insyirah adalah isteri saya,”
“Awak ni lebih-lebih tau tak? Saya tak suka,”
“Tapi saya suka”
Pintu lif terbuka.
In keluar.
“Isteri saya hari ni nampak cantik,” ucap Iqram sambil melangkah keluar.
“Awak ni tak malu eh?”
“Kenapa nak malu pulak?”
“Awak ni muka tembok,”
Ana mendengar suara In dan Iqram. Dia menjengah, ingin melihat apa yang berlaku.
“Awak cakap saya muka tembok? Awak tu tak ada sivik,”
“Saya tak ada sivik? Awaklah yang tak ada sivik,”
Ana hanya mendengar peperangan antara In dan Iqram.
“Selamat pagi Cik Insyirah,” ucap Ana.
In baru tersedar yang dia sudah tiba di pejabat. In terdiam seketika.
“Selamat pagi. Saya masuk pejabat dulu lah,” kata In sambil menjeling ke arah Iqram.
Iqram tersengih, memerhatikan In menuju ke bilik pejabatnya.
“Selamat pagi Encik Iqram,” ucap Ana kepada Iqram pula, pelik dengan kelakuan In dan Iqram.
“Selamat pagi Ana,” ucap Iqram sambil berhenti seketika di meja penyambut tetamu. Dia tersenyum sendiri.
“Encik Iqram gaduh dengan Cik Insyirah ke? Saya dengar tak ada sivik, muka tembok,” kata Ana.
“Gaduh? Taklah, kitorang gurau je,”
“Gurau sampai cakap macam tu?”
“Tu namanya gurau sayang,” senyuman terus terukir di wajah Iqram.
“Encik Iqram ada apa-apa eh dengan Cik Insyirah?”
“Eh, tak adalah. Kitorang memang suka bergurau macam tu. Saya masuk office dulu lah ye,”
Ana tersenyum kemudian menggeleng-gelengkan kepala. Pelik dengan kelakuan mereka berdua.

No comments:

Post a Comment