BAB 21
Matahari mulai memancarkan sinarnya. Burung sudah mula keluar daripada sarang. Langit sudah mulai terang. Walau apapun yang berlaku di atas dunia ini, masa tetap berputar, tidak berhenti. Iqram memutarkan stereng ke kiri, masuk perkarangan rumahnya. Kereta Badrul sudah berada di luar pagar. Badrul sedang memanaskan enjin, sebentar lagi dia mahu ke kolej kerana tugasnya sebagai pensyarah. Dia agak hairan dengan kehadiran Iqram pagi itu. Apa tidaknya, dia melihat Iqram berada dalam keadaan kusut masai.
“Kau dari mana Iqram? Semalam tak balik rumah, kau tidur mana?” soal Badrul yang segak berkemeja hitam, bertali leher kelabu.
“Semalam aku tidur rumah bapa aku,” jawab Iqram ringkas.
“Setahu aku, rumah bapa kau tu besar. Takkan tak ada bilik air Iqram. Ni aku tengok macam orang tak mandi dari semalam. Baju pun tak tukar. Ni baju semalam kau pergi kerja. Setahu aku baju kau pun ada kat sana kan?”
Iqram hanya membisu.
“Kau kenapa ni?”
“Aku masuk dulu lah,” ucap Iqram.
Badrul pelik dengan kelakuan rakannya itu.
“Dah kenapa Iqram tu. Selalu dari rumah bapak dia, terus pergi office. Ni tidak, kenapa balik sini pulak. Kata tidur sana,” ngomel Badrul sendiri.
Iqram berselisih dengan Iqbal yang sedang menuruni tangga.
“Eh, Iqram. Kau tak pergi kerja ke?”
“Aku pergi lambat sikit,”
“Kau dari mana ni? Semalam tak balk rumah. Dengan baju tak bertukar dari semalam. Macam orang tak mandi ni,”
“Aku tidur rumah bapak aku la,” ucap Iqram, menggunakan alasan yang sama. Iqram segera ke biliknya.
“Buang tabiat ke Iqram ni,” desis hati Iqbal. Iqbal menuju ke pintu, keluar dari rumah.
Kelihatan Badrul sedang mengemas keretanya.
“Bad,” panggil Iqbal.
Badrul menoleh.
“Kenapa?”
“Kenapa Iqram tu? Pelik semacam je,” tanya Iqbal.
“Entah, aku pun tak tahu. Macam orang hilang bini je,” balas Badrul.
“Semalam tak balik, kata tidur kat rumah bapak dia. Tapi kusut semacam je,”
“Tahu tak apa. Kata dari rumah bapak dia. Tapi kenapa balik sini. Bukan biasanya kalau dari rumah bapa dia terus pergi office ke?”
“Tulah aku rasa ada something lain ni,”
“Dia tak ada cerita apa-apa kat kau?” tanya Badrul
“Tak ada. Kalau dia ada cerita kat aku, buat apa aku tanya kat kau,”
“Siot kau eh. Kau pagi-pagi dah kenakan aku. Ni tak pergi kerja ke?”
“Klinik abang aku buka pukul 10, sekarang pukul 8 pun belum,”
“Patutlah bau masam, belum mandi lagi,”
“Oii.. dah pergi kerja cepat,”
Badrul tergelak. Begitulah mereka. Sering bergurau.
“Eh, kau kat rumah pandai-pandailah korek rahsia,”
“Kau ni macam tak tahu perangai si Iqram tu. Kalau dia nak cerita, mesti dia cerita, tak payah nak dikorek-korek,”
“Ya tak ya juga. Dahlah, aku pergi kerja dulu,” ucap Badrul lalu masuk ke dalam keretanya. Iqbal masuk ke dalam rumah.
In tidak bekerja pada hari itu. Dia mengambil cuti mengejut dengan alasan pulang ke kampung kerana ada saudara yang sakit. In mengurungkan dirinya di dalam bilik. Mahu sahaja dia memutarkan balik masa. Apa yang berlaku semalam bagaikan mimpi ngeri baginya. Semuanya berlaku pada hari yang sama. Jiwa In lemah, tidak berdaya. Bagaikan sehelai kertas yang mudah saja dikoyak-koyak menjadi cebisan kecil lalu berterbangan ke udara jika ditiup angin. Semalam dia kehilangan Zaf, semalam jugalah jiwanya hilang. Hari ini da telah bergelar seorang isteri kepada. Pintu bilik terbuka perlahan-lahan. Indah menjenguk anak perempuannya itu. Indah duduk di sisi katil.In bangun lalu memeluk emaknya.
“Mak, kenapa jadi macam ni?”
Indah mengusap-usap lmbut rambut anaknya, cuba menenangkan In.
“Kakak tak buat semua tu. Kenapa Iqram buat macam ni kat kakak mak?” air mata In mengalir perlahan.
“Kenapa? Kakak baru hilang Zaf, tiba-tiba hari ni kakak jadi isteri Iqram tanpa rela. Kakak tak buat apa-apa malam tu,”
“Sudahlah tu. Mungkin ini ujian ALLAH. Tak baik macam ni,” Indah cuba meredakan In.
“Kasihan kat mak. Mesti mak malu dengan apa yang dah berlaku,”
Indah turut menangis.
“Kakak dah buat emak menangis,”
“Tak apa, mak tahu, ini semua dugaan ALLAH untuk keluarga kita,”
“Tapi kakak tak buat perkara tu mak. Kenapa kakak kena tanggung semuanya?”
Indah hanya terdiam.
“Mak, mak percaya kan yang kakak tak buat semua tu,”
Indah memandang mata In dalam-dalam. Dia mengusap-usap rambut anaknya itu. Dia menyapu air mata yang mengalir di pipi In. In cuba menahan air matanya daripada gugur lagi tapi apabila Indah tidak menjawab, air matanya jatuh lagi.
“Mak, mak cakaplah yang mak percaya cakap kakak. Percayalah mak. Kakak rela kalau orang lain tak percaya cakap kakak, tapi biarlah mak sorang je yang percaya. Itu dah cukup bagi kakak mak. Mak,cakaplah,”
Indah mengangguk perlahan.
“Ya, mak percaya kakak tak buat semua tu,”
In segera memeluk Indah. Ibunya sahaja tempat dia mengadu. Jika dahulu, Zaf akan menemaninya, mendengar segala rintihan In, tapi kini Zaf tiada.
“Kalaulah kakak tak ajak Iqram teman kakak pergi Muar,jumpa keluarga Zaf, mesti perkara ni takkan berlaku kan mak? Mesti kakak tak kan jadi isteri dia. Kalau kereta dia tak rosak, akan jadi macam ni ke mak?”
“Tak baik cakap macam tu. Ni semua takdir. Kakak kena percaya takdir. Semua ni dah ketentuan. Tak baik menyalahkan takdir,”
In terus menangis. Mahu sahaja dia bangkit dari tidur, keluar daripada mimpi ngeri ini tapi In sedar. Ini bukan mimpi ngeri atau khayalan. Dia sedar, ini adalah kenyataan yang harus dihadapinya, dugaan hidup yang harus ditempuhinya untuk meneruskan lagi kehidupan.
BAB 22
Masa terus bergerak. Pergi meninggalkan kita tanpa kita ketahui. Masa juga bagaikan angin. Berlalu pergi tanpa kita sedari. Iqram melangkah ke bangunan Berjaya Holdings. Pagi tadi dia tidak dapat melelapkan matanya. Mahu sahaja dia memejamkan mata tetapi peristiwa semalam mengganggunya. Semalam dia masih lagi berstatus bujang, hari ini dia bergelar suami orang. Suami kepada Insyirah. Tetapi fikirannya ligat mngingatkan kembali peristiwa semalam. Betulkah tindakan yang dia ambil? Wajarkah dia menjadi suami kepada Insyirah atas dasar tanpa rela, atas perbuatan yang mereka tidak lakukan? Yang penting, Iqram ada alasan sendiri kenapa dia berbuat begitu. Dia sediri tidak pasti kenapa hatinya nekad berkata sedemikian. Iqram melewati pejabat In. Kosong dan sepi.
“Encik Iqram,” panggil Nadia.
Langkah Iqram terhenti. Iqram menoleh ke arah Nadia.
“Ya Nadia. Kenapa?”
“Tadi Encik Taufiq telefon. Cari Encik Iqram. Dia call handphone Encik Iqram tapi tak dapat,” Iqram meraba-raba kocek seluarnya. Kosong, hanya dompetnya sahaja. Iqram baru teringat, telefonnya kehabisan bateri, diletakkan di meja di rumahnya pagi tadi.
“Handphone saya tertinggal kar rumah, habis bateri. Dia ada cakap kenapa dia cari saya?”
“Tak ada pula, Cuma dia tanya Encik Iqram pergi mana sebab pagi tadi Encik Iqram tak masuk office lagi,”
“Ok, nanti saya call dia,”
“Lagi satu, pasal Cik Natasya,”
Kepala Iqram berserabut pagi itu. Apatah lagi Nadia menyebut nama itu. Semakin bercelaru fikirannya. Nama Natasya meluat didengarnya. Semuanya seperti tidak kena pagi itu.
“Kenapa Natasya? Dia nak apa?”
“Dia banyak kali call office. Dia tanya Encik Iqram ke mana. Dia marah-marah sebab Encik Iqram tak nak jawab call dia,”
Mahu sahaja Iqram memadamkan memori Natasya terhadapnya.
“Awak biarkan je. Kalau dia call lagi, marah-marah, cakap dengan dia saya memang tak nak jumpa dia lagi. Tak pun awak letak je balik telefon tu kalau dia call lagi,”
“Baik Encik Iqram,”
Iqram mahu melangkah ke pejabatnya tapi dia berpatah balik.
“Nadia,”
“Ya Encik Iqram,”
“Cik Insyirah mana? Tak masuk office ke?”.
“Cik Insyirah cuti,”
“Cuti? Kenapa?” tanya Iqram tapi dia dapat mengagak apa sebabnya.
“Cik Insyirah cakap ada saudara dia sakit kat kampung,”
“Dia ada cakap dia cuti berapa lama?”
“Tak ada pula,”
“Oklah. Terima kasih ye,”
Nadia hanya mengangguk lalu kembali ke mejanya.
Iqram masuk ke pejabatnya. meletakkan beg komputer ribanya di atas meja lalu duduk di kerusinya. Dia memejamkan mata. Wajah In yang menjelma. Rasa bersalah terhadap In terbuku di hati. Dia tahu, dia tidak sepatutnya berbuat begitu kepada In, tapi dia tidak tahu, bagaikan ada sesuatu yang mendorongnya berkata sedemikian.
“Pak cik, saya bertanggungjawab dengan atas apa yang berlaku,”
“Saya sedar dengan apa yang saya cakap tadi,”
Ayat itu terngiang-ngiang di telinganya.
Mata Iqram beralih ke pejabat In. masih terbayang peristiwa semalam di situ. In menangis. Adakah dia mengambil kesempatan ke atas In? Insyirah, maafkan Iqram. Bukan niat Iqram untuk melakukan sedemikian terhadap In. tiba-tiba telefon pejabat Iqram berbunyi. Iqram menekan salah satu butang di telefon itu.
“Ya Nadia, kenapa?”
“Cik Natasya datang,”
Mahu sahaja Iqram menghempas telefon itu. Natasya bagaikan satu beban yang berat d benak fikirannya.
“Buat apa dia datang sini. Awak cakaplah saya ada meeting kejap lagi,”
“Saya dah cakap Encik Iqram tak ada, tapi dia nampak kereta Encik Iqram kat luar. Dia cakap, dia takkan percaya cakap saya,”
Iqram memicit-micit kepalanya. Cuba mencari alasan untuk mengelak daripada bertemu mata dengan Natasya. Belum sempat dia berkata apa-apa, Natasya sudah muncul di pintu pejabatnya lalu masuk ke dalam.
“Maaf Encik Iqram, saya dah cuba halang dia,”
“Tak apa. Awak boleh keluar. Bukan salah awak pun.”
Nadia keluar lalu menutup kembali pintu.
Iqram menyandar malas di kerusinya. Dia tidak mempelawa Natasya duduk.
“You nak apa?” tanya Iqram
“I nak you,” balas Natasya.
“You tak malu ke? I tak nak kat you pun,”
“Kenapa dengan you ni? Apa salah I?”
“You dah berkepit dengan jantan mana, masih nak tanya apa salah you?”
“Mana ada. I cuma sayang kat you je,”
“I meluat dengar perkataan sayang you tu,”
“Iqram, you dah berubah. Tak macam dulu. Kenapa? Dah ada perempuan lain?” Natasya cuba menyalahkan Iqram.
Iqram malas nak menjawab pertanyaan Natasya itu.
“Kenapa diam? Ingat I tak nampak you? You hari-hari berkepit dengan staf you tu,”
Iqram tidak menghiraukan kata-kata Natasya.
“You yang dah berubah Iqram,”
“I berubah? Kalau I berubah pun sebab you. Mata I ni nampak tangan jantan tu kat mana bila dengan you,”
Natasya menelan air liur. Iqram nampak apa yang dia lakukan? Namun Natasya cuba berlagak tenang, seolah-olah dia tidak bersalah.
“Mana ada. You salah orang. Mungkin lelaki tu abang I masa yang you nampak tu,”
“Baiknya hati kasi abang pegang paha? Entah-entah bagi abang pegang apa lagi?”
“Mulut you jangan kurang ajar eh,”
“Siapa yang kurang ajar? You ke I? You yang tiba-tiba datang office I then you serang I. Itu tak kurang ajar ke Cik Amy Natasya?”
Natasya menahan geram tapi hatinya tidak mahu melepaskan Iqram. Iqram punya rupa dan punya harta. Iqram Iskandar, anak tunggal kepada Ahmad Taufiq, yang sering membina bangunan berjuta-juta ringgit di Johor Bahru. Mampu memenuhi kehendak materialistiknya.
“Iqram, ingat. I takkan lepaskan you. I sanggup buat apa saja untuk dapatkan you semula,”
Natasya cuba memberi amaran.
“Ingat I takut dengan semua tu? You ingat I ni apa? Baju longgok kat pasar malam? Boleh you buat macam tu? Lain la you, murah. Semua lelaki boleh dapatkan you asal diorang poket penuh. Mulai hari ini, I tak nak ada kena mengena dengan orang yang bernama Amy Natasya. I tak kenal siapa you. Hubungan kita putus. Lebih baik you keluar sekarang sebelum I yang halau you keluar,” kali ini nada suara Iqram tinggi.
“Ingat Iqram. I sanggup buat apa saja,” sekali lagi Natasya cuba memberi peringatan kepada Iqram.
Iqram hanya tersenyum sinis. Natasya keluar, menghempaskan pintu, menunjukkan rasa marah dan geram terhadap Iqram. Iqram tidak mempedulikan reaksi yang diberikan Natasya. Apa yang penting baginya sekarang ialah Ilham Nur Insyirah. Niat di hati Iqram untuk menghubungi In timbul. Iqram menggunakan telefon pejabat, dia sudah mendail nombor telefon itu tapi dia meletakkan semula ganggang telefon. Ini bukan masanya. Dia cuba memberi ruang kepada In.
No comments:
Post a Comment