BAB 53
Iqram membentang pelan projek gerai di Taman Indah. Iqram dan In sedang berbincang mengenai projek tersebut.
“Kenapa kerja electrical ni lambat siap?” tanya Iqram apabila meneliti laporan yang disiapkan In.
“Kontraktor ada masalah sikit. Diorang ada masalah dengan pembekal diorang. Jadi kita terpaksa consider lah. Lagipun diorang dapat cover balik. Nasib baik tak hujan. Cuma lambat dua hari,” terang In.
Iqram telah menyerahkan projek itu di bawah pengawasan In. Iqram meneliti carta bar projek tersebut. Carta bar merupakan perancangan bagi sesuatu projek di mana ia menunjukkan tempoh yang diperuntukkan bagi setiap operasi dan perhubungan antara permulaan dan penyiapan bagi setiap kerja yang dilakukan.
“Kerja lain macam mana?”
“Tile finishing dengan roofing dah start tadi. Mengikut planning dalan tiga hari siap,” In turut memerhatikan carta bar itu.
“Tak ada masalah apa-apa kan?”
“Tak ada Encik Iqram. Barang pun hantar on time,”
“Awak jangan lupa yang tile ni merangkumi floor dengan wall. Pastikan warnanya tak tertukar,”
“Dah Encik Iqram. Tadi saya dah check. Saya pun dah cakap dengan Encik Karim,”
“Awak siapkan full report untuk bulan ni. Lepas tu bagi kat saya. Saya nak buat site meeting. Memandangkan projek ni dah nak siap, kita kena bincang kerja selanjutnya,”
“Lepas ni tinggal kerja landskap, plumbing. Lepas tu dah boleh clean up,”
Iqram hanya mengangguk mendengar penjelasan In. Iqram menanggalkan cermin matanya lalu menyandarkan kepalanya ke kerusi.
“Ok. Lepas ni mesti client nak tengok. So, awak jangan lupa siapkan semuanya. Nanti saya bincang dengan Encik Taufiq lepas dia dah tengok semua report ni,”
In mencatatkan segala arahan yang dikeluarkan Iqram. Iqram memicit-micit kepalanya. Iqram mengurut sendiri bahunya sambil memerhatikan pelan yang berada di hadapannya.
“Awak ok?” tanya In.
Pandangan Iqram beralih kepada In. Pandangannya tetap, tidak beralih.
“Awak ni, saya tanya awak, awak tengok saya pula,”
Senyuman Iqram terukir.
“Kenapa awak tanya? Risau?”
“Saya tanya je,”
Iqram memandang ke arah pintu sebaik saja mendengar ketukan pintu daripada Nadia. Iqram memberikan isyarat masuk.
“Ya Nadia,”
“Encik Iqram, Encik Qhairul dengan Cik Qistina nak jumpa Encik Iqram,” balas Nadia.
Tiba-tiba Iqram menjadi kurang selesa.
“Yelah. Suruh diorang tunggu kejap,”
“Baik Encik Iqram,” ucap Nadia lalu keluar.
“Saya keluar dululah. Encik Iqram ada tetamu. Lagipun kita dah habis bincang kan?”
“Kalau saya tak kasi keluar macam mana?”
“Awak jangan nak ngada-ngada,” In cuba memberi amaran.
“Mana ada saya mengada-ngada. Saya nak manja je,”
“Siapa nak manja dengan awak. Saya keluar dulu,” pinta In.
In bangun. Iqram turut bangun. Iqram menemani In keluar. Qhairul melihat kelibat Iqram. Qhairul segera mendekati Iqram. Qistina mengikut tindakan abangnya.
“Wah, sibuk betul engineer kita ni. Sampai aku nak jumpa pun kena tunggu dulu,” ucap Qhairul.
Iqram hanya tersengih.
“Yelah abang, macam nak jumpa menteri pula,”
In mendengar perbualan mereka.
“Saya masuk dulu Encik Iqram,”
“Eh, tak kenalkan ke kat aku siapa ni,”
Iqram seperti tidak menyenangi dengan apa yang berlaku.
“In, ni Qhairul. Qhairul, ni Insyirah. TA Berjaya Holdings,”
Qhairul menghulurkan tangan kepada In. Dengan berat hati In menyambut huluran itu.
“Yang ini Qistina, adik Qhairul,” kali ini In pula yang menghulurkan tangan terlebih dahulu.
Qistina menyambutnya dengan senyuman. Iqram sengaja tidak mahu memperkenalkan mereka sebagai sepupunya. Pasti akan terjadi sesuatu kalau In mengetahui siapa sebenarnya Qhairul dan Qistina dan rahsianya pasti terbongkar.
“Saya minta diri dulu,” ucap In lalu masuk ke pejabatnya.
“Boleh tahan awek tu,”
“Ish, abang ni. Tak malu eh,” balas Qistina.
“Kenapa dengan dia?” tanya Iqram.
Soalannya berbau tidak senang.
“Tak adalah. Macam ada tarikan awek tu,” ucap Qhairul sambil matanya memandang In.
“Kau jangan pandang dia lebih-lebih pula,”
“Eh, awek kau ke?”
“Memanglah bukan awek aku tapi dia bukan senang kau nak tackle. Kau jangan mimpilah,”
“Sedap juga nama dia, Insyirah,”
“Yang kau datang office aku ni kenapa? Tak ada kerja ke?”
“Relaks la. Aku nak rehat-rehat dulu. Baru balik dari Melbourne, mestilah nak bercuti dulu. Kata cuti-cuti Malaysia,”
“Yelah tu,”
In keluar semula dari pejabatnya kerana mahu mengambil semula pelan yang berada di atas meja Iqram. Mereka masih lagi berada di luar pejabat Iqram. In terdengar perbualan mereka sekali lagi.
“Adik aku ni la. Tak puas jumpa kau. Semalam kau balik cepat sangat lepas makan malam, kau stay sekejap je. Pukul sepuluh lebih dah tak ada. Ingat nak borak panjang-panjang dengan kau. Kau pulak seboleh-boleh nak balik rumah. Bukannya ada bini pun,” ucap Qhairul.
“Tulah. Tak sempat nak berbual dengan abang Iqram. Tu ingat nak ajak abang Iqram minum lepas habis kerja. Lagi setengah jam nak habis waktu pejabat ni,” sambung Qistina pula.
Air muka Iqram berubah apabila mengetahui In mendengar apa yang baru sahaja dikatakan Qhairul. Dia merasakan malapetaka baru sahaja berlaku dalam hidupnya. In mengambil gulungan pelan itu lalu segera menuju ke pejabatnya semula.
“Kan korang lama kat sini. Ada banyak masa nak borak panjang-panjang,”
Iqram cuba berdalih.
“Kau ni sekarang macam busy je,”
“Biasalah. Projek tengah naik sekarang ni,”
“Abang Iqram dah tak macam dululah. Susah nak spent time dengan abang sekarang,”
“Abang minta maaf sangat-sangat. Kerja abang bukan macam dulu. Sekarang banyak projek yang abang kena pantau,”
“Ala, sekejap je. Kejap lagi habis kerja. Takkan lepas office hour pun kau kerja lagi,”
“Kau ingat kerja aku ni ikut office hour? Kerja aku pun tak tentulah. Kadang-kadang burung hantu bangun tidur baru aku balik tau,”
“Ala, bolehlah abang Iqram. Qis dah lama tak berbual dengan abang,”
“Tak boleh. Ada banyak kerja yang nak abang siapkan,” Iqram cuba berbohong.
Iqram lebih mementingkan perasaan In ketika ini.
“Come on lah Iqram. Tak pun kau ajak Insyirah sekali. Boleh aku kenal-kenal dengan dia,”
“Ini part yang aku malas ni. Mentang-mentang dah handsome sikit, ada hati nak ngurat staf aku,”
“Tak adalah. Aku saja je nak mengeratkan silaturrahim,”
“Banyak kau punya silaturrahim. Salah kau juga. Kenapa tak nak call aku dulu sebelum datang sini,”
“Ala, bagilah chance kat aku,”
“Abang Iqram, please,” rayu Qistina.
“Mm..macam nilah. Nanti abang free, abang call. Kita keluar. Boleh borak-borak,” cadang Iqram sedangkan itu alasan Iqram untuk mengelak.
Qistina mengeluh panjang.
“Baiklah Ir. Iqram Iskandar,” gurau Qhairul.
“Kau ni macam perli aku pula,”
“Mana ada aku perli. Oklah, aku gerak dululah,”
“Abang Iqram jangan lupa call Qis bila tak busy nanti. Tak pun datang rumah je,”
“Insya ALLAH,”
“Eh, kau kirim salam dengan Insyirah eh,”
“Wah, kau ingat aku ni posmen ke?” nada Iqram seperti bergurau tetapi yang sebenarnya dia sedang memberi amaran.
Qhairul tersengih. Mereka berdua mulai beredar.
Iqram merasa lega seketika. Sepupunya sudah beredar, kini tinggal In. Iqram memandang In tetapi In berpura-pura tidak melihatnya. Iqram mengambil keputusan untuk menjelaskan segala-galanya semasa mereka berada di rumah nanti. Jka dia bertindak sekarang, pasti akan berlaku satu drama di dalam pejabat itu. Dia tidak mahu semua orang tahu akan rahsianya.
BAB 54
In telah pun sampai terlebih dahulu berbanding Iqram yang masih lagi di belakangnya. Sebaik sahaja selesai meletakkan kereta, In segera menuju ke lobi lif. Iqram cuba mengejar tetapi nasib tidak menyebelahi Iqram. In sudah pun masuk ke dalam lif terlebih dahulu. Iqram terpaksa menunggu. Jika menggunakan tangga, pasti dia tidak mempunyai cukup tenaga untuk menerangkan segala-galanya kepada In. Tidak sampai setengah minit, pintu lif di sebelah terbuka. In telah masuk ke dalam rumah. Iqram dapat mengejar. In segera menutup pintu tetapi Iqram sempat menahan. Iqram masuk ke dalam rumah lalu menutup semula pintu itu. Iqram cuba menarik lengan In tetapi In berjaya menepis.
“In,” panggil Iqram.
In tidak membalas.
“Insyirah, dengar dulu apa yang saya nak cakap ni,”
“Kenapa awak balik rumah? Kenapa tak keluar je dengan diorang?”
“Saya tak nak jumpa diorang,”
“Tapi awak dah pun jumpa diorang semalam. Sebab tu awak balik lambat semalam,”
“In, janganlah marah. Saya boleh terangkan semuanya,”
“Kenapa nak terangkan semuanya hari ni? Kenapa tak nak terangkan semuanya semalam?”
“In, bagi saya peluang,” pinta Iqram.
“Awak nak peluang apa?”
“Saya nak awak bagi saya peluang untuk saya jelaskan semuanya,”
In hanya mendiamkan diri.
“Semalam, family Qhairul ajak makan. Diorang baru balik dari Melbourne. Jadi, saya tak ada pilihan. Saya memang kenal dengan family Qhairul,”
“Habis tu, kenapa tak nak keluar dengan Qistina dan Qhairul tu. Tadikan diorang nak ajak awak berbual. Lagi-lagi Qistina tu. Dia beriya ajak awak keluar,”
“Semalam kan saya dah jumpa diorang. Daripada saya keluar dengan diorang, lebih baik saya spent time dengan awak,”
“Habis tu, semalam kan awak dah makan dengan diorang. Kenapa awak makan lagi masakan saya?”
“Saya tak selera makan dengan diorang tapi bila tengok masakan awak, terus terbuka selera saya. Awak masak sedap,”
“Awak jangan cuba nak pukuk saya. Saya tunggu awak dari pukul 8 sampai saya tertidur kat atas sofa tu, saya nak makan saing-saing awak. Tiba-tiba dapat tahu awak dah makan dengan diorang. Awak ingat saya ni apa? Bukan nak telefon. Telefon awak tu pergi mana? Dah hanyut ke laut ke?”
“Bateri saya habis,”
“Kenapa tak guna public phone?”
Iqram tersenyum.
“Kenapa senyum? Saya tengah marah ni,”
“Saya tak ada duit syiling,”
“Alasan. Awak pergilah keluar dengan Qistina tu. Spent time dengan dia,” ucap In.
In mahu melangkah ke biliknya tetapi Iqram berjaya memegang tangan In.
“Insyirah,”
“Lepaskan saya,”
“Saya tak nak lepaskan awak sampai awak jawab soalan saya,”
“Awak nak tanya apa?”
“Kenapa awak marah?”
“Saya tunggu awak sampai tertidur kat atas sofa dan awak balik rumah seolah-olah awak tak buat apa-apa salah pun,”
“Itu je?”
“Itu jelah. Sekarang lepaskan tangan saya. Saya dah jawab soalan awak,”
Iqram cuba menarik perlahan lengan In. In cuba melepaskan diri.
“Awak lepaskan tangan saya,”
“Hei, awak cemburu?”
Riak wajah In berubah. In tiba-tiba tersedar. Dia mula menanyakan soalan itu kepada dirinya sendiri.
“Ilham Nur Insyirah, awak cemburu ke?”
“Kenapa saya nak cemburu?”
In cuba membidas kata-kata Iqram.
“Orang cakap, kalau marah, tandanya cemburu. Kalau cemburu, tandanya sayang. Kalau sayang, tandanya saya kat dalam hati awak,”
“Saya tak cemburu. Saya geram. Awak dah buang masa saya. Kalau awak cakap awal-awal yang awak makan malam dengan diorang, tak payah saya tunggu awak,”
“Tapi air muka awak jelas menunjukkan apa yang ada dalam hati awak. Awak tak pandai tipu perasaan awak,”
Iqram cuba memberi pandangan yang tajam ke dalam mata In. In tidak dapat berkata apa-apa. Perlahan-lahan Iqram mendekati In. Wajah mereka bertemu. In dapat mendengar hembusan nafas Iqram. Pandangan mereka rapat. In dapat melihat dengan jelas anak mata Iqram. In sendiri menanyakan soalan itu terhadap perasaanya.
‘Kenapa aku marah sangat pada dia? Kalau aku tak ada perasaan kat dia, kenapa aku rasa macam ni? Betul ke aku cemburu? Betul ke aku marah sebab dia balik lambat semalam? Atau aku marah kerana Qistina? Aku marah kerana Iqram makan malam dengannya? Aku marah kerana Qis seperti mesra dengan Iqram? Aku marah kerana Qistina?’
Soalan itu muncul di benak fikirannya dan apa yang pasti, hanya perasaan In yang dapat menjawab segala persoalan yang muncul.
Iqram merapati bibirnya ke telinga In.
“Mata awak tak dapat berbohong yang awak cemburu,”
Nafas In turun naik ketika itu. Hanya TUHAN sahaja tahu betapa lajunya degupan jantung In apabila Iqram melakukan perkara sebegitu. Iqram menatap semula wajah In.
“Awak jangan nak perasan. Saya tak cakap apa-apa pun,”
Senyuman Iqram terukir.
“Awak orang perempuan tak elok marah-marah,nanti muka cepat kedut,” ucap Iqram lalu berjalan menuju ke biliknya.
Tiba-tiba perasaan In bertukar menjadi geram.
“Awak cakap muka saya berkedut? Awak tu, tak ada sivik. Suka hati je nak ejek orang. Tak ada sivik,”
Iqram membiarkan In mengejeknya. Iqram telah masuk ke biliknya. In masih lagi berdiri di situ. Iqram mahu menutup pintu. Sebelum itu, Iqram memandang In. Iqram mengerdipkan mata kirinya lalu memberikan senyuman kepada In.
“Apa kenyit mata kat orang? Mata tu masuk habuk ke?”
Iqram hampir tergelak.
“Tok guru, jangan marah-marah. Nanti nak ajar saya baca IQRA’. Nanti ilmu tak sampai pada anak murid,”
Tiba-tiba In ketawa. Akhirnya In akur dengan Iqram. Mereka sama-sama ketawa. In cuba menjeling kepada Iqram.
“Tak baik jelling-jeling. Nanti mata tok guru saya juling,”
“Biarlah, bukan mata awak. Mata saya,”
“Eleh, konon marahlah tu. Tadi ketawa juga,”
“Mana ada saya ketawa,”
“Tak baik tipu,”
“Malas saya nak layan awak ni. Lebih baik saya pergi mandi,”
In masuk lalu menutup pintu biliknya. Iqram mengelengkan kepala melihat telatah In. In telah menunjukkan tanda-tanda cemburu. Iqram tersenyum sendiri. Iqram bersyukur, In mula menerimanya. In marah akan Qistina, itu bermakna In cemburu. Walaupun In cuba memberi alasan tetapi Iqram dapat merasakan jauh di dalam hati In, ada ruang untuknya bertakhta.
No comments:
Post a Comment