BAB 9
In baru sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Dia baring di atas katil. Tangannya memegang telefon bimbit. Dia ingin memberitahu Zaf yang dia akan memulakan kerjayanya esok. Pada mulanya dia ingin menelefon, tapi tiba-tiba dia hanya ingin memberi pesanan ringkas.
Zaf,
In mula kerja esok.
Zaf sihat?
Pesanan dihantar. In menunggu selama 5 minit. Tetapi tidak dibalas.
Zaf buat apa?
In ganggu Zaf?
Sekali lagi pesanan di hantar. Setelah sepuluh minit, tidak juga dibalas. In cuba berfikiran positif. In hanya menjangka, kemungkinan Zaf sibuk atau sedang berehat, tidak mahu diganggu. Lama-kelamaan mata In mengantuk. Penat seharian berjalan bersama Mia. Akhirnya In terlelap.
Dia memandang sekeliling. Memerhatikan air yang sedang mengalir di celah-celah batu. Cuba mencari jawapan untuk setiap kekusutan. Dia mengharapkan gadis itu membantunya. Sekali lagi dia memandang wajah gadis itu. Cuba mencari jawapan di sebalik senyumannya.
“Boleh awak tolong saya?”
Gadis itu menganggukkan kepalanya.
“Saya tak tahu apa yang sedang berlaku. Kenapa saya di sini? Saya hanya nampak awak di sini. Saya perlukan awak untuk menjawab segala persoalan dalam fikiran saya,”
“Manusia lebih suka bertanya kenapa kepada orang lain, sedangkan manusia itu ada jawapannya di dalam diri mereka. Oleh itu, kita patut bertanya kenapa terhadap diri kita,”
Jawab gadis itu.
“Saya tak faham,”
“Awak ada jawapannya. Satu perasaan indah yang timbul dari hati. Perasaan itu untuk saya. Dan sebab itulah saya berada di sini. Saya berada di sini kerana awak dan sebab itulah hanya saya yang awak lihat di sini” kata gadis itu sambil menyentuh dadanya, di bahagian hati.
“Hati?”
Dia tersenyum lagi.
“Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu hitam di malam hari yang amat kelam. Ianya wujud tetapi amat sukar dilihat. Begitu juga perasaan itu,”
Dia memandang ke dalam mata gadis itu. Mencari-cari sesuatu.
“Perasaan itu indah tapi sukar dilihat dan ianya hanya dapat dirasa. Saya dapat merasakannya dari hati awak,”
Sekali lagi Iqram terjaga dari tidurnya. Dia tidak dapat melelapkan matanya.
BAB 10
Pagi tu In mengenakan kemeja hitam, seluar putih serta tudung bercorak bunga warna kelabu. Indah menghantar anaknya itu ke pejabat Taufiq.
“Kakak takut la mak,”
“Apa yang nak ditakutkan? Kan Uncle Taufiq ada. Dia boleh ajar kakak apa yang kakak tak tahu,”
“No, just a bit worry,”
“Tak ada apa-apa yang nak ditakutkan. Mak yakin kakak boleh buat,”
In hanya tersenyum. Sedikit sebanyak kata-kata ibunya memberi semngat kepadanya.
Setelah 15 minit perjalanan, mereka sampai di Berjaya Holdings. In terpaksa melintas jalan untuk ke bangunan pejabat. In menoleh ke kiri dan ke kanan. Setelah yakin keadaan selamat, In melintas. In melangkah ke pintu masuk. Begitu juga Iqram. Mereka bertembung. Iqram tidak sengaja melanggar In lalu menyebabkan In hampir terjatuh.
“Aduh,” keluh In.
Iqram hanya memandang In. Persis wajah itu. Wajah yang sering bermain di fikirannya. Wajah yang sering mengganggu tidurnya. Wajah yang sering tersenyum di mimpinya.
“Awak tak nampak jalan ke?”
Iqram tidak menghiraukan pertanyaan In. Bagi Iqram,dia kini berada dalam mimpinya.
Wajah In ditenung satu persatu. Persis dan serupa. Hatinya berdebar, perasaannya bergetar.
“Encik, encik tak nampak ke saya lalu kat sini?” tanya In dalam nada yang agak tinggi.
Iqram memandang mata In. Memang tidak silap lagi. Cuma satu, lesung pipit di pipi kanan tidak kelihatan di wajah In.
In mula merasa dirinya diperhatikan.
“Kenapa tengok saya macam tu? Bukan salah saya. Encik yang langgar saya dari belakang. Kalau tak nak minta maaf pun tak apa. Saya dah maafkan. Mesti Encik nak cakap yang Encik tak sengaja kan?”
“Boleh awak senyum?” minta Iqram kerana gadis di dalam mimpinya akan kelihatan lesung pipit apabila tersenyum.
In membulatkan matanya. “Gila ke mamat ni? Dah langgar aku pas tu nak suruh aku senyum,” detik hati In.
In memberikan reaksi pelik lalu berlalu pergi.
Iqram menampar perlahan pipi kirinya. Sakit.
“Aku tak mimpi. Betul ke?” detik hati Iqram lalu melangkah pergi ke pintu lif.
In duduk di kerusi berhampiran meja setiausaha Taufiq. Dia memperkemaskan penampilannya. Kemalangan yang berlaku di pintu masuk tadi menyebabkan penampilannya sedikit terjejas.
“Cik Insyirah, ni ada form. Cik Insyirah isi then saya akan serahkan kepada HR,” kata Sarah.
“Ok, terima kasih,”
Iqram menuju ke meja Sarah, memerhatikan In yang sedang leka mengisi borang.
“Selamat pagi Encik Iqram,” ucap Sarah.
“Selamat pagi,”
“Ada apa-apa yang boleh saya tolong?”
“Encik Taufiq dah masuk?”
“Belum lagi, mungkin kejap lagi. Encik Iqram nak jumpa Encik Taufiq ke?”
“Tak apalah, nanti saya sendiri yang akan jumpa dia,”
“Baik Encik Iqram,”
“Budak baru masuk ke?” tanya Iqram kepada Sarah sambil memerhatikan In.
“Cik Insyirah baru masuk hari ini. Kemungkinan dia menggantikan tempat Encik Sofian,”
Iqram hanya mengangguk lalu pergi ke pejabatnya.
Taufiq masuk ke pejabatnya diikuti In. Dia melabuhkan punggung ke kerusi berwarna hitam itu.
“Have a seat,” pelawa Taufiq stelah melihat In masih lagi berdiri.
In tersenyum lalu duduk di hadapan Taufiq.
“Mulai hari ini, In bekerja di syarikat uncle. Uncle ucapkan selamat datang ke Berjaya Holdings,”
“Terima kasih Encik Taufiq,”
“Panggil uncle je,”
“Eh, tak apa. Saya sekarang kat pejabat, saya pekerja Encik Taufiq. Sama macam staf yang lain juga,”
Taufiq hanya mengangguk, tanda menghormati pendirian In, profesional.
“In akan bekerja sebagai pembantu teknik di syarikat ini. Alhamdulillah, sejak akhir ni banyak job yang uncle dapat. Nasib baik In ada,”
“Saya yang sebenarnya bernasib baik sebab Encik Taufiq sudi ambil saya kerja. Saya kurang pengalaman. Harap Encik Taufiq boleh tolong saya,”
“Don’t worry. Staf kat sini boleh tolong In. Uncle letak kan In kat bawah engineer uncle. Uncle rasa dia boleh tolong In. Uncle pun tak cukup masa nak handle semua projek,”
“Insya ALLAH, saya akan buat yang terbaik,”
Taufiq tersenyum lalu membuat panggilan.
“Sarah, panggil Iqram masuk bilik saya,” arah Taufiq lalu meletakkan ganggang telefon.
“Uncle panggil engineer uncle. Nanti In belajar dengan dia pasal selok belok construction,”
“Insya ALLAH Encik Taufiq,”
“Anyway, you look nice and very confident today,”
“Tak adalah but people said first impression is very important,” ucap In sambil tersenyum apabila mendengar pujian dari Taufiq.
“Mmm…uncle setuju tu,”
Dan tiba-tiba pintu diketuk.
“Masuk,”
Daun pintu dibuka.
“Iqram, come. Have a seat,”
Iqram duduk di sebelah In. In memandang Iqram.
Alamak, mamat pintu ni..
“Iqram, saya kenalkan. Our new TA, Ilham Nur Insyirah. In, saya kenalkan jurutera Berjaya Holdings, Iqram Iskandar,”
Iqram hanya tersenyum. Begitu juga In.
“Iqram, saya nak awak tolong In. Saya akan letakkan In di bawah awak. In akan tolong awak handle beberapa projek. Mana awak rasa tak sempat nak tengok, awak boleh serah kat In, tapi buat masa ni, awak ajar selok belok macam mana kita kerja. Tolong ajar dia apa yang patut,”
“Baik Encik Taufiq,”
“Saya rasa tak ada apa-apa lagi. Iqram, tolong tunjukkan pejabat In, pejabat Sofian dulu and kenalkan pada staf yang lain,”
Iqram mengangguk, mengerti akan arahan Taufiq.
“Insyirah, welcome to Berjaya Holdings,”
“Terima kasih Encik Taufiq,”
“Cik In, silakan. Saya tunjukkan pejabat Cik In,”
In menuruti Iqram. Mereka keluar daripada pejabat Taufiq. Iqram memperkenalkan In kepada semua pekerja di Berjaya Holdings lalu pergi ke pejabat bekas milik Sofian yang telah berpindah ke Perak kerana mengikuti isterinya yang terpaksa mengajar di sana. Pejabat itu terletak di sebelah pejabat Iqram.
“Cik Insyirah, ini pejabat awak. Memang nampak kosong. Awak nanti boleh isi lah apa-apa barang milik awak. Ada komputer kat situ, dalam tu ada macam-macam maklumat mengenai projek Berjaya Holdings. Jadi, pandai-pandai awaklah buat revision. Kalau ada problem, nak minta apa-apa pasal projek, awak boleh minta kat Nadia atau terus minta kat Encik Safwan kalau awak nak pelan sebab dia pelukis pelan kat syarikat ini,” terang Iqram.
In hanya mengangguk.
“Bilik saya kat sebelah je. Kalau awak terjatuh ke, saya boleh dengar,” kata Iqram, mengingatkan kembali peristiwa pagi tadi.
“Ingat kelakar ke lawak kau tu,” bisik hati In.
In hanya tersenyum hambar.
Keadaan diam seketika.
“Saya tahu awak nak cakap apa. Mesti awak tak sangka saya pun kerja kat sini juga kan?”
“Eh, tak adalah. Saya tak cakap macam tu pun
“Tapi saya tahu, air muka awak yang cakap macam tu,”
“Tadi buat lawak tak jadi, sekarang nak jadi tukang tilik pula?” desis hati In lagi.
Sekali lagi In tersenyum hambar. Kelihatan sedikit sahaja lesung pipitnya.
“Boleh awak senyum lagi? Kali ni biar manis sikit,”
In mengerutkan dahinya.
“Orang perempuan tak elok kerutkan dahi, nanti banyak kedut,” kata Iqram lalu beredar meninggalkan In.
In berasa pelik akan kelakuan Iqram. Iqram yang dijumpa pagi tadi hanya terdiam membisu tapi Iqram yang dijumpainya sekarang terlalu banyak celotehnya. Dia mengakui kata-kata Iqram tadi. Dia sungguh tidak menyangka Iqram adalah orang atasannya.
In menekan butang “switch on” komputernya, ingin meneliti maklumat berkaitan.
No comments:
Post a Comment