Stylo Clique ^_^

Wednesday, October 20, 2010

+_BILA TAKDIR ITU BERBICARA_+ (BAB 55-56)


BAB 55

In keluar dari kamarnya selepas solat Isyak. In memerhatikan sekeliling. Suasana rumah sunyi. Kebiasaannya ketika itu Iqram akan berada di meja makan untuk menyiapkan kerja berbaki di pejabat. Jika tidak, Iqram akan menonton televisyen.
“Awak,”
Tiada balasan.
“Awak,”
Sekali lagi, suasana sepi.
“Iqram, awak kat mana?” panggil In.
In menuju ke balkoni, mahu melihat kereta milik Iqram dan nampaknya Iqram keluar.
“Pergi jumpa Qistina lah tu,” duga In sendiri.
In menghidupkan suis televisyen. Dia menonton rancangan drama bersiri itu. Sebelum In duduk In menuju ke dapur. In mahu mengambil segelas air untuk membasahi tekak. Setelah itu, In menuju ke ruang tamu semula. In menekan-nekan alat kawalan jauh itu. Tiba-tiba ada sesuatu bermain di fikirannya. In merasakan yang dia mahu melihat bilik Iqram. Sepanjang dia tinggal di situ, In tidak pernah mengetahui bagaimana keadaan bilik Iqram. In memandang kamar Iqram dari sofa. Lama juga In memikirkan niatnya itu. Setelah benar dengan niatnya, In bingkas bangun. In melangkah perlahan. Apabila sampai di hadapan pintu, langkah In terhenti. Tangan In teragak-agak untuk memulas tombol itu. Semasa tangan In hampir menyentuh tombol itu, In terdengar seseorang sedang membuka kunci mangga pintu luar. In yakin itu Iqram. In segera menuju ke sofa, berpura-pura menonton rancangan televisyen. Iqram melangkah masuk bersama sebuah kotak. Iqram terus menuju ke dapur. In cuba menjengah.
“Awak marah lagi ke?” tiba-tiba Iqram bersuara.
In terus menonton tanpa menghiraukan pertanyaan Iqram.
“Awak marah lagi ke? Janganlah diam je,”
Sekali lagi In buat tidak tahu.
“Insyirah, saya cakap dengan awak,”
“Marah sikit,”
Iqram keluar daripada dapur.
“Awak marah ye? Macam nilah. Awak tutup mata sekarang,”
“Kenapa saya nak tutup mata pulak?” tanya In.
“Awak tutup jelah,”
“Saya tak nak,”
“Saya suruh tutup mata jelah. Tak buat benda lain pun,”
“Saya tak nak, tak naklah. Nanti awak kenakan saya. Awak kan tak ada sivik. Suka dengki saya,”
“Sampai hati awak cakap macam tu. Please……awak tutup mata eh?”
“Tak mahu. Awak ni tak faham bahasa eh?”
“In, awak tutup mata je. Saya janji, saya tak buat apa-apa,”
“Kalau saya tak nak?”
“Kalau awak tak nak eh? Kalau awak tak nak tutup mata, saya cium awak,”
“Awak jangan buat kerja gila eh,”
“Awak ada dua pilihan,”
In menarik muka.
“In, awak ada dua pilihan. Cepat pilih,”
“Ok, saya tutup mata,”
“Ha, macam tulah. Kan senang. Tutup mata sekarang,”
In menuruti. In memejamkan matanya.
“Awak pejam tau. Jangan buka, jangan tipu,”
“Ya, saya tak buka,”
“Awak janji?”
“Ya, saya janji. Awak ni macam budak kecil la,”
Tidak kedengaran suara Iqram lagi. Iqram menuju ke dapur. Iqram memindahkan kek yang berada di dalam kotak ke atas pinggan. Iqram membawa kek itu ke ruang tamu.
“Awak, lama lagi ke?”
“Kejap, kejap je lagi,”
Iqram meletakkan kek itu di atas meja.
“Ok, sekarang awak boleh buka mata,” arah Iqram.
Perlahan-lahan In membuka matanya. In memandang kek yang berada di hadapannya. Tanpa di sedari senyuman terukir di wajahnya. Iqram membelikan kek coklat untuknya dan di permukaan kek itu terukir ‘I’M SORRY’. Terbit rasa terharu di hati In.
“Saya minta maaf. Saya buat awak tertunggu-tunggu. Saya buat awak tidur kat atas sofa. Saya buat awak tidur dalam keadaan lapar,” ucap Iqram.
In merasakan kata-kata Iqram itu begitu tulus. In dapat merasakan yang Iqram meluahkannya melalui hati.
“Saya tahu yang kek ni tak seberapa,”
“Siapa cakap tak seberapa?”
“Awak marah?”
“Tadi marah sikit, sekarang marah lagi sikit,” ucap In sambil tersenyum.
“Saya betul-betul minta maaf,”
“Tadi tak minta maaf betul-betullah?” duga In.
“Tadi betul tapi ni lagi betul-betul,” balas Iqram.
In ketawa.
“Saya ingat awak keluar jumpa Qistina,”
“Kenapa awak ingat saya jumpa Qistina?”
“Yelah. Petang tadi dia ajak awak keluar,”
“Tak naklah. Lebih baik saya duduk rumah, makan kek dengan awak,”
In tersenyum. In merasakan Iqram mengutamakannya beranding Qistina. Dari kaca mata In, Qistina sudah lama mengenali Iqram berdasarkan kemesraan yang ditunjukkan Qistina.
“Macam mana dapat idea nak pujuk saya guna kek ni?”
“Dari hati sayalah,”
“Eleh, cakap manisnya,”
“Manis eh? Awak pernah rasa ke?”
“Malas saya nak layan awak ni,”
Iqram bangun. Dia tersenyum melihat tindak balas In. Iqram mengambil piring. Iqram memotongkan kek itu lalu diletakkan sepotong di atas piring untuk In.
“Sedapkan kek ni? Macam orang yang beli. Manis je,” puji Iqram sendiri.
In sengaja tidak menghiraukan kata-kata Iqram. Matanya leka menonton drama.
“Awak,”
“Mm..,”
Iqram sedang mengunyah.
Family awak macam mana? Awak tak pernah cerita kat saya. Saya tak kenal keluarga awak,”
Soalan itu spontan keluar dari bibir In. Sudah lama In mahu menanyakan soalan itu kepada Iqram. Kunyahan Iqram menjadi perlahan. Lambat benar rasanya kek itu hancur di mulutnya. Perlahan-lahan Iqram menelan. Seperti mana dia mahu menelan soalan In itu.
“Awak tak pernah tanya. Macam mana saya nak cerita,” Iqram cuba berdalih.
“Sekarang saya tanya,”
“Awak rasa family saya macam mana?”
“Entah, saya tak tahu,”
Iqram meletakkan piring di atas meja dan kembali bersandar di sofa.
“Mama saya dah meninggal. Masa saya sekolah menengah. Dulu, saya merasakan papa dan isteri baru dia menjadi punca mama saya meninggal,”
“Kenapa awak cakap macam tu?”
“Saya ada alasan saya,”
“Kenapa?”
“Mama saya benarkan papa kahwin satu lagi. Mama bagi kebenaran. Alasan papa kahwin lagi sebab nakkan zuriat lagi. Lepas mama melahirkan saya, doktor mengesahkan kemungkinan mama tak dapat mengandung lagi. Ada masalah dengan rahimnya tetapi ianya tak mengganggu kesihatan mama. Saya tahu, perempuan mana yang sanggup berkongsi kasih suaminya dengan perempuan lain. Mama buat macam tu sebab nak tengok papa bahagia tetapi mama sendiri yang merana,”
Iqram menarik nafas panjang untuk meneruskan lagi kisah hidupnya. Iqram mengambil masa yang lama untuk melupakan segala-galanya tetapi masih lagi berbaki parut di dalam hatinya.
“Tak sampai seminggu papa kahwin baru, mama pengsan. Saya dapat rasa penderitaan mama. Masa tu saya kat asrama penuh. Kuasa ALLAH, Mama disahkan mengandung dua bulan. Lepas dapat tahu mama macam tu, saya terus keluar asrama. Saya ulang-alik dari rumah ke sekolah. Duit bagi keluarga saya bukan satu masalah. Papa saya cukup bagi duit untuk sekolah saya. Sebab tu saya tak kisah untuk ulang alik. Ditambah lagi keadaan mama saya, saya nekad untuk ulang alik walaupun penat,”
“Papa awak, apa reaksi dia bila dapat tahu mama awak mengandung?”
“Entah. Dia macam lebihkan isteri muda dia. Dia tak hiraukan mama. Apa yang dia tahu, tiap-tiap minggu kasi duit. Pak Mat, tukang kebun kat rumah saya, dia banyak tolong. Dia banyak bagi nasihatkan saya. Saya lebih rapat dengan dia berbanding ayah saya,”
“Macam mana mama awak?”
“Dia penyabar orangnya. Sampai papa tak ada kat sisi dia pun dia boleh bertahan lagi. Masa mama nak bersalin, mama ada masalah nak melahirkan adik saya. Dan akhirnya, mama dengan adik pergi. Kalau tak mungkin saya ada seorang adik lelaki. Papa sampai masa mama dah pergi. Saya tak sangka papa macam tu. Saya benci sangat papa masa tu. Mama pesan, jangan benci papa. Dia tetap ayah saya. Tanpa dia, saya tak wujud ka dunia ni. Mama pesan lagi, saya kena hormat pada orang tua walaupun saya benci pada orang tu. Mungkin pesan arwah mama yang membuatkan saya masih lagi ada rasa hormat pada papa dan isteri dia.”
“Awak ada adik beradik tiri?”
Iqram menggelengkan kepala.
“Tak ada. Mungkin balasan ALLAH pada papa saya. Dia tak ada anak pun dengan isteri baru,”
“Macam mana hubungan awak dengan papa awak?”
“Lepas habis sekoah, saya dapat sambung belajar. Terus saya pergi. Tak kira jauh tempatnya, saya nekad nak pergi. Saya tak mahu tengok muka diorang. Tapi orang cakap air dicincang tak akan putus. Saya masih ingat semua pesanan terakhir mama. Saya seolah-olah dah berjanji dengan mama. Hubungan saya dengan papa baik tapi saya belum boleh terima sepenuhnya,”
“Mak tiri awak?”
“Dia baik. Tapi saya tak dapat lupakan apa yang dah dia buat pada mama. Sebab dia, papa abaikan mama. Bila dah dewasa ni, kadang-kadang saya rindu dengan mama. Saya balik rumah papa. Sebab saya rasa kenangan dengan mama banyak kat dalam rumah tu,”
“Awak balik rumah papa awak? Maksudnya?”
“Lepas saya dah habis belajar, saya tak duduk serumah dengan papa sebab papa dengan isteri dia pindah kat rumah tu. Saya duduk dengan kawan-kawan saya. Saya rasa bebas. Sedikit sebanyak saya dapat lupakan apa yang dah berlaku,”
“Sekarang macam mana?”
“Saya ok dengan papa. Cuma dengan mak tiri, saya biasa je. Masih lagi ada perasaan marah dalam hati,”
“Mungkin awak kena bagi papa dan mak tiri awak peluang,”
“Saya manusia biasa In. Hati saya ni masih lagi terasa perbuatan papa saya,”
“Macam mama awak cakap, dia tetap ayah awak. Saya faham bagaimana rasanya kehilangan ahli keluarga yang kita sayang,”
“Kadang-kadang saya rasa yang saya masih lagi bertegur dengan papa sebab mama. Saya rindukan semuanya mengenai mama. Saya tak tahu apa yang perlu saya lakukan,”
In dapat melihat air mata Iqram bertakung. In dapat merasakan kesedihan yang menyelubungi hati Iqram. Iqram sendiri tidak menyangka yang Iqram mempunyai sejarah hitam dalam kehidupan keluarganya. In tidak berniat untuk bertanya lagi. Iqram tertunduk. Iqram seperti mengimbau kembali keperitan masa silam ketika itu. In bersimpati dengan keadaan Iqram. Ketika itu timbul perasaan ingin berkongsi kesedihan Iqram di hati In. Perlahan-lahan tangan In merapati tangan Iqram. Jari-jemari In mengenggam erat jari Iqram, seolah-olah In sedang menyalurkan semangat ke tubuhnya.
Iqram terkejut apabila tangannya disentuh In. Pandangan Iqram segera beralih kepada In. Air mata itu gugur sekali. In menyapu air mata itu.
“Saya ada kalau awak nak kongsi segala kesedihan awak,”
“Saya nak maafkan papa dengan mak tiri saya tapi saya tak boleh,”
“Awak kena cuba bagi ruang di dalam hati awak untuk bagi mereka peluang. Mungkin papa awak pun mengharapkan peluang itu untuk dia tebus semuanya. Saya pasti perasaan bersalah ada kat dalam hati dia. Begitu juga dengan mak tiri awak. Meskipun dia tidak dapat tebus untuk mama awak, sekurang-kurangnya dia dapat tebus untuk awak. Awak adalah hasil perkongsian hidup antara dia dan mama awak. Sedikit sebanyak ia dapat kurangkan rasa bersalah dia. Saya tahu, bukan saya kat tempat awak, tapi cuba kalau awak kat tempat papa awak? Apa yang awak harapkan?”
Iqram membalas genggaman In. Kata-kata In seperti membuka mindanya. Memberi ayahnya peluang kedua untuk menebus kesalahannya. Sama seperti mana yang In lakukan kepadanya. In memberikan Iqram peluang kedua untuk Iqram hadir di dalam hidup In. Pandangan mereka berlaga. In tidak dapat mengalihkan pandangannya. In merasakan ketika itu Iqram benar-benar memerlukannya. In merasakan Iqram seperti anak kecil yang sedang menangis dan perlu dipujuk ketika itu
“Awak bagi saya peluang untuk tebus kesalahan saya?”
Tiba-tiba Iqram ingin mengetahui apa yang In rasakan ketika itu. Kini perbualan mereka bertumpu kepada hubungan mereka. In tidak dapat memberikan jawapan. Dia sendri tidak pasti. Tapi, sejak kebelakangan ini, sikap In telah berubah terhadap Iqram. In memberikan tanda-tanda yang dia cuba memberi peluang untuk Iqram. In sendiri menyedari perubahan itu.
“Saya tak pasti,”
”Tapi saya dapat rasakan,”
“Saya masih sayangkan dia,”
“Tapi saya berterima kasih kerana awak perlahan-lahan menerima kehadiran saya. Kalau tak, awak tak akan marah kalau Qistina ajak saya keluar petang tadi,”
“Awak selalu perasan kan?”
Iqram cuba mencari jawapan di sebalik kata-kata In. In cuba melepaskan genggaman tangannya tetapi Iqram tidak mahu melepaskannya.
“Awak tahu kan perasaan saya? Saya dapat rasakan awaklah orangnya. Semenjak saya mimpikan awak, saya dah ada perasaan tu. Awak selalu cakap, keikhlasan itu tak dapat dilihat tetapi ianya ada. Seperti semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam,” sekali lagi Iqram mengulangi kata-kata itu.
“Macam mana awak tahu ayat tu?”
“Awak yang cakap dengan saya dalam mimpi tu,”
“Ia macam cerita dongeng,”
“Tapi awak adalah kenyataan saya,”
Iqram cuba bermain dengan pandangannya.
“Awak tadi dah baca IQRA’ ke belum?” In cuba beralih tajuk perbualan.
“Macam mana saya nak baca? Tok guru merajuk,” jawab Iqram dengan nada bergurau.
Tangan yang digenggam Iqram tadi beralih kepada paha Iqram. Iqram merasakan jari In mencubit pahanya.
“Aduh, sakitnya,”
“Tu balasan sebab buli tok guru,”
“Sakitnya. Ni baru IQRA’ buku satu, kalau sampai buku enam, habis satu badan saya kena cubit,”
In mengejek.
“Lawanya muka tu,”
“Biarlah. Awak tu, tak ada sivik,”
Iqram ketawa melihat reaksi In.
“Insyirah,”
In menoleh.
“Terima kasih,”
In tersenyum manis.

BAB 56

Iqram melewati pejabat In pagi itu. Kelihatan sejambak bunga ros berada di atas meja In. In belum tiba ke pejabat ketika itu. Iqram masuk, ingin mengetahui siapa pengirimnya namun Iqram dapat mengagak siapa orangnya. Iqram memusing-musingkan jambangan bunga itu, mencari kad ataupun kertas tetapi tiada. Iqram keluar, ingin bertanya kepada Ana.
“Ana, siapa hantar bunga pada Insyirah? Pagi-pagi lagi dah dapat bunga,”
“Saya tak sure. Bukan Encik Iqram yang hantar?”
“Kalau saya hantar, buat apa saya tanya awak?”
Ana hanya tersengih.
“Awak pasti tak tahu siapa yang hantar?”
“Saya tak tahu. Saya tukang ambil je tadi bila budak tu hantar. Saya ingatkan untuk saya, rupanya Cik Insyirah punya. Nampaknya Cik Insyirah ada secret admire,” Ana cuba berseloroh.
“Tak apalah. Saya tanya je,”
Ana dapat mengagak yang majikannya itu cemburu.
Iqram segera masuk ke pejabatnya. Iqram dapat merasakan Qhairul yang menghantar bunga itu.
“Hello bro. Apa cerita ni?”
Iqram memulakan perbualan di dalam telefon.
“Kau ni. Pagi-pagi dah telefon aku kenapa?”
“Kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat?”
“Aku buat apa?”
“Tahulah kau tu baru balik dari Melbourne. Baru jumpa sekali dah hantar bunga? Orang Melbourne kalau nak pikat perempuan memang macam ni ke?”
Kedengaran Qhairul tergelak di telinga Iqram.
“Macam mana kau tahu aku yang hantar?”
“Darah kau tu sama dengan darah aku. Lagipun In mana pernah terima bunga sebelum ni. Sejak kau datang, tiba-tiba dia dapat,”
“Tak adalah, aku just nak kenal dengan dia je. Aku macam dapat rasa tarikan dia tu,”
“Kau ni kenapa? Kan aku cakap, kau jangan mimpi nakkan dia,”
“Sebab aku tak mimpilah aku hantar bunga tu. Nak mulakan langkah pertama. Eh, tolonglah bro,”
“Buat apa aku nak tolong kau,”
“Kau kan sepupu aku. Takkan kau nak bersaing dengan aku pula? Sekarang aku dah handsome. Aku tak kisah nak bersaing,”
Nak bersaing? Dah terang-terang kau kalah. Aku suami dia….bisik hati Iqram.
“Malas aku nak layan kau. Aku nak buat kerjalah,”
Iqram segera memutuskan setelah melihat In telah masuk ke biliknya. Iqram memandang dari pejabatnya. In mengambil bunga itu lalu pandangannya beralih kepada Iqram yang berada di sebelah. Senyuman Iqram hambar. Kini, Qhairul muncul untuk menjadi pesaingnya. Iqram baru sahaja mengecap kebahagiaan setelah bersusah payah dia bertahan. Setelah bersusah payah dia bersabar dan kini tiba-tiba Qhairul datang mencelah. In tersenyum lalu mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia menghantar pesanan kepada Iqram.

Terima kasih.
Cantik.

Iqram membaca mesej itu lalu dia membalas pesanan itu. Mesej diterima.

Bukan saya yang kasi awak

In memandang Iqram setelah selesai membaca ayat pendek itu.

Habis tu?
Saya ingat awak.

Jari jemari Iqram laju menekan kekunci telefon.

Qhairul.
Kenapa awak ingat saya yang kasi?

Sempat lagi Iqram bermain kata-kata.

Sebab awak ada perasaan kat saya

Iqram tersenyum. Pandangan mereka bertemu.

Awak je tak ada perasaan kat saya.
Selalu cakap saya perasan.

Iqram segera memandang In. In sedang berdiri, menuju ke meja penyambut tetamu. In sedang bercakap sesuatu kepada Ana lalu menyerahkan bunga itu kepada Ana. Setelah itu In kembali semula ke biliknya. Iqram segera menghantar mesej kepada In.

Awak buat apa kasi bunga tu pada Ana?

In membalas.

Saya suruh buat perhiasan kat meja penyambut tetamu.
Kan cantik kalau letak kat situ.

Iqram tersenyum apabila membaca mesej itu.

Kalau Qhairul yang kasi, awak letak kat meja penyambut tetamu.
Kalau saya kasi, awak letak kat mana?

Sekali lagi Iqram cuba menduga perasaanya. Iqram awal-awal lagi sudah tersenyum. Dia memandang In. In memberikan isyarat untuk mencubit Iqram. Senyuman Iqram terus terukir. Iqram merasa lega In tidak mahu melayan Qhairul. Dan Iqram pasti yang In berada dekat dengannya. Apa yang membimbangkan Iqram hanyalah Qhairul.

3 comments:

  1. "Dia semdri tidak pasti. Tapi, sejak kebelakangan ini, sikap In telah berubah terhadap In. In memberika tanda-tanda yang dia cuba memberi peluang untuk Iqram. In sendiri "

    Ain perkataan sendiri ngan menberikan tu adde silap...

    Lagi satu ayat In telah berubah terhadap In tu mcm salah jerk.. bukan iqram ke??

    ReplyDelete
  2. hahahahaha....okey2..
    ni confirm aku tgh mamai..besela tgh2 mlm..;p

    ReplyDelete