Stylo Clique ^_^

Saturday, October 2, 2010

+_BILA TAKDIR ITU BERBICARA_+ (BAB 3-4)


BAB 3

Iqram memandu keretanya ke pejabat. Fikirannya masih lagi terbayang akan mimpinya yang sama kerap kali mengganggu tidurnya. Kesesakan jalan raya menghentikan lamunannya.
Jam pula. Dahlah ada meeting pukul 9.30 ni,” kata Iqram sendirian lalu melihat jam tangan digitalnya yang tepat menunjukkan pukul 8.30 pagi.
Tiba-tiba kedengaran lagu Dugaannya. Iqram memandang ke arah telefon bimbit di tempat duduk sebelahnya. Nama Natasya tertera di skrin.
“Hello Nat,”
“Hello sayang. You kat mana?’
I nak pergi office. Jalan jam,”
“Oo. I ingat nak ajak you lunch nanti,”
I tak boleh janji. I ada banyak kerja hari ni. Lepas ni I ada meeting lepas tu I nak pergi site,”
“Tak kan lunch pun tak ada masa,”
“Sayang, you kena faham kerja I,”
I sorang kena faham you?”
“Nat, macam nilah. I’ll call you later. I’ll try my best cari time tapi I tak boleh janji. I betul-betul sibuk. Apa kata malam nanti kita makan sama-sama?” ajak Iqram, cuba memujuk.
“Ok,”
“Janganlah merajuk,”
I kan kena faham you. Oklah bye,” ucap Natasya lalu memutuskan panggilan.
“Merajuklah tu. Ada salah, tak ada pun salah,”

Iqram melangkah masuk ke Berjaya Holdings.
“Selamat pagi Encik Iqram,” sapa Nadia, kerani Berjaya Holdings.
“Selamat pagi. Nadia, awak tolong minta kan floor plan projek gerai Taman Indah.Awak minta dengan Encik Safwan. Cakap dengan dia saya nak plan tu. Saya nak selepas saya habis mesyuarat,”
“Baik Encik Iqram,”
Iqram bergegas ke pejabatnya. dia perlu melakukan persiapan sebelum melangkah masuk ke bilik mesyuarat untuk membentangkan projek pembinaan gerai makan di Taman Indah kepada Encik Taufiq. Projek pembinaan yang hampir siap 40 peratus itu perlu diambil perhatian. Ini merupakan projek besar yang pertama yang diamanahkan kepada Iqram semenjak dia menjawat jawatan sebagai Jurutera di Berjaya Holdings. Dia perlu membuktikan kemampuannya untuk terus berjaya.


BAB 4

Iqram meletakkan keretanya di hadapan rumah Natasya. Dia perlu menunaikan janjinya terhadap Natasya. Walaupun Natasya banyak kerenahnya, namun Iqram tetap menyayanginya. Gadis yang dikenalinya semenjak dia belajar di satu universiti yang sama. Walaupun berlainan jurusan, namun hubungan mereka berkekalan sehingga kini. Iqram masih ingat di awal perkenalannnya dengan Natasya. Natasya yang memulakan langkah pertama untuk berkenalan dengannya. Jam di kereta menunjukkan pukul 8.15 malam.
“Hai, lama tunggu?” ucap Natasya lalu masuk ke dalam kereta.
“Tak lah lama sangat. Dah biasa dah,”
Sorry,” kata Natasya dengan penuh manja.
It’s ok,”
“Kita nak dinner kat mana ni?”
You nak makan kat mana?”
I nak makan western food la,”
“Ok,” kata Iqram sambil tersenyum.
Thank you my dear,”

Iqram pulang ke rumahnya. Kelihatan kereta Kembara dan Honda Civic milik rakannya di perkarangan rumah.
“Awal kau balik hari ni?” perli Iqbal yang sedang duduk menikmati mi segera sambil menonton siaran ulangan perlawanan bola sepak antara Liverpool dan Manchester United.
“Perli nampak,” balas Iqram.
“Mambang punya pasal balik lambat,” gurau Badrul.
“Sebelum ada yang kena makan kasut mahal aku, lebih baik korang tengok bola tu je,” balas Iqram dengan nada gurau sambil melabuhkan punggung di atas sofa.
“Balik lambat, keluar dengan Nat la tu,” kata Iqbal.
“Kenapa? Cemburu? Patutlah aku tengok kereta korang ada kat luar, ada bola rupanya. Kalau tak, time macam ni makan kat luar. Ni makan mi segera je,”
“Ada bola lah pagi semalam. Ni tengok ulangannya. Kau pun satu, dah pergi dating, bila balik sendiri mahu ingat la” kata Badrul.
“Balik bawa makanan ke, sedap sikit perut aku ni,” sambung Iqbal.
“Manalah aku tahu yang kau ada kat rumah,”
“Lupakan dulu pasal makan tu. Cerita kau pagi tadi tergantung tak bertali,” kata Badrul.
“Cerita pasal apa?”
“Pasal mimpi kau tu lah,” jawab Badrul.
Mimpi?”
“Yelah Iqram. Cerita separuh jalan,” kata Iqbal.
“Tak ada apalah. Aku nak mandi dulu,” balas Iqram lalu ke biliknya.
“Apalah. Cerita tak habis,” kata Badrul.
“Dahlah. Kau bukan tak tahu perangai Iqram tu. Nanti kalau dia nak cerita, dia ceritalah,”

Udara di situ nyaman sekali. Bunyi air terjun yang mengalir menenangkan fikiran. Sesiapa yang berada di situ pasti akan berasa tenang. Dia cuba mendekati insan itu. Pandangan mereka kembali bertaut.
“Assalammualaikum,”
“Waalaikummussalam,”
“Cantik tempat ni,”
Gadis itu hanya tersenyum. Sekali lagi lesung pipit di pipi kanan itu terserlah.
“Saya nampak awak dari tadi. Memerhatikan saya,”
Sekali lagi gadis itu tersenyum.
“Saya kat mana?”
Gadis itu sekali lagi tersenyum, tidak bersuara.
“Saya rasa saya dah tersesat. Saya dari tadi jalan, tak tahu ke mana saya nak pergi,”
Masih lagi tidak bersuara. Hanya senyuman diberikan.
Ayu, itulah perkataan yang muncul di hatinya. Wajahnya biasa tetapi ada sesuatu yang membuatkan dia tertarik apabila melihat senyuman gadis itu.

No comments:

Post a Comment