LANGKAH
kaki Nadhrah dan Nazri seiring melalui lorong itu. Qadheer Alauddin menuruti
langkah mereka dari arah belakang. Mereka bertiga baru sahaja pulang dari makan
malam di rumah Yusuf Mikhail dan Qash Alaisyah.
“Ya ampun, Cik Mah, apakah
kebaikan yang telah aku lakukan sehingga boleh sebumbung dengan mamat sasa
kacak bergaya begini?”
“Kau ni dari petang
tadi teruja dengan dia ni, kenapa? Nak kena rendam kat Grand Canal ke? Kau
jangan nak masuk ke jalan yang tidak diredai ya, Naz.”
“Astaghfirullah al-azim,
kau ni gila ke Nadh? Ada ke aku nak ke jalan yang tidak diredai tu? Mak Jemah
tak nak kena rejam hokey. Aku ni teruja. Teruja. Kalaulah dapat badan macam
Encik Al tu, memang awek kat Venice ni terkejar-kejar lalu menjerit-jerit nama
aku. Lagi satu, dapatlah juga aku kawan duduk kat rumah tu walaupun sebulan
aje. Tambahan lagi, manalah tahu boleh jadi calon suami untuk kau. Kau tak nak
ke, Cik Salmah?”
“Isy, tak naklah.
Kejung macam kertas kajang.Tak ada perasaan aje. Lagi pun, kau kan tahu yang
aku tak nak fikir lagi pasal calon ni semua.”
“Eleh… Jaga-jaga, Cik
Salmah. Jaga-jaga,” ucap Nazri sambil meniru dialog Sharip Dol dalam cerita
Seniman Bujang Lapok.
Qadheer Alauddin
sengaja berdeham. Dia mendengar segala perbualan antara mereka berdua. Nazri
segera menoleh ke belakang.
“Encik Al okey ke kat
belakang? Kenapa tak nak jalan rapat sikit? Boleh kita berbual-bual.”
“Saya tak payah rapat
dengan awak berdua pun, saya dah boleh dengar perbualan awak tu.”
Nazri menyengih seperti
kerang busuk, menampakkan barisan gigi hadapannya lalu dia berpaling semula ke
hadapan.
“Dia dengarlah Nadh apa
yang kita cakap tadi.”
“Kaulah punya pasal.
Kang aku cabut lari dengan skateboard aku
ni baru kau tahu.”
“Janganlah macam tu.”
“Kau ni, buat malu Sharip
Dol aje tahu tak?”
Nazri memuncungkan
mulutnya. Sudahnya, mereka senyap hingga ke kawasan perumahan. Setelah berjalan
hampir 25 minit daripada rumah Qash Alaisyah, akhirnya mereka sampai. Bangunan
di hadapan mereka terpisah dengan terusan. Terdapat jambatan kecil lebih kurang
10 meter yang menghubungkan antara dua daratan tersebut.
“Encik Al, kita dah
sampai. Rumah Encik Al dengan Naz kat seberang jambatan sana. Rumah saya kat
sebelah sini. Tingkat dua,” kata Nadhrah sambil menunjukkan bangunan tiga
tingkat yang berada di belah kiri mereka.
“Okey,” balas Qadheer
Alauddin lalu mengangguk perlahan.
“Saya rasa Encik Al pun
dah penat, kan? Apa kata kita gerak ke rumah sekarang? Lagi pun esok pagi saya
ada kelas ni,” ajak Nazri.
“Apa-apa ajelah.”
Nazri menggelengkan
kepala sambil mendecit.
Mamat ni memang tak ada
perasaan. Betullah cakap kau Nadh, lelaki ni kejung macam kertas kajang.
Monolog Nazri melalui fikiran.
“Nadh, kita jumpa esok,”
ucap Nazri sambil melambaikan tangan kepada Nadhrah.
Qadheer Alauddin
memandang wajah Nadhrah yang sedang tersenyum itu. Sekali lagi dia membalas
dengan renungan. Nadhrah segera memaksa kaki melangkah. Tak sanggup rasanya
berhadapan dengan lelaki itu. Tiba-tiba sahaja perasaan bersalahnya muncul.
“Keris,” panggil
Qadheer Alauddin.
Nadhrah tersentak dan
terkejut. Belum pernah ada orang memanggilnya dengan gelaran itu. Dia mengadap
Qadheer Alauddin. Nazri juga membulatkan mata. Dia terkesima.
“Encik Al panggil saya
ke?”
“Ada orang lain ke nama
Keris kat sini?”
“Tapi belum pernah ada
yang panggil saya dengan nama tu. Encik Al boleh panggil saya…”
“Saya tak nak panggil
awak dengan nama tu.”
Laju sahaja lidah Qadheer
Alauddin mengatur bicara apabila Nadhrah memintanya untuk memanggil dengan nama
tersebut.
“Tapi, kenapa?”
“Kenapa? Saya tak boleh
panggil ke? Keris tu bukan nama awak? Ataupun awak nak saya panggil awak Cik Skateboard?”
“Okey, Encik Al boleh
panggil saya Keris sebab nama saya Keris Nadhrah Sari. Kenapa Encik Al panggil
saya?”
“Awak tak rasa nak cakap
sesuatu dengan saya?”
Dia ni cakap hal siang tadi ke? Okey Nadhrah, bawa bertenang, bukan
bawa bertendang.
“Nak cakap sesuatu?
Saya rasa tak ada. Encik Al ada nak cakap sesuatu dengan saya ke?”
Ha… Ambil balik soalan
tu.
“Awak rasa?”
Nadhrah terkedu. Dia
mula menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Dia merasakan hidupnya serba
tidak kena sejak bertemu dengan Qadheer Alauddin. Baru satu hari, kalau sebulan
entah macam mana gayanya.
“Kenapa Encik Al suka
tanya awak rasa? Dari pagi tadi sampai ke malam ni dah berapa kali Encik Al
tanya apa yang saya rasa. Encik Al ingat ni rasa sayang hei ke?” Nadhrah cuba
bergurau.
“Ooo... Jadinya
sekarang ni awak tengah rasa sayang kat sayalah? Macam tu?”
Nadhrah membulatkan
mata, mulutnya melopong. Tidak tahu reaksi apa yang sepatut dirinya berikan.
Dia tertunduk, memandang ke bawah. Mulutnya terkumat-kamit memarahi diri
sendiri.
Nadh, apa yang kau
cakap ni? Kenapa mulut ni terlepas pula cakap ayat tu? Mamat kejung ni dah
salah faham pula. Nadhrah mengeluh di dalam jiwanya.
Nazri yang dari tadi
tukang memerhati, sudah menekup mulutnya. Tidak tertahan mahu tergelak melihat
ekspresi wajah rakan baiknya itu.
“Tak Encik Al. Sayang…
Eh… Bukan, bukan sayang. Saya tak sayang…”
“Kalau tak sayang, awak
benci saya ke?” celah Qadheer Alauddin, memotong susunan kata Nadhrah.
Dia menggelabah.
Nadhrah sekali lagi terkaku. Entah macam mana sekali lagi perkataan tu muncul.
“Maksud saya, lagu.
Lagu Rasa Sayang Hei. Rasa sayang hei… Rasa sayang sayang hei.. Ha, lagu dia
lebih kurang macam tulah. Kalau saya nyanyi sampai habis, mahunya hujan turun
tiga hari tiga malam tanpa henti.”
Nazri yang berada di
belakang Qadheer Alauddin mencangkuk. Air mata mengalir di hujung mata akibat
menahan ketawa. Kalau boleh dia mahu gelak guling-guling di situ.
“Bagi saya telefon
awak.”
“Nak buat apa?”
“Awak ra…”
“Okey, Encik Al tak
payah cakap. Saya tahu Encik Al nak cakap apa.”
Ini bukan Keris, overall jean tu yg Keris pakai. hihi :) |
Nadhrah segera menyeluk
poket hadapan baju overall yang
dipakainya lalu mengeluarkan telefon bimbit. Telefon itu bertukar tangan. Ibu
jari kanan Qadheer Alauddin ligat bergerak di atas skrin sentuh itu. Beberapa
detik kemudian, telefon milik Qadheer Alauddin berbunyi. Setelah pasti deringan
telefonnya kedengaran, Qadheer Alauddin menekan butang merah lalu dia mengembalikan
telefon itu kepada pemiliknya.
“Awak jadi jam loceng
saya. Tolong telefon saya setiap pagi sepanjang saya ada kat sini bila awak dah
bangun. Saya tak naklah ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Mungkin awak
nak dengki saya, tak pun nak balas dendam. Yalah, manalah tahu awak pergi
bistro senyap-senyap. Awak tinggalkan saya sebab saya ni memang tak tahu jalan
kat Venice ni. Kan?”
“Bukan ke Naz boleh
kejutkan Encik Al?”
“Saya dengan awak
bekerja. Naz tu student. Kalau Naz
terlajak bangun macam mana? Saya tak beberapa percaya yang Naz tu boleh
kejutkan saya.”
“Saya dengar tu, Encik
Al,” ujar Nazri sambil tangan kiri mencekak pinggang. Jujur betul adik Qash
Alaisyah ni. Nazri mencebikkan bibir.
“Baik Encik Al. Saya
faham,” balas Nadhrah.
Setelah mendengar
jawapan daripada Nadhrah, Qadheer Alauddin kemudiannya menapak menyeberangi
jambatan. Nazri melangkah menghampiri Nadhrah sebelum bertindak mahu mengikuti
jejak lelaki itu.
“Aku rasa dia
sebenarnya nak ngurat kau. Sebab tu dia minta nombor telefon, tapi cari alasan lain.
Maco juga Encik Al kau ni,” bisik Nazri ke telinga itu.
Nadhrah menemukan
pandangannya ke mata Nazri. Dia mengembangkan lalu mengempiskan lubang hidung.
Selang sesaat, dia meletakkan tapak tangan ke mulut lelaki tersebut.
“Choi… Tangan kau basuh
ke tak nak tekup mulut aku ni?” bentak Nazri sambil menyapu anggota tersebut.
“Kau pandai-pandai aje
cakap Encik Al nak ngurat aku. Aku rasa dia nak buli aku adalah,” ucap Nadhrah
dengan nada yang rendah.
“Aku kan lelaki tulen.
Aku tahulah. Jaga-jaga Cik Salmah. Jaga-jaga, terjatuh nanti,” pesan Nazri lalu
cepat-cepat dia beredar. Nadhrah menepuk dahinya.
“Haih….rasa sayang hei,
can malican betullah.”
Best sgt jln ceta ni.. dah follow 5 entri yg nia masukkan dlm blog.. sdg menanti menunggu bab 6 naz, nadh, al awesome
ReplyDeleteterima kasih naga jothi..
Deletealahai..senyum2 saya jadinya..
sekali lagi, terima kasih sbb suka dengan Keris Di Venice.
Nantikan ya bab seterusnya :)
Best sgt jln ceta ni.. dah follow 5 entri yg nia masukkan dlm blog.. sdg menanti menunggu bab 6 naz, nadh, al awesome
ReplyDeleteBest sangat...n sangat2 tak menghampakan....please...nnt update lagi erk n3 baru....ngeee....
ReplyDelete**sbenarnya...Al ni nk ngorat ker nak buli si Keris ni....hahahah....
sis... awak rasa?? hihi..
DeleteAl tu tak tahu dia nak ngorat ke nak buli sebenarnya.
jadi, dia buat dua-dua sekali. :p