BAB 15
Hari ini hari minggu. In dan Mia keluar menghabiskan masa bersama di Plaza Angsana.
“Macam mana kerja? Ok?” tanya Mia.
“Oklah. Baru seminggu. Banyak juga yang aku tak tahu. Hari tu aku kena marah sebab salah buat report,”
“Siapa yang marah kau?”
“Engineer kat tempat kerja aku la,”
“Ala, biasa lah tu. Mula-mula kerja. Lama-lama nanti kau dah pro,”
“Mm..mungkin,”
“Eh, mamat handsome tu ada tak?”
“Mamat handsome? Yang mana? Tak ada yang handsome pun kat situ,”
“Ada. Tak silap aku hari tu receptionist tu panggil dia Encik Iqram,”
“Iqram? Dia lah yang marah aku pasal aku salah buat report,”
“Eh, dia engineer eh? Wah..dahlah handsome. Engineer pula tu. Untunglah kau dapat jumpa dia hari-hari. Aku juga yang melepas,”
“Handsome ke Iqram tu? Dahlah pelik. Asyik suruh aku senyum je. Dia ingat aku ni mesin senyum ke,”
“Dia suruh kau senyum? Kenapa? Kenapa kau panggil dia pelik?” tanya Mia, teruja.
“Aku baru masuk kerja je, aku dah berlanggar dengan dia. Dia yang langgar aku. Lepas tu bukan nak minta maaf, tengok je muka aku. Lepas tu, boleh pula suruh aku senyum. Ingat kelakar agaknya berlanggar dengan dia tu,”
“Sweet nya dia,”
In memandang Mia dengan wajah yang pelik. Memang sama pelik macam Iqram.
“Aku tak sangka pula dia orang atasan. Aku kerja seminggu kat situ, dah tiga kali dia minta aku senyum kat dia,” sambung In lagi.
“Kelakar la dia. Dah lah handsome,”
“Handsome ke?”
“Kau memang. Mata kau tu Zaf je yang handsome,”
“Entah-entah dia suka kat kau In. Seronoknya,”
“Dia dah ada someone lah. Staf kat situ yang cakap kat aku,”
“La..ye ke. ala, orang macam tu tak hairan lah kalau dah ada someone. Eh, cakap Zaf tadi, Zaf macam mana? Sihat?”
“Entahlah Mia. Dah seminggu lebih aku tak berhubung dengan dia.”
“Ye ke? kenapa? Kau tak telefon dia ke?”
“Telefon, tapi tak dapat. Hantar mesej pun tak balas,”
“Dia sibuk tak,”
“Kalau sibuk, takkan tak sempat nak hantar satu mesej pun,”
“Mungkin dia kerja outstation ke,”
“Tulah, aku tak nak fikir negatif. Aku dah lama dengan dia. Sejak sekolah lagi,”
“Jangan risaulah. Nanti kalau dia tak sibuk, dia telefon kau la,”
“Harap-harap macam tulah,” balas In.
Iqram sedang baring di sofa, leka menonton perlawanan bola sepak antara Iqbal dan Badrul. Permainan Playstation 3 itu pasti akan dipasang setiap kali mereka mempunyai masa terluang.
“Akhirnya….aku menang,” jerit Badrul.
“Eleh, baru menang sekali dah kecoh,” balas Iqbal.
“Yang penting aku menang,”
“Dahlah tu. Sini, kasi aku main pula,” ucap Iqram.
“Eh, kau tak keluar pula hari ni?” kata Iqbal.
“Malas lah nak keluar hari ni. Aku nak luangkan masa bersama kawan baik aku ni,”
“Cet, ayat buku mana kau ambil tu. Tak pernah-pernah nak lekat kat rumah,”
“Aku malas nak keluar dengan Natasya la. Dia keluar dengan jantan lain kat belakang aku,”
“Macam mana kau tahu?” tanya Badrul.
“Kau nampak ke?” soal Iqbal pula.
“Aku nampak dengan kepala mata aku,”
“Kau tak salah orang?” soal Badrul.
“Tak. Confirm dia. Bukan main mesra lagi. Aku taklah kesal sangat sebab aku dah tahu dulu perangai dia. Cuma aku rasa kena tipu je,”
“Sebenarnya, kitorang pun pernah nampak Natasya berkepit dengan lelaki lain. Lagipun JB ni bukan besar sangat. Pusing-pusing situ juga,” ucap Badul, membuat pengakuan terhadap Iqram.
“Aku pun pernah nampak juga,”
Iqram yang dari tadi baring, lantas bangun setelah mendengar pengakuan daripada dua orang sahabat baiknya itu.
“Kenapa kau tak beritahu aku?”
“Kitorang tak nak kau kecewa. Kitorang tengok kau tengah bahagia dengan Natasya,”
bidas Iqbal.
Iqram terkesima seketika. Perasaan terkejut bercampur geram muncul di hatinya.
“Aku rasa macam orang bodoh je. Aku rasa macam orang tak tahu apa-apa sedangkan kawan serumah aku tahu pasal Natasya,”
“Kitorang tak nak kau salah faham. Mana tahu kau tak percaya cakap kitorang. Kau cakap kitorang buat fitnah,” balas Badrul pula.
Iqram menyandar ke sofa. Cuba mencari ketenangan. Cuba memikirkan kebenaran kata-kata rakannya itu. Dia masih lagi waras. Masakan kerana Natasya, dia bertengkar dengan Iqbal dan Badrul. Iqram mendiamkan diri buat seketika.
“Aku betul-betul minta maaf Iqram. Aku tak nak kau kecewa,” kata Iqbal.
“Aku rasa lebih baik kau tahu sendiri daripada kitorang yang beritahu sebab kitorang tak nak jadi punca kau dan Nat bergaduh,” ucap Badrul.
Iqram menarik nafas dalam-dalam lalu dihembus keluar.
“Betul juga apa yang kau cakap tu. Lagi pun buat apa aku nak fikir perempuan macam Natasya tu,”
“Kitorang betul-betul minta maaf,” ucap Iqbal.
“Tak ada benda lah. Biarlah perempuan tu. Tapi ada orang kena belanja aku makan lah,” gurau Iqram.
“Siot kau. Mengambi kesempatan dalam kesempitan,” ucap Badrul sambil melemparkan bantal ke arah Iqram.
Iqram ketawa.
“Kau macam tak kisah je?” tanya Iqbal.
“Taklah kisah mana. Aku cuma rasa kena tipu je. Aku dah lama tak contact dia. Malas lah,”
Tiba-tiba ada orang memanggil nama Iqram di luar.
“Siapa yang datang tu?” tanya Badrul sambil bangun lalu menjenguk keluar.
Begitu juga Iqbal.
“Eh, Natasya la Iqram. Dia cari kau tu,” kata Badrul.
“Kau pergilah. Cakap aku tak ada,”
“Banyak kau tak ada. Kereta kau kat depan tu apa?” kata-kata itu spontan keluar dari mulut Badrul.
Iqram bangun, melangkah malas ke luar rumah. Natasya berdiri senyum di luar pagar.
“Sayang, kenapa you tak nak jawab call I?”
“You buat apa datang rumah I ni?”
“I cari you la. I rindu tau,” nada Natasya penuh manja.
Iqram tersenyum sinis.
“Kita keluar nak?”
“I tak nak keluar dengan you,”
“Kenapa dengan you ni. Macam lain je sejak akhir-akhir ini,”
“I malas nak buang air liur cakap dengan you,”
“You dah berubah, kenapa?”
“I tak berubah. You tanya diri you sendiri la,”
“Apa salah I?”
“Sendiri buat salah pun tak tahu?” kali ini suara Iqram agak tinggi, hampir menengking.
“Kenapa you nak marah I ni? Sepatutnya I marah you. You yang buat salah. Tak jawab call I, tak reply mesej I. Ni tidak, you pula yang marah I,”
“Suka hati I lah nak buat apa. Better you leave now before I dispel you,”
“Kenapa dengan you ni? I sayang you,” ucap Natasya, cuba memujuk sambil tangannya cuba memegang tangan Iqram. Iqram segera menepis.
“You jangan cuba nak pegang tangan I, entah berapa banyak tangan lelaki yang you dah pegang,”
Air muka Natasya berubah.
“Apa yang you merepek ni?” cuba mengelak, menafikan kata-kata Iqram.
“I said, better you leave now,”
Natasya akur. Namun hatinya tidak mahu melepaskan Iqram. Bagi Natasya, Iqram cukup segala-galanya.
BAB 16
Jam tangan In menunjukkan pukul 8.15 pagi. In memakai baju kemeja berwarna biru, bertali leher berwarna putih dan berseluar hitam. Tudung berwarna sedondon di masukkan ke dalam kemeja. Nampak kemas dan elegen. Taufiq bertembung dengan In di pintu masuk bangunan Berjaya Holdings.
“Morning In,”
“Morning Encik Taufiq,”
“You look great today,” puji Taufiq.
“Thank you Encik Taufiq tapi saya belum gaji lagi nak belanja Encik Taufiq makan,” gurau In.
Taufiq ketawa. Terlihat garis-garis kedut diwajahnya. Garis itulah menunjukkan pengalaman hidup yang penuh liku yang sudah dilaluinya.
“Tak apa. In temankan saya breakfast? Saya belum breakfast lagi,” ajak Taufiq kepada In, yang sudah dianggap anaknya sendiri.
“Mm..boleh juga,” balas In.
“Kita makan kat restoran seberang jalan tulah. Nasi lemak kat sana memang sedap,” cadang Taufiq.
“Saya tak kisah, saya ikut bos,” ucap In sambil tersenyum.
Mereka sama-sama keluar dari bangunan Berjaya Holdings. Iqram baru sahaja memarkir kereta. Iqram keluar dari kereta. Matanya terpandang Taufiq dan In berjalan bersama melintas jalan menuju ke restoran hadaan. Tanpa berfikir panjang, Iqram mengekori. In dan Taufiq kelihatan leka dan mesra berbual. Iqram memerhatikan dari seberang jalan. Hatinya mula timbil syak mengenai hubungan Taufiq dan In.
“Diorang ni ada apa-apa ke? Hari tu In balik dengan dia, hari ni pula makan sama-sama. Takkan la ada hubungan,”
Iqram mula tidak senang hati melihat hubungan antara In dan Taufiq. Dalam fikiran Iqram, hubungan mereka bukan sahaja antara majikan dan pekerja tetapi lebih daripada itu.
Iqram melonggarkan tali leher berwarna hitam yang tergantung kemas di kemejanya yang berwarna kelabu itu. Terasa rimas. Dia melihat jam tangannya, pukul 5.45 petang. Jalan di hadapannya penuh dengan kenderaan. Biasalah, Bandaraya Johor Bahru ketika ini akan penuh dengan kenderaan. Masing-masing mahu pulang ke rumah. Akan tetapi, petang itu Iqram tidak pulang ke rumahnya. Iqram menuju ke Taman Bukit Indah. Iqram memasang kuat pemain cakera padat di dalam keretanya. Koleksi lagu-lagu antarabangsa kedengaran kuat di telinga Iqram. Sengaja, bosan menunggu giliran keretanya bergerak.
Kereta Iqram memasuki perkarangan rumah bernombor 8 itu. Kelihatan Pak Mat sibuk menyapu daun-daun kering di taman mini milik keluarga itu. Pak Mat mengelap peluh dengan tuala yang berada di bahunya. Pak Mat sudah berada di rumah itu semenjak Iqram dilahirkan lagi. Iqram sudah menganggap Pak Mat seperti keluarganya sendiri. Pak Mat menjenguk di halaman rumah, ingin melihat siapa yang datang sedangkan tuannya sudah pulang ke rumah 10 minit yang lalu. Iqram keluar dari kereta.
“La, Iqram rupanya. Pak Mat ingatkan siapa,” sapa Pak Mat.
Iqram tersenyum melihat Pak Mat. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan orang tua itu. Usianya mencecah 63 tahun tetapi masih gagah lagi melakukan kerja-kerja rumah.
“Pak Mat ingat kan siapa?”
“Pak Mat pelik, tadi papa Iqram dah balik. Lepas tu tiba-tiba bunyi kereta masuk rumah. Pak Mat tengoklah siapa yang datang. Rupa-rupanya Iqram. Dah lama Iqram tak balik rumah sini,”
“Sibuk Pak Mat, kerja kat pejabat tu banyak, tengok tempat projek lagi,” balas Iqram.
“Betul sibuk? Ke masih marahkan papa Iqram lagi?” tanya Pak Mat, dapat menduga apa yang bermain di fikiran Iqram. Iqram sudah dia anggap seperti anak kandungnya sendiri. Pernah dahulu dia memanggil Iqram dengan panggilan Encik Iqram tetapi dilarang Iqram. Kata Iqram, Pak Mat bukan bekerja dengannya tetapi bekerja dengan ayahnya. Iqram lebih selesa dipanggil dengan namanya sahaja. Iqram mula rapat dengan Pak Mat semasa Nor Aisyah, ibunya meninggal dunia ketika dia berusia 15 tahun.
Iqram hanya tersenyum.
“Eh, Pak Mat pandai tafsir mimpi tak? Ala..macam tukang tilik tu,” sengaja Iqram mengubah topik perbualan.
“Ish..manalah Pak Mat pandai jadi tukang tilik, tukang kebun bolehlah,”
Iqram ketawa.
“Kenapa Iqram tanya? Iqram mimpi apa sampai nak tanya Pak Mat pasal mimpi,”
“Ala..Pak Mat kan makan garam dulu daripada saya. Mesti Pak Mat tahu pasal mimpi ni,”
“Sebab makan garam dulu la Pak Mat kena darah tinggi ni,” balas Pak Mat, berseloroh.
Sekali lagi Iqram ketawa.
“Iqram mimpi apa?” tanya Pak Mat lagi.
Tiba-tiba Taufiq berada di depan pintu rumah.
“Ha, Iqram. Bila sampai?”
“Baru sampai papa,”
“Papa dengar rancak berbual tadi,”
“Tak ada apa-apa lah Encik Taufiq. Saja berbual kosong dengan Iqram,” kata Pak Mat.
“Macam tulah Iqram. Kalau dah jumpa dengan Abang Mat memang rancak berbual. Masuk dulu Iqram. Dah petang ni. Pergi mandi,” arah Taufiq kepada anak tunggalnya itu.
“Kejap lagi Iqram masuk pa,”
Taufiq kembali masuk ke dalam rumah setelah mendengar jawapan daripada anaknya itu.
“Nanti Iqram cerita kat Pak Mat ye. Pak Mat tak payah sapu daun-daun tu lagi la. Sambung je esok. Bukan ada menteri nak datang rumah ni pun,” gurau Iqram.
“Eh, tak boleh. Pak Mat pantang buat kerja separuh jalan. Iqram pergilah masuk dulu. Pergi mandi ye,”
Iqram tersenyum. Itulah Pak Mat, tidak suka membuat kerja separuh jalan. Mesti disiapkan dengan segera.
Iqram melangkah masuk ke dalam rumah. Meskipun jarang pulang ke rumah itu, rumah itu tiada perubahan. Masih sama seperti dahulu. Taufiq duduk di sofa hadapan sambil membaca surat khabar, ditemani isterinya, Halimah, ibu tiri Iqram yang sedang menjahit.
“Mimpi apa Iqram balik sini?” tanya Taufiq.
“Saja je. Tak boleh ke Iqram balik sini? Ni pun rumah mama juga kan?” balas Iqram.
“Dah lama Iqram tak balik sini,”
“Tak apalah abang. Biarlah Iqram balik sini. Ni kan rumah dia juga,”
Iqram tidak memberikan sebarang reaksi. Kakinya mahu terus melangkah ke biliknya.
“Baguslah Iqram balik. Aunty ada masak lauk asam pedas ikan pari dengan sayur bendi. Iqram suka kan lauk tu. Nanti kita boleh makan sama-sama,”
“Tengoklah nanti. Kalau saya nak makan, saya turunlah,” ucap Iqram lantas melangkah ke biliknya yang berada di tingkat 2 banglo itu.
“Kenapa abang cakap macam tu tadi kat Iqram? Biarlah dia balik sini. Sekurang-kurangnya dia masih ingat lagi kat rumah ni,”
“Saya tak tahulah, kenapa degil sangat Iqram tu. Di pejabat pun bukan berbual dengan saya. Kalau jumpa dengan saya pun cakap pasal projek. Lama betul marah dia pada saya,”
“Tak apalah abang. Kita orang tua, kena banyak bersabar,”
“Kat office tu pun bukan panggil saya papa,”
“Kat office kan lain. Iqram kerja dengan abang. Bukan jadi anak abang,” kata Halimah, membela anak tirinya itu.
“Saya tengok awak layan Iqram tu baik sangat. Entah kenapa degil sangat perangai Iqram tu susah nak terima awak sebagai ibu tiri dia,”
“Perangai degil Iqram tu pun dapat dari awaklah Encik Taufiq oii,”
“Awak ni, nak libatkan saya pula. Kita cakap pasal Iqram, awak kenakan saya pula,”
Ucap Taufiq lalu membaca semula surat khabar di tangannya itu.
Suasana malam menenangkan Iqram. Iqram sedang duduk di halaman rumah setelah selesai makan malam bersama Taufiq dan Halimah. Kalau diikutkan hati, dia tidak mahu turun tetapi Taufiq sendiri telah datang ke biliknya menyuruh dia turun makan malam bersama. Dia masih lagi ada rasa hormat terhadap ayah dan ibu tirinya. Itulah pesan arwah ibunya. Tidak kira betapa kita marahkan seseorang itu, jika dia lebih berumur, kita perlu hormat kepada orang itu. Atas dasar itu jugalah, Iqram menuruti kata-kata ayahnya.
Dia memakai tshirt lengan pendek dan seluar pendek paras lutut. Rasa sejuk mula terasa di lengan dan kaki Iqram.
“Tak sejuk ke Iqram?” tegur Taufiq. Taufiq memegang dua buah mug berisi air Nescafe lalu dia memberi salah satu mug kepada Iqram. Iqram menyambutnya.
“Thanks pa,”
Taufiq duduk di sebelah Iqram.
“Iqram rindu mama?” tanya Taufiq.
“Kenapa papa tanya macam tu?”
“Iqram kalau balik sini, maknanya Iqram rindukan mama,”
Iqram membisu seketika.
“Macam mana papa tahu?” soal Iqram pula.
Taufiq menghirup perlahan air Nescafe yang masih panas itu lalu menelannya. Terasa nikmat minum air panas sewaktu malam yang dingin menyelubungi bumi.
“Iqram kan anak papa,”
Sudah lama dia tidak berbual dengan ayahnya. Meskipun setiap hari bertemu di pejabat, hanya soal pejabat dibincangkan. Iqram menarik nafas dalam-dalam lalu dihembus keluar. Air Nescafe yang panas ditiup perlahan sebelum diminum.
“Macam mana Natasya?”
“Biasa je,”
“Cepat-cepatlah kahwin,”
“Kahwin? Belum jumpa lagi la pa,” Hati Iqram tiba-tiba teringatkan In apabila Taufiq menyebut soal kahwin.
“Dah kawan lama dengan Natasya, takkan tak rasa apa-apa?”
“Dia kawan jela pa,” Iqram menjawab dengan acuh tak acuh. Bosan apabila Natasya jadi topik perbualan.
“Habis tu, nak tunggu berapa lama lagi? Umur dah 27, dah nak angka 3 kat depan tu,”
“Kalau ada jodoh, esok pun Iqram boleh kahwin pa,”
“Papa tengok Iqram kuat sangat kerja. Sebab tulah agaknya tak dapat-dapat jodoh,”
Iqram hanya terdiam. Fikirannya ligat memkirkan In. Memikirkan apakah hubungan antara In dan ayahnya itu. Sudah dua kali dia melihat In keluar bersama Taufiq.
Sejak akhir-akhir ini nama Insyirah mula bermain dihatinya. Jika dulu muncul di alam khayalan, tetapi kini muncul di alam nyata. Jika dulu, ia menganggu tidurnya, sekarang ia mengganggu fikiran, hati dan perasaannya.
“In kerja macam mana? Ok?” tiba-tiba kedengaran soalan itu muncul di bibir Taufiq. Seolah-olah ayahnya dapat membaca fikirannya yang dia sedang memikirkan In.
Iqram memandang ayahnya.
“Dah kenapa papa aku ni tanya pasal In tiba-tiba. Risau sangat pasal In, takut aku nak kebas dari dia ke?” detik hati Iqram.
“Ok, boleh tahan. Baru dua minggu kerja, dah banyak yang dia tahu,” balas Iqram.
Iqram teringat perstiwa dia bertindak tegas terhadap laporan pertama yang dsiapkan oleh In. Laporan itu ditegur Iqram kerana tidak berdasarkan pelan dan pada hari berikutnya, In telah membuat pembetulan. Hasilnya memuaskan hati Iqram. Salahnya juga kerana tidak memberitahu In bagaimana menyiapkan laporan lawatan tapak.
“Iqram bawa dia ke mana bila tengok progress?”
“Iqram bawa semua tempat yang Iqram handle. Iqram boleh harapkan dia. Cuma dia tak ada kenderaan sendiri je. Kalau Iqram tak ada, dia tak dapatlah pergi mana-mana,”
“Mm..tak apa, itu papa boleh uruskan. Kita tengok sebulan macam mana dia kerja. Mungkin papa boleh belikan kereta untuk dia under syarikat,”
“Papa nak belikan kereta untuk dia?” soal Iqram, nadanya agak tinggi, menambahkan lagi rasa syak mengenai hubungan antara ayahnya dan In.
“Kenapa? Iqram kata dia kerja bagus. Tak salah papa belikan dia kereta,”
Iqram memandang tepat ke arah mata Taufiq.
“Are you having something between you and In, papa?”
Kali ini Taufiq pula memandang ke arah mata Iqram. Soalan itu berbau cemburu.
“Why you asking me like that?”
“Iqram tanya je,”
“Kenapa Iqram nak tahu?” tanya Taufiq, cuba bermain tali dengan Iqram.
“Saja je,”
“Mesti ada sebab kalau nak tahu,”
“Sejak bila hukum alam cakap, kalau bertanya mesti ada sebab pa,”
Iqram cuba berkias.
“Dan hukum alam cakap tak salah kalau papa tak nak jawab soalan Iqram tu,”
“Orang zaman dulu, banyak cipta peribahasa papa. Sebab tu sekarang banyak buku peribahasa Melayu kat kedai buku tu. Orang dulu cakap, kalau malu bertanya, sesat jalan pa,”
“Kalau tak nak sesat, kenapa tak nak tanya orang lain?”
“Iqram nak tanya siapa?”
“Tanya In lah. Kan tadi Iqram tanya papa ada hubungan dengan In ke tak,”
“In? Takkanlah Iqram nak tanya dia. Tak logik,”
“Habis tu yang Iqram tanya papa soalan tu logik ke?”
Hampir tergelak hati Taufiq apabila mendengar soalan itu dari mulut Iqram.
Iqram tidak menjawab soalan Taufiq. Dia memandang ke langit, memandang bintang. Sengaja mengelak pandangan dari Taufiq.
“Malam ni tidur sini ke balik rumah?”
“Tidur sini kot pa. Dah malam. Malas nak drive,”
“Tidurlah kat sini lama-lama. Dua tiga dari ke,” ucap Taufiq sambil bangun, ingin masuk ke dalam rumah.
Iqram tidak memberikan sebarang reaksi. Lagi selangkah mahu masuk ke rumah, Taufiq menoleh ke belakang, memandang anaknya, ada iras wajahnya ketika muda dahulu.
“Iqram,” panggil Taufiq.
Iqram menoleh.
“Papa dah tua. Papa dah tak larat nak cari lagi,” ucap Taufiq lalu tersenyum.
Taufiq menjawab soalan Iqram.
Pada mulanya Iqram tidak dapat mengagak, akan tetapi apabila melihat senyuman ayahnya, Iqram turut tersenyum. Dia mengerti. Hatinya sedikit gembira mendengar penjelasan daripada Taufiq. Walaupun ringkas tetapi padat isi yang disampaikan ayahnya tadi. Perasaannya bergetar setiap kali hatinya menyebut nama Insyirah. Benarkah ini cinta? Jatuh cintakah aku? Perkenalan yang singkat mampu menimbulkan rasa cinta? Tidak, dia sudah lama mengenali In. Ilham Nur Insyirah. Indah nama itu apabila disebut. Ilham yang hadir dalam mimpinya. Nur Insyirah yang ditemuinya.
No comments:
Post a Comment