Stylo Clique ^_^

Sunday, October 24, 2010

+_BILA TAKDIR ITU BERBICARA_+ (BAB 65-66)


BAB 65

In baru sahaja masuk ke pejabat. Jam ditangannya menunjukkan pukul 2. Ana memanggilnya.
“In,” panggil Ana.
Langkah In terhenti lalu berpatah balik ke meja penyambut tetamu itu.
“Kenapa Ana?”
“In dari mana?”
“Baru balik dari site lepas tu lunch la,”
Lunch dengan siapa?”
“Dengan client. Kenapa Ana tanya?”
“Ingat dengan Encik Qhairul,”
“Kenapa dengan dia pulak?”
“Tadi, lepas In keluar, ada delivery boy hantar bunga. Tak lama lepas tu Encik Qhairul pula sampai. Dia cari In. Saya cakaplah yang In dah pergi site,”
“Hantar bunga? Kat awak?”
“Kat saya? Taklah, untuk In lah,”
“Saya? Siapa yang kasi?”
“Tak tahu pula saya. Saya letak kat atas meja. Tapi saya dapat agak siapa yang kasi,”
“Awak rasa siapa?”
“Eh, In takkan tak tahu. Mesti dapat agak kan?”
“Terima kasih Ana,”
Tadi, semasa In sedang makan tengahari bersama pelanggan, In menerima panggilan daripada Qhairul tetapi In tidak menghiraukannya.
“Mm..Enck Qhairul ada call In tak?”
“Saya malas nak keluar dengan Qhairul tu. Dia macam something la,”
Ana ketawa apabila mendengar In berkata sebegitu.
“Dia nak ngurat In kan?”
“Entahlah. Agaknya kot,”
“Bertuah In,”
“Kenapa?”
“Encik Iqram nak ngurat, Encik Qhairul pun nak ngurat In. Sepupu tu bersaing la. Tapi saya rasa mesti In lebih suka dengan Mr.Pelik tu kan?”
“Tak adalah,” ucap In, cuba menafikan.
Ana tersengih.
“In ni, malu-malu pula. Sejak akhir-akhir ni saya tengok mata In berseri-seri bila pandang Mr.Pelik tu,”
In mengerutkan dahinya.
“Eh, ya ke? Mana ada. Awak ni kalau bab merepek, ada je ideanya,”
“Ala, bukan saya sorang je perasan. Nadia pun perasan juga,”
“Awak dengan Nadia tu memang satu kepala. Sama-sama suka merepek,”
“Siapa yang suka merepek?”
Kedengaran suara Iqram mencelah.
“Eh, Encik Iqram rupanya. Nampak sihat hari ni. Muka berseri-seri,”
“Dah tengahari ni muka saya berseri-seri? Pagi tadi tak berseri-seri ke?”
“Pagi tadi saya tak nampak Encik Iqram. Dah petang baru nampak,”
“Awak ni ada-ada jelah. Saya tak ada duit kecil nak belanja awak ni. Susah payah awak puji saya,”
“Encik Iqram ni. Saya betul-betul cakap ni. Bukan main-main,”
“Saya masuk office dululah,” pinta In lalu beredar.
Iqram dan Ana saling berpandangan. Ana mengangkat kening. Iqram membalas dengan senyuman lalu memandang In.
“Dah berkenan jangan lepaskan peluang. Nanti Encik Qhairul yang dapat,”
“Ya ke? Awak rasa In nak dengan Qhairul ke?”
Tak, Qhairul takkan berjaya memiliki In. Aku telah pun menjadi suami In dan dia isteri aku. Aku dapat rasakan In juga sayangkan aku.
“Saya rasa tak. Saya rasa dia suka Encik Iqram,”
“Ha, awak sendiri tahu. Jadi, buat apa saya nak risau,” ucap Iqram dengan yakin diiringi dengan senyuman di bibir lalu beredar meninggalkan Ana.
“Yakin betul. Nanti Encik Qhairul tu pandai ambil hati In baru tahu,” ngomel Ana sndiri.

“Ni mesti Qhairul yang kasi. Tak habis-habis,” ucap In sendiri.
In membelek-belek jambangan ros biru itu.
“Hari tu kasi warna merah, hari ni warna biru pula. Tapi macam mana dia tahu aku suka warna biru?”
In mengambil sekeping kad yang terselit di antara celahan bunga itu.
“TERIMA KASIH. SAYA HARAP AWAK SUDI MENERIMA KASIH SAYA,”
In mula berfikir.
“Terima kasih? Aku buat apa je kat dia?”
In memandang ke arah Iqram yang berada di sebelah. In bimbang akan salah faham sekali lagi. Iqram tersenyum lalu menghantar mesej kepada In.

Kenapa?

In membaca pesanan itu lalu membalasnya.

Qhairul kasi lagi.
Saya tak tahu.
Saya tak minta pun.

Iqram tersenyum sendiri.

Kalau Qhairul yang kasi, kenapa muka awak macam tu?
Takut saya salah faham ke?

In terasa pipinya panas, menahan malu

Mana ada

Iqram sememangnya sengaja bermain perasaan dengannya.

Bunga tu sepupu Qhairul yang kasi..=)

In terkejut apabila membaca mesej itu. In tersenyum lalu memandang wajah Iqram. Matanya seperti bercahaya.

Terima kasih kerana jaga saya semalam.

In menghidu haruman bunga itu. Hatinya turut berbunga.

Awak tak nak letak bunga tu kat meja penyambut tetamu ke?

Iqram sengaja mengingatkannya akan peritiwa Qhairul memberinya bunga tempoh hari. In menyuruh Ana meletakkan bunga itu sebagai hiasan di meja penyambut tetamu. Iqram memandang In. In mengukirkan senyuman lalu menggelengkan kepala. Bibir Iqram berkata sesuatu.
Thank you,”
Walaupun In tidak mendengar tetapi dia dapat mengagak apa yang diucapkan Iqram berdasarkan pergerakan bibir Iqram. Mereka sama-sama tersenyum. Telefon Iqram berbunyi.
“Nak apa Qhairul ni,”
Iqram menekan butang hijau.
“Ha, apahal bro?”
“Aku nak tanya lah,”
“Kau nak tanya apa?”
“In kat mana ek? Aku ajak dia lunch tapi dia tak angkat pun bila aku call dia,”
“Kenapa kau nak tanya pasal In pula?”
“Kenapa? Aku tak boleh tanya? Kau ni buat tak tahu pula. Aku nak kenal dengan In tu. Dia tu macam ada daya penarik tersediri. Cepatlah beritahu aku dia kat mana?”
“Tadi dia pergi site,”
“Tu tadi. Sekarang dia kat mana?”
“Kat office la,”
“Ha, baguslah. Aku datang office kau sekarang,”
“Eh, kau nak buat apa datang sini? Kau buat kerja kat office kau tu”
“Aku nak ajak In lunch lah,”
“Kau ni dah tak pandai tengok jam ke? Dah pukul 2 lebih. Suka hati kau je. Kerja kat office ni banyak. Kau jangan nak kacau dia pula,”
“Gaya kau cakap ni macam tak kasi aku jumpa dia,”
“Memanglah. Kalau kau jumpa dia bila masa kerja nak siap?”
“Kau pun ada hati kat In eh? Sebab tu kau tak kasi aku pergi sana kan?”
“Lain kali jelah kau ajak In tu. Tak pun kau ajak dia dalam mimpi kau. Itupun kalau dia sudi lah. Aku ada banyak kerja nak buat daripada layan kau,”
“Bunyinya macam serius je,”
“Serius tak serius, aku nak buat kerja sekarang,”
“Oklah bro. Aku tak nak kacau kau. Tapi kalau kau pun ada hati kat In tu, aku tak akan undur diri,”
‘Kau yang patutnya sedar diri. Aku suami In,’ bisik hati Iqram.
“Suka hati kaulah Qhai,”
Kedengaran talian putus.
Iqram tersenyum sendiri.
“Ada hati nak cakap macam tu. Tak tahu dia nak ngurat isteri aku. Dah sah-sah aku ni suami dia,” ngomel Iqram sendiri.

Qhairul tiba di Berjaya Holdings tepat pukul 5.25 petang. Kaki Qhairul sudah pun berada di bangunan itu.
“Saya nak jumpa dengan Cik Insyirah. Dia ada tak?”
Ana melihat jam tangannya.
“Petang macam ni baru Encik Qhairul sampai?”
“Saya ada kerja tadi. Kalau saya tak dapat ajak Cik Insyirah makan lunch, tak salah rasanya saya ajak dia minum petang,”
“Rasanya dia belum balik lagi. Saya rasa dia ada kat bilik Encik Iqram,”
“Bos awak tu memang rapat dengan In ke?”
“Kenapa Encik Qhairul tanya?”
“Saya tengok diorang macam ada apa-apa je,”
“Saya pun tak pasti. Tapi diorang memang rapat. Yelah, dah sama-sama kerja. Dulu lagilah. Selalu gaduh mulut. Nanti Cik In ejek Encik Iqram tak ada sivik, muka tembok lah. Encik Iqram pula cakap Cik In mata juling sebab Cik In suka jeling kat Encik Iqram. Kadang-kadang saya tengok diorang macam budak-budak,”
“Macam rapat je dari gaya awak cakap tu,”
Ana hanya mengangkat bahunya.
“Encik Qhairul tunggu kat sini jelah. Kejap lagi diorang keluar lah tu. Dah nak habis office hour,”
Qhairul hanya tersenyum lalu duduk di sofa berwarna hijau itu.
“Encik Qhairul nak apa-apa ke? Coffee ke?” tanya Ana.
“Eh, tak payah susah. Kejap lagi saya memang nak minum dengan In,”
“Kalau Encik Qhairul cakap macam tu, saya balik dululah ye,” pinta Ana.
Qhairul mengangguk sambil tersenyum. Qhairul memandang sekeliling pejabat itu. Masih tiada perubahan. Masih lagi seperti kali tahun lepas. Qhairul mengeluarkan telefon bimbitnya setelah kedengaran deringan lagu di telinganya. Adiknya menghubunginya.
“Ha, Qis. Kenapa telefon abang?”
“Abang kat mana?” soal Qistina kembali.
“Abang kat BH,”
“Kat BH? Ha, Qis tahu kenapa abang kat situ,”
“Kenapa?”
“Sebab In kan?”
“Ala, Qis ni macam tak tahu pula,”
“Kalau macam tu,Qis pun nak pergi sana la. Abang Iqram tak telefon Qis pun. Semalam Qis call pun tak angkat,”
“Mm..datanglah. abang nak ajak In minum petang.”
“Ok, Qis pun baru balik dari shopping ni. Rasanya dalam sepuluh minit Qis sampai,”
Qistina segera menghentikan perbualan. Qhairul memandang jam tangannya. Baru lima minit berlalu. Qhairul mengambil majalah yang berada di atas meja berhampirannya, dibeleknya sehelai demi sehelai. Lima minit kemudian kedengaran tapak kasut menghampirinya.
Uncle,”
Qhairul bersalaman dengan Taufiq.
“Qhai, kenapa datang office uncle petang-petang macam ni?”
“Nak jumpa Iqram,”
Qhairul cuba menyembunyikan niat sebenarnya.
“Nak jumpa Iqram? Buat apa? Ada projek baik ke?”
“Taklah uncle. Saja je. Nak borak-borak dengan dia,”
“Borak-borak dengan Iqram?”
“Sejak akhir ni jarang dapat berbual dengan dia. Tu yang Qhai ingat nak ajak dia minum,”
“Ke kamu nak ajak In sebenarnya?”
“Eh, tak adalah uncle,”
“Kamu ni, nak sembunyi perasaan pula. Kamu balik jelah. Uncle tengok Iqram dengan In masih lagi kat dalam pejabat Iqram,”
“Eh, tak apa uncle. Dah alang-alang saya tunggu ni,”
Iqram dan In sudah berada di kawasan penyambut tetamu.
“Eh, Qhai. Kau buat apa kat sini?”
“Ha, dah siap bincang?” tanya Taufiq.
“Dah papa. Papa tak balik lagi?” balas Iqram.
“Papa nak balik lah ni. Tiba-tiba nampak Qhai kat sini. Tu yang papa tanya. Kata nak jumpa kamu. Ingat kan kamu lama lagi nak bincang,”
“Dah siap pa,” balas Iqram.
“Papa balik dululah. Qhai, uncle balik dulu. Nanti senang-senang datang rumah,”
“Insya ALLAH uncle,”
Taufiq berlalu pergi meninggalkan mereka bertiga.
“Qhai, hukum alam cakap, pukul lima sampai lima setengah adalah waktu orang balik daripada pejabat. Yang kau ni datang pejabat aku buat apa?”
“Hukum alam pun cakap waktu sekarang ni sesuai untuk minum petang. Aku nak ajak In keluar pergi minum,”
Mata Qhairul beralih kepada In yang berada di sisi Iqram. Tangan kanan In memegang jambangan bunga ros berwarna biru pemberian Iqram. Hatinya timbul perasaan cemburu. Pandangan Iqram terus ke mata In, mengharapkan In menolak pelawaan Qhairul.
“Mm..saya rasa lain kali jelah,”
“Sekejap je. Tengahari awak tak sudi, takkan sekarang awak nak tolak pelawaan saya?”
“Bukan macam tu,” Rasa serba salah mula menyelubungi perasaan In.
“Kalau bukan macam tu, awak setujulah?”
“Eh, pun bukan macam tu juga,”
“Habis tu? Ada janji dengan tuan punya bunga tu?” duga Qhairul.
“Macam nilah. Kalau saya ajak Iqram sekali minum dengan kita tak salah kan?”
Soal In sambil pandangannya ke arah Iqram.
“Eh, kita tak payah ajak dia. Kejap lagi buah hati dia sampai,”
Iqram terpinga-pinga.
“Buah hati mana pula?”
“Qistina. Dia nak jumpa kau. Kau pun satu, bukan nak call dia,”
“Qis bukan buah hati aku lah,”
“Mungkin dia bukan buah hati kau tapi kau tu buah hati, jantung dia,”
Wajah In seperti tidak selesa.
“Awak macam mana?” tanya In kepada Iqram.
“Saya ikut awak In,” balas Iqram.
“Eh, kau nak ikut In buat apa? Aku nak minum dengan In,”
“Macam saya cakap tadi, kalau Iqram tak ikut, saya tak ikut awak juga. Yelah, awak dengan Iqram kan sepupu. Tak salah rasanya kan?”
Qhairul seperti mengeluh.
“Ting,”
Kedengaran bunyi lif. Qistina keluar dari lif.
“Eh, kata nak minum dengan In, kenapa kat sini lagi?”
“Abang nak ikut diorang sekali,” ujar Iqram.
“Abang Iqram nak ikut buat apa? Kacau daun jelah. Lebih baik abang pergi minum dengan Qis,”
Why not kalau kita minum sama-sama,” cadang Iqram tiba-tiba.
Qhairul seperti mati akal untuk berkata apa-apa. Qhairul dan Qistina saling berpandangan manakala ada dua pasang mata saling tersenyum antara satu sama lain.

BAB 66

Qhairul sedang memerhatikan menu di hadapannya, namun tumpuannya terganggu melihat In dan Iqram yang berada di hadapannya. Mereka tidak menunjukkan sebarang tanda yang mereka berhubungan tetapi Qhairul dapat merasakan sesuatu yang istimewa hadir di antara mereka.
“Encik, boleh saya ambil pesanan?” tanya pelayan yang memakai seragam putih hitam itu.
“Kasi saya hot chocolate and blueberry cake,” pesan Qistina.
“Saya caffe late and cheese cake,” pesan Qhairul pula.
“Encik dengan Cik?”
Soal pelayan itu kepada Iqram dan In.
Cappucino and orange juice. Two chocalate cake,”
“Wah, banyak kau minum dengan makan. Tak makan tengahari ke?”
“Aku order untuk In sekali. Awak nak orange juice dengan chocolate cake kan?”
In mengangguk. Iqram seperti memahami kehendaknya.
Pelayan itu berlalu pergi setelah mengambil pesanan mereka.
“Wah, nampaknya kau dah kenal selera In,”
“Aku dah lama kenal dia. Tak banyak, sikit pun aku dah tahu selera dia,” balas Iqram, spontan.
“In dengan abang Iqram ada apa-apa ke?” tanya Qis.
Dia kurang senang apabila melihat Iqram seperti mempunyai hubungan rapat dengan In.
In hanya tersenyum.
“Abang dengan In memang rapat lah. Kitorang sama-sama kerja,”
‘Sama-sama kerja, sama-sama menjalani hidup dan mungkin dan sama-sama berkongsi perasaan,’ ujar hati Iqram.
Syak wasangka Qhairul semakin menebal. Begitu juga dengan Qistina. Perasaan cemburu dan marah terhadap In mula timbul. Iqram yang dikenalinya terlebih dahulu, malahan sejak kecil lagi langsung tidak mengetahi kegemarannya. Sedangkan In, baru sahaja ditemuinya, Iqram seperti memahami kehendak hati In.

“Abang tak rasa ke yang In dengan abang Iqram macam ada something,” soal Qistina kepada abangnya setelah selesai makan malam. Qhairul yang sedang memerhatikan kolam ikan segera beralih kepada Qistina yang berada di sisinya.
“Qis tanya abang ke nak beritahu abang?”
“Abang, takkan abang tak perasan apa-apa?”
“Abang nampak,”
“Qis sakit hati lah tengok In tu,”
“Kenapa nak salahkan In pulak? Abang tengok Iqram yang lebih-lebih,”
“Abang, abang kenapa nak back up In? Sebab In datanglah, Iqram dah tak care lagi pasal Qis. Dah tak rapat macam dulu. Dulu, kalau balik Malaysia, nak juga abang Iqram keluar minum dengan Qis. Sekarang, Qis call pun tak nak angkat,”
“Qis, abang rasa Qis sorang je yang perasan tau. Abang memang perasan yang Iqram tu layan Qis tak lebih daripada adik dia,”
“Abang ni, orang cakap lain, abang kenakan Qis pula. Adik tahu, tapi dulu kan kitorang rapat, mesra. Mana tahu, dalam kitorang rapat abang Iqram suka kat adik. Ada juga peluang. Tapi sekarang? Abang tengok sendiri kan? Time kat cafe tadi. In punya order pun abang Iqram yang cakap kat waiter tu,”
“Abang nampak. Diorang nampak mesra sangat,”
“Qis meluat lah. Pasal In, abang Iqram tak layan Qis,”
“Agaknya Qis yang tak pandai ambil hati Iqram tak,”
“Ish abang ni, bukan nak bela adik dia,”
“Perempuan macam In tu, siapa yang tak suka. Qis cuba perhatikan betul-betul wajah dia. Walaupun biasa wajah dia, tak cantik macam Erra Fazira tapi ada tarikan. Confident, karisma, penampilan yang elegan. Siapa tengok, mesti pandang dia dua kali,”
“Ha, pujilah In tu sampai langit. Abang cakap dia elegan, karisma, confident sebab abang memang suka kat dia. Apa, adik abang ni tak macam tu ke? Ada kurang ke Qis ni?”
“Eh, siapa cakap Qis tak macam tu. Cuma Qis ni manja sangat. Kuat merajuk,”
“Makin meluat lah dengan In tu,”
“Qis, cara terbaik nak bersaing dengan musuh kita, adalah berkawan rapat dengannya,”
“Maksud abang, nak Qis kawan dengan In tu? Buat apa nak buat baik dengan dia,”
At least, Qis kawan je dengan dia. Korek apa hubungan dia dengan Iqram. Kalau adik rasa macam ragu-ragu je, adik cakapah dengan dia jangan ganggu Iqram. Time tu abang ada chance lah nak rapat dengan dia,”
“Qis sorang jelah yang kena bertindak? Senangnya abang. Why not we do it together,” cadang Qistina.
Means?”
“Kita siasatlah. Qis cuba berkawan dengan dia and at the same time abang pun siasat abang Iqram. Tak pun kita follow diorang. Manalah tahu diorang pergi dating lepas office hour,”
“Wah, ni dah macam PI je,”
“PI tak PI, yang penting Qis tahu. Abang nak join tak?”
“Susahlah kalau abang nak tanya Iqram. Qis macam tak tahu perangai Iqram yang perahsia tu,”
“Abang ni, belum cuba belum tahu. Kata nak dapatkan In. Takkan tak nak usaha lebih sikit,” sindir Qistina.
Qhairul terdiam seketika, memikirkan cadangan adiknya itu.
“Ala, abang ni lambat sangat lah fikir. Setuju je la,”
“Abang ni fikir keberkesanan. Qis tu suka sangat buat keputusan terburu-buru,”
“Abang cuba fikir balik. Plan kita ni mesti berjaya. Kalau kita tak berjaya tanya In atau abang Iqram, lebih baik kita follow diorang. Lagi-lagi waktu lunch dengan balik,”
“Ok, abang setuju, tapi adik yang kena banyak menggerakkan rancangan kita ni. Abang kerja. Kang papa mengamuk pulak tak ada orang uruskan,”
“Ok, semua tu serahkan pada Qis,”
Mereka sama-sama tersenyum.

No comments:

Post a Comment