BAB 61
“Eh, uncle Taufiq,” ucap In dengan penuh terkejut.
“In. Kenapa In ada kat sini?” tanya Taufiq.
In menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Taufiq.
“In…,”
In tidak dapat menjawab soalan yang diajukan Taufiq.
Iqram pula muncul setelah mendengar suara Taufiq.
Taufiq terkejut melihat Iqram di muka pintu.
“Papa,” ucap Iqram spontan.
Kali ini terkejut Taufiq berganda. Baru sahaja dikejutkan dengan kehadiran In dan kini anaknya, Iqram. Benarkah apa yang dikatakan pemanggil tadi? Dia baru sahaja menerima panggilan dan memintanya untuk datang ke kondominium itu.
“Papa? Awak….uncle Taufiq ni papa awak?” tanya In.
Nada suara In agak tinggi. Bercampur marah dan terkejut.
“Kenapa In kat sini dengan Iqram? Apa yang korang berdua buat kat dalam rumah ni?” tanya Taufiq, penuh dengan syak wasangka.
Fikiran Iqram bertambah celaru. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.
“Pa, lebih baik papa masuk dulu. Iqram boleh jelaskan semuanya,”
“Kamu berdua buat perkara tak senonoh ke?”
“Tak pa. Iqram tak akan buat macam tu. Papa masuk dulu,”
Akhirnya Taufiq bersetuju untuk masuk. Iqram cuba menarik nafas panjang, dia cuba menenangkan dirinya seketika. Pandangan In terhadap Iqram ketika itu bercampur aduk.
Taufiq memandang mereka berdua. Taufiq sungguh tidak menyangka In dan anaknya kini adalah pasangan suami isteri.
“Kamu tak buat cerita?”
“Tak papa. Memang Iqram dan In suami isteri yang sah selepas peristiwa malam tu,”
“Kenapa tak nak ceritakan pada papa?”
“Sebenarnya In yang minta Iqram rahsiakan” ucap In.
“Tak pa, kami sama-sama yang nak rahsiakan perkara ni,”
Taufiq menarik nafas lalu dihembuskan perlahan-lahan. Dia cuba menerima perlahan-lahan cerita yang baru sahaja di dengarinya dari mulut Iqram.
“Boleh papa tahu kenapa kamu berdua nak rahsiakan perkara ni?”
“Sebenarnya In tak boleh menerima semuanya ni lagi uncle. In tak sedia dengan perkahwinan ni,”
“Kalau tak sedia, kenapa In teruskan juga?”
“Mak In yang tak nak In keruhkan keadaan lagi,”
“Sekarang macam mana? Boleh terima?”
In hanya tertunduk. Dia masih lagi keliru dengan perasaannya.
“Buat masa ni kami masih cuba mengenali antara satu sama lain,” jawab Iqram sebagai pengganti untuk In.
Kali ini pandangan Taufiq tertumpu kepada Iqram.
“Papa nak tahu dari mulut kamu pula. Kenapa Iqram rahsiakan semuanya daripada papa?”
“Saya tak nak papa terkejut. Mungkin belum sampai masa yang sesuai memandangkan keadaan In yang belum sedia lagi,”
“Pandai kamu berdua rahsiakan semuanya daripada papa. Sampai papa sendiri pun tak perasan,”
In hanya mendiamkan diri.
“Macam mana papa boleh sampai ke rumah Iqram ni?”
Kali ini Iqram pula yang perlu mendapatkan jawapan daripada ayahnya. Dia sendiri tidak mengerti bagaimana ayahnya boleh berada di situ
“Papa dapat call,”
“Siapa yang call?”
“Perempuan. Dia cakap kalau nak tahu perangai sebenar Iqram, datang ke alamat rumah ni. Dia cakap Iqram simpan perempuan dan perempuan tu staf Berjaya Holdings,”
“Natasya,”
“Iqram cakap perempuan tu Natasya?”
“Siapa lagi pa? Tadi sebelum Jabatan Agama Islam sampai, dia ada bagi Iqram mesej,”
“Jabatan Agama Islam? Kenapa pula ni? Cerita apa lagi yang papa tak tahu ni?”
Iqram menekup mukanya. Segala rahsianya terbongkar pada malam itu.
“In, kenapa Jabatan Agama Islam datang sini?”
In tidak dapat berkata apa-apa. Dia masih lagi terkejut dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
“Jabatan Agama Islam terima aduan yang Iqram dan In berkhalwat dalam rumah ni,”
“Astaghfirullahalazim,”
Taufiq beristighfar panjang.
Taufiq terdiam seketika. Dia bersandar ke sofa.
“Papa, Iqram tahu ini semua rancangan dia. Dia nak malukan Iqram dan family kita. Iqram dapat agak apa rancangan dia. Dia panggil Jabatan Agama Islam dan papa. Biar esok muka depan berita keluar pasal Iqram, anak Ahmad Taufiq, pemilik Berjaya Holdings kena tangkap khalwat. Baru dia puas hati,”
“Astaghfirullahalazim, apa je yang kamu dah buat pada dia sampai dia sanggup nak malukan papa dan Iqram macam tu?”
“Iqram tak buat apa-apa pa. Dia yang salah, berkepit dengan jantan lain. Iqram tinggalkan dia. Takkan orang macam dia Iqram nak buat bini,”
“Nasib baik kamu memang dah berkahwin dengan In, kalau tak papa tak tahu apa yang jadi. Papa tak sangka dia sanggup buat macam tu,”
In hanya membisu, dia hanya mampu mendengar. In masih lagi terkejut dengan apa yang berlaku pada malam itu. Semuanya berlaku serentak.
“Kamu nak laporkan pada polis ke? Kamu masih lagi simpan mesej Natasya tu?” tanya Taufiq.
“Ada lagi pa tapi tak apalah. Iqram tak nak kecohkan lagi keadaan. Nasib baik tak ada apa-apa yang tak baik berlaku. Cuma, Iqram tak sangka Natasya sanggup nak balas dendam sampai macam ni sekali,”
“Mm..terpulang Iqram. Kalau benda macam ni terjadi lagi, papa tak teragak-agak buat report polis. Nasib baik papa tak ada sakit jantung bila dengar berita ni,”
“Iqram minta maaf pa. Iqram tak sangka pula jadi macam ni,”
Taufiq memandang In yang duduk di sebelah Iqram.
“In, kenapa diam?”
“Tak ada apa-apa uncle,”
“Masih lagi panggil uncle? Panggil papa,”
Air muka In berubah.
“In tak biasa uncle,”
“Tak apa. Lepas ni kena biasa-biasakan,”
In hanya tersenyum hambar.
“Iqram, dalam terkejut papa, papa setuju dan terima dengan apa yang berlaku ni. Pasal malam tempoh hari yang kamu kena tangkap tu, papa pasti ada silapnya. Tapi papa percaya, di sebalik yang buruk ada baiknya. Mungkin ini yang dikatakan jodoh,”
Taufiq memandang In. In kini menantunya.
“Papa rasa elok papa jumpa dengan mak kamu In,”
“Kenapa papa?” tanya Iqram.
“Papa rasa bersalah juga dalam hal ni. Papa tak tahu apa yang terjadi sampai kamu dengan In boleh kena tangkap dan nikah secara terpaksa. Papa perlu minta maaf kepada keluarga In,”
“Papa, dalam hal ni In ada juga salah. In pun tak nak benda ni berlaku,” balas In, perlahan.
“Papa pun tak nak, tapi masalahnya semua dah berlaku. Walaupun keluarga In dapat teirma takdir ni, tapi maruah keluarga, ia perlu di jaga. Papa rasa takkan berbunyi gendang kalau tak di ketuk. Mesti ada sebab kenapa ia berbunyi.,”
Anak dan menantu tunggal Taufiq hanya membisu. Masing-masing tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Perasaan In ketika itu seperti digoncang dan dicengkam. Semuanya berlaku dalam sekelip mata pada malam yang sama. Sama seperti malam itu. Semuanya berlaku pada hari yang sama.
“Papa rasa dah lewat ni. Papa nak balik dululah,” ucap Taufiq lalu bangun.
“Papa drive sorang-sorang ke?”
“Taklah. Driver papa yang hantar. Papa suruh dia pergi minum dulu kat warung dekat-dekat. Papa minta diri dululah,”
“Biar Iqram hantar papa sampai kat bawah,”
Taufiq hanya mengangguk.
“In, papa balik dulu. Papa terima In sebagai isteri Iqram dan menantu papa,”
In bersalaman dengan Taufiq lalu mencium tangan orang tua itu. Dia dapat merasakan sesuatu yang berbeza ketika bersalaman dengan lelaki itu walhal sudah banyak kali dia berbuat begitu. Dia merasakan sesuatu hubungan terjalin malam itu.
“Terima kasih uncle,”
“Bukan uncle, papa,”
“Terima kasih..pa..pa,” In agak ragu-ragu untuk menyebut perkataan itu.
Taufiq mengusap kepala In lalu tersenyum. Lega hati Taufiq apabila In adalah jodoh kepada Iqram.
BAB 62
“Iqram sayang dia?” tanya Taufiq tiba-tiba sementara mereka menunggu lif tiba.
“Sayang siapa pa?”
“Kamu ni, kura-kura dalam perahu pula. Siapa lagi,”
Iqram tersenyum sendiri.
“Mata kamu tu dah bagi jawapan Iqram. Patutlah marah dan penuh sinis setiap kali papa cakap yang papa berkenan dengan In tu,”
“Iqram sayang dia pa. Sayang teramat sangat,”
“Dia macam mana?”
“Dulu In tak dapat terima tapi sejak akhir ni perbuatan dia seperti mengaku yang dia pun sayangkan saya,”
“Mungkin sebab itu mak In tak bagi anak dia tuntut cerai pada kamu,”
“Maksud papa?”
“Indah kenal kamu sejak arwah mama kamu ada lagi. Dia dapat tahu kamu anak papa. Firasat orang tua tak sama macam orang muda Iqram. Orang muda fikir singkat tapi orang tua ni fikir panjang. Dia tak mahu keadaan menjadi bertambah teruk. Kebetulan papa rapat dengan In. Dan papa pasti alasan kamu,”
“Alasan apa pa?”
“Alasan kamu rahsiakan semuanya daripada papa,”
“In belum boleh terima Iqram sepenuhnya. Iqram nak bila papa tahu, In dah boleh terima Iqram. Iqram tak nak sebab papa dah banyak tolong keluarga In, dia terima Iqram sebab itu. Iqam nak kasih sayang dia. Biar ia datang sendiri pa. Iqram tak nak paksa-paksa dia,”
“Papa tolong keluarga In ikhlas. Uncle Arsyad kamu banyak tolong papa. Tak sangka pula papa dengan dia dah berbesan rupanya,”
Iqram tersenyum.
“Malam yang kamu kena tangkap khalwat tu, papa nak tahu sesuatu,”
“Apa dia pa?”
“Kamu memang ada niat nak usik dia ke?”
“Demi ALLAH pa, Iqram tak ada niat macam tu pun,”
“Habis tu, apa penyebab yang Iqram boleh nikah dengan In?”
“Mungkin begitu takdirnya pa. Walaupun bermula dengan keperitan tapi Iqram mengharapkan penghujungnya adalah kegembiraan. Iqram pasti, lepas kejadian malam itu, andai kami tak bernikah sekalipun, In akan jauhkan dirinya daripada Iqram. Iqram tak sanggup sebab masa tu Iqram memang sayangkan dia. Iqram nekad, Iqram pasti dengan apa yang Iqram buat,”
“Kamu yakin dengan apa yang kamu buat ni? Kamu yakin dengan hubungan yang kamu mulakan dengan penipuan ni?”
“Tak pa. Tak ada penipuan. Sayang Iqram pada dia buat penipuan,”
“Kamu pasti?”
“Insya ALLAH pa. Masakan Iqram sanggup tunggu In sampai sekarang. In banyak mengubah Iqram,”
“Papa hanya mendoakan kebahagiaan kamu. Kamu satu-satunya anak papa,”
“Terima kasih papa,”
“Qistina macam mana?”
“Tu satu lagi masalah. Dia dengan Qhairul masih lagi tak tahu pasal ni,”
“Salah kamu juga,”
“Iqram tak ada perasaan kat dia pa,”
“Papa tahu. Sebab tu papa tak meletakkan harapan kepada uncle Fadhil. Tapi papa tengok Qhairul tu pun macam suka dengan In,”
“Pa. Iqram dah penat fikir,”
“Nak tak nak, kamu kena fikir juga. Papa tak nak perkara ni melarat, nanti makin parah. Papa nak Iqram selesaikan semuanya,”
“Iqram rasa tak adil bagi pihak In kalau Iqram beritahu semuanya kepada Qhairul dan Qistina,”
“Kenapa pula?”
“In masih belum boleh menerima Iqram. Dia masih tak cakap apa perasaan dia pada Iqram. Kalau Iqram canang satu dunia yang In tu isteri Iqram tapi In sendiri tidak mengiktiraf dirinya isteri Iqram, tetap tak guna pa. Sama je Iqram tak ada isteri. Iqram tak nak paksa dia. Cukup sekali Iqram paksa dia bernikah dengan Iqram. Iqram tak nak ulanginya lagi. Iqram tahu In cukup terseksa dengan semua ni,”
Tangan Taufiq berada di bahu Iqram.
“Papa sokong apa yang kamu rasa baik. Papa memang suka dengan In tu,”
“Papa,”
“Papa suka dia sebagai menantu,”
Mereka sama-sama ketawa.
“Tapi apa yang papa cakap tempoh hari tu betul tau,”
“Yang mana satu pa?”
“Yang papa cakap kalau papa masih muda lagi, papa suka dengan In tu,”
“Pa, are you serius?”
“Siapa yang tak suka dengan In tu. Tapi sekarang dia dah jadi menantu papa,”
“Nasib baik tak timbul cerita anak dengan bapa suka dengan perempuan yang sama,” gurau Iqram.
No comments:
Post a Comment