Stylo Clique ^_^

Thursday, October 7, 2010

+_BILA TAKDIR ITU BERBICARA_+ (BAB 31-32)


BAB 31

Iqram selesai mandi. Dia mengenakan seluar pendek bercorak batik berwarna biru dan tshirt berwana hitam. Dia baring di atas sofa, sedang menonton televisyen. Iqram pulang awal daripada Iqbal dan Badrul. Kebiasaannya mereka akan sampai terlebih dahulu daripada Iqram. Iqram bernyanyi-nyanyi. Hatinya gembira hari itu meskipun In melayannya begitu. Bagi Iqram, cukp In mahu bercakap dengannya.itu bermakna dia berpeluang untuk memiliki hati In. Iqram menuju ke dapur, mencari air sejuk. Dia membuka pintu peti sejuk, kelihatan sebotol air oren bergas. Pasti Badrul yang membelinya. Badrul suka benar dengan air oren yang bergas. Iqram mengambil gelas lalu menuang air itu hingga penuh. Dia meletakkan semula botol itu ke tempat asal. Dia menuju ke ruang tamu dan kembali baring di atas sofa. Kedengaran kereta Badrul memasuki perkarangan rumah. Kereta Kembara Badrul terletak di sebelah Gen-2 Iqram.
“Eh, Iqram. Mimpi apa kau malam tadi? Balik awal hari ni,” tanya Badrul yang baru saja melangkah kaki masuk ke dalam rumah.
“Aku mimpi gigi kau berterabur semalam. Tu yang aku balik rumah awal ni nak kutip gigi kau tu,” gurau Iqram.
“Siot kau. Kenakan aku pula. Aku baling kau dengan stoking aku ni baru kau tahu,” kata Badrul yang sedang menanggalkan stoking.
“Tak payah, aku bau dari kat sini pun dah pening lalat,”
Badrul duduk di sofa berhampiran Iqram. Dia terpandang segelas air oren di atas meja. Pantas tangan Badrul mengambilnya lalu minum.
“Woi, air aku,”
“Tapi aku yang beli,” selamba saja Badrul menghabiskan air itu.
“Peh..kejam sungguh. Kalau ya pun, jangan lah habiskan,”
“Eleh..ayat sadis konon,” Badrul bangun, menuju ke dapur. Dia mengambil botol air oren itu di dalam peti sejuk lalu di bawa ke ruang tamu.
“Nah, ambil ni satu botol,”
“Baiknya kawan aku ni,” gurau Iqram.
Badrul menyandar kepala di sofa, melepaskan penat setelah seharian bekerja.
“Muka berseri-seri je. Kenapa? Baru lepas mandi bunga ke?”
“Kau ni, aku gembira salah. Aku sedih pun salah,”
“Tak adalah. Empat lima hari lepas aku tengok muka kau macam hilang bini. Hari ni balik awal lepas tu muka berseri-seri. Seminggu lepas balik lambat, sampai malam. Burung hantu dah bangun baru kau balik,”
“Aku balik time burung hantu dah bangun sebab kat office tu banyak kerja,”
“Anak bos pun banyak kerja,”
“TA aku cuti seminggu. Tu yang kelam-kabut. Tu yang aku macam serabut sikit,”
“Oh..TA tak ada sebab tu kelam-kabut, sebab tu serabut, sebab tu macam orang hilang bini? TA tak ada ke Insyirah tak ada?” soal Badrul, ingin menduga perasaan Iqram.
“Insyirah dengan TA aku bukan orang yang sama ke? Apa bezanya?”
“Kau ni kang aku kata lurus bendul kau marah aku. Belajar sampai jadi engineer tapi bab perasaan terus fail,”
Iqram tersengih. Dia mengerti maksud Badrul.
“Entahlah. Bila aku tak jumpa In tu kan, macam kehilangan je. Aku rasa hati aku ni kosong je. Jiwa aku ni macam tak tenteram. Perasaan aku tak menentu,”
“Cet, ayat buku mana kau ambil ni? Naik seram bulu tengkuk aku dengar kau cakap macam tu,”
“Kau ni, tadi tanya aku pasal In, ni tiba-tiba cakap seram bulu tengkuk pula. Malas aku nak cerita,”
Badrul tersengih lalu melemparkan bantal sofa kepada Iqram.
“Dah tua bangka, buruklah merajuk. Dah tak macho kalau lelaki merajuk,”
“Siapa kata aku macho, aku handsome,” kata Iqram, selamba.
Badrul mencebik.
“Dahlah Iqram, kalau aku layan kau ni, sampai esok pun aku tak mandi,”
“Patutlah bau macam kambing. Student kau boleh tahan pula dengan kau,” gurau Iqram.
Badrul segera melemparkan stoking ke arah Iqram.
“Nah, ambil kau. Bau stoking aku,”
“Peh, busuk gila. Berapa hari tak basuh ni?”
“Seminggu,” kata Badrul lalu menuju ke tangga.
“Patutlah,” Iqram menonton televisyen semula.
Badrul menghentikan langkahnya.
“Iqram,” panggil Badrul.
Iqram memandang Badrul.
“Kau dah jatuh cinta dengan In eh?” soal Badrul.
Iqram mengangkat kening sambil tersenyum
“Nanti jumpakan aku dengan dia lah. Mesti special awek tu,”
“Buat apa jumpakan In dengan kau,”
“Peh.. kedekut betul la kau ni. Aku nak jumpa je, bukan nak kebas. Kang aku kebas betul-betul baru padan muka kau,” gurau Badrul.
“Eleh, tunang kau tu nak letak mana kalau kau nak kebas In?”
Iqram tahu, Badrul bergurau dengannya. Sengaja dia mengingatkan Badrul akan tunangnya.
“Apa susah, nanti aku report kat tunang kau kalau kau nak kebas In,”
Badrul tersengih. Niatnya untuk mengenakan Iqram, tetapi dia pula yang terkena.


BAB 32

In memerhatikan pemandangan di luar kereta. Baginya, pemandangan di bahagian kirinya cukup indah berbanding di sebelah kanannya. Hampir seminggu In bekerja setelah peristiwa malam itu. Mereka baru sahaja selesai menghadiri mesyuarat tapak bagi projek pembinaan gerai di Taman Indah. Projek itu berjalan dengan agak lancar meskipun cuaca kini tidak menentu. Mesyuarat sebentar tadi membincangkan perkembangan projek dan ada sedikit pindaan terhadap rekabentuk bumbung gerai itu.
“Awak senyap je. Tak ada cerita ke?”
In pura-pura tidak dengar.
“Tuhan bagi kita mulut untuk menjawab apabila ada orang tanyakan kita soalan dan Tuhan juga bagi kita telinga untuk mendengar apabila ada suara yang sedang bertanyakan awak soalan Puan Insyirah,”
Kata-kata Iqram masuk ke dalam telinganya. Malas dia ingin melayan kerenah Iqram.
“Nampaknya, Puan Insyirah kat sebelah saya ni tak ada mulut dan tak ada telinga,”
Kata-kata Iqram kali ini benar-benar menyakitkan hatinya.
“Awak ni banyak mulut sangat ke sampai tak reti nak senyap?”
“Awak tengok kat muka saya ni banyak mulut ke?”
In mengetap bibir, menahan geram. Sekali lagi keadaan menjadi sepi.
“Saya kat dalam kereta ni berteman, tapi rasa ngantuk pula. Sunyi sepi je,”
Iqram cuba mengajak In berbual dengannya.
In menekan butang ‘on’ pemain cakera padat kereta Iqram. In meningkatkan paras suara. Suasana tadi sepi mula kedengaran lagu, agak kuat.
“Sekarang Encik Iqram tak rasa sunyi lagi kan?” perli In.
Iqram tidak sangka In akan mengenakan dirinya. Niatnya mahu berbual dengan In. Iqram tersenyum sendiri. Iqram memperlahankan suara pemain cakera padatnya.
“Saya nak berbual dengan awak. Cubalah awak gerak-gerakkan bibir awak tu,”
“Tuhan juga bagi kita akal fikiran untuk berfikir sama ada kita perlu bercakap atau pun tidak. Kalau cakap dengan orang yang tak betul macam awak, yang gila macam awak, lebih baik saya tak payah susah payah nak gerak-gerakkan bibir saya ni untuk bercakap dengan awak,”
“Tapi awak baru je cakap dengan saya, Puan Insyirah,” selamba saja Iqram mengeluarkan ayat itu.
Sengaja dia mengenakan In kembali.
“Awak boleh tak jangan panggil saya Puan Insyirah,” hati In semakin geram dengan Iqram. Ada saja perkara yang Iqram kenakan terhadapnya.
“Habis tu, nak panggil apa? Mrs. Iqram?”
“Itu lagi saya tak suka. Geli saya dengar. Sekali lagi saya nak ingatkan awak yang saya ni bukan isteri awak. Mulut awak tu tak boleh diam eh? Lebih baik awak tengok depan. Fokus. Cakap benda yang merepek je, lebih baik tak payah cakap,” marah In.
Hati In semakin geram melihat Iqram. Mahu sahaja dia mencekik-cekik leher Iqram. Iqram ketawa di dalam hati. Lucu melihat reaksi muka In apabila Iqram menggelarkan In Mrs.Iqram. Keadaan kembali sepi. Fikiran Iqram ligat memikirkan topik untuk dibualkan bersama In.
“Awak marah ke?”
In membisu.
“Mm…boleh awak senyum? Dah lama saya tak tengok awak senyum,” pinta Iqram.
Sudah lama dia tidak meminta In untuk senyum kepadanya.
In memandang Iqram, sekali lagi dia memberikan reaksi wajah itu. Iqram memandang sekali imbas wajah In.
“Ok, ok. Saya tak akan cakap perkara yang merepek lagi,”
‘Ha, tau pun. Ingat tak reti-reti bahasa tadi’ kata hati In.
“Tapi saya minta awak senyum. Saya rasa senyum bukan perkara merepek,”
In benar-benar naik angin.
“Sekali lagi awak cakap benda yang merepek, saya nak turun dari kereta ni,”
“Macam mana awak nak turun kalau saya tak berhentikan kereta ni?”
“Saya lompat lah,”
“Ok,ok. Saya senyap,”
Iqram kembali menumpukan perhatian pemanduannya. Iqram ada rancangan untuk mengenakan In lagi. Iqram memandu ke restoran yang terletak berhampiran, tidak jauh dari kedudukannya sekarang. In tidak mempedulikannya.
Setelah hampir sampai, Iqram bersuara.
“Tengahari ni awak lunch dengan saya ye?” soal Iqram.
“Awak berhentikan kereta sekarang. Saya nak turun,”
“Mm? Betul awak nak turun sekarang?”
“Yalah. Kan tadi saya cakap, sekali lagi awak cakap benda yang merepek, saya nak turun dari kereta ni. Kalau awak tak nak berhentikan kereta, saya lompat,” ugut In.
Iqram memberhentikan kereta. Dia sudah meletakkan keretanya lalu mematikan enjin.
“Awak tak payah lompat In. Awak kata nak keluar? Saya pun nak keluar juga ni,”
In memandang sekeliling. Mereka sudah pun sampai di restoran. In dapat merasakan hati Iqram sedang mentertawakannya. Iqram berjaya mengenakannya. Perasaan geram di dalam hati semakin membuak-buak. Mahu sahaja dia mencekik-cekik Iqram.
“Jom kita makan. Awak tak payah nak cekik-cekik saya. Saya tahu, awak tengah geram dengan saya. Saya belanja awak makan. Orang cakap, tak baik tolak rezeki,”
In menoleh ke arah Iqram, baru sahaja dia mahu membuka mulut, Iqram sudah mencelah.
“Saya tahu awak mesti cakap tak nak. Sebelum awak cakap tak nak,biar saya nasihatkan awak. Tak baik menolak kebaikan orang lebih-lebih lagi suami awak. Nanti orang cakap awak tak ada sivik,”
“Awak lah yang tak ada sivik. Hari ni dah dua kali awak main-mainkan saya. Awak ni memang yang jenis suka ambil kesempatan eh?” In menahan geram.
‘Bencinya. Benci. Benci. Benci,’ jerit hati In.
Iqram memandang tepat ke mata In.
Please. Kita pergi makan. Saya dah lapar ni, kang saya gastrik macam mana?”
In segera keluar dari kereta lalu menutup pintu kereta. Dia malas bertekak dengan Iqram. Nanti tiada kesudahannya.
Iqram tersenyum. Iqram menutup pintu kereta lalu mengunci keretanya. In melangkah, mahu menuju ke dalam restoran.
“Ilham Nur Insyirah,” panggil Iqram.
In menoleh, memberikan reaksi wajah geram kepada Iqram.
“Apa lagi?”
“Terima kasih,” ucap Iqram.
In mengeluh. Muak dengan sikap Iqram.
“Lebih baik awak cepat, sebelum saya tukar fikiran,”
Iqram tersenyum. Dia segera berjalan seiring dengan In.

In telah selesai makan. Dia segera masuk ke dalam kereta sementara menunggu Iqram membayar makanan mereka. Terasa rimas. Hidupnya penuh dengan Iqram. In melakukan semuanya kerana Indah, kerana Taufiq. Hatinya terseksa. Dia bosan dengan Iqram tapi dia juga bukan jenis orang yang tidak mengenang budi. Taufiq telah banyak membantunya. Iqram menuruni tangga restoran. Hanya terdapat tiga anak tangga sebelum kakinya mencecah jalan. Iqram membuka pintu keretanya. Belum sempat dia masuk, ada suara yang menegurnya.
“Hai sayang,”
Iqram menoleh ke arah suara itu. Dia kenal dengan suara itu.
You nak apa lagi ni?”
“Sayang, I nak jumpa you,”
“Jumpa? Nak buat apa?”
“Takkan you tak rindu I,”
“Rindu? Banyak lagi benda yang lebih baik yang boleh I buat,”
“Takkan marah lagi?”
I tak marah, I muak tengok you yang tak faham-faham bahasa ni,”
In mendengar perbualan mereka. In terpandang susuk tubuh seorang gadis.
‘Boleh tahan. Macam model. Moden. Rambut perang,’ bisik hati In, mencirikan penampilan Natasya.
“Sayang, kan I dah minta maaf. Takkan you tak boleh nak maafkan I?”
“Maaf? I malas nak fikir pasal you lah. Yang you ni ikut I sampai ke sini kenapa?”
I nak jumpa you. I call you tak nak angkat pun,”
“Dahlah Nat, lebih baik you pergi jumpa dengan jantan yang lebih kaya daripada I. You tak payah nak ambil kesempatan kat I lagi,”
‘Tau pulak marah orang lain pasal ambil kesempatan, dia sendiri ambil kesempatan kat aku tak nampak,’ bisik hati In.
I tak ambil kesempatan pun. I betul-betul sayangkan you,”
“Dahlah Nat, I muak dengan you. I dah banyak buang masa I bercakap dengan orang yang macam you ni. Bersepah-sepah lah perempuan macam you kat Malaysia ni,”
‘Aku lagi muak dengan kau Iqram. Bersepah-sepah juga lelaki macam kau kat Malaysia ni. Kau sendiri tak sedar apa yang kau dah buat kat aku. Kau sendiri dah ada girlfriend, ada hati nak kahwin dengan aku. Memang dasar lelaki suka mengambil kesempatan,’ marah hati In apabila mendengar perbualan Iqram dan Nat.
So, perempuan yang kat dalam kereta tu bersepah-sepah juga lah?”
Nat sengaja melibatkan In.
You jangan nak libatkan dia eh. Dia tak ada kena mengena dalam hal ni,”
“Kenapa? You suka dengan dia? Sebab tu you tinggalkan I? Perempuan macam dia tu baik sangat ke sampai sanggup rampas boyfriend I,”
In menahan marah.
‘Kenapa perempuan tu libatkan aku? Kau dengan boyfriend kau ni sama je,’ marah hati In.
“Bukan sebab dialah I tinggalkan you,”
You jangan nak bela dia pulak. Memang you dah berubah. Sebab perempuan bersepah ni kan? Hei perempuan, kau tak tahu malu ke?”
In sudah tidak mampu menahan marah. In keluar dari kereta Iqram.
“Mulut awak jaga sikit. Saya tak ada kena mengena dengan dia,” In cuba bersikap tidak melenting.
“In, awak masuk. Awak tak ada kena mengena pun dalam hal ni. Biar saya yang uruskan,”
“Awak ingat saya nak sangat awak bela saya? Saya ada maruah saya sendiri untuk saya bela,”
“Tau pula ada maruah. Yang kau berkepit dengan boyfriend aku ni ada pula maruah. Memang dasar muka tak malu,”
“Untuk pengetahuan awak, saya tak ada kena mengena dengan boyfriend awak yang awak sayang sangat ni. Mulut awak tolong jaga sikit. Saya ni bukan perempuan bersepah macam awak cakap tu,”
“Mengaku jelah yang kau memang nakkan boyfriend aku ni,”
“Nat, stop it. You ni memang tak tahu malu ke?”
You cakap I tak tahu malu? You tak nak cakap pula perempuan kat sebelah you ni tak tahu malu. Dia yang buat you berubah,”
“Cik apa tadi? Cik Nat ye? Untuk pengetahuan Cik Nat juga, saya tak ada apa-apa perasaan kat Encik Iqram awak ni. Awak kalau nak dia, awak ambillah. Tak ada kena mengena dengan saya. Saya perempuan yang ada maruah yang tak akan bergaduh pasal lelaki. Dan saya juga tahu lagi erti perkataan malu. Saya tak akan jatuhkan air muka saya depan orang ramai semata-mata untuk lelaki macam ni,”
In segera mengambil beg tangannya lalu menghempas pintu kereta Iqram. Dia malu kerana orang di sekeliling sedang menonton drama yang sedang mereka lakonkan. In segera beredar dari situ.
“In,” panggil Iqram lalu cuba mengejar In.
“Iqram,” jerit Natasya.
Natasya menahan Iqram. Natasya menarik tangan Iqram.
You nak apa lagi? Dah puas hina orang? Lebih baik you lepaskan tangan I,”
I tak akan lepaskan you Iqram,”
Iqram cuba melepaskan tangannya dari genggaman Natasya. Tenaga perempuan tidak sekuat tenaga lelaki. Genggaman Natasya terlerai.
“Kenapa you nak kejar perempuan tu?”
I lebih rela kejar dia daripada I kena kejar dengan you. You memang tak tahu malu. Patutlah senang melekat dengan jantan lain,”
“Iqram, I sayang you,”
You dengan sayang you tu boleh pergi jahanam,” ucap Iqram dengan nada yang marah lalu cuba mengejar In.
“Iqram,” jerit Natasya.
Iqram tidak menoleh. Dia membiarkan Natasya di situ. Iqram mengejar In yang telah jauh namun masih lagi kelihatan di pandangannya. Iqram berlari-lari anak mengejar In. Dia tahu, hati In hancur diperlakukan sebegitu. Dia tidak mahu In sedih disebabkannya. Cukuplah sekali dia menghancurkan hati In dahulu, dia tidak mahu mengulanginya. Dia tidak mahu melibatkan In dalam masalahnya dengan Natasya. In sememangnya tidak bersalah dalam hal ini.
“In,” panggil Iqram.
Langkah In semakin laju. Dia mahu menjauhkan dirinya daripada Iqram.
“Insyirah, dengar dulu penjelasan saya,” suara Iqram kedengaran di telinga In.
In cuba mencari teksi tetapi tiada. Iqram menghampiri, menggenggam lengan In. Dia tidak mahu In pergi lagi.
“Lepaskan saya Iqram,”
“In, saya tak akan lepaskan awak sehingga awak dengar penjelasan saya,”
“Saya penat dengan penjelasan awak. Saya dah jemu dengan penjelasan awak. Telinga saya ni boleh jadi tuli sebab dengar penjelasan awak,”
Perlahan-lahan Iqram melepaskan lengan In. Kelihatan mata In bertakung dengan air mata. In mengerdipkan matanya. Perlahan-lahan air mata itu gugur.
“In, awak tak ada kena-mengena dalam hal ni,”
“Sudah Iqram, saya cukup terseksa bila awak muncul dalam hidup saya. Cukuplah girlfriend awak tu nak hina saya. Saya sudah cukup terasa dihina. Dulu pun awak buat macam tu kat saya. Awak ingat saya tak ada harga diri ke? Saya pun ada perasaan,”
Air mata In semakin laju.
“Saya minta maaf. Saya dah tak ada apa-apa hubungan dengan dia,”
“Saya bosan dengan perkataan maaf. Hidup awak memang penuh dengan perkataan maaf ke Encik Iqram?”
Iqram cuba menyentuh pipi In, mahu menyapu air mata In. In segera menepis.
“Awak jangan nak sentuh saya. Cukup dulu awak nak sentuh pipi saya. Disebabkan itu, hidup saya terus merana sampai hari ni. Awak jangan cuba nak ulanginya lagi. Saya tak nak hidup saya terus terseksa sebab awak,”
In segera menyapu air mata yang gugur.
“In, percayalah. Saya ada alasan saya sendiri,”
In tidak mempedulikan Iqram.
“Kita balik office,”
“Saya boleh balik naik teksi,”
“In, jangan macam ni. Kita balik office sama-sama,”
“Nak buat apa saya ikut awak? Biar Natasya awak tu cakap saya ni perempuan bersepah lagi?”
“In, saya dah buang Natasya jauh dari hidup saya,”
“Lebih baik awak pergi sekarang,” pinta In.
Kelihatan teksi sedang menuju ke arah mereka. In segera menahan.
“In, awak balik dengan saya,”
In seolah-olah tidak mendengar apa yang dikatakan Iqram. Tangan In terus melambai sehingga teksi itu berhenti di hadapannya. Iqram segera memegang lengan In.
“In, jangan buat saya macam ni,”
“Dah terlambat Iqram. Dulu saya ada minta awak buat perkara yang sama, tapi awak tak pedulikan kata-kata saya,” In mengucapkan ayat itu sebelum masuk ke dalam teksi.
Perlahan-lahan Iqram melepaskan In. Hatinya tidak sanggup melihat In menangis lagi. Dia mengerti kata-kata In. Peristiwa malam itu menggamit kembali memorinya.

“In, saya tak ada niat buat perkara tu kat awak. Percayalah,”
“Habis tu, kenapa awak nak sentuh pipi saya tadi? Kenapa awak tak nak menafikan cakap pak cik tu tadi?”
 “Sudah-sudah. Awak berdua jangan nak menegakkan benang yang basah. Saya ingin menerangkan bahawa perbuatan mereka berdua-duaan di dalam gelap dengan bukan muhrim boleh menyebabkan mereka terjerumus ke perbuatan maksiat, dan perbuatan itu adalah dosa. Mereka disyaki berkhalwat dan mereka boleh……….,”
“Pak cik, saya bertanggungjawab dengan atas apa yang berlaku,”
“Iqram. Awak dah gila ke? Iqram, tolong jangan buat saya macam ni,”
 “Saya sedar dengan apa yang saya cakap tadi,”
“Iqram, kenapa awak buat macam ni? Awak tahu kan saya tak ada apa-apa perasaan kat awak. Dan awak pun tahu kita tak buat apa-apa pun tadi. Awak dah hilang akal ke apa? Atau awak memang nak ambil kesempatan ke atas saya?”

Kata-kata itu masih lagi terngiang-ngiang di telinga Iqram. Tidak mungkin dia akan melupakan peristiwa malam itu.
Kehadiran Natasya merosakkan segala-galanya. Iqram berjalan semula ke keretanya. Dia melangkah lemah. Peristiwa malam itu menemani langkahnya. Peristiwa malam itu bagaikan ulang tayang di mindanya. Satu persatu rentetan kejadian malam itu diperlihatkan difikirannya. Dia sedar, dia berdosa pada In tapi salahkah untuk dia memperbetulkan salahnya dengan cuba membahagiakan In? Iqram telah sampai ke tempat letak keretanya. Natasya berada di situ. Perasaan sedih Iqram bertukar kepada marah apabila melihat Natasya di situ.
“Puas hati kau?” sindir Iqram.
“Kenapa you cakap macam tu? Kenapa you nak kejar dia?” tanya Natasya.
“Kau ni kan memang tak tahu malu. Aku tak nak tengok muka kau lagi,”
“Tapi I sayangkan you Iqram. I tak boleh hidup tanpa you,”
“Tak boleh hidup tanpa aku? Ke kau tak boleh hidup tanpa duit aku?”
“Iqram, sampai hati you cakap macam tu. You kenal I since kita kat U lagi. Then, sebab perempuan tu, you jadi macam ni. You yang dah berubah,”
“Berapa kali aku nak kena cakap dengan kau? Kau ni memang tak faham-faham. Dia tak ada kena mengena dalam hal ni. Aku dah tahu tembelang kau, then kau nak cover dengan salahkan orang lain. Come on Nat, orang bersalah je yang buat macam tu,”
Natasya tidak mahu mengalah.
I memang tak faham dan tak nak faham. Dulu kita bahagia. Tapi sejak perempuan tu masuk kerja kat office you, semua dah jadi lain. You marah-marah I. Itupun you masih nak salahkan I? Kenapa you nak bela dia?”
Sekali lagi Natasya meletakkan salah ke bahu In.
“Bahagia? Kau memang bahagia dengan duit aku. Aku malas nak cakap dengan orang macam kau ni,”
Iqram segera masuk ke dalam kereta lalu menutup pintu kereta. Dia menghidupkan enjin.
“Iqram, I belum habis cakap dengan you,”
Iqram membiarkan Natasya di situ. Dia segera meninggalkan kawasan itu. Fikirannya kembali tidak menentu. Hubungannya dengan In pada mulanya sudah menampakkan perubahan tapi kini Natasya telah merosakkan segala-galanya.

2 comments: