Stylo Clique ^_^

Monday, October 18, 2010

+_BILA TAKDIR ITU BERBICARA_+ (BAB 51-52)


BAB 51

Pandangan Iqram fokus ke jalan raya. Hatinya bernyanyi kerana tidak sabar untuk pulang ke rumah. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja Iqram memeluk In setelah sampai ke rumah nanti. Terbayang-bayang wajah In tersenyum malu ke arahnya.
“Nanti singgah rumah papa dulu,”
“Kenapa pula pa?”
“Singgah jelah. Iqram dah lama tak balik sana kan?”
“Tapi nanti sampai dah maghrib pa. Esok kan nak kerja. Iqram singgah lain kali jelah,” Iqram merasakan Taufiq sudah menggagalkan rancangannya.
“Singgah sekejap je. Kamu makan. Aunty Halimah ada masak-masak,”
“Masak-masak apa pula pa? Macam Iqram tak pernah balik sana,”
“Bukan untuk kamu. Untuk uncle Fadhil,”
Uncle Fadhil? Tak boleh ganti hari lain ke?”
“Ish, kamu ni. Uncle Fadhil tu kan bukan orang lain. Keluarga kita. Dia sampai masa kita pergi Pahang kelmarin. Nanti boleh jumpa Qistina dengan Qhairul,”
“Tak boleh tangguh esok-esok ke? Kan uncle Fadhil dah cadang nak tingal kat Malaysia. Banyak lagi masa,”
“Yang Iqram macam nak elak-elak ni kenapa? Kenapa nak balik awal-awal? Kat rumah Iqram tu bukan ada siapa-siapa pun. Ada Iqbal dengan Bad je. Lainlah kalau kamu tu dah berbini,”
Air muka Iqram sedikit berubah.
“Papa ni macam tahu-tahu je aku dah berbini,” ucap Iqram perlahan.
“Apa kamu cakap? Bini?”
“Tak, uncle Fadhil tu datang sekali dengan bini dia ke?”
“Mestilah. Satu family dialah makan kat rumah kita. Iqram tanya papa macam-macam soalan ni kenapa?”
“Tak ada apa-apalah pa,”
“Mm..jangan nak mengelak pula nanti,” Taufiq sudah memberi amaran awal kepada Iqram. Iqram tiada pilihan selain mengikut kehendak bapanya.

Iqram memutarkan stereng ke kiri, masuk ke dalam perkarangan banglo Taufiq. Kelihatan Qistina menanti Iqram di hadapan pintu.
“Kamu tengok tu. Qis dah tunggu kat depan pintu. Kalau kamu tak ada papa, nak jawab apa kat dia?”
“Papa temberang jelah. Iqram ada hal ni,”
“Macam mana nak temberang, mesti aunty Halimah kamu cakap yang kamu pergi Pahang dengan papa,”
Iqram memberikan reaksi kurang selesa.
“Dah, turun,” arah Taufiq.
“Pa, tak boleh ke hari lain? Iqram bukan tak nak jumpa diorang tapi Iqram ada hal,”
“Iqram, Qis dah tunggu kamu tu,”
Iqram akhirnya akur. Dia keluar dari kereta. Qis segera meluru ke arah Taufiq.
“Hai uncle,” sapa Qis.
“Mm..makin cantik anak saudara uncle ni. Dah lama sampai?”
“Dah. Lama sangat tunggu abang Iqram,” Qis pergi ke arah Iqram pula.
“Jalan Pahang nak ke Johor ni bukan dekat. Bukan macam dari rumah ni nak ke bandar,” kata Iqram.
“Papa kamu mana?”
“Ada kat dalam uncle, mama tolong aunty Halimah kat dapur,”
“Qis tak tolong pula?” tanya Iqram.
“Qis ada tolong tadi,”
“Qis sihat?” Iqram bertanya khabar kepada Qistina.
“Sihat, kalau tak sihat, takkan sampai sampai rumah abang,”
“Qhairul mana?” tanya Iqram lagi.
Tiba-tiba Qhairul muncul di hadapan pintu.
“Aku tiba-tiba dengar orang sebut nama aku,” ucap Qhairul.
Iqram tersenyum memandang sepupunya itu. Mereka berpelukan.
“Apa khabar bro?” tanya Qhairul.
“Baik. Wah, kau sekarang makin handsome,”
“Kan aku pernah cakap dulu. Ketampanan aku satu hari nanti mesti terserlah,”
“Eh, tapi tak boleh mengalahkan aku,”
Mereka sama-sama ketawa.
“Yelah bang. Abang memang handsome tapi mana boleh lawan abang Iqram,”
“Kau tu memang. Iqram jelah yang handsome,”
“Eh, tapi memang betul adik kau cakap,”
Sekali lagi kedengaran mereka ketawa. Qhairul menuju ke arah Taufiq. Dia bersalaman dengan Taufiq.
“Sihat uncle?”
“Alhamdulillah. Yelah, uncle tengok kamu ni boleh tahan. Yalah, duduk kat Melbourne sana. Mesti dah macam orang putih juga. Uncle tengok macam papa kamu muda-muda dulu,”
Uncle ni, sengaja nak buat Iqram cemburu. Cuba tengok muka dia, dah lain tu,”
“Eh, aku tak cakap apa-apa eh,” balas Iqram.
Taufiq hanya mengeleng kepala.
“Sini uncle, biar Qhai bawa beg uncle. Uncle mesti penat baru balik dari Pahang,”
“Eh, beg aku tak nak tolong bawakan pula,”
“Kau masih gagah lagi,” gurau Qhairul.
Iqram hanya mencebik.
“Sudah-sudah. Kita masuk. Boleh cerita panjang,” arah Taufiq.
Iqram, Qhairul dan Qistina. Hubungan mereka sememangnya rapat sejak kecil. Qhairul, hanya setahun lebih muda daripada Iqram manakala Qistina, adik kepada Qhairul, lima tahun lebih muda daripada Iqram. Memandangkan Iqram anak tunggal, dia sudah menganggap mereka seperti adik-beradik. Keluarga Fadhil telah menetap di Melbourne sejak enam tahun yang lalu kerana Qhairul menyambung pelajaran di sana. Fadhil balik semula ke Malaysia kerana mahu menguruskan syarikatnya setelah Qhairul tamat pengajian. Selama ini dia hanya mengupah orang dan kini tiba masanya dia mengambil alih semula syarikatnya.

In meletakkan lauk asam pedas ikan pari di atas meja. Sayur bendi goreng diletakkan di sebelahnya. Semangkuk nasi sudah terhidang. In memandang jam di dinding. Tepat menunjukkan pukul 8.05 malam. In sendiri tidak tahu mengapa hatinya merasa tidak sabar untuk bertemu Iqram. Iqram melayannya dengan baik. Sepanjang hampir enam bulam mereka bernikah, Iqram tidak pernah mengambil kesempatan ke atasnya, malah Iqram memenuhi kehendaknya. Iqram memahami kemahuan In. Iqram tidak pernah memaksanya. Mungkin kerana sebab itulah, In sudah mula menerima Iqram. In memandang ‘Iqram’ yang berada di atas sofa. In duduk di atas sofa. In meletakkan ‘Iqram’ di atas pahanya.
“Kenapa tak sampai lagi?” tanya In.
In memandang balkoni. Dia melangkah, mahu menjengah sama ada kereta milik Iqram berada di kawasan letak kereta kondominium atau tidak. In menjengah ke kiri dan kanan, tapi tiada.
“Tak ada pun. Kata balik hari ni,” ucap In lagi kepada anak patung beruang itu.
In mengusap-usap pipi anak patung beruang itu.
“Bila awak balik nanti, saya nak marah awak,”
In mengambil alat kawalan jauh televisyen. Jari jemari In menekan-nekan punat alat kawalan itu. Akhirnya In memilih untuk menonton Buletin Utama. In memeluk ‘Iqram’.

Pelbagai lauk-pauk terhidang di atas meja. Iqram hanya memandang sepi ke semua lauk yang ada. Badannya berada di situ tetapi jiwanya melayang ke rumahnya. Kedengaran suara Taufiq dan Fadhil rancak berbual. Iqram menyuap lemah nasi ke dalam mulutnya. Seleranya sperti hilang walaupun makanan di hadapannya kelihatan enak.
“Eh, Iqram. Kamu macam tak selera nak makan je?” tegur Fadhil.
Iqram cuba memberikan senyuman.
“Taklah uncle. Saya makan ni,”
“Takkan diet Iqram. Takut gemuk eh?” gurau Qhairul.
“Abang ni, merepek je. Abang Iqram tak gemuklah. Abang Iqram makanlah sayur ni. Qis yang masak tau,” ucap Qis sambil mencedukkan sayur cap chai ke dalam pinggan Iqram.
“Ya Iqram, makanlah. Tadi aunty nak tolong dia, dia tak kasi. Dia cakap nak suruh kamu rasa masakan dia,” ujar Aminah, isteri Fadhil.
“Mama, janganlah cakap macam tu, Qis malu lah,”
“Kau rasalah adik aku masak tu. Memang tak ada bakat,”
“Ish, abang ni. Saja je nak dengki Qis,”
Mereka sama-sama ketawa. Iqram makan masakan sayur yang dimasak oleh Qistina.
“Sedap tak?” tanya Qistina.
“Oklah ni,”
Jawapan Iqram jelas tidak mahu menyakiti hati Qistina. Rasanya biasa sahaja, tidak seperti masakan In.
“Kalau dulu kau makan masakan dia kau mesti keluarkan balik. Tak pandai masak. Ni sekarang dah pandailah. Dulu masak sayur termasin, goreng ikan boleh hangus,” sakat Qhairul lagi.
“Ala, biasalah. Orang baru belajar nak masak,” ucap Iqram.
Dia tidak mahu Qistina merajuk, pasti dia yang akan jadi mangsa untuk memujuk. Dia tidak mempunyai masa untuk berbuat demikian kerana Iqram perlu segera pulang ke rumahnya. Iqram tidak mahu In tertunggu-tunggu kepulangannya.
Uncle tengok kamu sekarang dah busy ye,” ucap Fadhil.
“Biasa je uncle, tolong papa,”
“Bertuahlah abang dapat anak macam Iqram. Sekarang dah makin maju. Sampai ke Pahang nak buat projek,”
“Alhamdulillah Fadhil. Rezeki ALLAH nak kasi pada kita. Masing-masing ada bahagian. Lagipun Iqram sorang je anak aku. Aku nak harapkan pada siapa lagi. Kau tu pun sama juga. Qhai dah habis belajar. Boleh tolong uruskan syarikat kau kat sini,”
“Tulah, lega sikit hati saya ni. Kalau tak pening kepala nak uruskan,”
“Qis pun boleh tolong papa Qis juga,” ucap Taufiq.
“Qis pun tengah belajar sikit-sikit. Tapi papa cakap abang yang kena belajar banyak,”
“Mm..tak apalah. Qis dengan Qhai sama-sama buat. Ha, lama ke nak tinggal kat Malaysia?”
“Kali ni mungkin lama sikit. Mungkin budak-budak ni nak terus tinggal kat sini,” ujar Fadhil.
“Budak-budak je? Kau tak nak terus duduk sini ke?”
“Hati saya memang nak tapi business kat Melbourne tu macam mana?”
“Ya tak ya juga,” balas Taufiq.
“Sebab tulah saya rasa saya kena pergi sana lagi. Lepas saya dah ajar semua pada Qhai, bila saya rasa Qhai dah boleh uruskan semuanya, saya balik Melbourne. Lagipun Qis ni yang tak sabar-sabar nak terus tinggal kat sini,”
“Qis tak sabar-sabar nak tinggal kat sini? Kenapa?” tanya Taufiq.
“Abang ni macam tak faham-faham pula. Dia tak sabar-sabar nak jumpa Iqram lah. Dia tu kan memang manja dengan Iqram,” balas Fadhil.
Iqram langsung tidak mendengar perbualan itu. Apa yang Iqram tahu, dia mahu segera pulang.
“Abang Iqram ok ke?” tanya Qistina.
“Abang ok,”
“Qis tengok abang macam tak selera je makan. Tak sedap eh Qis masak,”
“Eh, taklah. Mungkin abang penat. Penat drive,”
Iqram cuba memberi alasan munasabah untuk menutup kerunsingannya.
“Kalau macam tu, Iqram tidur je kat sini. Tak payah balik,” cadang Taufiq.
“Eh, tak apalah pa. Iqram ingat nak balik je nanti,”
“Mm..tengoklah tu. Tak tahu apa yang ada kat rumah sana. Penat-penat macam tu pun masih lagi sibuk nak balik rumah dia,” kata Taufiq.
“Betul kata uncle tu. Kat rumah kau ada siapa je, member kau tu kan kau dah jumpa hari-hari. Lainlah kalau kau ada bini,” gurau Qhairul.
“Ish, abang ni. Merepek je. Abang Iqram kan belum kahwin, macam mana boleh ada bini pula,” Qis seperti tidak senang dengan gurauan abangnya itu.
“Yelah, biasanya orang sibuk-sibuk nak balik rumah sebab ada bini kat rumah,” sambung Qhai lagi.
“Ala, biasalah bang. Budak muda, seronok duduk dengan kawan-kawan,” ucap Fadhil pula.
Iqram hanya mendiamkan dirinya. Di dalam hatinya, Iqram mengaku semua kata-kata Qhairul adalah benar. Iqram tidak dapat menafikan semua itu. Apa yang pasti, In sedang menunggunya di rumah dan dia juga rindu terhadap In.

BAB 52

Iqram menutup perlahan-lahan pintu masuk rumahnya. Dia memerhatikan jam tangannya. Sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Kalau diikutkan hati mahu sahaja Iqram pulang selepas makan tetapi didesak Taufiq supaya tinggal lebih lama. Kedengaran jelas bunyi televisyen di telinga Iqram. Iqram memandang meja makan. Iqram tersenyum sendiri. Terharu dengan tindakan In. In memasak lauk kegemarannya. Iqram tidak menyangka In sanggup menyambut kepulangannya. Iqram berjalan perlahan menuju ke sofa. In sedang lena tidur sambil memeluk anak patung beruang pemberiannya. Iqram dapat mengagak yang In menunggunya sehingga In sendiri terlena di sofa dengan televisyen masih terbuka. Sekali lagi Iqram merasa terharu kerana In memeluk ‘Iqram’. Mahu sahaja Iqram mengucup dahi In tetapi dia tahu jika dia buat begitu, In akan salah faham sekali lagi terhadapnya. Dia tidak mahu merosakkna hubungannya dengan In. Iqram mengambil alat kawalan jauh. Dia memperlahankan suara televisyen lalu menekan butang berwarna merah. Televisyen menjadi gelap. Iqram berjalan menuju ke meja makan. Dia mencedukkan nasi ke dalam pinggan. Walaupun perutnya sudah kenyang tetapi seleranya terbuka apabila melihat In sanggup memasak untuknya. Bunyi senduk bertemu dengan mangkuk mengejutkan In. In membuka perlahan-lahan matanya. Dia bangun, In mengosok perlahan matanya.
“Awak baru balik?” tanya In.
Iqram tersenyum.
Sorry. Saya lambat balik. Kesian awak. Tunggu saya sampai tertidur,”
“Tak apalah. Saya mengantuk sangat tadi. Tak sedar bila awak balik,”
“Awak dah makan?”
In menggeleng-geleng kepala.
“Kenapa tak makan?”
“Saya ingat nak tunggu awak,”
“Kesiannya, tidur dalam kelaparan. Sini, duduk sekali, kita makan sama-sama. Saya sendukkan awak nasi,”
In menuruti kata Iqram seperti anak kecil yang baru bangun lalu disuruh makan.
Iqram mencedokkan sepotong ikan pari ke pinggan In.
“Sedap awak masak. Susah-susah je,”
“Terima kasih. Eh, ni dah baca doa belum?” sempat lagi In mengingatkan Iqram.
“Sudah. Saya ingat pesan awak,”
In tersenyum.
“Awak tak jemu-jemu makan lauk ni,”
“Mestilah, lauk kegemaran saya. Lagi-lagi awak yang masak. Berselera saya dibuatnya,”
“Yalah tu. Saja nak ambil hati saya,”
“Saya tak ambil hati. Memang itu kenyataannya,”
In menjadi tersipu mndengar pujian Iqram.
“Awak ada baca IQRA’ tak?”
“Ada tok guru. Dah nak habis saya abaca buku jilid satu tu,”
“Cepatnya,”
“Dah namanya IQRA’, cara cepat baca Al-Quran. Buku satu ajar saya basic, jadi sebab tu senang saya nak tangkap. Lagipun saya pernah baca sebelum ni. Cuma saya je yang tak amalkan, sebab tu lupa,”
“Tak apa, kan saya cakap awak tak terlambat lagi untuk belajar,”
“Terima kasih,”
In mengukir senyuman.

“Saya masuk bilik dululah,” ucap In. Mereka baru sahaja selesai mencuci pinggan bersama-sama. In membuka pintu biliknya.
“In,” panggil Iqram.
“Ya, kenapa?”
“Tunggu kejap,” pinta Iqram.
Iqram mengambil sesuatu di sofa. Iqram mengambil ‘In’ dan ‘Iqram’ lalu diserahkan kedua-duanya kepada In.
“Nah, ambillah. Awak tertinggal,”
In hanya mengambil anak patung beruangnya sahaja.
“Kenapa tak ambil yang satu lagi juga?”
“Tu awak punya,”
“Tapi saya bagi awak,”
“Saya ambil sebab awak curi saya punya. Sekarang awak dah pulangkan semula pada saya. Sebab tu saya ambil saya punya je,”
“Tapi kesian dengan anak patung ni. Dah dua hari dia tidur dengan awak,”
“Tak apalah. Hari ni dia tidur dengan awak pula,”
“Orang lelaki mana ada tidur dengan teddy bear. Bukan itu ke yang awak cakap dalam telefon tempoh hari,”
Akhirnya In akur. Dia mengambil anak patung itu dari tangan Iqram.
“Terima kasih,” ucap Iqram.
“Kenapa nak terima kasih?”
“Terima kasih kerana sudi peluk saya,”
“Bila masa saya peluk awak? Sekali je. Itupun dulu,”
“Tadi awak tidur peluk teddy bear tu,”
“Saya peluk teddy bear, bukan saya peluk awak,”
“Awak lupa apa yang saya tulis kat note hari tu?”

Saya harap teddy bear baru ni dapat temankan awak, sebagai pengganti saya.
Kalau awak nak marah saya, nak cakap saya tak ada sivik, awak cakaplah kat ‘Iqram’ tu. Anggap ia macam saya. Memang ia baru, tak sama dengan yang lama tapi saya harap ia mampu jaga awak.

“Awak ni perasan. Saya tidur memang kena ada teddy bear,”
“Tapi tadi awak tunggu saya sampai tertidur. Tidur dengan tertidur, dua perkara yang berlainan. Awak tunggu saya dengan teddy bear tu kan?”
“Mana ada,”
In masih lagi cuba menegakkan benang yang basah.
“Saya nampak tadi. Awak peluk teddy bear tu kat sofa,”
“Awak ni merepek je. Saya masuk tidur dululah,”
In cuba melangkah masuk tetapi Iqram sempat memaut tangan In.
“In,”
Langkah In turut terhenti. Iqram mengalihkan pandangan In ke wajahnya. Mata mereka bertemu.
“Saya rindu sangat kat awak. Walaupun dua hari tapi rasa lama sangat,”
In tidak memberikan sebarang reaksi. Hanya tatapan sebagai jawapan.
“Awak tak rindu kat saya?” tanya Iqram.
Sekali lagi In membisu.
“Saya dapat rasakan yang awak rindukan saya. Kalau tak, awak takkan peluk dia,”
Iqram cuba memerangkap perasaan In.
Hati In terpesona dengan kata-kata romantis Iqram. Tapi In cuba menafikannya.
“Siapa cakap? Saya tak sabar nak marah awak sebab awak curi barang saya,” jawab In dengan nada tegas. 
Iqram mengerti dengan jawapan In. In berselindung di sebalik jawapannya itu.
“Saya masuk dululah. Ngantuklah,”
Sekali lagi Iqram menarik tangan In dan kini kedudukan mereka semakin rapat.
Jantung In berdegup kencang ketika Iqram menatap wajahnya.
“Mata awak tak dapat tipu saya. Selamat malam,” ucap Iqram dengan penuh kelembutan.
Perlahan-lahan Iqram melepaskan tangan In. Dia melangkah ke biliknya. Sebelum Iqram menutup pintu. Dia sempat menghadiahkan senyuman kepada In. In membalas senyuman itu lalu masuk ke dalam bilik. In baring. Dia meletakkan ‘Iqram’ di penjuru katil. In memeluk anak patung beruang kepunyaannya. In terpandang jam pemberian Zaf. In mengambil jam itu lalu diletakkan disebelahnya. In mengusap perlahan jam itu.
“Saya sayang awak. Semoga awak tenang di sana,” ucap In kepada jam itu. In menarik selimut hingga ke paras dada. In memejamkan mata dan tidak lama selepas itu, In terlelap.

No comments:

Post a Comment