BAB 7
Iqram berasa kenyang. Perutnya tidak lagi berbunyi setelah makan sepinggan nasi goreng paprik. Iqram mengajak Iqbal bersiar-siar, mundar-mandir di sekitar bandaraya. Iqram terpandang seseorang sedang leka melukis. Terdetik hati Iqram untuk mengupah pelukis itu melukis wajah gadis yang berada di dalam mimpinya.
“Bal,”
Iqbal menoleh.
“Kenapa?”
“Kita pergi kat orang tu nak?” kata Iqram sambil menunjuk ke arah lelaki yang sedang mengadap kertas lukisan beserta pensel di tangan kirinya.
“Mana? Orang yang tengah melukis tu ke?”
“Yelah,”
“Nak buat apa?”
“Adalah. Ikut aku kejap,”
Iqbal menuruti Iqram. Pelik dengan kelakuan rakannya itu.
“Encik,” sapa Iqram.
Lelaki itu menoleh. Di kertas lukisannya terpampang lukisan kesibukan manusia di kota. Halus seninya.
“Ya Encik, ada apa yang boleh saya tolong?”
“Encik ada ambil upah melukis?”
“Insya ALLAH, tangan kiri saya ini akan cuba buat yang terbaik,”
Iqram tersenyum lalu memandang Iqbal. Iqbal mengangkat keningnya sebagai tanda tanya kepada Iqram.
“Encik nak saya menzahirkan wajah Encik ke?”
“Eh, bukan. Ini yang menjadi masalahnya. Saya nak minta tolong Encik……..,”
“Nama saya Latif,” ucapnya lalu menghulurkan tangan bersalaman dengan Iqram dan Iqbal.
“Saya Iqram,”
“Iqbal,” ucap Iqbal ringkas.
“Saya nak minta tolong Encik Latif lukiskan seseorang berdasarkan apa yang saya gambarkan,”
“Tak ada gambar?”
“Tak ada, tapi saya boleh gambarkan setiap inci muka dia,”
“Saya akan cuba, tapi ambil masa lah sebab agak susah sikit. Encik Iqram ada masa ke?”
“Saya ada masa tapi tak tahulah kawan saya ni. Tak pun saya bincang dngan kawan saya kejap,”
Latif hanya mengangguk, menggantikan lukisan tadi kepada kertas lukisan kosong. Dia mengasah penselnya yang telah tumpul. Terdapat lebih daripada lima jenis pensel yang biasanya dia gunakan untuk menyiapkan sebuah lukisan.
“Kau ada masa ke nak tunggu aku?”
“Kau nak suruh dia lukis siapa?”
“Orang lah, takkan muka kau pulak”
“Kau ni, loyar buruk pulak,”
“Nanti aku cerita kat kau,”
“Macam tulah kau, perahsia sangat,”
“Kau ni, macam tak kenal aku pulak. Tadi kau dengar kan dia cakap mungkin ambil masa yang lama nak siapkan lukisan tu,”
“Ya, aku dengar. Telinga aku masih lagi berfungsi dengan baik, tak pekak lagi” kali ini Iqbal pula bergurau dengan Iqram.
“Siot kau eh, loyar buruk balik kat aku. Aku cadangkan, kau ambil kunci kereta aku ni, kau pergi balik klinik kau. Kesian pulak kau nak tunggu. Aku punya hal, masa kau pulak hilang,”
“Aku tunggu jelah,”
“Tak apalah. Kau nak tunggu, mesti boring,”
“Habis tu, nanti kau balik nak naik apa?”
“Tak apa, aku pergi klinik kau naik teksi. Kalau kau nak balik rumah, kau tinggalkan kunci kat abang kau,”
“Sebenarnya siapa orangnya ni Iqram?”
“Nanti aku cerita kat kau. Nah, ambil kunci ni,”
Iqram menghulurkan kunci keretanya kepada Iqbal.
“Suka hati kau lah. Nanti apa-apa hal call aku,”
“Kau jangan risau. Sayang juga kau kat aku,”
“Blah lah kau,”
Iqram tergelak kecil melihat kerenah rakannya itu. Iqbal telah hilang dari pandangan matanya. Iqram menuju ke arah Latif. Latif tersenyum.
“Macam mana Encik Iqram? Tak kisah ke kalau ambil masa sikit?”
“Tak apa, saya tak kisah. Lagi pun kerja saya kat office taklah banyak sangat,”
“Encik Iqram ni engineer ke?” teka Latif.
“Ya saya, macam mana tahu?”
“Saya tengok kasut tu, ada tanah dan ada kesan simen. Kasut kulit macam tu, tak ada orang pakai kerja kat tapak pembinaan melainkan arkitek, jurutera atau juru ukur. Tadi Encik Iqram cakap Encik kerja kat office, saya hanya meneka,” ucap Latif, lembut,penuh dengan seni.
“Saya kagum dengan orang seni ni. Dapat nampak benda yang orang biasa tak nampak,”
Latif tersenyum lagi.
“Encik Iqram nak saya lukis siapa?”
“Seorang perempuan,”
Latif hanya mengangguk faham.
“Encik Iqram, sila duduk. Takkan nak berdiri sampai lukisan siap. Lama tu,” pelawa Latif.
Iqram tersenyum lalu duduk di sebelah Latif.
“Kita boleh mulakan sekarang?”
“Boleh,”
“Kita mulakan dengan bentuk mukanya dahulu. Saya akan cuba buat yang terbaik,”
Iqram menerangkan secara terperinci ciri-ciri yang ada pada gadis di dalam mmpinya. Dia dapat membayangkan kerana acapkali wajah itu menemaninya di alam mimpi.
Latif mula melakar, membuat garisan asas pada kertas luksan itu sebagai panduan untuknya untuk menghasilkan wajah yang dikehendaki Iqram.
Setelah hampir dua jam setengah,wajah itu kelihatan di dada kertas dihadapannya. Iqram memerhatikan setiap raut wajah itu. Ya, inilah wajahnya.
“Saya harap inilah wajahnya,”
Iqram terdiam seketika. Ya, kini dia pasti. Iqram memandang mata Latif. Dia tersenyum lalu menganggukkan kepala. Latif tersenyum puas.
Latif memperkemaskan lagi lukisannya. Mencari ton yang sesuai untuk menampakkan lagi wajah gadis itu. Setelah siap, Latif menggulung lukisan itu lalu diberikan kepada Iqram.
“Siapa dia ni?”
“Saya pun tak tahu,”
“Selalu muncul dalam mimpi ke?”
Sekali lagi Latif dapat meneka.
“Macam mana awak tahu?”
“Encik Iqram ni banyak sangat perkataan macam mana,”
“Saya pelik, macam mana awak dapat tahu,”
“Kan saya cakap, Encik Iqram baru je sebut perkataan tu lagi. Terlalu sangat macam mana,”
Iqram hanya tersenyum, memang pelik apabila berbual dengan orang yang berjiwa halus.
“Encik Iqram tak ada gambar, tapi dapat membayangkan setiap raut wajah. Bila saya tanya siapa, Encik Iqram jawab tak tahu. Saya hanya meneka je,”
“Awak boleh jadi tukang tilik,”
“ALLAH beri bakat melukis kepada saya, dia tak beri bakat menilik,”
Sekali lagi Iqram tersenyum. Iqram mengeluarkan dompetnya. Dia mengambil dua helai wang kertas bernot RM50 lalu dihulurkan kepada Latif.
“Eh, banyak sangat ni,”
“Tak apa, ambillah. Bukan senang nak lukis apa yang kita tak nampak,”
“Tapi banyak sangat ni,”
“Anggaplah ini rezeki awak,”
Latif tersenyum lalu mengambilnya dari tangan Iqram.
“Terima kasih Encik Iqram,”
“Saya yang patut terima kasih dengan awak. Awak dah bersusah payah,”
“Dah tugas saya,”
“Saya minta diri dulu,”
“Ya saya. Assalamualaikum,”
“Waalaikummussalam,” Iqram melangkah pergi, mencari teksi.
Latif duduk kembali lalu mengambil lukisan tadi yang belum disiapkannya.
BAB 8
In keluar dari biliknya. Dia memakai blaus hitam paras paha, seluar slack serta tudung berwarna putih.
“Selamat pagi mak,”
Indah tersenyum.
“Mak tak pergi butik lagi?”
“Mak pergi kejap lagi,” ucap Indah sambil memandang jam dinding yang menunjukkan pukul 9.30 pagi.
“Mari sarapan,” ajak Indah. Mi goreng dan beberapa jenis kuih serta air teh terhidang di atas meja.
“Mak buat ke?”
“Tak adalah. Tadi pagi adik pergi jogging. Balik tu dia beli sarapan kat warung depan tu,”
“Mana adik?”
“Tengah mandi,”
“Awal pula dia bangun,”
“Biarlah. Lagipun minggu depan dia dah mula kuliah. Kakak nanti nak pergi pejabat Uncle Taufiq dengan siapa? Zaf?”
“Taklah. Kakak pergi dengan Mia. Zaf dah balik KL pagi tadi,”
“Ok. Nanti kirim salam dengan Uncle Taufiq. Mak nak pergi butik dulu,” ucap Indah. In bersalaman dengan ibunya.
“Good luck and take care,” pesan Puan Indah.
“Terima kasih mak,” balas In.
Bunyi hon kereta kancil milik Mia memecah kesunyian. In keluar dari rumahnya lalu masuk ke dalam kereta.
“Hai Mia. Lama tak jumpa kau,”
“Lama jugak kan? Ada dalam setahun lebih,”
“Kau kan belajar Sarawak. Susah betul nak jumpa,”
“Lecehlah nak ulang alik dari Sarawak ke JB. Nasib baik sekarang dah habis,”
In tersenyum.
“Thanks Mia,”
“Kenapa?”
“Yelah, temankan aku pergi jumpa Uncle Taufiq,”
“Tak apa. Lagipun aku tak buat apa kat rumah. So,macam mana dengan mr.perfect kau?”
“Zaf?”
“Siapa lagi? Dari tadi aku tengok muka berseri-seri,”
“Sebenarnya semalam aku jumpa dia tapi hari ni dia dah pergi,”
“Pergi mana?”
“Balik KL. Dia dah duduk sana,”
“Tak duduk dengan family dia lagi?”
“Duduk tapi kalau dia cuti. Kau macam mana? Ada bawa balik mamat Sarawak?”
“Tak ada yang berkenan la,”
“Tak ada yang berkenan? UNIMAS tu bukan sekangkang kera. Tak kan satu pun tak ada?”
“Ada, tapi gitu-gitu bolehlah,”
“Kau ni memilih sangat agaknya,”
“Tak juga. Tak ada orang nak kat aku agaknya,”
“Merepek je,”
In dan Mia memasuki pejabat Berjaya Holdings. Kelihatan pekerja sibuk menyiapkan kerja masing-masing dengan tekun. In bertemu dengan penyambut tetamu di situ.
“Assalammualaikum. Saya Insyirah, boleh saya berjumpa dengan Encik Ahmad Taufiq?”
“Waalaikummussalam, Cik ada buat temujanji ke?”
“Semalam saya ada telefon Encik Taufiq dan dia suruh saya datang hari ni,”
“Kalau macam tu, Cik sila ikut saya,”
“Mia, kau nak ikut tak?”
“Tak apalah. Aku tunggu kat sini je,”
In menuruti penyambut tetamu itu.
Iqram sedang terburu-buru untuk keluar. Ada tapak pembinaan baru yang perlu ditinjau. Iqram sempat berpesan kepada Ana, penyambut tetamu Berjaya Holdings.
“Ana, kalau Encik Taufiq cari saya, cakap dengan dia yang saya pergi tengok site untuk pembinaan dewan kat Johor Jaya,”
“Baik Encik Iqram,”
Iqram keluar dari pintu masuk Berjaya Holdings. Akan tetapi dia berpatah balik semula. Ingin melihat gadis yang berada di sisi Ana. Iqram terperasan seseorang tetapi In dan Ana tiada lagi di situ.
Mia dari tadi hanya memerhatikan Iqram. Pelik dengan kelakuan Iqram.
In dan Ana menuju ke pejabat Taufiq. Tertera di pintu nama Ahmad Taufiq bin Saiful Bahri.
“Sarah, Encik Taufiq ada?” tanya Ana kepada setiausaha Taufiq.
“Ada. Kenapa Ana?”
“Cik ni nak jumpa dengan Encik Taufiq,”
“Boleh saya tahu nama Cik siapa?”
“Nama saya Insyirah,”
“Oh, Cik Ilham Nur Insyirah?”
“Ya, saya,”
“Tadi Encik Taufiq ada pesan dengan saya, kalau Cik In datang, Cik boleh jumpa dia,” kata Sarah dengan mesra.
In tersenyum.
Sarah mengetuk pintu. Setelah kedengaran suara Taufiq memberi kebenaran untuk masuk, daun pintu dibuka.
“Encik Taufiq, Cik Insyirah dah sampai,”
Taufiq yang dari tadi sibuk meneliti laporan kerja, mengalihkan pendangannya ke arah In.
“In, come, masuk. Sarah, terima kasih ye,” ucap Taufiq.
Sarah kemudiannya mempersilakan In masuk lalu menutup kembali pintu.
In bersalaman dengan Taufiq.
“Apa khabar uncle?”
“Khabar baik. Dah lama uncle tak jumpa In. Makin comel sekarang,”
“Tak adalah uncle. Mak kirim salam,” kata In sambil tersenyum.
“Waalaikummussalam. Mak dengan Afiq sihat?”
“Alhamdulillah. Mak dengan Afiq sihat. Afiq tengah cuti semester,”
“Baguslah. So, are you ready to work?”
“Insya Allah uncle. In nak belajar dari bawah. In kena belajar sikit-sikit dengan Uncle,”
“Uncle tahu In boleh buat. Jangan risau, semua staf kat sini akan tolong In,”
“Terima kasih uncle,”
“Bila In nak start kerja?”
“In ikut arahan bos,” gurau In.
Taufiq ketawa.
“In mula esok, boleh?”
“Rasanya boleh,”
“Kat syarikat uncle, In jadi TA. Ok?” tanya Taufiq. TA adalah singkatan untuk Technical Assistant ataupun Pembantu Teknik dalam bidang kejuruteraan awam.
“Terima kasih Uncle,”
Taufiq mengangguk lalu tersenyum. Setelah berbual selama 15 minit, akhirnya In keluar dari pejabat Taufiq.
“Sorry Mia. Lama tunggu?”
“Taklah lama sangat. Kau tau tak?”
“Tak tahu. Apa dia?”
“Tadi ada mamat handsome kat sini. Aku rasa dia kerja kat sini lah,”
“Kau jumpa kat mana?”
“Tadi. Dia macam nak cepat keluar. Macam dah lambat. Untung kau kerja kat sini,”
“Apa untungnya?”
“Dapat tengok muka yang kacak tu tiap-tiap hari,”
“Merepek je. Jom. Aku belanja kau,”
“Belanja aku? Kenapa?”
“Ada dua sebab. Yang pertama, sebab kau dah tolong jadi driver aku hari ni. Dan yang kedua, esok aku start kerja,”
“Baguslah,”
“Jom,” ajak In lalu menarik tangan Mia, mengajak Mia keluar dari pejabat itu.
No comments:
Post a Comment