Stylo Clique ^_^

Thursday, October 7, 2010

+_BILA TAKDIR ITU BERBICARA_+ (BAB 29-30)


BAB 29

In melangkah masuk ke pejabat Berjaya Holdings. Dia mengenakan baju blaus berwarna krim, seluar hitam dan tudung bercorak berwarna coklat. In mahu memulakan kehidupan yang baru. Dia tidak mahu Iqram melunturkan semangatnya untuk meneruskan hidup. Dia tahu,hidup mesti diteruskan walau apa pun yang terjadi. In tidak mahu, hanya kerana Iqram, hidupnya tidak menentu. Semalam, dia menunaikan solat sunat. In memohon kepada ALLAH supaya dia diberi petunjuk dan kekuatan untuk menempuhi segala-galanya. Pagi tadi, dia bangun. Seolah-olah seperti mendapat satu semangat yang baru. Fikirannya mahu ke pejabat. In merasakan dia sepatutnya membiarkan dirinya terus merana kerana Iqram.
“Selamat pagi Cik Insyirah,” sapa Ana di meja penyambut tetamu.
“Selamat pagi Ana,”
“Lama bercuti. Saudara In dah sihat?” tanya Ana.
“Saudara?”
“Kata In cuti sebab saudara sakit kat kampung,”
“Oh, ya. Dia dah sihat dah,” In hampir terlupa alasan itu yang diberikan semasa dia mengambil cuti tempoh hari.
“Lama juga saudara In sakit. Sakit apa?”
“Mm..sakit..sakit denggi. Sebab tu lama sakit. Kena tinggal kat hospital,” spontan saja alasan tu keluar dari mulutnya.
“Sakit denggi? Takutnya. Kat tempat dia ada nyamuk aedes ke?”
“Mungkin, tapi hari tu ada kementerian datang. Dia ada sembur-sembur kat kawasan tu,”
In menipu lagi. Entah berapa banyak penipuan yang harus dia buat. Dia tidak mahu sesiapa tahu yang dia dan Iqram adalah suami dan isteri. In sendiri tidak mengiktiraf dirinya sabagai isteri Iqram apatah lagi menyebut Iqram sebagai suaminya. In pergi ke pejabat kerana Taufiq dan ibunya. Dia baru sahaja kerja di Berjaya Holdings selama dua minggu, masakan mahu terus berhenti. Apa pula kata Taufiq nanti. Taufiq terlalu baik terhadapnya. Taufiq yang memberikan dia peluang itu, tidak sampai hatinya untuk membalas Taufiq sebegitu.
“Takutnya saya,” kata Ana.
“Apa yang takut Ana?” tanya Nadia. Dia melihat In berada di meja penyambut tetamu dari mejanya, lantas dia menuju ke situ.
“Ni, saudara In kena sakit denggi. Nasib baik tak ada apa-apa,”
“Ya ke In?”
“Ha’ah. Kena denggi. Nasib baik tak ada apa-apa,” In menipu lagi.
Ya ALLAH ampunilah dosaku. Hati In memohon.
“Patutlah lama In cuti. Nasib baik tak ada apa-apa. Encik Taufiq risau In cuti lama sangat,” kata Nadia.
“Risau?”
“Sarah, setiausaha Encik Taufiq yang cakap. Encik Taufiq pun ada tanya kat saya. Kenapa lama sangat In cuti. Saya cakaplah saudara In sakit,” jawab Nadia.
“Dia ada tanya apa-apa lagi ke?”
“Tak ada pula. Dia tanya tu jelah,”
In hanya tersenyum.
“Tapi saya tengok Encik Iqram tu macam orang kehilangan je bila In tak ada,” kata Nadia.
“Ha’ah lah In. Saya tengok Encik Iqram tu resah je bila In tak ada. Kelam kabut je,”
Hati In sakit apabila mendengar nama lelaki itu.
“Dia kelam kabut sebab kerja saya dia pun kena buat,” jawab In, acuh tidak acuh.
“Tapi saya tengok dia resah semacam. Macam kehilangan In. Buat kerja pun serba tak kena. Ada hari tu dia cakap dengan saya minta floor plan kat Encik Safwan. Sekali tu, saya bagi kat dia, dia marah saya. Dia cakap dia minta beam plan untuk second floor. Saya cakaplah yang tadi dia minta floor plan. Saya sendiri ada take note,” cerita Nadia.
“Habis tu dia cakap apa?”
“Saya tunjuklah note saya. Then Encik Iqram macam bengang. Dia minta maaf kat saya. Nasib baik dia minta maaf,” kata Nadia.
“Mm..baguslah,”
“Tu lah yang bagusnya Encik Iqram ni even dia engineer pun, kalau dia buat salah, dia minta maaf. Tak macam orang lain. Dah buat salah tapi nak salahkan staf,” puji Nadia.
‘Maaf? Dia memang suka minta maaf bila buat salah. Tapi salah dia kat aku tak boleh dimaafkan. Maaf, bukan penyelesaian untuk segala kesalahan’ hati In berkata. Mahu sahaja dia luahkan. Biar dunia tahu, betapa kejamnya Iqram.
“Untungkan perempuan yang dapat kahwin dengan dia. Dahlah handsome, baik, mengaku salah kalau buat salah. Mana nak dapat lelaki macam tu zaman sekarang. Lelaki sekarang mana ada lagi yang macam Encik Iqram. Satu dalam seribu,” tambah Ana lagi, memuji Iqram.
‘Untung? Akulah perempuan yang dapat kahwin dengan dia. Terasa merana kerana terpaksa hidup dengan dia,’desis hati In lagi.
“In rasa dia sesuai tak?”
“Sesuai apa?” In terkejut mendengar pertanyaan itu.
“Yalah. Sesuai ke ciri-ciri yang ada pada Encik Iqram tu untuk dijadikan suami,” kata Ana.
“Tak sesuai langsung,” jawab In lalu melangkah menuju ke pejabatnya.
“Tak sesuai? Kenapa dengan In tu?” tanya Ana kepada Nadia
“Gaduh dengan Encik Iqram ke?” balas Nadia dengan pertanyaan juga.
“Takkanlah. Seminggu tak jumpa. Nak gaduh apanya,” kata Ana.
“Entahlah. Tapi In kan cakap Encik Iqram tu Mr.Pelik,”
“Mm..agaknya sebab tulah dia cakap Encik Iqram tu tak sesuai kot,”
“Mm..aku rasa pun macam tu juga,”
Mereka sama-sama menganggukkan kepala, membuat kesimpulan sendiri. Setelah itu mereka melakukan kerja masing-masing.
Selang sepuluh minit kemudian Iqram masuk ke pejabat.
“Selamat pagi Encik Iqram,” sapa Ana kepada Iqram.
Wajah Iqram kelihatan lesu.
“Selamat pagi,” Iqram memberikan senyuman hambar.
Iqram terus melangkah.
“Kejap lagi senyum lebar lah tu bila nampak In,” kata Ana sendirian.
Iqram melewati meja Nadia.
“Encik Iqram,” panggil Nadia.
“Ya Nadia, kenapa? Pagi-pagi lagi Encik Taufiq dah cari saya ke? Dia nak report projek mana satu?” tanya Iqram, bertalu-talu.
“Eh, bukan. Encik Taufiq tak datang lagi,”
“Habis tu? Ada client telefon pagi-pagi cari saya ke?” tanya Iqram lagi.
Semenjak In tak ada, dia terpaksa melakukan segalanya sendiri. Tambahan lagi banyak projek sedang dalam perlaksanaan. Fikirannya menjadi kusut. Ditambah lagi dengan masalah rumah tangganya. Rumah tangga? Layakkah perkahwinan aku di gelar rumah tangga? Soalan itu muncul di benak fikiran Iqram.
“Pun bukan juga. Tapi yang pasti apa yang saya nak beritahu ni akan jadikan muka Encik Iqram yang kusut tu jadi happy,”
“Muka saya nampak kusut ke?”
“Nampak jugalah sejak dua tiga hari ni,”
Iqram menyentuh mukanya. Nampak sangat ke?
“Apa dia? Awak nak beritahu pasal apa?”
In keluar dari pejabatnya.
“Nadia, fail projek Taman Saujana mana?” In terkejut melihat Iqram berada di situ. Hati Iqram gembira apabila melihat In di hadapannya.
“Tulah apa yang saya nak beritahu Encik Iqram tadi. Tiba-tiba orangnya dah keluar pula,” kata Nadia.
Iqram senyum. Dari anak matanya, Nadia dapat melihat kegembiraan Iqram.
“Betul tak apa yang saya cakap tadi. Apa yang saya nak beritahu tadi akan buat muka Encik Iqram happy,”
Iqram hanya tersenyum apabila mendengar kata-kata Nadia.
In tidak mempedulikan Iqram yang berada di sebelahnya.
“Fail dewan Taman Saujana tu mana?”
Belum sempat Nadia menjawab, Iqram telah menjawab pertanyaan In.
“Fail tu ada pada saya,”
“Tak apalah Nadia. Nanti kalau Encik Iqram dah siap and dia dah bagi awak, awak bagi fail tu kat saya ya?” pinta In.
“Errr…tapi fail tu….”
“Tak apa, saya tunggu fail tu,” kata In lalu melangkah ke pejabatnya.
Iqram menuruti In.
“Nanti saya bagi fail tu kat awak,”
“Tak apalah, terima kasih je,” lantas In masuk ke dalam pejabatnya.
Nadia memandang dengan reaksi pelik ke arah mereka berdua. Nadia mengesyaki ada sesuatu di antara mereka berdua. Kalau tidak, masakan In bersikap dingin terhadap Iqram.
Iqram memandang Nadia. Nadia hanya mengangkat bahunya. Iqram terus melangkah menuju ke pejabatnya yang terletak di sebelah. Nadia dapat mengagak ada sesuatu yang tidak kena antara mereka berdua.

Iqram mengambil fail yang dikehendaki In. Dia keluar lalu ke pejabat In. Iqram mengetuk pintu. Kelihatan Iqram. In tidak mempedulikan Iqram. Pandangan Iqram seolah-olah memohon In membenarkannya masuk. In bangun menuju ke pintu. Memulas tombol pintu itu.
“Encik Iqram nak apa lagi?”
“Saya nak kasi awak fail ni,”
“Saya boleh minta dengan Nadia, Encik Iqram,”
“Tapi, apa salahnya saya kasi. Awak nak guna fail ni kan?”
“Sekarang saya tak nak guna lagi. Lebih baik Encik Iqram pergi buat kerja Encik Iqram,”
Iqram cuba melangkah masuk ke pejabat In.
“Awak nak buat apa?”
“Saya nak masuk lah,”
“Siapa kasi awak masuk?”
“Saya engineer, takkan tak boleh nak masuk pejabat TA, nak bincang pasal projek,”
“Saya tak nak,”
“Awak nak staf kat pejabat ni tahu yang kita suami isteri?”
In menjeling ke arah Iqram.
“Orang cakap, tak baik jelling macam tu, nanti mata jadi juling. Mata awak cantik, takkanlah awak nak biarkan mata awak yang cantik tu jadi juling Cik Insyirah,”
“Saya tak nak jumpa awak,”
“Awak nak kita buat drama kat depan pintu ni ke?”
In membiarkan pintu terbuka lalu pergi ke tempat duduknya semula. In mebiarkan Iqram masuk. Iqram menutup pintu.
“Ni fail yang awak nak,”
Iqram meletakkan fail itu di atas meja. In tidak menghiraukan Iqram.
“Saya dah update report untuk projek tu,” ujar Iqram lagi.
“Awak dah kasi saya fail ni kan? So, awak nak tunggu apa lagi? Buat apa nak duduk kat office saya lagi? Awak boleh keluar, pintu kat sana. Nak saya tunjukkan ke?”
“Saya nak minta maaf,”
“Hari ni asyik maaf je yang saya dengar. Tak ada perkatan lain ke?”
“Tapi hari ni baru sekali saya sebut maaf kat awak. Bila masa saya cakap maaf dengan awak hari ni?”
In mengetap bibirnya. Muak In apabila mendengar perkataan maaf.
“Saya nak minta awak bagi saya peluang untuk tebus semua kesalahan saya,”
In tidak mempedulikan kata-kata Iqram. Dia terus mengadap skrin komputernya. Tangan kanannya ligat menggerak-gerakkan tetikus.
“In, saya mohon sangat-sangat. Kalau awak tak nak maafkan saya tak apa tapi bagilah saya peluang untuk tebus semuanya,”
In masih lagi membisu.
“In,saya cakap dengan awak,bukan dengan dinding tu,”
“Kalau dah tahu awak tu bercakap dengan dinding, siapa suruh awak cakap dengan saya? Saya tak nak cakap dengan awak,”
Iqram melepaskan keluhan. Keras benar hati In terhadapnya.
“Nanti pukul 10 kita pergi site sama-sama,” kata Iqram lalu bangun, menuju ke pintu.
“Awak pergi sendiri, saya nak buat kerja office je,”
“Awak kan dah selalu pergi dengan saya,”
“Saya tak nak, saya tak nak, saya tak nak,”
Sengaja In mengulanginya sebanyak tiga kali supaya Iqram faham akan kehendaknya.
“Kalau awak tak pergi, nanti apa pula kata staf,”
“Staf nak cakap apa?”
“Cik Insyirah, awak tu TA saya ni engineer syarikat ni. Tugas TA adalah membantu engineer. Memandangkan awak tak ada transport nak pergi site, awak kena ikut saya,”
“Awak sengaja gunakan alasan tu kan? Awak nak apa sebenarnya? Nak ambil kesempatan lagi?”
“Saya cakap atas dasar kerja Cik Insyirah, bukan dasar peribadi,”
In hanya mendiamkan diri.
“Lebih baik awak buat macam biasa je kalau awak tak nak orang perasan yang antara kita ada sesuatu. Saya pun tak nak satu pejabat tahu pasal kita and I’m very sure that is what you want Puan Insyirah,” Iqram sengaja berkata sebegitu. Mahu melihat reaksi In.
In memandang Iqram dengan penuh rasa geram. Iqram sengaja menduganya. Mahu saja dia menyiat-nyiat mulut Iqram. Tetapi dia mengakui kata-kata Iqram ada benarnya. Dia perlu berbuat seperti biasa untuk mengelakkan staf di pejabat tahu mengenai hubungan mereka.

BAB 30

In memasuki ke pejabat Taufiq. Baru sahaja tadi Nadia menyampaikan pesan daripada Sarah. Sarah memberitahu Nadia yang Taufiq hendak berjumpa dengan In.
“Encik Taufiq nak jumpa saya?”
Yes In, come in,”
In masuk lalu duduk di hadapan Taufiq.
“Ada apa-apa yang boleh saya bantu ke Encik Taufiq?”
Taufiq tersenyum.
“In sihat?”
“Sihat Encik Taufiq,”
Taufiq teringat akan Iqram. Sifat In sama dengan Iqram. Di pejabat In akan memanggilnya Encik Taufiq, bila di luar In akan memanggilnya Uncle. Begitu juga Iqram. Gelaran kepadanya akan berukar mengikut keadaan.
“Soalan tu keluar dari mulut seorang Uncle kepada anak rakan baiknya bukan seorang pengurus kepada pekerjanya, Insyirah,”
In tersenyum.
“In sihat uncle. Kenapa uncle tanya?”
“Tak ada apa-apa. Uncle cuma nak tahu keadaan In. In cuti sampai seminggu. Risau juga,”
“In cuti pun sebab saudara sakit,”
Uncle dengar juga. Saudara kamu sakit apa?”
“Sakit demam denggi,” tipu In, menggunakan alasan yang sama.
“Demam denggi? Bahaya tu,”
“Tapi dia dah ok dah,”
“Saudara kamu yang mana satu?”
“Yang kat kampung,”
“Oo..baguslah kalau dah baik,”
In hanya tersenyum.
‘Maafkan In uncle, In tipu uncle,’ bisik hati In.
“Uncle tengok bila kamu tak ada si Iqram tu terkontang-kanting buat kerja sorang-sorang,”
‘Dah kenapa uncle sebut nama dia, tak ada nama lain ke nak sebut. Aku jumpa Nadia dengan Ana cerita pasal Iqram, jumpa uncle cerita pasal Iqram, tadi jumpa Iqram. Belum tengahari lagi hidup aku dikaitkan dengan Iqram. Bosannya,’ hati In menjerit.
“Mungkin sebab dia kena buat kerja In agaknya. Sebab tulah macam kelam kabut,”
Uncle tengok tak juga. Masa Sofian tak ada, ok je buat kerja Sofian. Bila kamu dah ganti tempat Sofian kemudian kamu cuti, uncle tengok dia macam orang tak menentu. Report kadang-kadang silap buat,”
“Mungkin dia tertekan agaknya,”
“Taklah. Uncle rasa dia perlukan kamu dalam hidup dia tu,”
“Apa dia uncle?”
“Eh, tak. Maksud uncle, dia memerlukan kamu dalam kerjanya,”
Taufiq membetulkan ayatnya daripada In salah faham terhadapnya.
“Taklah uncle. In hanya menjalankan tugas In,”
Taufiq tersenyum. Jika anaknya berkenan dengan In sekalipun, dia akan bersetuju kerana dia sudah mengenali hati In.
“Oklah In, kejap lagi uncle nak keluar. Ada kerja sikit. Nanti ada masa kita berbual lagi,”
In tersenyum lalu bangun.
“Terima kasih uncle sebab ambil berat pasal In,”
“Sama-sama. Uncle dah anggap In macam anak uncle sendiri. Oh, ya. Uncle terlupa nak kasi kamu. Hari tu uncle pergi Brunei, ada kursus. Uncle ada belikan ole-ole untuk kamu,” Taufiq menghulurkan beg kertas berwarna hijau itu kepada In.
“Uncle, buat susah-susah je,”
“Apa susahnya. Beli kat kedai je bukannya uncle kena jahit pun,” Taufiq berseloroh dengan In.
In tergelak kecil.
“Tak sangka uncle ingat In. Terima kasih uncle,”
“Sama-sama,”
“Saya keluar dulu Enck Taufiq,”
“Yalah,”
Senyuman Taufiq menemani In keluar. Dia mengadap semula komputernya.

In memasuki biliknya setelah berjumpa dengan Taufiq. Pandangan Iqram dari pejabatnya mengiringi langkah In. Dia tahu In baru sahaja berjumpa dengan Taufiq. Nadia memberitahunya sebentar tadi apabila dia mahu mengajak In pergi melawat tapak projek bersama. Iqram memasuki pejabat In. In terkejut dengan kehadiran Iqram.
“Awak ni tak ada sivik eh? Tangan awak tu dah kena potong ke Encik Iqram? Awak tak boleh nak ketuk dulu sebelum masuk?” perli In.
“Saya ada dua tangan, dua mata, dua telinga dan dua kaki In,”
“Habis tu, apa kena mengena dengan saya?”
“Saya tunggu awak dari tadi, nak pergi site dengan awak,”
“Ada saya suruh awak tunggu saya? Kalau awak nak pergi, pergi lah. Saya boleh ikut Encik Taufiq keluar,”
In sendiri tidak tahu kenapa dia menggunakan alasan Taufiq.
“Encik Taufiq? Kenapa awak nak keluar dengan dia pula? Bukan tugas awak di bawah penjagaan saya?”
“Suka hati sayalah. Encik Taufiq tu bos, saya kena ikut cakap bos,”
“Tapi saya dah beritahu awak awal-awal kan tadi? Awak tak ingat apa yang saya pesan tadi?”
“Saya belum nyanyuk lagi,”
“Habis tu, kenapa awak……..,”
“Dah jom, kata nak pergi site? Awak dah siap ke belum?” lantas In memintas.
Dia malas mahu bertekak dengan Iqram.
Iqram tersenyum lalu keluar dari pejabat In. Dia menuju ke biliknya, mengambil keperluan yang dikehendaki. Dia tidak menyangka In akan bersetuju untuk keluar dengannya. ‘Terima kasih In,’ ucap hati Iqram.

In menekan butang lif yang bersimbol anak panah ke bawah. In memerhatikan jam tangannya. Jam pemberian Zaf terletak kemas di pergelangan tangan kanannya. Jam menunjukkan pukul 5.15 petang. Terdapat beberapa orang pekerja turut bersama In menunggu. Seminit kemudian pintu lif terbuka. Mereka berpusu-pusu masuk, masing-masing mahu pulang. In sudah berada di dalam lif. In berada di hadapan. Pintu lif lagi dua inci tertutup tetapi di halang oleh tangan seseorang. Pintu lif kembali terbuka. Kelihatan Iqram di hadapan matanya. Iqram masuk ke dalam lif. Iqram menekan butang yang bersimbol tutup. Pintu lif tertutup.
“Kita ni memang ada jodoh,” bisik Iqram perlahan kepada In.
In tidak menghiraukan Iqram, seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Iqram bisikkan kepadanya.
“Awal balik Encik Iqram,” tegur Azam,salah seorang pekerja Berjaya Holding yang bekerja di bahagian perakaunan.
“Tak ada kerja. Lagipun bosan pula balik lewat hari-hari,”
“Saya ingat ada isteri kat rumah,” gurau Azam.
“Eh, kalau ada isteri kat rumah, hari-hari saya balik awal,” Iqram melayan gurauan Azam sambil matanya memandang ke arah In. Mereka sama-sama ketawa.
In tahu, Iqram sengaja pulang awal kerana mahu berjumpanya. Sengaja mengikutnya.
Akhirnya pintu lif terbuka. In segera keluar.
“Insyirah,” panggil Iqram.
Langkah In semakin laju, mahu saja dia berlari meninggalkan Iqram.
“In,” panggil Iqram sambil berlari anak mengejar In yang berada di hadapannnya.
Iqram sudah seiring dengan In.
“Awak nak apa lagi Encik Iqram? Waktu pejabat dah habis. Kalau Encik Iqram ada perkara nak bincang, kita bincang esok jelah,” nada In tegas.
“Saya hantar awak balik,”
“Tak payah, saya boleh naik bas,”
“Apa salahnya saya hantar,”
“Memang salah,”
“Saya nak hantar isteri saya balik, salah ke?”
Correction Mr. Iqram. I’m not your wife,”
“Kenapa awak ni degil sangat?”
In tidak menghiraukan kata-kata Iqram.
“Tak boleh ke awak bagi peluang kat saya?”
“Nak bagi peluang apa? Saya rasa tak ada faedahnya pun,”
“Awak tak cuba, macam mana awak tahu tak ada faedah,”
“Kalau dengan awak, hidup saya makin kacau-bilau,”
“Saya nak tebus kesalahan saya,”
“Apa tebus-tebus? Asyik cakap tebus je. Awak ingat ni kedai pajak gadai? Suka hati awak je nak tebus bila-bila?” kali ni suara In agak meninggi.
Iqram terkejut dengan reaksi In.
“Sudahlah tu, takkan awak nak buat drama kat sini pula. Saya hantar awak balik,” Iqram tidak sanggup melihat In pulang dengan menaiki bas sedangkan dia mampu untuk menghantar In pulang.
“Saya tak nak. Saya boleh naik bas,” In tetap dengan pendiriannya.
“Awak ni tak ada sivik eh?” perli Iqram.
Pagi tadi In berkata sebegitu kepadanya setelah dia meluru masuk ke pejabat In tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.
“Kenapa saya pula tak ada sivik? Awaklah tak ada sivik, masuk office orang tak ketuk pintu dulu,” In teringat akan peristiwa pagi tadi apabila Iqram menyebut soal sivik kepadanya.
“Saya ajak awak balik naik kereta, awak tak nak. Awak tak hargai orang yang nak tolong awak. Awaklah yang tak ada sivik,”
“Kenapa saya pula? Awak yang tak ada sivik. Awak paksa-paksa saya balik dengan awak. Memaksa seseorang yang bukan kemahuannya tu pun tak ada sivik Encik Iqram,” Iqram dan In bertengkar, masing-masing tidak mahu mengalah.
Akhirnya Iqram mengalah, membiarkan In pulang menaiki bas. In terus melangkah. Baru sahaja berjalan lima langkah, In berpatah balik, menuju ke arah Iqram.
“Awak dah ada sivik balik ke Puan Insyirah?” perli Iqram. Iqram menyangka In mahu pulang bersamanya tetapi In menyampaikan sesuatu kepadanya.
“Encik Iqram, lebih baik awak buat macam biasa je kalau awak tak nak orang perasan yang antara kita ada sesuatu. Saya pun tak nak satu pejabat tahu pasal kita and I’m very sure that is what you want Encik Iqram,” ucap In dengan nada yang tegas.
In cuba mengulangi kata-kata Iqram pagi tadi.
“Maksud awak?”
“Awak tadi baru je ajak saya balik dengan awak. Dan untuk pengetahuan awak, sebelum ni awak tak pernah hantar saya balik. Kalau staf nampak kita balik sama-sama, itu bukan perkara biasa Encik Iqram. Itu dah jadi perkara luar biasa. Jadi, lebih baik awak buat biasa je, saya tak minta awak buat yang luar biasa,” ucap In lalu melangkah pergi meninggalkan Iqram di situ.
Iqram dapat merasakan dia sedang berperang dengan In. Masing-masing mempunyai sifat degil dan keras kepala, tidak mahu mengalah kepada satu sama lain. Iqram tersenyum sendiri. Iqram menuju ke keretanya. Walau apapun, Iqram bersyukur kerana In masih lagi mahu bercakap dan bekerja dengannya. Dia tahu, In melakukan semua ini bukan kerananya. In masih lagi bekerja di situ kerana ayahnya. Iqram tidak akan melepaskan segala peluang yang ada. Iqram dapat merasakan In adalah teman hidupnya.

No comments:

Post a Comment