Stylo Clique ^_^

Tuesday, December 10, 2013

Pesta Buku 1 Malaysia (1 Book Expo) 2013





hai kawan2...

Bersempena dengan Pesta Buku 1 Malaysia yang diadakan pada 11-15 Disember 2013 ni, saya nak beritahu yang saya akan berada di PWTC selama dua hari..

Berikut adalah jadual saya ya...



ha...kalau nak beli novel terbaru saya yang bertajuk En.Pendekar Mr.Cheese, boleh serbu booth Fajar Pakeer ya.. sebab kat sini aje yang ada buat masa ni.. kat kedai belum ada lagi..
nak beli Perlu Kamu dengan Superbike Itu Cinta sekali pun boleh..
kepada pembeli yang beli novel saya, akan terima cenderhati dari saya yang saya rasa tak seberapa..huhu....





bisik2 : saya tak sabar nak 'bertentangan mata' dengan Tuah Inderawan & Jebat Zulqarnain.. berdebar2 rasanya sebab masa di PWTC ni jugalah kali pertama saya melihat En.Pendekar Mr.Cheese

Friday, December 6, 2013

Pemenang Peraduan En.Pendekar Mr.Cheese


Assalammualaikum & Selamat Sejahtera kawan2 semua...
mm...ingat tak kelmarin saya ada anjurkan peraduan En Pendekar Mr Cheese???
Sekarang ni sudah ada pemenangnya..hihi..
sepatutnya nak post entri ni semalam tapi tak menyempat pula..




Berikut adalah 5 + 1 pemenang Peraduan En.Pendekar Mr.Cheese
sepatutnya ada 5 tapi saya tambahkan lagi 1 pemenang..

1. Noor Filzati bt Othman
2. Nur Aziela bt Suhaimi
3. Maryam bt Azman
4. Thanusya Shanmugathan
5. Che Rodiah bt Hamid
6. Nurul Zalikha bt Mat Zaid

Tahniah ya kawan2... terima kasihlah kerana sudi menyertai peraduan saya yang tak seberapa ni..
saya sayang kamu...kamu...kamu..ya kamu....wahai pembaca-pembaca novel di dunia ini.. (haha..dah macam bagi dedikasi kat radio)

bisik2 : hadiah akan dipos sebaik sahaja En.Pendekar Mr.Cheese berada di tangan saya...

Wednesday, December 4, 2013

Peraduan "En. Pendekar Mr. Cheese"


Assalammualaikum & selamat sejahtera semua...
Hai..hai...dan hai...
masa sekarang ni agak mengantuk ya namun ku tahan jua...
tambahan lagi cuaca yang sejuk2 begini ni...


nak buat pengumuman peraduan "En Pendekar Mr Cheese" sudah dimulakan..
ha....jeng...jeng...jeng...
khas untuk pengunjung blog saya ni....nak dapatkan novel En Pendekar Mr Cheese secara percuma tak??
ha...kalau nak..kena jawab 3 soalan...




Soalan Pertama :
Siapakah nama salah seorang rakan baik Iqram Iskandar dalam novel saya yang bertajuk Perlu Kamu?

Soalan Kedua :
Apakah model dan warna motosikal yang ditunggang oleh Qurnia Adriana dalam Superbike Itu Cinta?

Soalan Ketiga :
Di manakah tempat Jebat Zulqarnain menyambung pelajarannya sebelum dia pulang ke Malaysia dalam En Pendekar Mr Cheese?

Klu untuk ketiga2 soalan di atas ada kat blog saya..jadi..jengah2 la ya..

kalau dapat jawab 3 soalan saya ni dgn tepat & pantas, maka...anda yang bertuah ni akan dapat
En Pendekar Mr Cheese secara percuma...
kali ini saya cari 5 pemenang...

kalau nak join...hantarkan jawapan kat FB saya ye...
jgn post kat wall....just PM je saya...


Bisik2 :  Ini adalah salah satu tanda saya menghargai pembaca seperti anda..anda...anda dan anda semua..
Terima kasih sangat2 ye.. ^_^
Mungkin hadiah akan dipos dalam hujung bulan ni atau awal tahun depan ya... saya pun tak tahu tarikh yang tepat tapi apa yang penting, saya dapat aje EPMC, saya akan pos dgn kadar segera....