Stylo Clique ^_^

Thursday, October 21, 2010

+_BILA TAKDIR ITU BERBICARA_+ (BAB 59-60)


BAB 59

Iqram pulang awal petang itu. Sengaja Iqram keluar dahulu daripada In. Iqram mahu berbincang dengan In. In melangkah masuk ke dalam rumah.
“In,”
In tidak mempedulikan Iqram.
“Insyirah, ada perkara yang saya nak bicang dengan awak,”
“Awak nak bincang apa lagi? Saya dah penat nak dengar,”
“Saya nak tahu apa yang Qhai beritahu awak,”
“Kenapa awak nak tahu?”
“Saya perlu tahu,”
“Kenapa? Sebab dia sepupu awak? Awak takut Qistina tahu yang kita dah nikah?”
“Apa lagi yang dia beritahu?”
“Apa lagi? Apa lagi yang awak nak sembunyikan? Kenapa awak tak nak beritahu saya yang dia sepupu awak?”
“Saya ada sebab kenapa saya tak nak beritahu,”
“Awak memang macam tu. Banyak sangat alasan,”
Iqram bimbang kalau Qhairul beritahu In mengenai Taufiq.
“Kenapa awak tak beritahu Qhai yang awak dah bernikah?”
“Kenapa saya nak beritahu?”
“Kenapa awak tanya? Dia try nak ngurat awak tau. Takkan awak tak perasan. Semalam dia hantar bunga, nak ambil hati awak. Lepas ni tak tahu pula dia nak kasi apa,”
“Buat apa saya nak mengaku, saya tak ada apa-apa perasaan kat awak. Yang awak tu, kenapa awak tak nak beritahu pada Qistina yang awak dah nikah juga? Awak suka kat dia kan? Awak tak nak dia tahu,”
“Kenapa? Awak cemburu?”
“Kenapa saya nak cemburu?”
“Kalau awak tak cemburu, kenapa awak tanya macam tu?”
“Tak ada istilah cemburu dalam hubungan kita,” bangkang In.
“In, please. Dengar apa yang saya nak cakap. Bukan saya tak nak beritahu awak semuanya tapi saya ada sebab saya sendiri. Suatu hari nanti awak akan faham,”
“Saya tak faham, saya tak akan faham dan saya tak nak faham. Awak faham?”
In cuba masuk ke bilik tetapi di halang Iqram. Iqram merapatkan tubuhnya kepada In.
“In, kenapa awak tak nak mengaku yang awak turut rasa perasaan tu?”
“Macam mana saya nak mengaku sedangkan saya tak rasa perasan tu ada untuk awak,”
In berkeras untuk melepaskan diri. Iqram akur. In masuk ke bilik lalu menutup pintu. Iqram mengeluh sendiri di luar. Dia tahu In juga mempunyai perasaan sepertinya. Masakan In sanggup menunggunya sehingga lewat malam, memasak untuknya dan genggaman tangan In tempoh hari. Iqram dapat merasakannya, cuma In masih lagi tidak mahu mengakui perasaannya.

Lampu kalimantang terang menerangi ruang makan itu. Iqram memandang komputer ribanya. Dia sedang menyemak tender yang baru sahaja di serahkan oleh bahagian ukur bahan kepadanya petang tadi. Namun fikirannya terganggu.
Iqram memandang bilik In, masih tertutup rapat. In masih lagi marahkannya. Telefon bimbit Iqram berbunyi, menandakan yang dia menerima mesej.

You ingat you selamat selepas apa yg you dah buat pada I?
I akan buat lebih teruk daripada tu.
I akan malukan you & family you.
Siapa tak kenal Ahmad Taufiq kat Johor ni kan?
You akan terima akibatnya.

Natasya yang menghantar pesanan itu. Mahu sahaja Iqram melemparkan telefon bimbitnya itu ke dinding. Tetapi Iqram mengawal perasaan marahnya.
“Tak habis-habis nak kacau hidup aku. Ingat dah berambus dengan jantan lain,”
Iqram cuba memfokuskan kepada kerjanya tetapi fikirannya tetap terganggu. Tiba-tiba Iqram memikirkan ugutan Natasya. Satu persatu masalah muncul di dalam hidupnya. Iqram meraupkan rambutnya ke belakang.
“Tok, tok, tok,”
Kedengaran pintu di ketuk.
Iqram memandang jam dinding di ruang tamu, menunjukkan pukul 9 malam.
Sekali lagi pintu di ketuk tetapi kali ini diiringi salam. Iqram pasti itu suara lelaki.
“Assalammualaikum,” ucap suara itu.
“Waalaikummussalam,” balas Iqram sambil tangannya memulaskan tombol pintu.
Pintu terbuka. Pandangan Iqram dipenuhi dengan lima orang lelaki.
“Ya Encik, ada apa yang boleh saya tolong?” tanya Iqram kepada lelaki berusia empat puluhan itu. Kelihatan lelaki itu seperti ketua mereka.
“Kami dari Jabatan Agama Islam ada menerima aduan terdapat pasangan bukan muhrim berkhalwat di dalam rumah ini,”
Berderau darah Iqram mendengar kenyataan lelaki itu.
“Pasangan bukan muhrim? Saya rasa encik semua dah salah rumah agaknya,”
“Rasanya kami tak salah. Memang nombor rumah ini. Saya harap kamu dapat beri kerjasama,”
“Encik, saya rasa encik dah salah faham ni. Tak ada pasangan bukan muhrim dalam rumah ni,”
In keluar daipada kamarnya setelah mendengar suara asing yang berada di luar. In menjengah.
“Itu siapa?” tanya lelaki itu.
In segera menghampiri Iqram.
“Kenapa ni encik?”
“Kami terima aduan, terdapat pasangan berkhalwat di dalam rumah ni. Saya tak nampak pasangan lain dalam rumah ni melainkan awak berdua. Boleh saya tahu apa hubungan awak dengan lelaki ini?”
Iqram memandang wajah In sebaik sahaja lelaki itu menanyakan soalan itu kepada In.
Pandangan In tepat ke dalam mata lelaki empat puluhan itu.
“Saya isteri dia,” lafaz In dengan penuh yakin.
Ketika itu Iqram merasakan ada sesuatu yang menusuk ke hatinya. Berulang kali ayat itu bermain di fikirannya. In mengakui yang dia isteri kepada Iqram. Pertama kali In melafazkan ayat itu.
“Awak isteri dia?”
“Ya encik. Saya isteri dia,”
Mahu sahaja Iqram memeluk In ketika itu kerana In mengakui yang dia isteri kepada Iqram.
“Encik,” lelaki itu memanggil Iqram. Iqram seperti berkhayal ketika itu. Seperti tidak pecaya dengan apa yang didengar sebentar tadi.
“Encik,” panggil itu lagi.
Iqram tersentak.
“Ya Encik,”
“Boleh tunjukkan bukti?” pinta lelaki itu.
“Boleh, Encik tunggu sekejap. Saya ambil sijil dan kad nikah saya,”


 BAB 60

“Kami semua minta maaf. Kami sendiri tidak sangka yang kami menerima aduan yang salah,” ucap lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Ustaz Hassan itu.
“Tak apa. saya sendiri pun minta maaf kerana menimbulkan salah faham semua ni. Mungkin sebab kami baru pindah kat sini, orang sekeliling salah faham,”
“Sekali lagi saya minta maaf kepada kamu Iqram,”
“Tak apalah ustaz,”
“Kami pun nak minta maaf pada Insyirah. Saya memang tak sangka perkara macam ni terjadi,”
In tersenyum.
“Saya pun tak ambil hati. Niat ustaz baik nak cegah maksiat. Yelah, cuma salah faham je,” balas In.
“Walau apa pun, saya ucapkan banyak-banyak terima kasih kerana telah memberikan kerjasama. Kami pula rasa bersalah,”
“Eh, tak apa ustaz. Saya hanya buat apa yang saya mampu sahaja,”
“Kalau macam tu, kami minta diri dululah. Assalammualaikum,” ucap lelaki itu. Iqram bersalaman dengan mereka semua dan kemudian Iqram menutup pintu semula.
Lega hati Iqram kerana tiada masalah lain yang timbul. Iqram dapat mengagak yang aduan itu angkara Natasya.
“In,” panggil Iqram.
Langkah In terhenti daripada terus masuk ke dalam biliknya.
“Kenapa awak mengaku yang awak isteri saya tadi?”
Badan In beralih, kini wajahnya mengadap Iqram.
“Saya tak nak peristiwa lama berulang lagi. Cukuplah sekali dan terakhir saya ditangkap kalwat bersama awak. Masakan malam ni nak berulang lagi peristiwa khalwat tu. Saya pun tak nak dua kali dipaksa kahwin dengan awak kalau saya tak mengaku yang saya ni isteri awak. Dan saya pun tak nak dituduh untuk kedua kali atas perbuatan yang tak pernah saya lakukan Encik Iqram Iskandar,”
Kenyataan In terus sampai ke hatinya, penuh bermakna setiap ayat yang dilontarkan In.
“Tapi tadi masa awak cakap yang awak isteri saya, saya dapat rasa yang awak sebut dari hati awak, bukan fikiran awak, bukan atas alasan itu,”
“Awak jangan salah faham. Saya mengaku sebab tak nak kejadian tu berulang lagi. Mana ada pasangan yang ditangkap khalwat dan dipaksa nikah kemudian ditangkap khalwat lagi? Cukup sekali saya ditangkap khlwat dengan awak Iqram,”
“Kenapa awak masih lagi nak menafikan perasaan tu?”
“Macam mana saya nak menafikan sedangkan saya tak ada perasaan tu terhadap awak. Awak tak faham-faham ke?”
“Saya yang tak faham-faham atau awak yang tak nak faham dengan perasaan awak sendiri? Saya dapat rasa yang awak ada perasaan tu. Tindakan dan perbuatan awak terhadap saya, saya dapat rasakan semua tu. Saya tahu awak cemburu dengan Qistina. Awak cemburu dia rapat dengan saya. Kenapa dulu awak tak nak marah Natasya? Natasya cuba rapat dengan saya. Kenapa awak tak nak cemburu masa tu?”
“Saya tak pernah cemburu pada sesiapa pun,”
“Dulu awak tak ada perasaan kat saya kan? Sebab tu awak tak cemburu masa tu. Sekarang awak cemburu sebab awak sayang kat saya. Saya dapat rasa In,”
Belum sempat In membuka mulut, sekali lagi pintu itu diketuk.
“Kali ini jabatan agama mana pula nak tangkap kita?”
“Awak ingat saya suka dengan semua ni?”
Suara itu kedengaran.
“Assalammualaikum,”
Iqram terdiam. Dia seperti mengenali suara itu. Pintu itu diketuk lagi.
Sekali lagi suara itu memberi salam.
“Assalammualaikum,”
‘Kenapa macam suara papa?’ tanya hati Iqram.
Iqram mendengar dengan teliti suara itu. Persis suara ayahnya.
“Assalammualaikum,”
In segera ke pintu, memulas tombol pintu itu. Diikuti Iqram berada di belakang In.
“Waalaikummussalam,” balas In.
Pintu rumah terbuka.

No comments:

Post a Comment