Stylo Clique ^_^

Saturday, October 9, 2010

+_BILA TAKDIR ITU BERBICARA_+ (BAB 41-42)


BAB 41

Iqram sedang baring di atas sofa. Dia baru sahaja pulang dari makan malam. Dia berasa bosan berada di rumahnya. Dia mengambil keputusan untuk pergi ke rumah sewanya. Tidak kelihatan kereta milik Bad. Hanya kereta milik Iqbal di perkarangan rumah. Iqram mengagak Iqbal berada di rumah tetapi tekaannya meleset. Iqram pasti Iqbal dan Bad pergi ke gerai makan. Fikirannya kosong walaupun cerita yang ditontonnya itu berunsur komedi. Iqram memejamkan matanya. Iqram cuba mencari ketenangan, cuba memecahkan segala kebuntuan. Pandangannya menjadi gelap. Perlahan-lahan wajah In muncul. In tersenyum di dalam khayalannya. Iqram tersenyum. Perasaaan rindu mula menyelubungi hatinya sedangkan In baru sahaja meninggalkannya sehari. Tiba-tiba satu suara melenyapkan In dari pandangannya.
“Oi, ni dah kenapa? Kenapa kau senyum sorang-sorang?”
Perlahan-lahan Iqram membuka matanya. Iqbal di pandangannya.
“Eh, bila kau balik?” tanya Iqram. Iqram bangun lalu duduk.
Iqbal duduk di sofa hadapan Iqram. Badrul baru sahaja melangkah masuk.
“Aku bagi salam dari tadi kau tak dengar lah ni?” tanya Iqbal.
“Eh, kau ada bagi salam eh?”
 Iqram menanyakan kembali soalan kepada Iqbal.
“Kau tanya aku pulak. Memang sah tak dengar,”
“Mana tak dengar, dah senyum sorang-sorang. Ingat kat Insyirah lah tu,” kata Badrul lalu baring di lantai.
Iqram hanya tersengih.
“Korang ni pergi mana? Makan ke?” tanya Iqram.
“Yalah, mengisi perut yang kosong ni.
“Aku ingat kau dah sesat jumpa jalan balik rumah ni. Kau pergi mana? Aku mesej, tak balas-balas,” tanya Iqbal.
“Tau tak apa. Aku ingatkan dah sesat kat dalam hutan tu. Kau pergi mana? Tak balik-balik rumah. Aku ingat nak jual baju kau. Aku jual kat kedai bundle, dapat juga duit,”
Iqbal dan Badrul sama-sama ketawa.
“Siot kau. Aku pun bayarlah sewa rumah ni. Aku tidur rumah bapak aku,” Iqram berbohong.
“Seminggu kau tidur rumah bapak kau? Ni boleh catat rekod ni,” gurau Badrul.
“Lamanya Iqram. Kau dah ok ke dengan bapak kau?”
“Aku saja je. Dah lama tak balik rumah tu,”
“Ya ke? Aku tak percayalah. Entah-entah kau kahwin lari kat Siam eh?”
“Ha’ah Bad, aku kahwin lari dengan tunang kau kat Siam,”
“Kau nak menipu pun agak-agaklah. Baru semalam aku jumpa tunang aku,”
“Tak adalah. Aku memang stay rumah bapak aku,”
“Kau dah ok dengan mak tiri kau?” tanya Iqbal lagi.
“Biasa jelah. Macam tu jugalah,” jawab Iqram.
“Habis tu, kenapa hari ni balik?” tanya Bad.
“Aku rindu kat korang lah,”
“Cet, naik meremang bulu tengkuk aku ni,” ucap Badrul lalu bangun menuju ke dapur.
Iqbal hanya memerhatikan Badrul. Dia memandang semula wajah Iqram. Ada sesuatu yang disembunyikan Iqram. Iqbal cuba menbaca riak wajah Iqram. Dia tahu, Iqram menyimpan seribu rahsia daripadanya
“Iqram,” panggil Iqbal.
Iqram menoleh.
“Apa?”
“Betul kau tak ada apa-apa?”
Iqbal kenal benar dengan rakannya itu. Dari air muka Iqram, Iqbal dapat mengagak ada sesuatu yang berlaku ke atas Iqram. Iqram tersenyum.
“Betul. Tak ada apa-apa,”
“Aku tengok muka kau pun aku tahu Iqram. Kau ada masalah kan?”
Iqram tidak menjawab pertanyaan itu.
“Kau  tak pernah buat macam ni. Kau tak jawab mesej kitorang, tak angkat bila aku call. Kau mana pernah tidur rumah bapak kau tu sampai seminggu,”
Jari jemari Iqram ligat menekan-nekan punat alat kawalan jauh. Dia sendiri tidak tahu apa yang sedang bermain di fikirannya. Perlukah dia menceritakan semuanya kepada Iqbal ataupun sebaliknya.
“Tak ada apa-apalah. Kalau ada masalah pun, aku boleh handle,”
Iqbal hanya menggeleng-gelengkan kepala. Dia faham dengan sifat Iqram yang perahsia itu. Ada sesuatu yang cuba disembunyikan Iqram. Begitulah Iqram, setiap kali ada masalah, dia tidak mahu menceritakan kepada rakannya meskipun didesak beberapa kali.
Badrul keluar semula daripada dapur setelah selesai keluar daripada tandas.
“Iqram, dua tiga hari lepas bekas girlfriend kau tu datang. Sibuk cari kau malam-malam buta,” kata Badrul.
“Lain kali kali kalau dia datang, kau buat tak tahu je,”
“Habis tu, dah memekak kat luar pagar tu, siapa tahan. Aku keluar lah. Aku cakap kau tak ada. Lepas tu dia nak mengamuk pulak. Dia cakap kau ada perempuan lain,” terang Badrul.
“Mesti dia cakap pasal In lah tu,” sambung Iqbal.
Iqram malas mahu mendengar cerita basi Natasya.
“Eh, dia tahu eh yang kau suka In?” tanya Bad.
“Dia tahu. Tak habis-habis nak salahkan In. Padahal sendiri yang salah,” balas Iqram.
“Kau tak cakap dengan dia ke?”
“Dah cakap. Biasalah, perempuan gedik tak reti bahasa,”
“In macam mana?” tiba-tiba Iqbal menanyakan soal In kepadanya.
Peristiwa tengahari tempoh hari menggamit kembali ingatan Iqram. Kasihan In diperlakukan begitu. Natasya tidak sepatutnya menghina In sebegitu. In langsung tidak bersalah. Mahu sahaja Iqram menampar mulut Natasya yang lancang itu tetapi dia lebih memikirkan In yang sedang terluka ketika itu. Iqram tidak mampu untuk berkata-kata. Hanya senyuman yang Iqram berikan untuk menjawab pertanyaan Iqbal.

In menutup perlahan-lahan surah Yassin. Surah itu baru sahaja dia hadiahkan kepada Aiman Zafirul. Air mata itu mengalir perlahan-lahan. Indah selesai menyiram air ke atas timbunan tanah kubur Zaf. Indah bangun. Dia dapat melihat manik jernih mengalir di pipi In. Indah melangkah pergi menuju ke kereta. Indah membiarkan In keseorangan di situ. Indah mengerti perasaan anaknya. Kehilangan orang yang tersayang seolah-olah hati juga turut hilang bersama. Perasaan dan jiwa turut lenyap. Sama seperti peraaannya ketika kehilangan suaminya suatu ketika dahulu. Indah memberi ruang kepada In untuk melepaskan segala-galanya.
“Sayang,” suara In bergetar.
“In rindukan Zaf. Terlalu rindukan Zaf,”
Perasaan In tidak menentu ketika itu. Dia sedih, rindu, pedih, semuanya menjadi satu.
Perlahan-lahan In menabur kelopak bunga di atas kubur Zaf.
“Zaf, In redha dengan pemergian Zaf. Walau apa pun, perasaan sayang In pada Zaf tak pernah berubah,”
In menyiram air dari atas ke bawah. Diulangi sebanyak tiga kali sehingga air di dalam botol itu habis.
“Terima kasih kerana pernah membahagiakan In. Terima kasih kerana menyayangi In. Terima kasih kerana menjadikan In insan teristimewa dalam hidup Zaf. Terima kasih kerana pernah menempatkan In di dalam hati Zaf. Semoga roh Zaf berada di kalangan orang yang beriman,”
Satu-persatu kenangan bersama Zaf menggamit fikiran In. Kenangan itu begitu manis dan indah bagi In sehingga In sukar untuk melupakan segala-galanya. Perkara yang membuatkan In tekilan ialah pemergian Zaf. Pemergian Zaf umpama angin malam yang dingin terasa di tubuh. Tidak dapat dilihat tetapi dapat dirasa kedinginannya sehingga ke tulang. Begitulah pemergian Zaf. Pemergiannya tidak diketahui oleh In tetapi kesannya begitu pahit untuk ditelan, begitu sukar untuk diterima,begitu pedih untuk ditanggung. Namun, jauh di sudut hati In, In redha dengan pemergian Zaf. Dia sentiasa berdoa roh Zaf berada dalam keadaan tenang di sana.
“Zaf……In sayangkan Zaf,”

BAB 42

Tiisan air mula gugur. Terasa beberapa titis air di pipi In. In mendongak ke langit. Langit berwarna gelap. In melihat jam tangannya. Tepat menunujukkan pukul 5.30 petang. In mempercepatkan langkah menuju ke pondok bas berhampiran. Mula kedengaran bunyi hujan turun. Sedikit sebanyak mengganggu pendengaran. In duduk di bangku konkrit itu. Terasa dingin. Tubuh In hanya diselimuti sehelai kemeja dan seluar slack. In menggosok-gosok kedua tapak tangannya. Cuba menghangatkan tubuhnya. Bas terasa lambat tiba. Air hujan mula tempias, mengena tubuh In. Kereta Gen-2 berwarna kuning berhenti di pondok bas itu. In kenal dengan pemilik kereta itu. In dapat mengagak niat Iqram berhenti di situ. Iqram keluar, dia berlari-lari anak menuju ke tempat teduh berhampiran In. Kelihatan beberapa orang turut sama menunggu ketibaan bas.
“Saya tak nak,” ucap In.
Iqram memandang In, memberikan reaksi pelik.
“Apa yang awak tak nak?” tanya Iqram.
In menjeling.
“Saya tak nak balik dengan awak,”
“Tapi saya tak cakap apa-apa pun,”
“Saya ni tak buta lagi untuk baca bahasa tubuh awak Encik Iqram,”
Iqram tersenyum.
“Saya pun tak buta lagi untuk baca bahasa tubuh awak yang dalam kesejukan Cik Insyirah,”
“Biarlah. Saya yang sejuk, bukannya awak,”
“Tapi saya risaukan awak,”
“Terima kasih je,” ucap In, acuh tidak acuh.
Suara In tenggelam timbul di telinga Iqram.
“Apa? Awak terima kasih saya?”
“Saya malas nak cakap dengan orang yang ada telinga tetapi pura-pura pekak,”
Iqram hanya tersenyum.
“Dahlah, hujan-hujan macam ni pun awak masih nak gaduh dengan saya?”
In tidak menghiraukan kata-kata Iqram.
“Jom, kita balik sama-sama. Kita duduk serumah. Tak salah saya hantar awak. Lagi pun hujan lebat ni. Mesti tak selesa naik bas,”
“Saya lagi selesa naik bas daripada naik kereta awak,”
Iqram mengeluh, dia cuba berlembut dengan kerenah In. Iqram tahu hati In keras tapi boleh lembut dengan membuat pertimbangan yang betul.
“Awak tak ada sivik eh?”
“Awak jangan nak mulakan lagi eh. Saya dah cakap banyak kali, awak yang tak ada sivik sebenarnya,”
Iqram tersenyum. Terserlah ketampanannya. Iqram hanya menggeleng-gelengkan kepala. Setiap kali mereka membuka mulut, pasti perang mulut yang akan timbul.
“Insyirah,” panggil Iqram, lembut.
Perlahan-lahan In menoleh.
“Biar saya hantar awak sebagai seorang kawan,”
Hati In agak terkejut dengan permintaan Iqram. Dia cuba mencari jawapan di wajah Iqram untuk soalan yang bermain di fikirannya. Apakah muslihat Iqram? In tidak memberikan sebarang reaksi, hanya pandangan tajam yang diberikan.
“Ok, macam nilah. Kita mulakan dari awal. Hai, nama saya Iqram Iskandar. Saya nak jadi kawan awak. Nama awak?”
“Awak ni kenapa?”
“Mm? Nama awak, awak ni kenapa?” gurau Iqram.
In menahan geram.
“Insyirah,” balas In.
“Insyirah je?”
“Ilham Nur Insyirah. Tak nak tau nama ayah sekali?” sindir In.
Iqram memberikan pandangan yang tajam sambil memberikan senyuman. In seperti kalah dengan pandangan itu lalu dia memandang ke arah jalan raya.
“Sedap nama tu,”
In seolah-olah tidak mendengar kata-kata Iqram.
“Saya hantar awak balik? Tak salahkan seorang kawan nak tolong kawannya?” tanya Iqram, penuh harapan agar In bersetuju.
“Terima kasih Encik Iqram. Saya boleh balik naik bas,”
“Tapi, tak baik menolak pertolongan yang dihulurkan oleh seorang kawan. Tak ada sivik namanya tu,”
In mengetap bibirnya, menahan geram terhadap kerenah Iqram. Dia malas mahu bertekak dengan Iqram. Seluruh tubuh In terasa sejuk.
“Saya hantar ya?”
“Tak nak,”
“Insyirah, saya sebagai kawan awak rasa bertanggungawab untuk tolong awak,”
In membisu.
“Ok, kalau awak tak nak balik dengan saya tak apa, tapi saya boleh balik naik bas dengan awak kan?”
In memberikan reaksi pelik.
“Awak gila?”
“Tak. Saya Cuma nak tolong kawan saya,”
Sekali lagi In mendiamkan diri. Tiba-tiba In mendapat idea untuk mengelak. Dia merasakan alasan itu cukup munasabah dan perkara itu mustahil berlaku.
“Ok, saya akan balik dengan awak tapi dengan syarat,”
“Syarat? Apa dia?”
“Saya akan balik dengan awak kalau……,”
“Kalau apa?”
“Kalau ada orang yang nyanyi lagu Hindustan lalu kat depan kita ni,”
Kali ini Iqram pula memberikan reaksi pelik.
“Orang nyanyi lagu Hindustan? Mana ada. Siapa yang nak nyanyi time hujan-hujan macam ni,” Iqram cuba memprotes.
“Terserah awak. Kalau awak tak nak tak apa, saya tak rugi apa-apa,”
Iqram menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Iqram merasakan perkara itu agak mustahil untuk berlaku.
“Tapi, mana ada orang nak nyanyi. Lagu Hindustan pulak tu,”
In mengangkat bahunya.
“Terpulang awak. Saya tak paksa,”
Hati Iqram mengalah.
“Ok, saya setuju,”
“Baiklah. Dalam masa sepuluh minit, kalau tak ada orang nyanyi lagu Hindustan lalu kat depan kita, maknanya saya naik bas,”
“Sepuluh minit je? Mana boleh. Sekejap sangat,”
“Awak tak nak tak apa,”
Iqram menghembuskan nafasnya perlahan-lahan.
“Ok, saya setuju,”
In tersenyum lebar. Iqram duduk di sebelah In. Hatinya berdoa perkara itu berlaku. Meskipun dia dapat merasakan perkara itu agak mustahil untuk menjadi kenyataan. Iqram memerhatikan jam tangannya. Beberapa saat telah berlalu. In mula tersenyum sendiri melihat gelagat Iqram. Iqram seperti keresahan. Iqram memandang ke kiri dan ke kanan, mengharapkan orang yang lalu di hadapannya menyanyikan lagu Hindustan. Dia terpandang seorang perempuan sedang memakai alat pendengar telefon. Dia mengharapkan perempuan itu menyanyi tetapi hampa harapan Iqram. Masa terus berlalu. Hanya kedengaran hujan membasahi bumi.
“Boleh tak awak tukar syarat awak tu? Macam mustahil benda tu nak berlaku,”
“Saya tak nak tukar,”
Iqram mengeluh.
“Kenapa? Dah mengaku kalah?”
“Tak, saya tak mengaku kalah. Belum sepuluh minit lagi,”
“Lebih baik awak balik je Iqram,”
“Kenapa? Saya masih ada peluang lagi,”
Kata-kata Iqram masuk ke dalam telinga In. In tidak membidas. Dia melhat jam tangannya, ada berbaki lima minit. In menoleh ke kiri dan kanan dan tiba-tiba dia melihat bas ke destinasinya tiba. In bangun.
“Awak nak pergi mana?”
“Baliklah,”
“Naik apa?”
“Tu,” ucap In sambil jarinya menunjuk ke arah bas.
“Tapi ada lagi lima minit,”
“Tapi bas saya dah sampai,”
“Tak kan Ilham Nur Insyirah nak mengelak daripada kenyataan sendiri?”
Ayat Iqram itu menusuk ke hatinya. Dia mengerti maksud Iqram. In duduk kembali. Iqram masih lagi menanti. Egonya tercabar.
“Awak tak rasa ke benda tu mustahil nak berlaku?”
“Saya percaya perkara mustahil tu boleh berlaku,”
“Awak ni memang degil kan? Masih tak faham-faham yang alasan saya tu bukan saya betul-betul maksudkan. Saya memang tak nak balik dengan awak. Syarat yang saya buat tadi just nak elakkan diri saya daripada awak,” suara In tenggelam dengan bunyi rintik hujan.
Iqram memandang mata In.
“Jadi, awak nak cakap yang awak ni Puteri Gunung Ledang yang menolak permintaan Sultan Mahmud. Macam tu?”
“Lebih kurang,”
“Tapi saya akan pastikan yang saya bukan Sultan Mahmud,”
Iqram cuba bermain kata-kata dengan In.
“Saya tak nak,”
“Awak cakap tak nak tapi mungkin awak mahu,”
Belum sempat In membuka mulut, tiba-tiba In terdengar sesuatu.

“Tujhe de kato ye jana sanam, pyar hota hai dewana sanam,”

Iqram dan In saling berpandangan. Iqram memandang lelaki itu. Dari air muka lelaki itu, Iqram dapat mengagak yang lelaki itu warga asing yang berasal dari Bangladesh. Lelaki itu telah melepasi mereka. In terkesima, terkejut dengan apa yang berlaku. Iqram memandang In. Air muka In berubah.
“Kan saya dah cakap. Saya bukan Sultan Mahmud. Saya rasa kita memang dah di takdirkan bersama In,”
In segera bangun.
“Eh, nak pergi mana pulak?”
“Saya nak tepati janji saya,”
Iqram tersenyum.
“Awak tunggu sini. Saya pergi ambil payung,” arah Iqram.
In hanya menuruti. Dia sendiri tidak menyangka kejadian itu akan berlaku. In mula merasakan sesuatu di dalam hatinya. Kenapa jadi begini? Adakah ia memang takdir? Perkara itu dirasakan mustahil berlaku tetapi ia telah terjadi. Adakah ALLAH telah menulis semuanya dan jadi begini akhirnya? Soalan itu mula bermain di fikirannya.
Iqram berada di hadapan matanya.
“Jom. Kita balik,” ucap Iqram sambil menghalakan payung ke arah In. In menuruti. Iqram membuka pintu kereta untuk In. In masuk lalu pintu kereta ditutup. Ada sesuatu yang bermain difikiran dan hatinya. In tidak tahu tapi apa yang pasti perasaan itu dirasa apabila Iqram bersamanya.

4 comments:

  1. Tertinggal g kat begitu "Peristiwa tengahari tempoh hari menggamit kembali ingatan Iqram. Kasihan In diperlakukan beitu"

    Ha ayat ni aku agak pelik aku rase iqram yg last tu snaye name IN kn? "Iqram mengeluh, dia cuba berlembut dengan kerenah Iqram"..

    wei jgn mara tau aku tegur ko, aku nak ko perfect je xde error dalam novel ni.. :)

    ReplyDelete
  2. okey2..sudh dibetulkan..
    tq..
    sye ni hanya insan biasa..
    tidak pernah sempurna..=)

    ReplyDelete
  3. ele geli jerk aku dengoo.hehe

    eh ko mara x aku tegur2 ko ni?
    takot gak ko kecik ati.

    ReplyDelete
  4. ko mne phm bhs org seni ni..
    seni itu halus..
    ade tp org tertentu je nmpk..
    tegurla zara..
    sesungguhnya dri ini penulis kerdil yg sentiasa memerlukan kritikan yg mbina..

    ReplyDelete