Stylo Clique ^_^

Saturday, October 2, 2010

+_BILA TAKDIR ITU BERBICARA_+ (BAB 1-2)

BAB 1

Matanya masih lagi terbuka luas. Fikirannya melayang. Kosong. Meskipun letih tetapi dia masih tidak dapat melelapkan matanya. Pertemuannya dengan gadis itu untuk kali kedua, menyebabkan hidupnya sedikit terganggu. Jam dinding menunjukkan pukul 1.30 pagi. Pesanan ringkas yang diterima dari Natasya langsung tidak dibalas. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk membaca novel “Harry Potter and The Half Blood Prince”. Masih ada lagi separuh buku yang belum dibacanya. Tidak sampai sepuluh muka surat, akhirnya dia terlelap.

Kakinya terus melangkah,tidak tahu arah mana yang ingin dituju. Namun niat hati tetap ingin meneruskan perjalanan. Sekelilingnya hanya pokok dan ditemani kicauan burung hutan. Keringat peluh mula membasahi tubuh. Sambil kaki melangkah, fikirannya bercelaru. Bertubi-tubi persoalan mula menyelinap ke kotak fikirannya. Kenapa aku di sini? Ke mana arah tuju ku? Di mana harus aku berhenti?
Dia memandang ke langit. Panas terik matahari membuatkan tekaknya kering, dahaga. Telinganya mula terdengar sesuatu. Semakin kakinya melangkah, bunyi itu semakin hampir. Senyuman mula terukir dibibirnya. Air terjun kelihatan di pandangannya. Persekitaran yang dingin membuatkan dia terasa nyaman. Dia mula membasuh mukanya. Belum sempat dia membasahi tekak, matanya terpandang seseorang. Insan yang bernama wanita itu melemparkan senyuman ke arahnya. Terserlah lasung pipit di pipi kanannya. Tanpa disedari senyuman iu dibalas. Pandangan mereka bertaut.

Iqram membuka matanya.
“Astaghfirullahalazim,”
Jam menunjukkan pukul 6.15 pagi. Iqram segera bangun.


BAB 2

Morning,” ucap Iqram.
Morning, awal kau bangun hari ni?” tanya Iqbal.
Iqram hanya tersenyum.
“Kau nak sarapan tak?” tanya Badrul.
“Sarapan? Hantu mana datang kat rumah ni hantar nasi goreng? Siapa yang rajin sangat buat sarapan ni?” soal Iqram setelah melihat semangkuk nasi goreng dan air teh terhidang di atas meja.
“Entah mimpi apa Iqbal rajin buat nasi goreng pagi-pagi buta ni,”
“Dah kira untung aku mimpi puteri kayangan turun ke bumi, kalau tak, kau tak merasa nasi goreng yang sedap ni tau,” balas Iqbal.
“Perasan la tu,” kata Badrul.
“Cakap pasal mimpi ni, korang pernah mimpi yang sama banyak kali?” tanya Iqram.
“Mimpi sama? Mimpi basah eh?” gurau Iqbal.
“Tulah yang kau tau, mimpi basah je,”
Iqbal tersengih.
“Ni mimpi lain. Pelik,”
“Aku tak pernah. Mimpi yang sama berulang? Kenapa kau tanya?” balas Badrul.
“Aku mimpikan seseorang,”
“Seseorang?”

Matahari mula memancarkan sinarnya. Ditemani kicauan burung yang sedang berterbangan keluar daripada sarang. Keringat mula menitik. Zaf dan In berhenti seketika.
“Penat?” tanya Zaf.
“Penat juga. Dah lama tak jogging,” balas In.
“Kenapa?”
“Masa belajar, tak ada masa. Bila bangun pagi, celik mata je kena pergi kelas. Banyak sangat assignment,” balas In.
“Patutlah sayang Zaf ni dah berisi,”
“Mana ada. Naik 2kg je,”
“Ha..berisi la tu. Kena rajin jogging,”
“Tak ada orang temankan,”
“Kan sekarang Zaf temankan,”
“Bukan selalu In dapat jumpa Zaf,”
“Sayang, In kena faham keadaan Zaf. Family Zaf bergantung pada Zaf juga. Sebab tu kita jarang boleh jumpa,”
“Ok..In faham,”
“Dah lama kita bersama kan? Sejak sekolah sampai sekarang. Dari kita sama sekolah sampai In sambung belajar hingga ke hari ini, Zaf tak akan sia-siakan sayang,”
Thank you,”
“Jom, kita balik eh?”
“Singgah rumah tak? Mak mesti dah buat sarapan,” ajak In.
“Insya Allah, boleh juga,”

Kereta milik Zafirul mula memasuki perkarangan rumah In. Kelihatan air terjun buatan di satu sudut di halaman rumah. Selain itu pelbagai jenis bungaan terdapat di sekitar kawasan rumah.
“Tak banyak sangat yang berubah, Cuma ada tambahan kolam ikan kat tepi sana” ucap Zafirul setelah melihat Puan Indah sedang memberi makan kepada ikan di tepi kolam.
“Memanglah. Dah lama Zaf tak datang rumah. Jom, kita jumpa mak,”ajak In.
Zafirul tersenyum. Mereka keluar dari kereta. Bunyi pintu kereta ditutup menarik perhatian Puan Indah.
“Assalammualaikum mak,”
“Waalaikummussalam. Eh, Zaf. Dah lama tak datang rumah cik,” ucap Puan Indah setelah melihat Zaf di sisi In. Panggilan Cik adalah untuk singkatan Mak cik bagi Puan Indah untuk Zafirul.
“Sibuk sikit Cik. Ada kerja kat KL,” balas Zafirul.
“Baru balik jogging ni mesti penat. Cik dah siap buat sarapan. Kita sarapan sekali la,” ajak Puan Indah.
“Terima kasih Cik. Saya langkah kanan pagi ni,”
“Tak apalah. Pagi-pagi lagi rezeki dah datang,” ucap In.
Mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Kelihatan gambar keluarga Puan Indah tergantung di dinding. Zafirul terpandang seorang lelaki di dalam gambar itu.
“Afiq mana? Tak nampak pun dari tadi,” tanya Zafirul.
“Ada, kat bilik lagi la tu,” balas Puan Indah.
“Tengah cuti semester. Balas dendam la. Bayar balik hutang tidur,” tambah In lagi.
“Balas dendam? Tak cukup tidur ke?”
“Dia cakap banyak sangat assignment. Tak cukup tidur,”
“Dia belajar kat mana?”
“Kat Politeknik Merlimau. Ambil jurusan senibina,”
Not bad,”
“Siapa kakaknya,”
“Eleh. Perasan,”
“Nak In cubit?”
“Cubitlah. Biar mak nampak,”
“Sudah-sudahlah tu. Mari sarapan. Cik ada buat nasi lemak,”
“Zaf duduk dulu, In nak pergi tolong mak sediakan sarapan. Zaf nak minum air apa?”
“Tak kisah, janji In yang buat,”
In tersenyum manis.
In pergi ke dapur, membantu ibunya menyediakan sarapan. Beberapa minit kemudian Puan Indah menghidangkan nasi, sambal tumis, ikan bilis, telur rebus dan ayam goreng.
“Zaf, jangan malu-malu. Makan ya. Kalau tak sedap, Cik minta maaf la,”
“Eh, jangan la macam tu Cik. Mesti sedap. Saya ni pun beruntung. Datang-datang rumah Cik dapat makan,”
“Ala, tak apa. Cik memang dah selalu buat sarapan. Kakak, dah siap belum air teh tu?”
“Dah siap mak,” balas In lalu keluar.
“Hidang air tu,” arah Puan Indah.
“Zaf memang dah tak duduk sini lagi?”
“Duduk juga Cik. Tapi jarang la balik sini. Family pun masih duduk sini. Zaf kat sana kerja,”
“Cari duit lebih ya?”
“Tak adalah Cik,”
“Apa salahnya, kumpul duit untuk In,”
“Mak, merepek je,”
“Cik tak kisah kalau Zaf pilihan In. Zaf dengan In pun dah lama berkawan. Sejak sekolah lagi. Kalau In bahagia, itupun dah memadai untuk Cik.
“Insya Allah Cik,”
Zaf dan In berpandangan. Mereka tersenyum.
“Zaf, jemput makan,”
“Terima kasih Cik. Tak ajak Afiq makan?”
“Kalau tunggu Afiq, tengahari nanti baru sarapan,” balas In.
“Tak apa, kita makan dulu. Cik ada tinggalkan untuk dia,”

1 comment:

  1. ngee...bru nk mula baca...so harap cik penulis tak marah kalau kt sini nanti penuh komen2...hihihi

    ReplyDelete