Stylo Clique ^_^

Saturday, September 4, 2010

+_C.E.R.P.E.N: CINTA INDAH_+ (published: REMAJA, 1 OGOS 2009)

COVER remaja 1 OGOS 2009

       Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi. Pagi itu Hanif memakai baju T berlengan pendek berwarna hitam serta seluar jeans berwarna biru lusuh.
Dia memakai beg simpang dan membawa sebuah buku. Tertera tulisan di kulit buku itu “Highway Engineering”.
“Anip nak pergi kelas?” soal abangnya, Haziq.
“Ya bang,” balas Afif Hanif.
“Kalau nak sarapan, sarapan dulu. Abang tadi ada beli nasi lemak kat warung depan,”
“Abang tak makan sekali?” ajak Hanif setelah melihat Haziq leka melukis sesuatu.
“Tak apa. Abang dah makan tadi,” balas Haziq tanpa melihat adiknya.
Tindakan Haziq itu menarik perhatian Hanif untuk melihat lukisan apa yang sedang dilukis oleh abangnya. Haziq sedang melukis seseorang.
“Siapa ni bang?”
“Abang pun tak tahu,”
“Tak tahu? Selalunya abang lebih suka lukis pemandangan. Tiba-tiba lukis gambar orang. Perempuan pulak tu,”
“Abang tak tahulah Anip. Dah lama wajah perempuan ni dalam fikiran abang. Abang pun tak pasti. Abang tak pernah jumpa dia, tapi terasa nak melukis dia,”
“Tak pernah jumpa tapi boleh lukis? Anip tak fahamlah orang seni ni. Jiwa halus,”
“Kadang-kadang kita sendiri pun tak faham dengan diri kita, macam mana kita nak faham orang lain,”
“Baru je Anip cakap. Cara orang seni cakap memang lain. Pening kepala Anip. Oklah bang, Anip pergi dulu. Ada kelas pukul 10 ni,”
“Baik-baik bawa motor,” pesan Haziq.

       Hanif masuk ke dewan kuliah. Dalilah memanggil Hanif sambil memberi isyarat duduk disebelahnya. Hanif menuruti.
“Awal kau sampai D?”
“Awal ke? Tak adalah. Anip, pinjam assignment math kau,”
“Kat rumah lah. Kan esok nak submit. Bukannya hari ni,”
“Aku tak siap lagi,”
“Nanti habis kelas, kau ikut aku balik rumah,”
“Buat apa pergi rumah kau?”
“Ambil assignment la, takkan kau nak mandi kat rumah aku pula,” gurau Hanif.
Dalilah tersengih.
Iman masuk ke dewan kuliah. Hari ini merupakan hari pertama dia mengajar untuk modul “Highway Engineering”.
“Eh, lecturer baru ke?” tanya Dalilah.
Hanif memandang ke arah Iman.
“Maybe. Puan Nadia tak ajar lagi ke?”
“Mana aku tahu. Tapi muka dia macam baya kita je kan ? Aku ingat student baru masuk,”
Hanif terus memandang wajah Iman.Rasanya baru pagi tadi dia melihat wajah itu.
“Ok class. Can we start class now?”
Suasana dewan yang dari tadinya agak bising tiba-tiba menjadi sunyi.
“My name is Ms. Iman Nur Balqis. But you can call me Cik Iman and I will take over this class from Mrs Nadia for this semester,” ucap Iman, memperkenalkan diri.
“Actually, saya pun tak nak begitu formal sangat dalam kelas ni. Saya tak nak ada batas antara kita. Jadi, kita mulakan kelas sekarang?”
“Boleh Cik Iman,” jawab salah seorang pelajar di dewan itu.
“Thanks for reply. Mrs Nadia told me that I will teach all of you start from third topic and I will cover the last topic. Maybe we should have extra class,”
“Alamak, extra class pula,” rungut Dalilah lalu memandang Hanif.
Hanif masih lagi memandang Iman.
“Anip, kau kenapa ni? Dah jatuh cinta dengan lecturer baru ni ke?”
“Tak. Aku pernah nampak dia,”
“Pernah nampak dia? Kat mana?”
“Aku cakap dengan kau, mesti kau tak percaya,”
“Kenapa pula? Cerita la,”
“Nanti habis kelas aku cerita,”
“Anything problem?” soal Iman ke Hanif dan Dalilah.
“Nothing Cik Iman,” balas Hanif.

Hanif pulang ke rumah. Dalilah mengekorinya dengan kereta. Kereta milik Haziq tiada di perkarangan rumah. Hanif membuka pintu seluas-luasnya.
“Siapa ada kat rumah kau?”
“Tak ada siapa pun,”
“Abang kau?”
“Tak ada. Mungkin dia pergi Persada Galeri kot,”
“Persada Galeri? Buat apa?”
“Dia ada pameran minggu depan. Maybe ada benda yang nak kena buat,”
“Wah, buat pameran. Mesti lukisan dia gempak kan ?”
“Boleh tahanlah. Eh, kau duduk dulu, aku naik atas, ambil assignment math kejap,”
Dalilah memandang sekeliling. Terdapat beberapa lukisan pemandangan. Pemandangan nelayan pulang dari laut ketika waktu senja itu menarik perhatiannya. Begitu juga dengan lukisan burung sedang berterbangan di langit pada waktu pagi. Mengagumkan. Dalilah terpandang lukisan yang terletak di atas meja. Lukisan itu lain daripada yang lain. Dalilah cuba mengenalpasti wajah siapa di dalam lukisan itu.
“D, ni assignment tu,” kata Hanif sambil menghulurkan tugasannya kepada Dalilah.
Daliliah terdiam, memerhatikan lukisan itu.
“Kenal ke?”
“Ni bukan Cik Iman ke?”
“Itu yang aku fikir masa kelas tadi,”
“Abang kau ada apa-apa ke dengan Cik Iman?”
“Untuk pengetahuan kau, abang aku jarang lukis gambar orang. Biasanya dia lebih suka lukis pemandangan. Pagi tadi aku nampak dia khusyuk gila melukis. Rupa-rupanya dia lukis gambar perempuan ni and the best thing is abang aku tak pernah jumpa dia,”
“Tak pernah jumpa? Habis tu macam mana boleh lukis dia?”
“Kau percaya tak kalau aku cakap yang abang aku lukis Cik Iman berdasarkan perasaan, naluri dan hati dia?”
Dalilah terdiam lagi lalu menggelengkan kepala.
“Tak percaya?”
“ Susah nak percaya,”
“Aku banyak kali cakap dengan abang aku yang orang seni ni memang pelik,”
“Macam tak percaya, macam cerita dongeng pula,”
“Rasanya macam pagi tadi aku nampak dia dalam lukisan, tiba-tiba tak lama lepas tu dia muncul pula,”
“Apa kata kau temukan abang kau dengan Cik Iman. Mesti dia terkejut yang perempuan dalam lukisan ni wujud,”
“Macam mana?”

“Ok class. Our class end today but here; I have your assignment about road construction
materials and testing. You must submit this assignment next week on my table. Is anything problem?” tanya Iman kepada pelajarnya.
“Kalau tak ada apa-apa, awak semua boleh bersurai,” kata Iman setelah melihat pelajarnya tidak menunjukkan sebarang masalah. Dewan kuliyah mulai kosong.
“Cik Iman,” panggil Hanif. Dia ditemani Dalilah.
“Ye Hanif, Dalilah. Ada masalah pasal assignment yang saya bagi ke?”
“Tak adalah Cik Iman,” balas Dalilah.
“Habis tu? Kenapa? Tak faham apa yang saya ajar hari ni?”
“Bukan macam tu. Cik Iman suka dengan lukisan?”
“Lukisan? Mm..boleh lah. Kenapa awak tanya?”
“Saya ada pas masuk ke pameran lukisan di Persada Galeri. Saya nak kasi Cik Iman,”
Awak nak kasi saya?” tanya Iman sambil menunjukkan reaksi yang pelik.
“Sebenarnya ni pameran abang saya,”
“Abang awak pelukis?”
“Ya. Dia ada bagi saya beberapa keping pas masuk. Jadi saya ingat nak kasi Cik Iman,”
Kata Hanif lalu menghulurkan 2 keping pas masuk kepada Iman.
“Terima kasih. Tapi kenapa bagi saya 2 keping?”
“Tak apalah, mana tahu Cik Iman nak bawa kawan,”
“Insya Allah. Terima kasih Hanif,”
“Sama-sama Cik Iman,”

Iman pergi ke Persada Galeri bersama Khairul, teman lelakinya. Terdapat banyak lukisan pemandangan terdapat di galeri itu. Lukisan pemandangan sungai yang jernih sehinggakan kelihatan anak-anak ikan berenang menarik perhatianya. Dia kagum dengan hasil kerja pelukis tersebut. Dia beralih ke lukisan lain, pemandangan nelayan pulang dari laut ketika waktu senja. Seolah-olah ada mesej yang ingin disampaikan pelukis. Iman dapat merasakan betapa kuatnya semangat nelayan mencari rezeki untuk menyara keluarga mereka.
“You tak boring ke tengok lukisan ni?’ soal Khairul.
“Taklah. Semuanya cantik-cantik. Setiap lukisan ada mesejnya tersendiri. Tak kan you tak dapat rasa?”
Dari jauh ada seseorang memerhatikan Iman. Iman terus melihat lukisan-lukisan tersebut sehingga dia terpandang satu lukisan yang lain daripada yang lain. Bukan gambar pemandangan. Wajahnya berada di lukisan itu.
“Is that you?” tanya Khairul.
“Macam I. I don’t know,” balas Iman.
“Memang muka you. Kenapa semua lukisan pemandangan, tapi satu je lukisan potret dan lukisan itu adalah you,”
“I tak tahu Khai. Setahu I, I tak pernah minta siapa-siapa lukis muka I,”
“Assalammualaikum,” sapa Haziq.
“Waalaikummussalam,” balas Iman.
“Maafkan saya, saya yang lukis gambar ni,”
“Awak abang Hanif?”
“Ya, saya. Awak kenal Hanif?”
“Dia student saya. Dia yang bagi saya pas masuk pameran ni,”
“Saya Afiq Haziq,” ucap Haziq sambil menghulurkan tangan kepada Iman.
“Saya Iman Nur Balqis. Panggil Iman je,” ucap Iman sambil menyambut tangan Haziq.
“Dan ini, Khairul,”
Mereka bersalaman.
“Macam mana you boleh lukis Iman? You kenal Iman?” tanya Khairul seperti kurang senang dengan kedatangan Haziq.
“Saya pernah nampak dia,” kata Haziq, berbohong tapi sememangnya dia pernah jumpa Iman tetapi bukan di alam nyata.
“Kat mana? Kenapa you nak lukis gambar dia? Lagi pun banyak lagi perempuan kat Malaysia ni yang you boleh lukis,”
“Stop it Khai. I pun tak banyak tanya. Macam you pula yang kena lukis,”
“Saya minta maaf kalau saya melukis Cik Iman tanpa pengetahuan Cik Iman,”
“Tak apa. It’s ok. Tak payah la panggil saya Cik. Panggil Iman je. Cantik lukisan-lukisan awak. Walaupun saya tak faham sangat pasal seni ni, tapi saya kagum dengan hasil kerja Encik Haziq,”
“Terima kasih. Tak payahlah berencik dengan saya. Rasa macam orang pangkat besar pula,”
“Actually,untung ke melukis ni?”tanya Khairul, penuh sindiran.
“Tak adalah untung sangat. Cukup untuk saya dan keluarga saya. Lagipun hidup ni bukan macam tekan suis, lampu terus menyala” jawab Haziq.
“Berapa income? Tak adalah, biasa lukisan macam ni, banyak kat tepi jalan,”
“Khai, stop it,” marah Iman.
“Why? Apa salah I?”
“I’m so sorry. This is my card. Saya suka tengok lukisan Haziq. Mungkin lain kali kita boleh berbual. Saya minta diri dulu,”

“I tak suka you tanya Haziq macam tu,”
“Why? Salah ke I tanya macam tu?”
“Memang salah,”
“Kenapa you nak bela dia pula? Oo..sebab dia dah lukis gambar you, tu yang you nak bela dia?”
“Khai, I tak pernah cakap macam tu pun. Lagipun cara you tu macam menghina dia,”
“Iman, you baru je kenal dia. Kenapa nak marah I?”
“Even kalau you tanya macam tadi pada orang lain pun I tetap salahkan you,”
“Entah-entah you suka kat dia,”
“Khai, kenapa you nak cakap macam tu? Kenapa nak salahkan I pulak?”
“Habis tu, kenapa you jadi macam ni?”
“It’s up to you. You tak pernah berubah, suka buruk-burukkan orang. I tak suka dengan perangai you yang suka memandang rendah pada orang lain,”

Haziq pulang ke rumah. Baginya, pameran kali ini memberikan kenangan yang cukup manis. Selalunya dia melukis berdasarkan apa yang dilihat. Tetapi pada hari itu, wajah yang dilukisnya berdasarkan khayalan menjadi kenyataan.
“Anip ada bagi pas masuk pada seseorang?” tanya Haziq kepada adiknya yang sedang leka menonton televisyen.
“Abang dah jumpa Cik Iman?”
“Dah,”
“Macam mana? Terkejut?”
“Terkejut. Tak sangka, dia lecturer Anip. Kenapa tak bagitau abang?”
“Anip pun baru kenal dia. Dia pensyarah baru. Minggu lepas dia baru masuk. Anip pun tak sangka. Tapi lagi cantikkan? Muka dia macam baya Anip,”
Haziq terdiam.
“Abang suka dia? Sebenarnya dia gadis……., Anip pun tak tahu nak panggil apa. Sebenarnya dia gadis naluri abang ke?”
“Abang tak tahu, tapi tadi bila abang jumpa dia, macam ada sesuatu. Macam dah lama kenal”
“You fall in love,”
“Tapi tadi dia datang dengan seorang lelaki. Mungkin teman lelaki dia,”
“Mungkin kawan je?”
“Abang pun tak tahu. Apa yang kita pandang, tak semestinya ia milik kita,”
“Kalau kita tak cuba nak capai, macam mana ia nak jadi milik kita abang,”
“Tapi tadi dia ada bagi name card dia,”
“Tu petanda yang baik. Ibarat terputus bekalan elektrik, cari lilin tiba-tiba ada lampu suluh abang,”
 “Sejak bila Afif Hanif dah cakap macam orang seni ni?”
“Abang yang ajar Anip,”

Beberapa hari kemudian, Haziq memberanikan diri ntuk menghubungi Iman. Kata-kata Hanif sedikit sebanyak memberi semangat kepadanya.
“Assalmmualaikum,” ucap Haziq.
“Waalaikummussalam, siapa ni?”
“Insan yang telah melukis awak tanpa kebenaran,”
“Haziq?”
“Ya saya. Saya mengganggu awak ke?”
“Tak adalah. Saya tengah semak assignment student saya. Sebenarnya saya nak minta maaf pasal hari tu,”
“Tak apa. Saya tak kisah,”
“Apa kata kalau saya belanja awak minum petang sebagai tanda minta maaf,”
“Awak serius?”
“Suara saya ni ada berbau main-main ke? Ke awak yang tak sudi?”
“Tak adalah. Kecil tapak tangan, Persada Galeri saya tadahkan,”

Iman menunggu Haziq di sebuah kafe. Hatinya berdebar-debar. Ada sesuatu yang lain dalam diri Haziq. Pertemuannya dengan Haziq di Persada Galeri tempoh hari sedikit sebanyak mengajarnya tentang kehidupan. Baginya,lukisan-lukisan Haziq bukan sekadar lukisan tetapi menyampaikan sesuatu mesej penting kepada masyarakat.
“Assalammualaikum,” ucap Haziq
“Waalaikummussalam,” balas Iman.
“Saya minta maaf, lama tunggu?”
“Taklah lama. Matahari pun belum terbenam lagi,” gurau Iman sambil tersenyum.
“Saya betul-betul minta maaf. Tadi saya jumpa dengan client. Dia nak beli salah satu lukisan saya,”
“Tak apa. Saya pun baru sampai. Order?”
Iman memesan cappuccino dan kek keju manakala Haziq memesan kopi dan kek beri biru.
“Macam mana Anip masa kuliyah?”
“Mm..ok. boleh tahan. Banyak juga dia tanya kalau dia tak faham. Dia kawan baik dengan Dalilah ke? Saya tengok mereka berdua rapat,”
“Maksud Iman, Anip dengan D? Diorang memang rapat. Sejak sekolah lagi,”
“Patutlah rapat. Saya ingat diorang ada apa-apa,”
Kebetulan Khairul berada di situ.
“Ini kerja you Iman?”
“Khai, you buat apa kat sini?”
“Rupa-rupanya memang ada hati dengan pelukis jalanan ni?”
“Khai, stop it,”
“Patut lah bela sangat mamat ni. Rupa-rupanya ada hubungan di belakang I,”
“Encik Khairul, kami bukan seperti yang Encik Khairul sangka,” kata Haziq, cuba meleraikan keadaan.
“Kau jangan masuk campur,”
“Khai, dia tak ada kena mengena dengan hubungan kita,”
“Patutlah lukis gambar you, rupa-rupanya you dengan dia memang bercinta,”
Tanpa disedari satu tamparan kuat hinggap ke pipi Khairul.
“I selama ni cukup sabar dengan you. Suka memburuk-burukkan orang. Macam you bagus sangat. You ingat I tak tahu apa yang you buat kat belakang I? You ada permpuan lain. Selama ni I diam je,”
Khairul cuba membalas tamparan Iman tapi dihalang Haziq.
“Encik Khairul, rasanya awak tak patut buat macam tu pada Iman,”
“Kau jangan cuba nak masuk campur. Ni semua pasal kau,”
“You  jangan nak salahkan dia,”
“Iman, you ingat I hairan? I boleh dapat sepuluh perempuan macam you,”
“Just go and leave me alone,”
Khairul berlalu pergi. Iman terduduk.
“Saya bawa awak pergi satu tempat?” ajak Haziq, cuba menenangkan Iman.

Pemandangan laut membuatkan dia berasa tenang. Lupa akan masalahnya.
“Cantikkan tempat ni?” tanya Haziq.
“Cantik. Nyaman je. Lupa masalah saya tadi,”
“Saya suka melukis kat sini. Bukan sahaja ketenangan tapi berikan saya inspirasi,”
“Kenapa awak lukis saya? Hari tu awak bohong. Rasanya kita tak pernah jumpa,”
“Saya takut awak tak percaya. Saya tak tipu yang saya pernah jumpa awak,”
“Cerita lah. Saya tak nampak lukisan potret kat situ selain gambar saya,”
“Saya jumpa awak melalui naluri, hati dan perasaan saya,”
Iman terdiam. Mukanya memberikan reaksi pelik. Bingung.
“Kalau bangunan, perlukan jurutera yang baik untuk memastikan sesuatu bangunan itu kukuh tapi pelukis bukan perlukan tangan untuk melukis, orang seni memerlukan hati, naluri dan perasaan untuk menghasilkan lukisan yang penuh jiwa wahai Cik Iman Nur Balqis,”
Iman tidak memberikan sebarang reaksi.
“Saya lukis awak melalui hati saya. Ada sesuatu yang membuatkan saya teringin melukis awak tanpa melihat awak,”
Iman tersenyum, seolah-olah dia mengerti apa yang ingin disampaikan Haziq.
“Ni bukan laut yang awak lukis? Gambar nelayan yang pulang pada waktu senja,” kata Iman, cuba mengubah topik perbualan.
“Awak perasan?”
“Saya nampak nelayan tu. Lukisan tu seolah-olah bagi mesej kat saya yang kehidupan nelayan ni banyak dugaan dan mereka kuat semangat untuk menyara keluarga,”
Haziq tersenyum.

Hanif sedang menaip di komputer ribanya. Ada tugasan yang perlu disiapkan. Tiba-tiba tekaknya terasa haus. Dia memerhatikan Haziq yang sedang leka melukis. Hanif ke dapur, ingin membasahkan tekak. Dia sedang membuat 2 cawan air teh. Niatnya ingin memberi secawan kepada abangnya yang sudah 2 jam melukis.
“Abang lukis gambar Cik Iman lagi?” tanya Hanif lalu memberikan secawan teh kepada abangnya.
Haziq hanya tersenyum.
“Lukisan ni pun abang dapat ilham dari hati juga ke?”
“Tak adalah. Abang hari tu ajak dia pergi laut, tempat yang selalu abang lukis tu. Masa tu dia senyum. Cantik sangat,”
“Cantikkan? Tapi dia tak pernah sombong. Bila kat luar kuliyah dia layan student dia macam kawan,”
“Anip, abang rasa abang dah tak nak guna lampu suluh lagi. Abang nak guna spotlight,”
Hanif mengerti maksud abangnya itu.

“Saya nak jumpa awak kat tempat hari tu, boleh?” ajak Haziq setelah beberapa kali mereka keluar meluangkan masa bersama. Dia bahagia bersama Iman. Seringkali juga Iman menemaninya untuk melukis. Apa yang memeranjatkan Haziq, Iman terlalu sayangkan kucing. Iman pernah menangis ketika melihat seekor anak kucing berkeliaran mencari makanan di longgokan sampah lalu Iman mengambilnya dan membawa kucing itu ke klinik haiwan. Sehingga kini, anak kucing itu dibela oleh Iman. Walaupun luaran Iman dia nampak tegas tapi hatinya lembut. Penuh kasih sayang.
“Maksud awak, perkampungan nelayan tu?”
“Ye. Ada sesuatu yang saya nak beritahu,”


Maaf, saya lambat. Tadi ada pelajar saya nak jumpa saya,”
“Tak apa, matahari belum terbenam lagi,” gurau Haziq. Dia teringat gurauan itu sewaktu mereka bertemu di kafe tempoh hari.
“Awak kenakan saya. Apa yang awak nak beritahu?”
“Saya bukan orang yang pandai meluahkan perasaan,” kata Haziq sambil menghulurkan sampul surat berukuran A3 kepada Iman. Iman membukanya.
“Gambar saya lagi?” tanya Iman setelah melihat dirinya sedang memandang laut di dalam lukisan itu.
“Dulu, saya tak pernah sangka yang awak wujud. Saya ingat awak cuma khayalan saya. Sekadar lukisan yang lahir dari hati saya. Dan sekarang, saya tak sangka yang saya akan melukis awak untuk kali kedua. Tapi kali ini saya lukis berdasarkan apa yang saya lihat,”
“Saya juga tak pernah sangka ada orang yang akan melukis saya berdasarkan naluri, hati dan perasaan,”
“Sekali lagi saya minta maaf, sebab saya melukis awak tanpa kebenaran awak. Tapi kali ini saya minta izin untuk melukis awak di hati saya,”
Iman terdiam. Mereka tidak bersuara untuk beberapa ketika.
“Bila apa yang saya rasa ini adalah sama apa yang awak rasa, awak bagilah jawapan,”
Tiada sebarang reaksi dari Iman. Tiba-tiba,
“Awak, sepertimana seorang pelukis memerlukan hati,naluri untuk melukis dan bukan memerlukan tangannya, hati saya juga perlukan naluri awak untuk melukis awak di hati saya. Saya tak pandai melukis. Saya perlukan awak,”
Haziq tersenyum.
“Sejak bila Iman Nur Balqis cakap macam orang seni ni?”
“Awak yang ajar saya, wahai Encik Afiq Haziq,”
Mereka berpandangan lalu tersenyum.
“Iman, awak pernah dengar yang ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain?” tanya Haziq
“Tak pernah,” balas Iman.
Lantas, jari-jemari Haziq berada di antara jari-jemari Iman lalu dia menggenggam erat. Iman mengerti kata-kata Haziq.


5 comments:

  1. patot la lame nak wat, rupe nyer pnjg btol..

    wat la lg cerpen, aku bosan keje leh bace :)

    ReplyDelete
  2. haha...ni cerpen dh kua kat remaja la..
    tp kat remaja dh edit..
    ni full version..

    ReplyDelete
  3. aku x bace remaja la..hehe
    ape pon. kreatif & bes :)

    ReplyDelete
  4. tq zara..=)
    agknye..klu aku kua novel..
    ko la org p1 mintak autograf aku.
    hihihihi..

    ReplyDelete
  5. yeke?
    bukan ko kalo kuar novel ko akan cari aku sbg org pertame utk beli novel ko..hehe

    xpe la autograf ko x pnting lor...heehehee

    ReplyDelete