BAB
15
A.D menuruni anak
tangga yang berada di tingkat 2. Langkahnya perlahan. Fikirannya melayang. Puas
dia memikirkan apa yang berlaku semalam. Dia benar-benar keliru. Sentuhan Wafi
jelas terasa. Dia mahukan kepastian. A.D tahu, hanya ada satu cara yang boleh
merungkaikan apa yang tersimpul. Dia perlu menanyakan hal itu terhadap Wafi
sendiri.
“Argghh… mana boleh aku
tanya soalan ni kat dia. Kalau dia tak buat, dah mamat sengal tu salah faham.
Dia ingat aku ni syok kat dia pula sampai masuk dalam mimpi.” ucap A.D sendiri.
Dalam masa yang sama,
Wafi juga sedang menaiki tangga. Dia pulang awal hari itu. Peristiwa semalam
bermain di kotak ingatannya. Dia tersenyum sendiri. Wafi dapat merasakan dia
semakin menyenangi kehadiran A.D dalam hidupnya. A.D bukan gadis biasa. Wafi
terus melangkah dan matanya terlebih dahulu menangkap susuk tubuh itu. A.D mahu
memakai topi keledarnya tetapi dia tidak perasan masih ada lagi satu anak
tangga yang perlu dia jejak. A.D hampir terjatuh namun Wafi sempat menarik
lengan A.D. A.D berada rapat dengan tubuh Wafi. Perasaan yang sama dirasakan
semalam sedang dirasainya ketika itu.
“Lain kali kalau nak
pakai topi keledar jangan sambil berjalan, kalau awak jatuh tadi macam mana?”
“Awak?”
A.D merasa janggal
apabila Wafi memanggilnya dengan panggilan itu. Cepat-cepat A.D menjauhkan
dirinya daripada Wafi.
“Bila masa aku cakap
awak? Kau jangan nak perasan.”
Wafi tidak sedar yang
dia memanggil A.D dengan panggilan sopan itu. Perasaan malam tadi terbawa-bawa
hingga ke saat itu.
“Siapa yang perasan?
Suka hati aje nak pegang-pegang aku. Tak payahlah nak baik hati sangat nak
tolong aku.”
Ayat itu sengaja A.D
tuturkan. Dia mahu menyembunyikan perasaan yang ada. Hanya Tuhan sahaja yang
tahu jantungnya berdegup kencang.
“Apa yang aku buat tadi
tu bukan nak selamatkan kau, tu tindakan spontan namanya. Kau tak belajar sains
ke dulu masa sekolah? Manusia akan buat tindakan secara tak sengaja kalau ada
berlakunya satu kejadian. Kalau orang lain yang jatuh tadi tu pun aku akan buat
benda yang sama.”
A.D hanya mencebik
mendengar kata-kata Wafi.
“Kalau ya pun, tak
payahlah nak terangkan kat aku panjang lebar. Cakap ajelah tak sengaja, kan
senang.”
Wafi terdiam. Dalam
diamnya, dia membenarkan apa yang dikatakan oleh A.D. Dia sendiri tidak tahu
mengapa dia perlu menerangkan dengan panjang lebar. Seolah-olah dia mahu
menyembunyikan sesuatu sedangkan tiada apa yang perlu disembunyikan. Melainkan
dia ada perasaan itu.
“Aku nak tanya, semalam
kau ada………………………..”
“Ada apa?”
“Kau ada……….”
“Ada apa?”
“Tak ada apa-apalah.”
ucap A.D sambil kakinya laju mahu menuruni tangga.
“Kenapa? Semalam kau
ada mimpi pasal aku ke?”
Langkah A.D terhenti.
Dia terkejut lalu segera menoleh ke arah Wafi. Matanya sedikit terbeliak.
“Semalam…………”
A.D tidak dapat
meneruskan kata-katanya. Tiba-tiba sahaja dia malu.
“Huh…….jangan haraplah
kau nak mimpi pasal aku sebab aku pun tak nak masuk dalam mimpi kau.” kata Wafi
sambil tersenyum.
Dia sengaja mahu melihat reaksi A.D. A.D menahan geram. Wafi sengaja mahu mengenakan dirinya.
Dia sengaja mahu melihat reaksi A.D. A.D menahan geram. Wafi sengaja mahu mengenakan dirinya.
“Argghhh…..bodoh, siapa
nak mimpikan kau. Aku pun tak inginlah.” jerit A.D lalu dengan segera dia
menuruni tangga menuju ke motosikalnya.
Dia tidak mahu menerima akibat daripada perbuatannya. Sengaja dia menyebut perkataan itu, dia mahu menyakitkan hati Wafi. Wafi dapat mendengar dengan jelas jeritan A.D. Dia mahu mendapatkan A.D tetapi A.D sudah tiada.
Dia tidak mahu menerima akibat daripada perbuatannya. Sengaja dia menyebut perkataan itu, dia mahu menyakitkan hati Wafi. Wafi dapat mendengar dengan jelas jeritan A.D. Dia mahu mendapatkan A.D tetapi A.D sudah tiada.
-----------------------------
Bunyi rintik hujan
lebat yang gugur ke bumi menenggelamkan bunyi televisyen yang sedang ditonton.
Wafi segera mematikan televisyen sebaik sahaja guruh kedengaran. Wafi memandang
ke balkoni dari dalam. Pintu kaca yang tertutup rapat sudah pun dibasahi dengan
air hujan.
Perasaan resah terbit di hatinya. A.D masih lagi belum pulang ke rumah. Sepatutnya ketika ini A.D sudah sampai ke rumah. Sudah banyak kali Wafi menghubungi A.D tetapi tiada balasan. Wafi mundar-mandir. Dalam masa seminit, entah berapa kali dia memandang ke dinding. Jam itu sudah melepasi pukul 12.20 tengah malam. Wafi segera berpaling apabila bunyi tombol pintu dipulas. Tubuh A.D dibaluti dengan pakaian hujan. Dia terkejut tatkala memandang Wafi yang sudah berada di hadapannya.
Perasaan resah terbit di hatinya. A.D masih lagi belum pulang ke rumah. Sepatutnya ketika ini A.D sudah sampai ke rumah. Sudah banyak kali Wafi menghubungi A.D tetapi tiada balasan. Wafi mundar-mandir. Dalam masa seminit, entah berapa kali dia memandang ke dinding. Jam itu sudah melepasi pukul 12.20 tengah malam. Wafi segera berpaling apabila bunyi tombol pintu dipulas. Tubuh A.D dibaluti dengan pakaian hujan. Dia terkejut tatkala memandang Wafi yang sudah berada di hadapannya.
“Apasal aku telefon kau
tak angkat?”
“Tengah bawa motor,
lepas tu hujan. Kalau aku keluarkan, kena air hujan lepas tu rosak, kau nak
ganti?”
“Masalahnya, dah malam
ni. Hujan lebat pula kat luar tu.”
“Habis tu, apasal pula?
Apa kena-mengena dengan kau?” ucap A.D sambil meletakkan topi keledarnya di
atas almari kasut.
Dia membuka baju hujan
yang dipakainya. A.D seboleh mungkin mahu mengelak untuk bertentangan mata
dengan Wafi. Selama ini prinsipnya kukuh. Tiada siapa yang mampu untuk
menembusinya. Dia yakin selama ini, penampilannya yang kasar boleh membuatkan
mana-mana lelaki tidak akan menghampirinya. Tiba-tiba lain pula jadinya apabila
dia bertemu dengan Wafi. Malam itu dia pulang lewat, dengan harapan Wafi sudah
pun terlena. Dia sengaja bekerja lebih masa kerana tidak mahu bertembung dengan
Wafi. Namun apa yang dirancang, meleset sama sekali. A.D mahu menuju ke
biliknya. Tetapi Wafi segera mencapai lengan A.D.
“Kau ni kenapa? Tak
puas hati lagi. Tak payahlah nak pegang-pegang.”
“Aku tunggu kau dari
tadi, jawapan macam tu yang kau kasi?”
“Kau nak aku jawab apa?
Memang betulkan tak ada kena-mengena dengan kau?”
“Masalahnya aku…………….”
Masalahnya aku risaukan
kau. Itu jawapan hati Wafi.
“Masalahnya aku ni kena
pegang amanah papa. Papa kau yang suruh,”
“Bila masa kau jadi
baik hati sangat ni?”
“Aku ni tak gila macam
kau. Kat luar tu hujan lebat. Manalah tahu jadi apa-apa kat kau, kemalangan ke,
motor rosak kat tengah-tengah jalan, tiada siapa yang tahu. Kalau papa kau
tanya aku, aku nak jawab apa? Sebab tu aku telefon kau banyak kali.”
“Siapa suruh kau
telefon? Ada aku suruh? Lepas tu nak tunggu aku pula. Selama ni tak ada pula
nak tunggu aku balik.” bebel A.D sambil memalingkan mukanya daripada berhadapan
dengan Wafi.
“Apa? Kau ingat aku ni
suka nak tunggu kau? Aku tunggu kau balik sebab………………”
Wafi tidak meneruskan
kata-katanya. Perasaannya seperti terbahagi dua. Dia tidak sedar sejak bila
perasaan itu muncul. Dia sudah mula bimbangkan A.D jika A.D tidak berada di
hadapan matanya. Wafi tidak mahu A.D tahu akan perasaannya. Dulu, dia pernah
mengatakan yang dia tidak akan suka dengan A.D. Apa yang menjadi masalahnya,
semakin dia mahu melupakan perasaan itu, perasaan itu semakin bercambah dalam
jiwanya. Lantas, dengan alasan mahu menyembunyikan apa yang dirasa, Wafi
menarik telinga A.D.
“Apasal kau tarik
telinga aku ni? Suka hati je. Bila masa aku cakap bodoh?”
“Ha…….inilah sebabnya
aku tunggu kau balik. Tadi petang kau ada cakap kan?”
“Sakitlah,”
Seperti biasa tangan
A.D mahu mencapai rambut Wafi. Belum sempat dia menyentuh ‘ekor kuda’ itu, A.D
bersin.
“Aaaaaa…..chimmmmmmm,”
Pergerakan mereka
berdua menjadi kaku. Air bersin terkena wajah Wafi. Wafi melepaskan telinga
A.D. Perlahan-lahan A.D tersenyum. Dia tidak perlu menarik rambut Wafi lagi
kerana dendamnya telah terbalas dengan cara yang lain. Wafi menyapu air itu
dengan tangannya.
“Padan muka.”
“Kau memang sengaja kan
bersin depan aku?”
“Kau ingat bersin ni
macam buang air? Boleh tahan kejap? Bersin ni macam kentut juga,”
“Ishhh….kau ni memang
tak senonoh la.”
“Apasal pula aku
tak……aaaaaaaaa…….chiimmmmmmm.”
Sekali lagi A.D bersin.
Wafi segera berlari menuju ke biliknya, mengambil tuala. Setelah itu dia pergi
mendapatkan A.D yang masih lagi berdiri di situ. Wafi segera mengelap kepala
A.D lalu dia mengusap-usap lembut rambut A.D yang basah dengan tuala itu. A.D
terkejut dengan pelakuan Wafi.
“Kau asyik bersin aje
ni. Ni mesti sebab kena air hujan. Lain kali kalau hujan, jangan bawa motor.”
“Habis tu, macam mana
aku nak balik?”
“Naiklah teksi. Motor
tu esoknya boleh pergi ambil. Kesihatan tu lagi penting kan?” tanya Wafi sambil
matanya memandang mata A.D.
Nada suara Wafi sedikit
berbeza dari tadi. Kali ini dia berlembut dengan A.D. A.D hanya memerhatikan wajah Wafi. A.D
membiarkan tangan Wafi mengelap kepalanya. Setelah separuh kering, Wafi
meletakkan tuala itu di bahunya lalu Wafi meletakkan kedua-dua tapak tangannya
di pipi A.D.
“Kau ni comel, kau tahu
tak? Macam budak kecil. Dah, pergi mandi. Kalau lambat mandi, nanti demam pula.
Lepas tu, makan.”
Wafi sama sekali tidak
sedar apa yang dikatakan. Dia merasa bahagia kerana dapat melindungi A.D.
“Makan?”
“Aku tadi termasak
lebih. Bukan aku sengaja masak lebih. Tak kanlah aku nak buang pula makanan
tu.”
“Aku tahulah. Tak
kanlah kau tiba-tiba baik hati pula nak masak untuk aku.”
“Ha…..tahu pun. Tadi
aku tolong lapkan kepala kau tu sebab…….”
“Kau buat sebab
tindakan spontan kan?”
Wafi hanya tersenyum.
Itulah jawapan yang sepatutnya Wafi tuturkan, namun hatinya berkata lain. Dia
membiarkan sahaja ayat itu tiada penghujungnya.
-------------------------
Panas matahari pagi
memancar ke seluruh alam. Daun kering berguguran ke bumi sebaik sahaja angin
segar pagi bertiup. Bunyi kicauan burung umpama irama indah di pagi hari minggu
itu. Wafi baru sahaja menjejakkan kaki di tempat riadah yang biasanya dia pergi
bersama Rafiq. Dia sengaja keluar bersendirian. Dia mengharapkan pagi itu dia
mampu mengubah perasaannya.
Wafi mengenakan baju T bewarna hitam kosong serta seluar track putih. Rambutnya panjang paras bahu diikat kemas. Wafi mengenakan alat pendengar telinga lalu meletakkan pemain MP3 di lilitan lengannya. Wafi memulakan larian sebaik sahaja melakukan senaman regangan. Sudah lama dia tidak berjoging. Dahulu, jika dia tidak bermain ragbi, dia akan berjoging untuk memastikan kesihatannya terjaga. Jika dia bersama Rafiq, pasti ada aktiviti sampingan selain daripada berjoging iaitu mencuci mata.
Wafi mengenakan baju T bewarna hitam kosong serta seluar track putih. Rambutnya panjang paras bahu diikat kemas. Wafi mengenakan alat pendengar telinga lalu meletakkan pemain MP3 di lilitan lengannya. Wafi memulakan larian sebaik sahaja melakukan senaman regangan. Sudah lama dia tidak berjoging. Dahulu, jika dia tidak bermain ragbi, dia akan berjoging untuk memastikan kesihatannya terjaga. Jika dia bersama Rafiq, pasti ada aktiviti sampingan selain daripada berjoging iaitu mencuci mata.
Ok, Wafi….tak mungkin
kau ada perasaan kat A.D. Kat sini banyak lagi perempuan yang lebih perempuan
daripada A.D tu. Manalah tahu ada yang sangkut. Sekurang-kurangnya dapat
membuktikan yang hati kau masih lagi normal. Wafi memberikan nasihat kepada
dirinya sendiri.
Mata Wafi sempat
melilau. Meskipun kakinya sedang berlari tetapi matanya mahu mencari sesuatu.
Dia tidak mahu bayang-bayang A.D di pandangannya. Fikirannya semakin buntu apabila
memikirkan layanannya terhadap A.D. Wafi dapat merasakan yang nada kata-katanya
tidak kasar seperti dahulu. Perasaan bimbang dan ingin bertemu sudah mula wujud
apabila A.D tidak berada di hadapannya. Perasaan ingin melindungi gadis kasar
itu semakin menggunung dalam jiwanya. Wafi tahu, A.D bukanlah sama apa yang
dilihat dari luaran. Semakin lama dia mengenali A.D, semakin jauh beza sikap
gadis itu daripada apa yang dilihat.
Wafi………kau tak
sudah-sudah fikir tomboi tu. Kau datang sini sebab nak buang perasaan yang
mengarut tu, bukan makin ingat kat dia.
Ada suatu suara seolah-olah membisik ke hatinya. Wafi pasti itu suara dari otaknya. Kini otak dan hati Wafi tidak sehaluan.
Wafi memperlahankan lariannya setelah hampir 1 kilometer dia berjoging. Bukan tidak ada gadis yang tesenyum ke arahnya sepanjang larian tadi, namun entah mengapa satu pun tidak menarik perhatiannya. Sebaliknya, apabila melihat perempuan yang berambut pendek melintasinya, dia akan membayangkan A.D.
Ada suatu suara seolah-olah membisik ke hatinya. Wafi pasti itu suara dari otaknya. Kini otak dan hati Wafi tidak sehaluan.
Wafi memperlahankan lariannya setelah hampir 1 kilometer dia berjoging. Bukan tidak ada gadis yang tesenyum ke arahnya sepanjang larian tadi, namun entah mengapa satu pun tidak menarik perhatiannya. Sebaliknya, apabila melihat perempuan yang berambut pendek melintasinya, dia akan membayangkan A.D.
Akhirnya, Wafi
mengalah. Dia sudah tidak berdaya untuk menipu dirinya. Dia cuba untuk membalas
senyuman yang diberikan tetapi hatinya tidak mahu. Wafi merasakan senyuman A.D
ketika sedang membelai kucing tiada tandingannya. Senyuman itu jelas
memancarkan kelembutan dan kasih sayang. Wafi duduk di bangku berhampiran
dengan tasik. Wafi menarik nafas lalu dihembus perlahan-lahan. Dia cuba
menenangkan dirinya. Wafi menekup muka dengan tangannya. Matanya terpejam
tetapi wajah A.D terkebil-kebil pula yang muncul. Bibir Wafi mengukir senyuman.
Masih jelas gambaran wajah A.D terpinga-pinga tatkala Wafi mengelap rambutnya
yang basah pada malam itu. Sedang asyik Wafi berkhayal, ada satu tangan
menyentuh bahunya. Wafi membuka mata.
“A.D,”
Spontan sahaja nama itu
keluar dari bibirnya. Wafi menoleh.
“A.D? Siapa tu?”
Wafi terkejut, dia
tidak menyangka gadis itu muncul di hadapannya.
“Dhira.”
No comments:
Post a Comment