Assalammualaikum & Selamat Sejahtera.... ^_^
minggu ni cik penulis senyum2 simpul walaupun tak terukir kat bibir..
senyum kat dalam hati ajelah..
sibuk & penat bukan main dengan kerja kat pejabat..
13.11.13...
ha..cantikkan tarikh tu?? tarikh ni lah yang mampu membuatkan saya tidur dlm keadaan senyum sampai ke dahi..
tengah sibuk dok kira2 kerja dalam keadaan kelam kabut sebab bos nak cepat,
tiba2 bertubi2 kedengaran notification masuk kat hp..
tangan pun lajulah ambil hp tu...
bacalah notification..mula2 tak percaya...biar benar ni??
tak puas hati....terus mengadap komputer..
ha..itu dia cik jah...sudah nampak cover En.Pendekar Mr.Cheese
ISBN: 978-967-365-186-3
Harga: RM23.00 (Semenanjung Malaysia) / RM26.00 (Sabah/Sarawak)
SINOPSIS :
Atas desakan Dato’ Mahmood, Jebat Zulqarnain perlu menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan oleh Tuah Inderawan. Bagi Jebat Zulqarnain, duit itu umpama air. Kalau tak ada air, macam mana ikan boleh bernafas dan berenang, kan? Oleh itu, diikutkan sahaja kehendak ayahnya. Tak perlu fikir banyak. Apa yang penting, dia tidak perlu bersusah payah.
Saat hati Jebat Zulqarnain masih mencari si pencuri hati, muncul Harum Wardah, si Miss Bodyguard, secara tidak langsung menambat hatinya. Senyum simpul sampai ke telinga bibir Zulqarnain tatkala bertentang mata dengan Harum Wardah. Orangnya manis, seharum namanya. Tapi jangan senyum-senyum, nanti Harum Wardah buka langkah, awak yang menggelabah.
“Kenapa tak pakai sut hitam macam kat TV tu? Bukan bodyguard selalu pakai kot hitam, seluar hitam, cermin mata hitam ke?”
Tuah Inderawan, lelaki yang berpegang pada pendirian sendiri, akhirnya mengalah demi mengembalikan keadaan ke biasa. Dia sudah tidak mahu lari lagi walau hakikatnya hatinya masih sukar menerima segala perkara yang terjadi. Dengan rela hati, dia menerima Zara Alisha sebagai isteri.
“Muka macam belacan hapak, ada hati nak panggil nama tu Alice? Ingat kau tu Alice in Wonderland ke? Aku peduli apa, aku tetap nak panggil kau Zara. Biar macam Melayu sikit. Tak sedar diri ke yang diri tu Melayu? Jangan tahu letak bangsa Melayu aje kat kad pengenalan tapi berangan nak ikut budaya barat. Aku ni bukannya kahwin dengan orang mat salih.”
Dua beradik, dua cara berbeza. Mampukah Jebat Zulqarnain terus berpegang dengan kata-kata duit umpama air? Akan berjayakah dia membuat Harum Wardah menerima dirinya? Tuah Inderawan pula lari daripada apa? Akan bahagiakah hubungannya bersama Zara Alisha? En. Pendekar dan Mr. Cheese, siapakah gerangan orangnya?

Bagi yang mengikuti kisah Encik Pendekar & Mr.Keju kat blog saya..
boleh baca sambungan kisah Tuah Inderawan & Jebat Zulqarnain tak lama lagi..
pihak editor bagi cadangan untuk tukarkan Mr.Keju tu kepada Mr.Cheese..
dan inilah hasilnya...
cover yang sangat menepati citarasa & jalan cerita
Sebagai penulis, saya sangat2 berpuas hati... cuma tak nampak pula bayangan & kelibat Mr Cheese.. editor pun cakap Mr Cheese kat tulisan aje..
cover yang cukup menggambarkan sifat 'MELAYU'
itulah yang saya cuba sampaikan dalam novel ketiga saya ni..
dah nama heronya pun Tuah Inderawan & Jebat Zulqarnain..
Setelah menulis dua buah novel ni, saya menerima pelbagai komen & kritikan yang membina..
ada yang suka & ada yang tak beberapa gemar dengan hasil tulisan saya..
semuanya saya terima dengan hati yang terbuka & cuba mencari kelemahan saya untuk saya perbaiki..
lalu buah tangan saya ketiga ini temanya berlainan sedikit..
masih lagi mengekalkan kisah kasih sayang namun lebih kepada hubungan kekeluargaan..
saya juga ada selitkan elemen budaya Melayu & sejarah..
harap-harap apa yang saya cuba tonjolkan, sampai kepada pembaca..
Kadang2 sampai sekarang masih tak percaya yang saya adalah seorang penulis..
Dan apa yang paling tak sangka, saya sudah menulis sebanyak 3 novel..
untuk orang yang macam saya ni,tak ada langsung latar belakang penulisan...ianya merupakan satu perasaan yang tak dapat saya ungkapkan dengan perkataan.. umpama dapat merentasi ruang angkasa galaksi bima sakti ni..
hahaha....hiperbola sungguh..
apa yang paling best untuk tahun 2013 ni...saya 'berkembar dua'
dan tarikh novel ketiga saya ni keluar sama dengan bulan kelahiran saya..
lalu apa yang saya dapat simpulkan adalah..
ALHAMDULILLAH...syukur padaNYA..
terima kasih juga kepada pembaca yang membaca PERLU KAMU & SUPERBIKE ITU CINTA..
kerana anda, wujudlah EN. PENDEKAR MR. CHEESE
bisik2: seperti mana SUPERBIKE ITU CINTA, kali ini pun saya akan buat peraduan ya.. jawab 2 atau 3 soalan yang akan saya sediakan nanti.. saya akan update kat blog bila peraduan tu bermula.. yang lepas ada 3 pemenang..kali ni macam nak tambah sikit jadi 5 pemenang.. ini semua sebagai tanda saya menghargai anda..anda..anda...dan anda..ya anda.. andalah pembaca yang telah membuatkan Nia Qurratun'aini terus bekarya.. sekali lagi TERIMA KASIH :))
assalamualaikum kepada writer:
ReplyDeleteakhirnya terbit juga novel niii...=)..happy sangat2 dan taniah kepada writer atas terbitan novel yang ketiga ni dan teruskanlah usaha dalam menerbitkan novel yang seterusnya..
Waalaikummussalam Amira...
Deleteyea..!!! sudah terbit ^_^
terima kasih kerana menantikan kemunculan EPMC..
InsyaAllah..sedang berusaha untuk novel seterusnya.. doakan semoga idea saya datang mencurah2..
Salam, knpa lama tak update.? Anyway, love En.Pendekar Mr.Cheese to the moon and back. Gila-2 jatuh cinta dgn Tuah smpaikn rabbit sya pun sya namakan tuah, tempias aura novel tu la. Huhu!
ReplyDeleteWaalaikummussalam Nliyate...
DeleteSaya dah tak update sebab novel ni sudah pun diterbitkan..
jadi, kalau awak nak tahu kisah selanjutnya, boleh dapatkan
En Pendekar Mr Cheese kat kedai buku ya..
Takpun, boleh jumpa saya masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur nanti
pada 3 & 4 Mei 2014 kat booth Fajar Pakeer
Alalala..comelnya nama rabbit Tuah.. Jebat ada x?? anyway, terima kasih ya sbb suka dgn karya saya yg k3 ni :)