Stylo Clique ^_^

Wednesday, October 27, 2010

+_BILA TAKDIR ITU BERBICARA_+ (BAB 69-70)



BAB 69

“Muka kau ceria je hari ni,” tegur Iqbal sebaik sahaja Iqram tiba di meja mereka.
Iqbal dan Badrul mengajak Iqram makan tengahari bersama.
“Eh, ye ke?” ucap Iqram sambil melipat lengan kemejanya hingga ke lengan.
“Dari jauh dah bersinar-sinar muka kau. Sakit mata aku. Apa cerita ni?” tanya Badrul dalam nada bergurau.
“Kejap la. Aku baru balik dari site ni. Tekak pun dah kering. Kasi aku order dulu,”
Iqbal dan Badrul sama-sama mencebik. Tangan Iqram melambai ke arah pelayan restoran itu. Pelayan itu menyerah senarai menu. Setelah seminit meneliti, Iqram mula bersuara.
Fresh orange satu dengan nasi beriyani special,”
Pelayan itu berlalu pergi setelah mengambil pesanan Iqram.
“Lama tak jumpa kau. Yelah, dah ada bini,” kata Badrul.
Iqram tersengih.
“Insyirah sihat?” tanya Iqbal
“Kau ni, bukan nak tanya aku sihat ke tak. Ada ke tanya Insyirah,”
“Buat apa aku tanya kau sihat ke tak, aku tengok kau kat depan mata aku ni pun dah tahu. Kau sihat walafiat. Tengok muka pun tahu. Muka bahagia je.” balas Iqbal.
“Dia sihat,”
Mata Iqram seperti menggambarkan perasaannya.
“Wah, macam bahagia je kawan kita ni,”
“Alhamdulillah. Dia dah boleh terima aku,”
“Ye ke bro? Wah, tahniah. Cinta sejati dah berbalas,” ucap Badrul.
“Tapi, dia belum bersedia nak mengaku lagi tapi kalau tengok sikap dia kat aku, kau pun boleh agaklah yang dia sayang kat aku,”
“Tengah bahagialah ni?”
“Boleh tahanlah, kategori bahagia juga,”
Kelibat seorang perempuan tiba-tiba berada di sebelah Iqram. Air muka Badrul dan Iqbal tiba-tiba berubah apabila melihat wajah itu.
“Hai sayang. Eh, Iqbal dengan Badrul pun ada?”
Iqram menoleh ke arah suara itu. Dia kenal benar dengan lenggok suara itu.
“Tak sangka kita jumpa kat sini kan? Macam ada jodoh je,” ucap Natasya.
You buat apa kat sini? Tak habis nak kacau ketenteraman orang,”
“Sayang, kenapa cakap macam tu? Tak baik tau. I masih sayangkan you. Cuma you je buta, tak nampak. Cari orang lain,”
“Macam mana you boleh ada kat sini?”
I baru habis makan dengan client,”
Iqram tersenyum sinis.
“Dengan client? Ke dengan jantan?”
“Eh, I masih setia menunggu you walaupun you tak sudi. I akan tetap kacau hidup you selagi you tak nak terima I semula,”
Iqbal dan Badrul hanya terdiam. Mereka seperti sedang menyaksikan drama televisyen.
You memang muka tak malu,”
“Eh, buat apa I nak malu? I tak buat apa-apa pun,”
“Lebih baik you pergi dari sini. Cukuplah dengan apa yang you dah buat. I tak akan takut dengan ugutan you tu,”
I buat apa?”
Iqram diam, menahan kemarahan.
You tak makan ke dengan staf you? Ala, staf yang special tu. Yang diberi layanan istimewa. Bukan setakat staf di pejabat tetapi staf sampai ke rumah,”
You jangan buat I hilang sabar Nat,”
“Ooppss..hari tu I nampak orang Jabatan Agama Islam ketuk rumah baru you. I ingat anak tunggal Encik Ahmad Taufiq, pemilik syarikat Berjaya Holdings yang terkenal kat Johor Bahru ni kena tangkap khalwat. I ingat nak cari paper, mana tahu berita pasal you terpampang kat muka depan,”
Better you watch out with your mouth Natasya,”
I cari semua paper. Tak ada berita pasal you. Patutlah tak ada, you dah kahwin dengan staf you tu rupanya. Patutlah you tak kena tangkap, dah jadi suami orang rupanya,”
Iqbal dan Badrul saling berpandangan, terkejut dengan cerita yang disampaikan Natasya itu
Iqram membiarkan sahaja Natasya berkata begitu.
“Mesti you all berdua yang kawan baik dengan Iqram pun tak tahu pasal ni kan? Patutlah you tinggalkan I. You mula-mula buat dia jadi perempuan simpanan you, tiba-tiba kahwin dengan dia. Kahwin senyap-senyap. You kahwin kat Siam ke? Kasihan papa you kan? Mesti dia terkejut. Yelah, dia tak tahu pewaris tunggal Berjaya Holdings dah kahwin. Kalau dia tahu, mesti dia buat majlis untuk you all berdua kan?”
Sepantas kilat, hinggap satu tamparan ke pipi Natasya. Badan Natasya beralih dari kedudukan asal.
“Iqram,” pintas Iqbal yang terkejut dengan pelakuan spontan Iqram itu.
“Aku bukan jenis yang suka pukul perempuan. Tapi, perempuan macam kau memang langsung tak layak dalam hidup aku dan tak layak bersuara depan aku,”
Natasya menyentuh pipinya yang panas dan sakit itu.
“Kau, jangan berani nak tuduh In macam tu. Dia sejuta kali lebih baik daripada kau. Memang patut aku tinggalkan kau. Perempuan macam kau ni memang tak layak untuk aku, apalagi nak bolot harta aku,”
“Tak apa, you hina I sebab perempuan tu. I akan pastikan you lebih merana lepas ni. Apa yang I buat sebelum ni tak seberapa. I akan buat apa saja untuk balas dendam,” ugut Natasya lalu berlalu pergi.
Iqram terduduk selepas kejadian itu. Dia sendiri tidak menyedari yang dia telah menampar pipi In.
“Iqram, kau ok ke tak?” soal Iqbal.
Nafas Iqram naik turun menahan kemarahannya.
“Aku tak sangka pula yang kau sanggup tampar dia tadi,” ujar Badrul pula.
Iqram terdiam, cuba meredakan kemarahannya. Seminit berlalu, Iqram mula berbicara.
“Aku pun tak sangka aku tampar dia tadi,”
“Dia dah buat apa? Aku dengar macam teruk je. Melibatkan In dengan bapak kau,” tanya Badrul.
“Papa kau dah tahu pasal kau dengan In? Dia dah tahu yang In tu menantu dia?”
“Dah, bapak aku dah tahu,”
So, apa kena mengena dengan Natasya? Tadi aku dengar sebut pasal Jabatan Agama Islam, Berjaya Holdings, berita keluar kat muka depan. Macam complicated je aku dengar,” Iqbal pula bersuara.
Iqram meraupkan rambutnya ke belakang, memicit perlahan kepalanya yang penuh dengan masalah. Pelayan tadi menghantar minuman. Suasana menjadi senyap seketika. Iqram membiarkan pelayan itu membuat kerjanya. Setelah pelayan itu beredar, Iqram bersuara kembali.
“Aku dengan In kena tangkap khalwat dua kali,”
What?” suara Iqbal separuh tinggi.
“Kau cakap apa ni? Kau kan dah nikah dengan dia. Macam mana boleh kena tangkap khalwat lagi?” soal Badrul.
“Natasya punya kerja. Dia nak balas dendam kat aku. Kalau libatkan aku je tak apa, ni libatkan semua orang yang ada kena-mengena dengan aku. Dia nak malukan bapak aku. Dia tak tahu hubungan sebenar aku dengan In. Dia ingat In tu perempuan simpanan aku. Dia call bapak aku, suruh datang masa Jabatan Agama Islam tangkap kitorang tapi tak ada apa yang berlaku. Aku dapat buktikan yang kitorang suami isteri,”
“Aku rasa aku faham rancangan Natasya tu. Dia ingat In perempuan simpanan kau, then dia call Jabatan Agama Islam untuk tangkap kau dengan In. Dia call bapak kau, biar bapak kau terkejut yang sebenarnya anak dia ada simpan perempuan tapi tak berjaya sebab korang memang suami isteri. Kalau kau dengan In tak nikah lagi, mesti berita ni keluar kat surat khabar muka depan. Mungkin bapak kau boleh kena heart attack. Secara tak langsung, ianya menjejaskan maruah kau, keluarga kau, keluarga In dan Berjaya Holdings. Yelah, pewaris tunggal BH kena tangkap khalwat, simpan perempuan. Prestasi BH juga mungkin terganggu, siapa tak kenal Berjaya Holdings kat JB ni,”
Badrul cuba membuat kesimpulan.
“Itulah rancangan dia,”
“Gilalah Natasya tu. Kecoh juga rancangan jahat dia ni. Kenapa dia tak nak lepaskan kau?” tanya Iqbal.
“Macam aku cakap tadi, sebab Iqram ni pewaris tunggal Berjaya Holdings. Dia kan materialistik,” Badrul cuba memberi jawapan bagi pihak Iqram.
“Kau tak buat report polis? Tak pun kau boleh saman dia,” cadang Iqbal.
“Aku malas nak kecoh. In baru nak sayangkan aku. Aku tak nak semua benda yang berlaku ni menjejaskan hubungan aku dengan In. Aku tak nak In jauh daripada aku,”
“Tapi, apa yang Nat dah buat pada kau ni melampau. Dia nak balas dendam kat kau tapi melibatkan family kau, Berjaya Holdings. Kau tak terasa nak sumbat dia dalam penjara ke?”
“Aku tak nak besar-besar hal ni. Setakat ni aku boleh handle lagi,”
“Kau tak dengar dia ugut kau tadi?”
“Aku malas nak ambil tahu pasal ugutan dia tu,”
“Kau tak risau yang dia akan buat lebih teruk daripada tu?” tanya Badrul.
“Maksud kau?”
“Yelah. Aku tengok dia tadi betul-betul dendam kat kau. Aku takut ada benda tak baik je yang berlaku. Mana tahu dia kacau In pulak,”
Badrul cuma membuat andaian.
“Aku harap tak macam tulah,”
“Kau kena bersiap sedia Iqram. Lebih baik kau buat report polis,”
Iqram mengeluh panjang.
“Tengoklah nanti,”
Iqram menghirup jus oren yang berada di hadapannya itu. Dia kembali bersandar ke kerusi. Merenggangkan tali lehernya yang kemas tersemat di leher. Terasa rimas menyelubungi dirinya. Natasya telah mengubah perasaan hatinya. Tadi dia gembira dan kini bercelaru.

BAB 70

In keluar dari keretanya. Dia mengambil segala keperluan untuk di bawa naik ke pejabat. In melihat jam tangannya, tepat menunjukkan pukul 1.35 petang. Belum sempat In menutup pintu keretanya, dia ditegur oleh seseorang.
“Hai In,”
In menoleh lalu tersenyum.
“Eh, Qis. Iqram tak ada. Saya tak pergi site dengan dia,”
“Saya tak cari abang Iqram. Saya nak jumpa awak,”
“Saya? Saya tak salah dengar ke ni?”
“Tak, saya memang nak jumpa awak,”
“Awak sorang?”
“Ya. Abang Qhairul lunch dengan client. Tak salah saya nak jumpa awak kan?”
In memberikan reaksi pelik.
Why not kita lunch sama-sama. Restoran dekat-dekat sini pun ok,”
“Mm..ok tapi ada hal penting ke?”
“Kita bincang nanti ok?”

Pelan bangunan di atas mejanya dipandang sepi. Tumpuannnya sedikit terganggu. Masih lagi terngiang-ngiang suara Qistina di telinganya. Peristiwa tengahari tadi seperti tayangan semula di benak fikirannya. In memandang Iqram yang sedang leka mengadap komputer ribanya.
“Dia buat apa agaknya? Tengah design agaknya. Khusyuk betul,” bisik hati In.
In merasakan perasaan itu semakin menebal di hatinya. In mahu Iqram berada di sisinya. Sejak akhir ini dia merasa bahagia apabila berada di samping Iqram. Baru sahaja dia mahu mengakui perasaan itu, Qistina muncul. Tiba-tiba In merasakan yang dirinya seperti penghalang antara Iqram dan Qistina.

“Ada hal apa Qis cari saya ni?” tanya In sebaik sahaja minuman terhidang di atas meja.
“Perlu ada hal ke baru saya boleh jumpa In?”
“Bukan macam tu. Agak pelik Qis cari saya. Biasanya kalau Qis pergi BH, mesti cari Iqram. Tak sangka pulak hari ini saya yang menjadi tempat tujuan Qis,”
“Dah lama In kerja kat BH?”
“Lebih kurang lapan sembilan bulan. Kenapa?”
“Saya tengok In rapat dengan uncle Taufiq dan abang Iqram,”
Uncle Taufiq macam ayah saya. Dia kawan baik ayah saya. Saya memang rapat dengan dia,”
“Abang Iqram macam mana pula?”
“Iqram? Maksud Qis?”
“Saya tak ada maksud apa-apa. Saya tengok In macam rapat dengan abang Iqram. Macam dah kenal lama,”
“Saya dengan Iqram memang rapat sebab kerja kitorang memang saling berkait. Saya kerja kena ada dia dan kerja dia pun perlukan saya,”
“Rapat In dengan abang Iqram tak macam abang Iqram dengan saya,”
“Saya tak faham,”
“Macam yang In tahu, saya dah lima tahun tinggal kat Melbourne. setahun sekali saya akan balik Malaysia. Walaupun kami sepupu tapi abang Iqram rapat dengan saya. Sejak In datang, abang Iqram dah lain. Dah tak macam dulu,”
“Qis rasa saya yang membuatkan hubungan awak dengan Iqram jauh?”
In cuba membaca fikiran Qistina.
“Mungkin bukan secara langsung tapi saya perasan perubahan abang Iqram. Dulu dia ada masa untuk saya tapi sekarang tak lagi,”
“Saya tak tahu pula yang saya menjejaskan hubungan Qis dengan Iqram,”
“Saya tahu, semua orang mesti nak rapat dengan abang Iqram. Dahlah ada rupa, baik, anak tunggal kepada pemilik Berjaya Holdings. Siapa yang tak nak dekat dengan dia kan?”
“Maksud ayat Qis tu macam menuduh saya yang……,”
Belum sempat In menghabiskan ayatnya, Qistina sudah memintas.
“Saya tak menuduh tapi tak tahulah kalau In terasa dengan kata-kata saya. Orang cakap, siapa yang makan cili, dia yang rasa pedasnya,”
“Saya tak makan cili, macam mana saya nak rasa pedasnya?”
“Saya cuma nak beritahu apa yang sebenarnya,”
“Suara dan nada Qis ni berbau seperti menyalahkan saya,”
“Saya tak cakap macam tu. Saya cuma nak In tahu yang hubungan saya dengam abang Iqram disebabkan In. Selebihnya terpulang pada In untuk menimbang duga keputusan. Lagipun, abang saya tengah tunggu In. Jadi, tak salah berkenalan dengan abang saya,”
“Saya bukan jenis yang macam tu,”
“Tu terpulang In, tapi bagi orang yang berpelajaran macam In ni, mesti faham maksud saya kan? Tak perlu saya ungkapkan dengan bahasa, tak perlu saya rungkaikan dengan perkataan,”

“In,”
In tidak bertindak balas. In seperti termenung.
“Insyirah,” panggil Iqram sekali lagi.
Lamunan In terhenti.
“In, awak ok?”
“Bila awak masuk?”
“Dah lama. Lima minit ada,”
“Lima minit?”
Iqram ketawa kecil.
“Taklah. Ada dalam seminit. Saya masuk pun awak tak perasan?”
“Tak, saya tak dengar apa-apa pun,”
“Awak ok?”
“Ok. Kenapa awak masuk office saya ni?”
“Saya nak awak semak semula projek ni. Ni pelannya. Saya sibuk sikit, sebab tu saya minta tolong awak,”
In hanya mengangguk lalu mengambil fail itu dan dibelek sehelai demi sehelai. Pandangan Iqram langsung tidak dibalas In.
“In, awak ok ke?”
“Jangan risau Encik Iqram. Mm..saya buat kerja dulu,”
Iqram dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. In seperti berubah, tidak seperti pagi tadi.

Taufiq melewati pejabat In. In masih lagi tekun meneliti pelan di hadapannya. Taufiq melihat jam di dinding pejabat, menunjukkan pukul 5.40 petang. Taufiq mengetuk pintu itu. Pandangan In beralih ke arah bunyi itu. In tersenyum. Taufiq melangkah masuk.
“In tak balik lagi? Semua dah balik,”
“Kejap lagi rasanya. Ada kerja lagi,”
“Tak apalah, siapkan kerja tu esok. Iqram dah balik ke?”
“Saya tak tahu Encik Taufiq,”
“In ni, sama je perangai dengan Iqram. Suka panggil papa Encik Taufiq kat office. Papa tanya sebagai seorang mertua kepada menantunya. Anak papa tu dah balik ke?”
“In tak pasti papa. Tadi dia keluar. Mungkin dia terus balik agaknya,”
“Apalah Iqram ni, balik tak nak ajak isteri sekali,”
“Tak adalah pa, In yang suka pergi balik drive sendiri,”
“Tapi kan lagi senang kalau satu kereta. Sama-sama pergi, jimat minyak,”
In hanya tersenyum.
“Ni nak balik pukul berapa?”
“Lepas In siap kerja ni, In balik lah. Mungkin pukul enam nanti,”
“Jangan balik lambat sangat,”
“Insya ALLAH papa,”
“Ada masa, ajak Iqram datang rumah papa ye? Iqram dah lama tak balik. Papa pun nak rasa juga menantu papa ni pergi rumah papa. Asyik pergi office papa je. Boleh kenal dengan mak mertua,” pinta Taufiq.
In teringat kembali yang Iqram pernah bercerita kepadanya tentang masalah keluarganya.
In hanya mampu mengangguk.
“Papa balik dulu ye,”
“Hati-hati papa,”
Taufiq menapak mahu keluar. Semasa di pintu masuk, Taufiq bertemu dengan Iqram.
“Eh, papa. Tak balik lagi?” soal Iqram.
“Kamu ni, papa baru nak tanya dia, dia dah tanya papa dulu,”
“Iqram baru balik dari site. Ada problem sikit tadi,”
“Papa baru nak balik ni. Kat dalam tu, ada yang tak balik lagi,”
“Siapa?”
“In,”
“In?”
“Yelah. In mana lagi. Insyirah, isteri Iqram,”
“Memanglah pa, tapi pelik, tak balik lagi? Biasa paling lambat pun pukul 5.30. Sekarang dah dekat 5.45,”
“Cuba Iqram tengok, temankan dia,” suruh Taufiq.
“Baik pa. Papa dah nak balik ke?”
“Ha’ah. Kerja papa pun dah habis ni. Kesian aunty Halimah kamu tu. Asyik sorang-sorang je minggu ni. Ingat hari ni nak temankan dia,”
“Kirim salam dengan aunty Halimah ye pa,”
Taufiq memandang redup ke dalam mata anaknya itu.
“Senang-senang, ajak In sekali balik rumah papa,”
Iqram mengangguk.

Iqram memulas tombol pintu pejabat In. In menyedari kehadiran Iqram tetapi tidak mengendahkannya. Sengaja dia menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerjanya.
“Kenapa awak tak balik lagi?”
“Saya ada banyak kerja yang belum siap,”
“Selalu awak tak macam ni,”
“Apa masalahnya kalau saya macam ni?”
Iqram cuba memandang wajah In dengan tepat tetapi In sengaja menundukkan pandangan ke arah pelan yang terbentang luas di atas mejanya. Iqram mula melabuhkan punggungnya ke kerusi yang berada di hadapan In.
“Awak, kenapa ni? Saya perasan something yang tak kena pada awak,”
“Saya tak ada apa-apa. Kalau awak nak balik dulu, awak balik lah dulu,”
“Saya tak cakap saya nak balik,”
In tidak mempedulikan kata-kata Iqram.
“Saya temankan awak ye. Saya pun ada kerja yang tak siap lagi,”
“Tak apa. Saya boleh buat kerja saya sendiri,”
Iqram mengeluh kecil. Iqram pasti ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku. Kerana Natasya? Atau Qistina? Mungkin Qhairul? Ketiga-tiga nama itu mula singgah di fikirannya.
“Tapi saya nak temankan awak juga,”
“Tapi saya tak nak,”
“Ilham Nur Insyirah yang saya kenal bukan macam ni,”
“Suka hati awak nak cakap apa,”
“Saya tahu ada sesuatu yang tak kena. Cuba awak cakap dengan saya,”
“Encik Iqram, awak tak nampak yang kerja berlambak-lambak atas meja saya ni. So, please..jangan ganggu saya. Kalau kerja saya tak siap, Encik Iqram juga yang susah,”
“Saya tak kisah kalau saya susah tapi saya tak nak awak macam ni,”
“Encik Iqram, please leave me alone,”
“Saya nak tahu apa yang tak kena. Itupun salah ke?”
In membisu. Iqram sepertinya mahu mengalah.
“Saya minta maaf. Saya tak ada niat nak mendesak awak,”
In masih lagi mendiamkan diri.
“Tapi, izinkan saya temankan awak. Awak tinggal sorang-sorang kat office ni. Kalau something bad happen macam mana?”
In tidak membalas kata-kata Iqram. Setelah mendapat reaksi sebegitu daripada In, Iqram mula melangkah keluar menuju ke mejanya. Dalam fikiran Iqram, dia masih lagi cuba mencari jawapan bagi perubahan In. Dia pasti ada sesuatu yang bermain di fikiran In sehingga In melayannya sebegitu.

+_BILA TAKDIR ITU BERBICARA_+ (BAB 67-68)

BAB 67


In mengalihkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan. Bunyi hujan lebat berderai ke bumi diselangi guruh berdentum di langit mengganggu ketenteraman In. Salah satu kelemahan In adalah bunyi guruh. Sememangnya sejak kecil lagi In takut akan bunyi guruh yang kuat ketika hujan lebat. In memerhatikan jam loceng. Pukul 12.30 tengah malam. Niat hatinya mahu menemui Iqram.
“Dia dah tidur ke? Lagi-lagi hujan ni, biasa memang best kalau tidur,”
In bangkit dari baringannya. Dia duduk. Sekali lagi bunyi guruh kuat berdentum di telinganya. In menarik selimutnya. In baring lalu menutup seluruh badannya dengan selimut. Bagi In, bunyi guruh seperti satu irama ngeri di langit. In tidak senang duduk. Dia segera bangun lalu keluar sambil membawa bantal, selimut dan ‘Iqram’. In berjalan dengan niatnya yang masih lagi ragu-ragu untuk ke bilik Iqram. In berdiri lama di hadapan pintu itu. Rasa sejuk mula menggigit tubuhnya. In mahu berpatah semula ke biliknya namun bunyi guruh yang semakin kuat membantutkan niatnya. Lantas tangan In mengetuk pintu berwarna hijau itu.
Iqram sedar dari tidurnya setelah mendengar bunyi ketukan itu. Iqram bangun lalu membuka pintu. Ketika itu dia hanya memakai seluar pendek dan singlet sambil menggosok-gosok matanya. In mengalihkan pandangannya ke tempat lain.
“Eh, sorry,” ucap Iqram sebaik sahaja menyedari yang dia berpakaian sebegitu.
Iqram segera mengambil selimut lalu kembali kepada In.
“Awak tak tidur lagi ke?” tanya Iqram sambil membaluti tubuhnya dengan selimut itu.
“Saya tak boleh tidur,”
Iqram menguap.
“Awak tak boleh tidur? Hujan-hujan macam nilah sedap tidur,”
“Awak dah tidur ke?”
“Tadi dah, sekarang saya dah bangun sebab awak ketuk pintu tadi,”
Iqram tersengih.
“Saya minta maaf,”
“Eh, tak apa. Kenapa awak ketuk bilik saya malam-malam ni?”
“Saya takut bunyi guruh,”
Iqram segera memandang wajah In yang polos itu.
“Awak takut bunyi guruh?” nada Iqram seperti mengejek.
“Saya tahulah awak tak ada sivik tapi janganlah ejek saya,”
“Eh, saya tak ejek. Terasa comel pula. Macam budak kecil,”
“Awak, saya bukan main-mainlah. Saya takut betul-betul ni,”
“Ok, sorry. Saya tak maksud apa-apa pun. Tapi memang sweet yang awak sebenarnya takut dengan bunyi guruh,”
In terdiam.
“Ok, apa yang boleh saya tolong? Nak saya perlahankan bunyi guruh tu macam volume radio ke?”
In segera melemparkan anak patung beruang ke arah Iqram. Iqram segera menangkapnya. Iqram baru tersedar yang In turut membawa bantal dan selimut bersamanya.
“Awak ni, sengaja nak kenakan saya. memang tak ada sivik,” ucap In lalu cuba berpatah balik ke biliknya tetapi Iqram sempat memaut tangan In.
“Kenapa bawa bantal? Nak tidur dengan saya ke?” tanya Iqram, spontan dan bersahaja nadanya apabila menanyakan soalan itu.
In merasaka soalan itu menduga perasaannya.
“Saya tak boleh tidur,”
Hanya itu jawapan In.
“Tapi, apa kena mengena dengan bantal, selimut dan ‘Iqram’ ni?”
“Kalau kat rumah mak, saya tidur dengan mak kalau ada guruh,”
So?”
In hanya membisu. Dia cuba mencari jawapan yang sesuai.
“Kalau kat rumah mak awak, awak tidur dengan mak awak. So, kalau kat rumah ni maknanya awak nak tidur dengan saya lah?”
“Bukan. Saya tak nak tidur dengan awak,” pantas jawapan itu keluar dari mulut In.
“Habis tu?”
Iqram terus menduga.
“Saya just nak tidur dekat dengan awak. Awak tidur kat atas, saya tidur kat bawah,”
“Kenapa awak nak tidur kat bawah? Nanti sakit badan tidur kat lantai. Biar saya yang tidur kat bawah,”
“Tak apa, saya yang pergi bilik awak. Saya yang kena mengalah,”
Iqram tersenyum.
“Awak tunggu sini kejap. Nah, ambil ‘Iqram’ ni,”
In hanya menuruti perintah Iqram. Beberapa saat kemudian Iqram keluar bersama bantal.
“Jom, kita pergi bilik awak,”
“Buat apa?”
“Ikut jelah,” ucap Iqram sambil menarik lengan In menuju ke bilik.
In terpinga-pinga. Kini mereka sudah berada di bilik In.
“Awak tidur kat atas, saya tidur kat bawah. Sebab saya datang bilik awak, saya yang akan tidur bawah,”
“Tapi saya macam menyusahkan awak je. Nanti badan awak sakit,”
“Tak apalah. Saya boleh minta awak picitkan,”
Air muka In berubah.
“Saya main-main jelah. Saya gurau,”  
Iqram ketawa. In turut tersenyum. In segera mengambil kain.
“Eh, nak buat apa dengan kain tu?”
“Saya nak buat alas tempat tidur awak,”
In segera membentang kain yang agak tebal itu ke atas lantai. Iqram meletakkan bantal di atas kain tersebut. In kembali ke katilnya.
“Awak,” panggi Iqram.
“Ya,”
“Selamat malam,” ucap Iqram.
“Selamat malam,” balas In.
In menarik selimut sehingga ke paras dadanya lalu memeluk ‘Iqram’. Jauh di sudut hati In, ada perasaan itu. Dia seperti sudah mengakuinya. Iqram menjadi tempat berlindung bagi dirinya. In cuba melelapkan mata tetapi ada sesuatu yang menggangu hatinya. Apabila In memejamkan mata, wajah Iqram merenung ke arahnya muncul. In segera mmbuka mata. Kejadian itu seperti benar-benar berlaku.

Sudah setengah jam berlalu, In masih lagi tidak dapat lelap. Bunyi hujan masih lagi sama seperti tadi. Cuma sudah tidak kedengaran bunyi guruh. In memandang ke atas siling, cuba melapangkan fikiranya. In cuba menjengah Iqram yang berada di bawah. Iqram sepertinya sudah terlena. In cuba memerhatikan wajah Iqram dari dekat. In tersenyum apabila fikirannya menggamit kembali memorinya bersama Iqram. Iqram melayannya dengan baik. Walaupun In melemparkan kebencian suatu ketika dahulu tetapi Iqram tetap menunggu dengan sabar. Pelbagai peristiwa telah berlaku dalam kehidupannya sepanjang bersama insan bernama Iqram Iskandar bin Ahmad Taufiq. Kini, wajah itu seringkali bermain di fikirannya dan nama itu juga acapkali menjadi sebutan di hatinya.
“Saya dah mula sayangkan awak,” ucap In tiba-tiba.
In sendiri tidak menyedari ayat itu keluar dari bibirnya. In mengharapkan Iqram tidak mendengarnya. In menampar perlahan mulutnya.
‘Aku cakap apa ni? Dia dengar ke tak?’ bisik hati In.
Iqram bergerak sedikit. In terkejut.
‘Tak tidur lagi ke?’
Iqram perlahan membuka matanya.
“Mm…awak cakap apa tadi?”
In mencari alasan untuk mengelak.
“Awak tak tidur lagi ke?” tanya In.
“Saya tadi baru nak terlelap. Lepas tu dengar awak cakap something,”
“Saya tak cakap apa-apa pun,”
“Ya ke? Takkanlah saya mimpi tadi,”
In hanya mendiamkan diri.
“Awak cakap apa In?”
“Awak dengar apa?”
“Entah, tak jelas. Saya dengar macam saya dah mula……..ha, lepas tu saya tak dengar sangat,”
“Awak mimpi lah tu,”
“Agaknya kot. Tapi betul awak tak cakap apa-apa?”
“Saya tak cakap apa-apa pun,”
“Mungkin saya mengigau agaknya,”
In menarik nafas lega.
“Awak,” panggil Iqram lagi.
Hati In mula berdebar kembali.
‘Alamak, dia nak tanya apa lagi,’ desis hati In.
“Selamat malam,” ucap Iqram.
“Selamat malam,” balas In sambil menghembuskan nafas lega.
Iqram berpaling ke arah bertentangan In. Iqram tersenyum sendiri. Sebenarnya Iqram belum terlena lagi. Dia dapat mendengar dengan jelas ayat tersebut.

“Saya dah mula sayangkan awak,”

Suara In menyebut kata-kata itu masih lagi jelas di fikirannya.
“Terima kasih. Saya dah lama sayangkan awak,” ucap Iqram perlahan.
In seperti mendengar Iqram berbisik mengatakan sesuatu.
“Awak ada cakap apa-apa ke?”
Iqram tidak mahu In mengetahui yang sebenarnya dia mendengar ayat itu. Iqram mahu membiarkan semuanya terjadi atas tindakan In sendiri. Dia mahu In mengakuinya perlahan-lahan. Iqram tidak mahu mendesak In. Iqram akan tunggu sehingga In bersedia sebagaimana dalam mimpinya. Mimpi itu datang dengan sendirinya dalam hidupnya, begitu juga dengan perasaan itu. Iqram mahu In sendiri mengakui perasaan yang hadir dalam hatinya. Sudah puas Iqram memberitahu In perasaannya, biar kali ini In dengan rela hati memberitahunya. Seperti tadi.
“Mm..?”
“Awak dah tidur ke?”
“Baru terlelap. Kenapa?”
“Saya dengar macam awak cakap sesuatu tapi perlahan bunyinya,”
“Awak ngigau tak,”
‘Ngigau? Macam mana boleh ngigau sedangkan aku belum tidur lagi,’ ucap hati In.
In berfikir sejenak.
“Agaknya kot. Dah malam ni, saya tidur dululah. Selamat malam,”
In menarik selimutnya hingga ke dada.
“Selamat malam,” ucap Iqram. Bibir Iqram terus mengukir senyuman. Dia terlena dengan keadaan begitu.

BAB 68

In duduk di sisi Iqram yang masih lagi lena. In mahu mengejutkan Iqram untuk solat subuh. In seperti teragak-agak untuk menyentuh tubuh Iqram. In mengambil kesempatan itu untuk menatap wajah Iqram. In memandang mata Iqram. Kening Iqram lebat dan baru In menyedari yang bulu mata Iqram sedikit lentik. Pandangan In turun ke hidung. Hidung itu mancung. Iqram berkulit hitam manis. Sememangnya ada sedikit iras Taufik Batisah. Lama In memandang wajah yang semakin indah di dalam hatinya itu. Perasaan sayang semakin menebal. Sedikit sebanyak In seperti dapat menerima pemergian Zaf sejak dia mula mengenali siapa sebenarnya Iqram Iskandar. Iqram seperti berjaya membuka hatinya untuk menerima kasih sayang daripada orang lain. Walaupun nama Iqram sudah mula terukir di hatinya namun nama Aiman Zafirul tetap terpahat di hatinya. Masakan In mudah lupa akan Zaf. In tersenyum sendiri apabila mengingat kembali persamaan antara Zaf dan Iqram. Di awal perkenalan, In pernah membenci mereka. Namun setelah mengenali siapa sebenarnya mereka, hati In mula jatuh kasih. Itulah persamaan mereka.
“Saya tahu, saya memang handsome,”
In terkejut. Iqram membuka matanya. Dia tersenyum memandang In yang sedang terkejut itu.
“Awak dah bangun ke?”
“Dah, lima belas minit yang lepas,”
“Awak memang sengaja kan?”
“Sengaja apa?”
Lidah In seperti terkelu.
“Awak yang sebenarnya yang sengaja,” ucap Iqram sambil bangun setelah hampir enam jam baring di situ.
“Kenapa saya? Awak yang sengaja, pura-pura tidur,”
“Tapi saya tak macam awak. Awak sengaja tengok muka saya semasa saya tidur. Kenapa?”
“Mana ada,”
In cuba mengelak daripada menatap mata Iqram.
“Saya dapat tahu bila awak tipu,”
“Tak ada apa-apalah. Awak bangunlah. Dah subuh ni,”
In cuba bangun tetapi Iqram menahannya. Jari-jemari In digenggam Iqram.
Thanks,”
In terpinga.
“Kenapa?”
“Terima kasih sebab mempercayai saya,”
“Percayakan awak?”
“Awak percayakan saya. Kalau tak, kenapa awak minta saya temankan awak tidur? Awak tak takut saya buat sesuatu kat awak,”
Mata Iqram tepat ke mata In, cuba mencari perasaan In untuknya. Pandangan Iqram ketika itu seperti meleburkan hati In. In seperti diawangan.
“Kalau awak nak buat macam tu, dah lama awak buat pada saya kan?”
Iqram tersenyum. Perlahan Iqram merapatkan bibirnya ke pipi In. In memejamkan mata, jantungnya mula berdegup kencang. Iqram tidak berhenti terus di pipi itu tetapi Iqram rapat ke telinga In.
“Saya sayang awak,”
Hati In tersenyum,mahu sahaja In membalas ungkapan itu tetapi hatinya seperti ditahan sesuatu. Dia belum bersedia lagi. Pandangan mereka kembali bertaut.
“Mm..saya pergi ambil wuduk dulu. Awak jangan tak balik bilik awak pula,”
Hati Iqram mengeluh.
‘Kenapa tak nak mengaku lagi?’ keluh hati Iqram.