Stylo Clique ^_^

Monday, June 18, 2012

SUPERBIKE itu CINTA di PENULISAN2U..:)


Jeng...jeng...jeng....
teruja tak bce tajuknye...??(ke NQ je yg teruja? ecewwwaahh...dh tukar pulak name panggilan diri..dulu ain sasuke)
ok2..maap..maap...maaaappp..
sungguh tak disangka, cpt pula mr.penulisan2u tu kua kan manuskrip saye.. rse mcm bru anto ari tu..
mlm ni bersamaan 18 JUN 2012, NQ pn bukak la laman web kesayangan sye tu iaitu penulisan2u..
mau mencari entri novel yg bru..
tup..tup..tup..ha tu dia..ternampak tajuk novel yg mcm kenal je..




tulisan kecik sgt ek?? kasi zoooooomm ckit..mihmihmih...



ha..itu dia cik jah..torang maso dopan (mcm iklan kat tv tu)
oklah..kat sini NQ kasi linknye ye..lai..lai..lai..
http://www.penulisan2u.my/tag/superbike-itu-cinta/
sape2 pun boleh menjengah..

sbg bonus kpd anda yg mengunjungi blog NQ yg xbape nak aktip sgt ni..(aktip time ade manuskrip je..xde manuskrip NQ g betapa cri ilham)
NQ bg sinopsis die eh...


SINOPSIS SUPERBIKE ITU CINTA




“Kau gila ke apa nak suruh aku jadi suami kau?”
“Jadi suami olok-oloklah, pekak.”
“Suami olok-olok kepala otak kau. Habis tu, kalau dah nikah tu apa namanya?”

Apabila melihat si penunggang Superbike berwarna hijau itu, pasti tiada siapa yang menyangka pemiliknya adalah seorang gadis. Gadis berambut pendek yang kasar, ego dan pantang dicabar itu hidup dalam dunianya sendiri. Jika gadis sinonim dengan keayuan, AD dengan motosikal berwarna hijau itu.

Lain pula ceritanya dengan Wafi Azrel Shah, lelaki biasa namun punya karisma. Dia penuh cita rasa dan prinsip dalam mencari permaisuri hidup. Dia sudah menetapkan ciri-ciri yang dia kehendaki. Dia yakin gadis manja, lemah lembut dan penuh dengan keayuan seperti Nadhira adalah pilhan hatinya.

Kerana Superbika, AD bertemu Wafi. Pertemuan empat mata untuk pertama kalinya sudah cukup untuk mewujudkankan rasa benci antara mereka berdua. Sejak pertemuan itu lagi Wafi dan AD melancarkan perang dunia ketiga. Mati hidup semula sekalipun Wafi tidak akan memandang gadis seperti AD. Ya, tidak mungkin!

“Gila! Kau ni memang gila, kan? Kau tengok jam tu pukul berapa sekarang? Pukul 10.30 malam. Kau ingat pengantin baru ada ke nak keluar rumah waktu macam ni?”
“Argh! Kau ni memang sengallah. Kan aku cakap, tak ada apa-apa perubahan lepas aku dengan kau kahwin. Kau ni bodoh ke?”

Siapa menyangka, takdir Tuhan telah mengikat AD dan Wafi dalam ikatan yang sah. Jika pasangan yang lain berkahwin kerana cinta, tetapi Wafi dan AD atas dasar kebencian. Kerana rasa benci mereka setuju untuk menjadi suami dan isteri.

Ini namanya kerja gila. Ingat kahwin ni macam main masak-masak ke?

Akan tetapi, semakin hari Wafi mengenali AD, ternyata gadis berimej lelaki itu berbeza. AD seperti menyimpan rahsia besar dalam hidupnya. Seolah-olah cuba menyembunyikan lipatan sejarah hidupnya daripada pengetahuan orang lain. Apakah yang berlaku sebenarnya? Adakah benar ada rahsia yang cuba disembunyikan oleh AD? Benci, bolehkah bertukar menjadi sesuatu yang indah?


terima kasih banyak2 PENULISAN2U...tanpa kamu, NQ memg xde kat bidang tulis-menulis ni..
PENULISAN2U telah menyebabkan impian NQ yg tersimpan sekian lama ini jd kenyataan..(ayat mcm skema kan?)
peluang dan ruang yang diberikan amatlah NQ hargai..xtau nak ckp perkataan apa yang sesuai..
TERIMA KASIH SETINGGI LANGIT DAN SEDALAM LAUTAN....


mood : moga2 SUPERBIKE itu CINTA akan terukir di atas kertas sbgmna PERLU KAMU..(neves len mcm)
alhamdulillah, syukur sgt2 PERLU KAMU sudah cetakan ketiga...;)

3 comments:

  1. alhamdulillah..
    klu SIC dh publish, bgtau ye..nk beli,, e-novel yg pelukis jalanan? dah sambung ke? cerita tuh best Ain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. maceh syida..neves la..bimbang kalau k2 ni xmcm Perlu Kamu..
      oohh..pasal pelukis jalanan tu kene rombak semula nampaknya segala jln cerita..cite tu ain jdikan manusrip k3 (haha..suppose yg k2, SIC k3) skrg ni tgh cri bhn..oohh..xsangka ain syida bce pasal pelukis jalanan tu..

      Delete
    2. hehehe, InsyaAllah ok :)
      yupp, kte suka cerita pelukis jalanan Ain tue, excited nk tahu kenapa dia jd pelukis?kenapa dia tak sambung blajar? dia tinggal kat mana, nak tau sangat kisah hidup pelukis itu. Kte dah boleh imaginekan daa watak lelaki tu, memula kte ingatkan SIC tu cerita Pelukis jalanan, tak rupanye... hehehe :)

      Delete