Stylo Clique ^_^

Wednesday, June 6, 2012

.:: Superbike itu CINTA ♥ - BAB 3 ::.




BAB 3


Jam sudah menunjukkan pukul 8.15 pagi. Suasana di dewan kuliah riuh rendah dengan kehadiran hampir 80 orang pelajar. Masing-masing mempunyai gelagat. Bagi yang ulat buku, sibuk mengulang kaji pelajaran kerana tidak kurang 3 minggu peperiksaan akhir semester akan berlangsung. Ada yang rancak berbual dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk melelapkan mata.

“Lambat pula Prof.Kamal masuk hari ni?” ucap Izwanie yang sedang duduk di sebelah Samsul.
“Baguslah dia datang lambat. Kita boleh borak-borak lagi,” balas Samsul sambil membelek-belek kukunya.
“Kau ni kenapa asyik tengok kuku tu?”
“Tak adalah, malam kelmarin aku tolong mak aku cuci pinggan kat restoran dia. Rosak kuku aku ni ha. Penat je mak buat medicure pedicure. Ni semua pasal si A.D tu la. Datang lambat. Mak aku dah bising.”
“Eh? Kau jumpa A.D ke?”
“Aku jumpa dia malam kelmarin. Buat part time cuci pinggan kat restoran mak aku. Ala..biasalah Wanie oii…dia tu tak sudah-sudah dengan kerja dan motor besar dia macam motor mask rider tu. Penat mak nak melayan.”
“Bosan la kalau dia tak ada. Dah lama dia tak datang kuliah. Kau jangan main-main dengan motor dia tu. Motor tu kegilaan ramai lelaki kat U kita ni.”
“Eleh…kegilaan pun bila hujan basah juga,” ucap Samsul sambil wajahnya mencebik.

Pintu dewan kuliah dibuka. Kelihatan Wafi dan Rafiq melangkah masuk. Wafi dan Rafiq hanya berkemeja T serta berseluar jeans tetapi semua mata tertumpu ke arah mereka seperti biasa. Di tangan Wafi sedang memegang sebiji bola ragbi. Jelas menggambarkan betapa dekat jiwanya terhadap sukan itu. Sudah menjadi kebiasaan Wafi membawa bola itu ke mana-mana sahaja semasa berada di dalam universiti. Wafi dan Rafiq mengambil tempat duduk di belakang sekali.

“Nyah, kau tengok tu Wafi dengan Rafiq. Sasanya badan diorang. Macam Fahrin Ahmad dengan Aaron Aziz,” ucap Samsul kepada Izwanie.
Izwanie segera menepuk lengan Samsul, seperti mahu menyedarkan rakannya itu.
“Eh…Sam, kau ni kenapa? Kau tu lelaki la. Mana boleh cakap macam tu.”
“Hello adik manis Izwanie, aku straight la. Aku cuma kagum aje dengan dia orang tu. Kalaulah badan aku macam tu, mesti macho kan?”
“Badan kerempeng macam tiang lampu, ada hati. Dia orang tu pemain ragbi universiti. Mestilah badan kena sasa. Kalau aku nak cari boyfriend pun nak macam dia orang.”
“Ish kau ni, dia orang ni kegilaan pelajar perempuan universiti tempatan mahupun antarabangsa tau. Kau jangan nak mimpi apatah lagi mahu berangan.”
“Kau memang suka dengki aku kan?”
“Aku nak dengki siapa lagi? A.D kan tak ada.”

Suasana dewan bertukar menjadi sepi sebaik sahaja Profesor Kamal masuk. Masing-masing kembali ke tempat duduk. Mana yang lena, sudah pun terjaga.

Good Morning class,” ucap Profesor Kamal sebaik sahaja meletakkan bahan mengajarnya di atas meja.
Morning prof.”
Hanya beberapa orang sahaja yang membalas ucapan selamat pagi itu.
I’m very sorry for late today. Saya harap tiada siapa lagi yang lebih lewat daripada saya,” kata Profesor Kamal sambil pandangannya meliar ke seluruh dewan itu. Sudah menjadi pantang baginya jika ada pelajar yang datang lewat daripadanya. Masa itu emas, dan sesaat masa yang sudah terlepas tidak mampu diganti semula.
Before I start my class, I would like to remind each of you to submit your assignment today on my table before 2.00 p.m or……….

Kata-kata Profesor Kamal terhenti sebaik sahaja mendengar bunyi itu. Bunyi tombol pintu dipulas kedengaran jelas dan perlahan-lahan pintu itu terbuka. Wafi yang sedang sibuk menyalin semula nota yang tertinggal daripada Rafiq juga memandang ke arah pintu itu. Dia memandang sekali imbas pelajar yang baru masuk itu lalu mahu meneruskan kerjanya. Tetapi kotak fikirannya segera memunculkan wajah itu dan membuatkan dia memandang buat kali kedua. Matanya seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Tangan kirinya segera berhenti menulis. Rafiq yang berada di sebelahnya hairan apabila melihat tangan Wafi meletakkan pen.

“Aikk…? Tadi sibuk sangat nak salin nota aku tu. Tiba-tiba dah siap ke?” tanya Rafiq dalam nada memerli.

Wafi tidak mempedulikan soalan Rafiq itu. Perasaan di saat itu kembali ke dalam jiwanya. Profesor Kamal tersenyum sinis memandang susuk tubuh di hadapannya.

“A.D, baru saya nampak muka awak hari ni. Dahlah saya baru nampak awak hari ni, lepas tu awak datang lambat. Bukan setakat datang lambat, malah lebih lambat daripada saya.”

Samsul dan Izwanie hanya tersenyum dari jauh. Begitulah sifat A.D, tidak sudah-sudah dengan lewatnya. A.D menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Cuba mencari alasan.

“Maaf prof, saya tak sengaja. Saya parking motor jauh. Nak jalan ke dewan kuliah ni ambil masa lama sikit.”

Profesor Kamal menggelengkan kepala apabila mendengar alasan A.D.

“Nasib baik awak jumpa dewan ni. Saya ingat awak dah lupa dah kelas saya. A.D, awak tak ada alasan yang lebih baik ke nak kasi kat saya? Kalau saya tolak markah kamu sebab dah banyak kali datang lewat, awak setuju? Itu belum lagi yang awak ponteng kelas saya,”
“Ala prof, janganlah. Markah saya dahlah cukup-cukup makan untuk ambil peperiksaan.”
“Tahu pun awak ya. Saya kasi surat amaran kat bapa awak, baru awak nak datang kelas saya. Sudah, pergi duduk. Kalau dengan awak ni, saya cakap apa pun tak jalan.”
“Terima kasih prof. Prof memang kacak bergaya hari ni,” puji A.D lalu menuju ke tempat Samsul dan Izwanie.

Sekali lagi Profesor Kamal menggelengkan kepala melihat telatah A.D. A.D sememangnya tidak makan saman. Sudah banyak kali A.D tidak hadir ke kelasnya. Berilah apa sahaja amaran, tetapi A.D tetap mengulanginya. Tanpa disedari A.D, ada sepasang mata sedang memerhatikannya dari jauh.

“Wafi, pagi tadi kau tak sarapan ke? Apasal kau tengok budak tu macam nak makan aje?” soal Rafiq kehairanan.
“Sejak bila budak tu sama kuliah dengan kita?”
“Kenapa kau tiba-tiba tanya?”
“Budak tu la yang langgar Dhira kelmarin,”

-----------------------------

“Jadi, budak yang langgar Dhira hari tu budak tadi tu la?”
“Ya.”

Rafiq ketawa sambil menggelengkan kepala. Mereka sedang berada di padang untuk melakukan persiapan sebelum memulakan perlawanan. Perlawanan ragbi persahabatan dengan Universiti Putra Malaysia akan berlangsung dalam masa satu jam.

“Ok semua. Kita buat warming up sekarang,” arah Malik, ketua pasukan ragbi mereka. 

Semua pemain segera mengambil posisi masing-masing untuk melakukan senaman regangan sebagai pemanas badan.

“Kenapa kau ketawa Fiq? Aku tengah marah dengan tomboi tu. Bengang kau tahu tak?”
“Maksudnya, memang budak perempuan tulah yang berjaya membuatkan hidup Wafi Azrel Shah kelmarin jadi huru hara?”
Stop it Fiq. Dia bukan perempuan. Satu lagi, janganlah kau nak guna ayat tu. Dia tak akan berjaya menghuru-harakan hidup aku.”
“Ok..ok..sorry bro,” ucap Rafiq sambil tangannya menolak kepalanya ke kanan sebanyak 8 kiraan lalu ke kiri pula.
“Yang aku pelik, kenapa aku boleh nampak dia hari ni?”
“Apa yang peliknya? Dia budak fakulti kita. Memanglah kau nampak dia.”
“Maksudnya, kau pernah nampak dia la?”
“Yalah. Dia budak junior.”
“Apasal aku tak pernah nampak? Kau tak pernah cakap dengan aku pun,” kata Wafi lalu berhenti melakukan aktiviti pemanasan badan. Begitu juga dengan Rafiq. Jelas wajah Wafi tidak berpuas hati terhadap A.D.
“Wafi, topik apa aku nak berbual dengan kau kalau aku cerita pasal budak tomboi tu? Aku pernah nampak dia, tapi tak adalah selalu. Aku rasa ada banyak sebab kenapa kau tak perasan budak tu.”
“Kenapa? Dia tu macam invisible man ke?”
“Kau ni boleh tahan sengal juga. Pengaruh tv.”

Sengal. Itulah perkataan yang pernah diucapkan oleh A.D terhadap Wafi. Peristiwa petang itu kembali menggamit memorinya.

“Kau ni, memang sengal la. Kasihan la kat kau minah. Harap muka je lawa, tapi malang dapat balak macam dia ni. Aku memang selalu dengar yang cinta tu buta. Tapi aku tak pernah sangka pula yang bercinta ni bukan sahaja boleh buat orang jadi buta tapi jadi pekak nak mampus.”
“Ooo…sekarang kau nak cakap aku ni buta dengan pekak la?”
“Memang….bukan setakat buta, pekak tapi sengal. Dah terang-terang aku hidupkan enjin motor ni. Kau tak dengar ke? Tadi kau juga cakap dengan aku jangan harap pakai motor besar je, tapi tak tahu jaga keselamatan. Dah terang-terang la bro motor aku ni besar. Kau nak motor aku ni besar macam lori sampah ke baru kau nak nampak? Kau nak motor aku ni bunyi macam hon kapal Titanic ke baru kau nak dengar?”

Masih terngiang-ngiang lagi ayat yang diucapkan oleh A.D di telinganya. Ayat yang menyebabkan kemarahannya membuak-buak.

“Apasal kau mengelamun ni? Tadi sibuk tanya pasal budak tu, ni berangan pula. Memang sengal.”
“Kau ni kan, sama aje dengan budak tu. Cakap aku sengal. Ok, ketepikan pasal sengal tu. Cuba kau cakap dengan aku kenapa aku tak pernah nampak dia.”
“Pertama, kita sekuliah dengan dia masa kelas Matematik aje. Kau pun boleh kira dengan jari kan seminggu berapa kali aje kita ada kelas tu. Kedua, dia memang kaki ponteng. Maksudnya, memang jaranglah dia datang kelas dan kadang-kadang pun kita terponteng kelas tu sebab kita ada perlawanan. Ketiga, sebab dia tomboi. Jadi, dari jauh kau ingat dia lelaki. Mana ada lelaki akan pandang budak lelaki, melainkan kalau…………ha, kau faham-faham sendirilah.”
“Habis tu, kenapa hari ni aku baru perasan dia?”
“Sebab kau pernah ada tragedi ngeri dengan dia. Jadi, secara tak langsung sel-sel otak kau ingat muka dia. Jadi, sebab tu kau perasan dia.”

Wafi memandang muka Rafiq. Dia cuba untuk menganalisis semua jwapn yang diberikan oleh rakan baiknya itu. Ada benarnya kata-kata Rafiq.

“Wafi, Rafiq kenapa berhenti warming up? Kejap lagi dah nak mula perlawanan. Fokus sikit,” jerit Malik dari jauh apabila memerhatikan Rafiq dan Wafi sedang rancak berbual.
Sorry Malik,” ucap Rafiq sambil mengangkat tangan sebagai tanda minta maaf. Rafiq memandang sekeliling. Terkejut melihat ahli pasukan yang lain sedang berlari mengelilingi padang.
“Kau punya pasal la ni Wafi. Budak-budak lain dah lari tu.”
“Apasal pula aku. Budak tomboi tu la.”
“Kau ni, memang dengki kan dengan budak tu? Budak tu tak ada kat sini, kau salahkan dia pula.”
“Siapa nama budak tu?”
“A.D,” balas Rafiq lalu segera memulakan lariannya.


No comments:

Post a Comment