BAB
5
Bunyi deruman enjin motosikal
berkuasa tinggi sayup-sayup kedengaran di telinga Mak Som yang berada di dapur.
Tangannya yang tadi ligat memotong sayur kubis tiba-tiba terhenti. Dia segera
meletakkan pisau lalu mencuci tangannya. Dia bergegas keluar menuju ke laman
hadapan. Dia seperti dapat meneka siapa yang datang ke vila itu. Pak Aziz yang
sedang membasuh kereta tersenyum sebaik sahaja melihat motosikal berwarna hijau
itu masuk ke perkarangan rumah. A.D menurunkan stand motosikalnya lalu turun. Dia menanggalkan topi keledarnya.
A.D mengukir senyuman apabila melihat wajah Mak Som yang berada di hadapannya.
“Ya Allah, budak
bertuah ni balik juga,” ucap Mak Som, matanya sedikit berair. Perasaan rindunya
tidak dapat dibendung.
A.D segera memeluk Mak
Som. Pelukannya bertambah erat apabila orang tua itu turut membalas.
“A.D rindu sangat dengan
Mak Som,” ucap A.D. hampir menitis manik jernih itu.
“Dah tahu rindu, kenapa
tak nak datang sini?” soal Mak Som sambil meleraikan pelukan mereka. Dia mahu
menatap wajah A.D yang seperti anaknya sendiri.
A.D membiarkan
pertanyaan Mak Som tanpa jawapan. Dia pasti Mak Som tahu apa sebabnya. Mak Som
dapat melihat A.D hampir menangis.
“Eh, A.D nangis ke?
Mana macho tak A.D menangis? A.D kan cool,”
ucap Mak Som.
Dia tahu A.D tidak suka
menunjukkan yang dirinya lemah di hadapan orang lain.
“Entah Mak Som ni. Tak
main la nangis-nangis ni. Bawa motor besar, tapi gembeng pula,” balas A.D, cuba
menyembunyikan apa yang nyata.
“Yalah tu. Mak Som
nampak macam ada air kat mata tu,”
“Ni bukan nangis. Masuk
habuk mata A.D ni,”
“Ayat macam dalam
drama,”
“Sudah-sudah lah tu Mak
Som oi… budak A.D ni dahlah jarang balik. Awak pergi sakat dia buat apa? Suruh
dia masuk dalam jumpa papa dia,” suruh Pak Aziz, suami kepada Mak Som.
“Ish..tak mahulah. A.D
datang sini sebab nak makan masakan Mak Som. A.D memang sengaja kosongkan perut
A.D ni. Kalau hari minggu macam ni, mesti Mak Som masak lauk kampung kan?”
“A.D ingat lagi ye?”
“Mestilah ingat Mak
Som. Kan papa yang suruh Mak Som masak lauk kampung kalau dia ada kat rumah.
Papa kan suka masakan kampung Mak Som. Asli dan original,”
Pak Aziz dan Mak Som saling
berpandangan. Masih lagi segar ingatan A.D terhadap kegemaran Ridzuan. Itu
bermakna gadis keras kepala itu masih sayangkan ayahnya lagi.
-------------------------------------
“Papa ada dapat surat
daripada Profesor Kamal,” kata Ridzuan memulakan perbualan.
A.D yang duduk di sofa hanya
membisu. Perbincangan antara anak beranak itu berlaku di ruang tamu. Dia sudah
agak pasti perkara itu dibangkitkan sebaik sahaja mereka bertemu. Semester ini
sahaja, sudah dua kali Ridzuan menerima surat mengenai masalah disiplin anak
tunggalnya.
“Riana buat apa aje
sampai ponteng kuliah?”
Telinga A.D sekali lagi
menangkap nama itu. Kali ini dari bibir ayahnya.
“Siapa Riana?”
“Riana jangan nak tukar
topik perbualan. Riana tetap Riana. Dan A.D tetap Riana di mata papa,”
“Riana dah lama hilang
dalam diri A.D, papa. A.D rasa papa tahu apa yang A.D buat sampai A.D ponteng
kuliah,”
Ridzuan sendiri tidak
tahu bagaimana dia mahu berkomunikasi dengan A.D. Tatkala mereka bertembung
suara, pasti pertengkaran yang akan berlaku.
“Riana sengaja nak naik
kan darah papa ya? Dah berapa kali papa cakap, Riana tak payah nak kerja. Papa
mampu tanggung Riana. Motor Riana tu pun papa boleh bayar habis. Riana tak
payah susah-susah nak kerja sampai kena ponteng kuliah.”
“A.D nak buktikan
dengan papa yang A.D masih lagi boleh hidup tanpa papa. Dari dulu, sekarang dan
sampai bila-bila. Memang A.D dah biasa hidup tanpa papa. Sejak dulu lagi kan
papa tak pedulikan A.D? Apa yang papa tahu cuma cari duit aje. Jadi, kenapa
sekarang baru nak sibuk-sibuk ambil berat pasal A.D? A.D buat silap pun papa
tak pernah tahu kan? Mana perginya papa yang perlu tegur A.D bila A.D buat
silap?”
“Riana jangan nak
persoalkan tanggungjawab papa. Papa tengah bincang soal masa depan Riana. Apa
salahnya papa ambil berat pasal Riana sekarang? Kalau papa tak buat dulu, biar
papa buat sekarang.”
“Dah terlambat pa. Sepatutnya
papa buat dari dulu lagi.”
“Sebab papa dah
terlambat, papa tak nak Riana sia-siakan hidup Riana. Riana kena belajar.
Belajar untuk masa depan Riana sendiri.”
“Tapi A.D tak nak.”
A.D sememangnya sengaja
mahu menentang Ridzuan. Dia tahu, memang ada benarnya kata-kata Ridzuan.
Belajar itu mampu mengubah nasib dan masa depannya. Tetapi perasaan ego
terhadap ayahnya menebal di dalam hati. Dia mahu menentang apa sahaja yang di
suruh oleh Ridzuan. Ridzuan tahu sikap anaknya. Sikap memberontak semakin
menyelubungi A.D selepas pemergian Adilla.
“Ok, kali ni papa bagi
pilihan pada Riana. Kalau Riana tak nak belajar lagi, papa izinkan.”
Bulat mata A.D apabila
mendengar kenyataan Ridzuan. Tidak menyangka ayat itu akan keluar dari bibir
ayahnya.
“Tapi dengan syarat.
Kalau Riana tak belajar, Riana kena kerja kat syarikat papa sebaik sahaja habis
semester ni. Kalau Riana tak nak kerja, Riana kena habiskan belajar,” tegas
Ridzuan.
“Papa, it’s not fair. Itu syarikat papa, buat
apa A.D nak ambil tahu?”
“Sekurang-kurangnya ini
masa depan Riana.”
“A.D berhak tentukannya
sendiri.”
“Qurnia Adriana binti
Ridzuan adalah pewaris tunggal Bina Kurnia Berhad. Titik peluh yang papa
usahakan selama ni.”
“Pasal Bina Kurnia
Berhad tu jugalah papa abaikan mama dengan A.D kan?”
Ridzuan terduduk sambil
memicit-micit kepalanya. Pasti penyakit darah tingginya menyerang lagi. Dia
tidak tahu lagi bagaimana mahu melembutkan hati A.D.
“Papa bina syarikat tu
sebab Riana. Papa tak nak bila papa dah meninggal nanti, hidup anak papa tak
jelas. Papa nak Riana hidup senang. Papa nak Riana teruskan apa yang papa
usahakan untuk Riana. Lambat laun, papa akan pergi juga. Tiada siapa yang papa
boleh harap melainkan Riana. Papa juga tak nak Riana bertukar jadi A.D. Anak
papa bukan kasar dan liar macam ni. Papa tahu wujudnya A.D sebab silap papa.”
Berkerut wajah A.D
apabila mendengar penjelasan Ridzuan. Fikirannya seperti samar-samar menangkap
apa yang tersirat di sebalik kata-kata ayahnya.
“Papa nak Riana kahwin
sebelum papa pejam mata.”
“What…..?!” jerit A.D. Hampir bergema vila itu dengan suara A.D.
Keputusan Ridzuan sudah
bulat. Dia pasti ini yang terbaik untuk anaknya. Dia tidak mahu A.D terus
melakukan kesilapan sama sepertinya melakukan kesilapan dengan mengabaikan
Adilla dan anak tunggalnya itu.
“Papa pasti ini yang
terbaik untuk Riana.”
“Papa……prinsip hidup
A.D, A.D tak akan kahwin sampai bila-bila. Sebab, A.D tak nak jadi macam mama.
Diabaikan suami sendiri.”
A.D sengaja menggunakan
alasan itu untuk mengenakan Ridzuan. Ya, memang benar. Itu prinsip A.D. Dia
sama sekali tidak mahu bercinta, apatah lagi mahu berkahwin. Bukan kerana sebab
itu sahaja, tetapi ada alasan lain mengapa A.D mahu hidupnya begitu. Dia tidak
mahu lelaki lain tahu apa yang berlaku dalam sejarah hembusan nafasnya.
“Ini permintaan papa.
Selama ni, sudah cukup papa benarkan Riana keluar daripada rumah ni. Papa kasi
Riana kerja sendiri. Papa beri kebebasan untuk Riana hidup bebas kat luar tu
sampai Riana jadi liar macam ni. Papa nak, lepas je peperiksaan akhir semester
ni, Riana kahwin. Sama ada Riana nak sambung belajar atau masuk Bina Kurnia
Berhad, papa nak Riana kahwin. Papa ada calon yang baik untuk Riana.”
Fikiran A.D menjadi
buntu dan kusut. A.D seperti terperangkap. Ridzuan membuatkan dirinya seperti
tiada pilihan.
“A.D tak boleh terima
calon daripada papa.”
“Kenapa pula?”
“Sebab……sebab…sebab…….A.D
dah ada pilihan hati sendiri,” spontan sahaja alasan itu keluar dari bibirnya.
Ya Allah, kenapa aku
cakap macam ni. A.D, kau mana ada siapa-siapa. A.D bermonolog dengan dirinya
sendiri.
“Riana dah ada pilihan?
Baguslah kalau macam tu. Dalam masa dua bulan papa nak langsungkan pernikahan
Riana. Bawa dia jumpa papa secepat mungkin. Kalau betul dia sayangkan Riana,
dia mesti setuju dengan keputusan papa,” ucap Ridzuan lalu segera bangun
meninggalkan A.D.
Dia menaiki tangga lalu menuju ke kamarnya yang terletak di
tingkat dua. A.D merasakan dia sudah terperangkap dengan kata-katanya sendiri.
No comments:
Post a Comment