BAB
10
A.D memulas tombol
pintu masuk rumahnya. Wafi yang berada di sebelahnya hanya memerhatikan tingkah
laku A.D. Beg yang berisi pakaian dan keperluannya juga dibawa bersama. A.D
melangkah masuk sebaik sahaja pintu terbuka. Dia segera mahu menutup kembali
pintu itu.
“Eh..eh, kau ni buta ke
apa tak nampak aku kat luar ni? Kalau kau tutup pintu, macam mana aku nak
masuk?”
A.D berlakon seperti
menjengah ke luar sambil kepalanya menoleh ke kiri dan kanan.
“Apasal aku dengar
macam ada bunyi lalat?”
Wafi mengerti maksud
A.D.
“Mulut kau memang
kurang ajar kan?”
“Eh, lalat tu bunyi
lagi? Aku dengar lalat tu nak masuk rumah aku ni. Memang kurang ajar lalat tu.
Suka hati aje nak masuk rumah aku ni. Siapalah nak kasi dia masuk? Lebih baik
lalat tu pergi cari je rumah lain.”
“Kurang asam punya
tomboi. Kau nak aku duduk mana?”
“Kau duduklah rumah kau
selama ni. Apanya yang susah sangat?”
“Masalahnya, aku dah
cakap dengan bapa kau yang aku akan tinggal dengan kau. Bapa kau juga yang
suruh jaga kau yang kasar macam lelaki ni.”
Marah A.D sudah sampai
ke kepala. Barannya meluap-luap.
“Yang kau pandai-pandai
cakap merepek dengan papa tu, kenapa? Siapa suruh?”
“Kan aku dah cakap yang
perkahwinan ni……………..”
“Ok, tak payah cakap
lagi. Aku tahu. Tapi masalahnya, kena nampak logik kat depan papa aku aje. Kat belakang
dia, tak payahlah sampai nak kena duduk satu rumah dengan aku.”
Wafi megeluh. Wafi
sendiri tidak pasti mengapa dirinya melakukan perkara itu. Puas dia memikirkan
sepanjang perjalanan ke rumah A.D dengan menaiki motosikalnya. Dia kini sudah
bergelar suami. Suami kepada gadis yang selalu menjadi bahan pertengkaran
setiap kali mereka bertembung. Wafi merasakan kehidupannya menjadi mudah dengan
gadis itu. Meskipun A.D nampak kasar, tetapi dia senang dibawa bincang walaupun
bukan dibincang dengan secara baik. Berbeza dengan Nadhira yang cerewet. Begitu
juga dengan Ridzuan, meskipun kaya tetapi tidak pernah memandang rendah pada
rumput di bumi. Sifat itu tidak pada Datuk Hamdan yang memandang sinis
terhadapnya. Mungkin atas dasar itulah, kerana Ridzuan wujudnya tanggungjawab
untuk menjaga A.D di dalam dirinya, apatah lagi kini mereka sudah menjalin satu
ikatan yang sah.
“Ok, sekarang aku nak
tanya. Siapa yang kau pilih untuk jadikan aku sebagai calon suami kau? Kau
sendiri kan? Dan sekarang siapakah orang yang dah jadi suami kau? Dah
semestinya orang yang berdiri kat depan mata kau.”
A.D hanya memandang
wajah Wafi.
Apa sengalnya mamat ni?
Dia tanya, dia yang jawab sendiri. Bisik hati A.D.
“Memandangkan aku dah
kerugian sebab kena jadi suami kepada minah tomboi, rasanya apalah sangat aku
duduk serumah dengan kau kan? Lagipun, aku rasa kau kena belajar dengar cakap
aku. Sebab aku suami kau. Hahahaha…lepas ni kalau aku gaduh dengan kau, mesti
aku menang. Betul tak?”
Wafi sengaja
mengucapkan setiap baris ayat dengan nada laju. Terkebil-kebil mata A.D
mendengar tutur kata Wafi.
“Aku tanya, jawablah.
Ok, tak apa. Satu……dua……tiga…ok kau tak cakap apa-apa, maknanya kau setuju.
Tepi sikit, ada lalat nak masuk rumah kau,” ucap Wafi, sempat lagi dia memerli
A.D.
Selamba sahaja kakinya
melangkah masuk. A.D terpinga-pinga dengan perlakuan Wafi. Matanya hanya
memandang langkah Wafi. A.D tercegat di situ memikirkan kata-kata Wafi yang
baginya seperti tidak masuk akal tetapi dia sendiri tidak mampu untuk bersuara
menentang Wafi.
---------------------------
Izwanie dan Samsul baru
sahaja keluar daripada kereta. Sudah menjadi kebiasaan Samsul akan ke kuliah dengan
menaiki kereta perodua Viva milik Izwanie.
“Wanie, aku tengok kau
macam mengembang aje,” ucap Samsul tiba-tiba.
“Eh, ya ke Sam? Aku pun
rasa yang aku macam dah gemuk sikit. Duduk rumah bukan buat apa pun, makan
tidur, makan tidur.”
“Tulah, lain kali
tengok macam aku ni ha. Maintain jaga badan. Berat mak tak pernah naik tau.
Lain kali kau buat macam A.D, cuti semester pergi kerja. Minah kental tu kalau
tak cuti semester pun memang sejak azali dah kerja. Barulah lemak kat badan tu
tak membiak.” balas Samsul lagi.
Izwanie hanya mencebik.
Matanya terpandang seseorang di tempat letak motosikal. Dia kenal benar dengan motosikal
itu. Tidak ada yang lain akan menunggang motosikal berwarna hijau itu.
“Sam, kau tengok tu,”
kata Izwanie sambil menunjukkan arah yang dimaksudkan.
“Aikk…tu bukan A.D ke?
Kau tengok jam kau kejap. Kita yang datang lambat ke minah ni yang buang tabiat?”
soal Samsul, seperti tidak percaya dengan apa yang dilihat.
“Betullah sekarang ni
pukul 8 pagi, bukan 8 malam.” jawab Izwanie setelah melihat jam tangannya.
“A.D datang kuliah pagi
macam ni?”
“Eh, kau jangan nyah.
Mana tahu semangat baru lepas kahwin,” ucap Izwanie lagi.
Samsul dan Izwanie
sama-sama ketawa. A.D baru sahaja turun daripada motosikalnya. Dia segera
mematikan enjin lalu mengunci kemas kenderaan itu. Belum sempat lagi dia
menanggalkan topi keledarnya, matanya menangkap susuk tubuh Samsul dan Izwanie
yang sedang ketawa. A.D segera mendapatkan mereka.
“Ha…A,D, awalnya kau
datang kuliah? Semangat sempena naik semester baru ke semangat daripada suami
tercinta?” sindir Samsul.
“Mesti sebelum pergi
kuliah dapat ciuman semangat. Romantiknya,” sambung Izwanie pula.
Pagi itu mood A.D
seperti kurang baik. Dia segera menanggalkan topi keledar muka penuh berwarna
hitam yang dipakainya.
“Argggghhhhhhhh….bodoh..bodoh..bodoh,”
ucap A.D, hampir separuh menjerit.
Samsul dan Izwanie
terkejut. Pelajar yang sedang lalu di sekitar mereka turut menoleh.
“A.D, kau ni kena
sampuk hantu Kak Limah balik rumah ke? Pagi-pagi dah nak menjerit,” tegur
Samsul.
“Kau orang tahu tak
sekarang ni kalau aku tak ada kat sini aku tengah buat apa?”
Samsul dan Izwanie
menggelengkan kepala.
“Kalau tak, aku mesti
tengah tidur atas katil aku yang empuk tu. Ni semua pasal mamat sengal tu.
Dahlah sengal, hati busuk, pendengki pula tu.”
Samsul dan Izwanie
sudah dapat mengagak siapakah gerangan yang dimaksudkan kawan baik mereka itu. Tidak
lain tidak bukan Wafi Azrel Shah.
A.D baru sahaja pulang
ke rumah pada pukul 5.00 pagi. Kerja separuh masanya di kedai serbaneka 24 jam
itu bermula pada pukul 7 malam. Minggu itu A.D terpaksa bekerja pada waktu
malam. Baru sahaja dia melelapkan mata selama dua jam, pintu biliknya
digegarkan dengan bunyi ketukan. Semakin A.D membiarkan bunyi itu, semakin kuat
ia kedengaran. A.D membuka pintu biliknya dengan keadaan separuh sedar dan
mamai. Wajah Wafi sudah berada di hadapannya ketika itu. Wafi memaksanya bangun
untuk pergi ke kuliah.
“Aku dah agak dah.
Mesti pasal si Wafi kan? Nyah, kau kan baru aje kahwin dengan dia. Walaupun
kahwin ala-ala kontrak, kau tu bertuah sangat sebab dapat kahwin dengan jejakan
idaman planet bumi ni. Kelas kau Maria,” ucap Samsul.
“Arggggggghh….tak ada
maknanya bertuah, bala ada. Pagi-pagi lagi aku rasa rumah aku tu macam kena
gempa bumi sebab dia. Ada ke patut dia paksa aku pergi kuliah. Beb, come on la. Today is first day.
Semester baru kalau hari pertama mana ada kuliah.”
“Kau ni pun aku rasa
agak sengal juga. Ha’ah, sedaplah memang tak belajar. Nanti kau kelam kabut kan
nak susun jadual kuliah kau? Kita orang juga yang kena tolong.” balas Izwanie.
“Aku rasa sekarang
mamat tu memang sengaja cari pasal dengan aku. Mentang-mentanglah dia dah
tolong aku, dia memang sengaja nak dengki aku.”
“A.D, selama ni kau
bangun pukul berapa aje?” soal Samsul.
“Ala….bukannya lambat
pun aku bangun, pukul 12.”
“Pukul 12? Orang dah
balik daripada menoreh getah baru kau nak bangun? Habis tu kau buat apa je kat
rumah dengan Wafi?”
“Aku nak buat apa? Dia
pagi-pagi dah pergi kerja, lepas tu dia balik aku tak tahulah pukul berapa. Aku
minggu ni kena kerja shift malam, masuk pukul 7 balik dalam pukul 4 pagi. Kalau
aku rajin, buatlah O.T sikit. Lepas tu aku balik, membutalah.”
“Jadinya, kau orang
memang tak jumpalah?” tanya Izwanie.
“Tak, baru pagi tadi
aku jumpa dia. Ada ke dia nak mengadu dengan papa aku kalau aku tak pergi
kuliah. Geramnya aku dengan mamat sengal tu. Siapa ajelah yang suka dengan dia
tu? Si Nadhira tu aje yang nak kat dia.”
“Eh, aku dengan Wanie
suka. Badan sasa ala-ala Aaron Aziz.”
“Sasa apanya? Rambut
dahlah panjang, lepas tu berikat bagai. Dah macam perempuan. Apa,dia ingat muka
dia tu artis?”
“Kau tak tahu, rambut
dia panjang dengan badan dia yang berotot tu buatkan dia jadi jejaka idaman
alam semesta ni. Ala…kau orang berdua memang sepadan. Yang lelakinya rambut
panjang, perempuan pula rambut pendek siap terpacak lagi.” balas Izwanie.
“Tak ada maknanya
sepadan. Nasib baik tak lama aku kahwin dengan dia tu. Lepas aku dah cerai
dengan dia, kau ambil la mamat sengal tu. Aku kasi percuma aje.”
“Ish kau ni, mulut tu
memang tak ada gear reverse.”
“Nyah, kau tak payahlah
kerja lagi kat kedai tu. Kau belajar aje. Kalau kau kerja, nanti kau tak pergi
kelas.” cadang Samsul.
“Kalau aku tak kerja,
siapa nak bayar motor hijau aku tu?”
“Kau suruh jelah laki
kau bayar. Papa kau pun ada kan,” balas Samsul.
“Sam, Wanie…kau orang
tahukan makna motor tu pada aku? Motor tu hasil titik peluh aku. Aku tak akan
suruh orang lain bayar. Biarlah aku tak pergi kelas sekalipun, asalkan aku
dapat bayar motor tu. Selain kau orang, motor tu kawan aku.”
“Ok..ok..kita orang
faham. Kalau ya pun, ayat tak payahlah nak menyentuh perasaan sangat,” ucap
Izwanie.
A.D menyengih. Sedikit
demi sedikit perasaan marahnya hilang setelah bertemu dengan Samsul dan
Izwanie.
No comments:
Post a Comment