Bab ni ada 'cameo'.. Mr.Wafi Azrel Shah, hero dalam Superbike Itu Cinta ^_^
BAB
25
“Penghuni hati belum
bertemu. Terjumpa sudah si Pahlawan Melayu.”
Wafi Azrel Shah, Ketua
Pegawai Eksekutif Bina Kurnia Berhad itu mengangguk perlahan apabila mendengar
penerangan Inderawan.
“Oohh…jadi Encik
Inderawan ni abang kepada Encik Zulqarnain? Patutlah ada iras. Saya belum
berkesempatan lagi untuk berjumpa dengan adik Encik Inderawan. Perjumpaan dulu
pun saya saya berbincang dengan Encik Raziq. Tak sangka pula Encik Zulqarnain
pergi Italy untuk sambung pelajaran dia. Saya tak sempat lagi nak pergi
mana-mana. Sibuk uruskan Bina Kurnia.”
“Encik Wafi tak usahlah
nak berencik. Panggil Indera aje. Lagipun kita memegang jawatan yang samakan di
syarikat masing-masing.”
Wafi tersenyum.
Inderawan dan Wafi sedang berbincang di bilik mesyuarat Bina Kurnia Berhad.
“Kalau macam tu,
panggil saya Wafi aje. Ok, kita mulakan perbincangan. Saya dah tunjukkan kepada
rakan kongsi saya mengenai konsep dan idea Taming Sari Berhad untuk hiasan
dalaman projek plaza tu. saya amat mengagumi idea yang dibentangkan oleh Encik
Raziq tempoh hari.”
Inderawan membuka fail
yang dibawanya tadi dan menyelak helaian demi kertas di dalam fail tersebut.
“Saya pun ada semak
semula cadangan tu dan menurut pembantu peribadi saya idea tu adalah konsep
asal yang dicadangkan oleh adik saya. Konsep Eropah, betul?”
“Idea Zulqarnain?
Patutlah ada sentuhan seni bina Italy dalam konsep hiasan dalaman tu. Sangat
mengagumkan bagi seorang anak muda. Idea tu segar tapi ada sesuatu yang perlu
dibaiki. Saya sangat sukakan idea tu tapi rakan kongsi saya mahu ada sedikit
elemen klasik. Saya pun tak berapa faham dan arif sebenarnya dalam bidang reka
hiasan dalaman ni. Jadi saya tak dapat nak berikan gambaran yang jelas. Saya
mahu ruangan dalaman dan luaran plaza ni ada kelainannya. Sesuatu yang mampu
menarik perhatian untuk orang datang membeli belah kat plaza tu nanti.”
Inderawan memberi
tumpuan dan fokus sepenuhnya terhadap penerangan Wafi. Tangan kiri Inderawan
berada di dagu dan dahinya sedikit berkerut. Dia cuba memahami kehendak
pelanggannya itu. Inderawan mengangguk perlahan apabila Wafi selesai berbicara.
Tangan Inderawan menyelak satu demi satu konsep Zulqarnain yang berada di dalam
fail itu. Beberapa tika kemudian, ada sesuatu yang membuatkan Inderawan
tersenyum. Dia suka dengan idea yang tiba-tiba sahaja muncul itu.
“Ok, saya tiba-tiba aje
ada idea. Ini idea spontan saya. Apa kata kita buat konsep macam negeri
Melaka?”
“Negeri Melaka?
Maksudnya?”
“Negeri Melaka suatu
ketika dahulu pernah dijajah oleh beberapa Negara dari Eropah seperti Portugis
dan Belanda. Secara tak langsung, kesan penjajahan tu adalah sentuhan senibina.
Kalau kita perasaan, memang banyak bangunan di Melaka ada tempias senibina
Eropah. Malah kesan tinggalan bangunan yang mereka bina pun masih ada lagi.”
“Ok..teruskan idea tu.”
“Melaka juga kaya
dengan budaya Melayu serta Baba dan Nyonya. Itu merupakan sentuhan klasik.
Mungkin kita boleh buat rekabentuk kedai seperti di Bandar Melaka untuk ruangan
pada lot kedai di dalam plaza. Dan untuk tempat rekreasi seperti ruangan
berehat dan tempat menunggu serta landskap diluar, kita suntikkan ciri-ciri Eropah.
“Wah..saya dapat
bayangkan idea Indera tu. Ianya klasik bercampur moden dan juga ada sifat
Melayunya. Sofistikated,elegen dan eksklusif. Memang lain daripada yang lain.
Saya dapat bayangkan bukaan tingkap kayu pada kedai di dalam plaza dan luar
bangunan ada sentuhan rekaan seperti Stadthuys.”
“Macam tulah yang
sedang saya gambarkan dalam fikiran saya sekarang ni. Tempat tertentu akan kita
ukirkan dengan ukiran kayu. Mungkin tangga untuk naik ke tingkat kedua ada
ciri-ciri tangga macam rumah kayu Melaka yang klasik
“Saya sangat
sukakannya. Gabungan mantap idea abang dan juga adik. Very impressive. Saya tak sabar menantikan lakaran awal daripada
Indera. Rasanya Indera ada lakaran pandangan atas untuk kedudukan kedai di
dalam plaza kan?”
“Semuanya ada dalam
fail ni. Rasanya salinan untuk komputer pun ada. Terima kasih Wafi. Ini idea
spontan saya. Saya juga suka dengan konsep yang Wafi terangkan tadi. Secara tak
langsung, kita ketengahkan budaya dan sejarah negara kita sendiri. InsyaAllah,
saya akan keluarkan idea yang lebih menarik lagi untuk projek……….”
Belum sempat Inderawan
menghabiskan kata-kata, telefon bimbitnya berbunyi.
“Maafkan saya, saya
lupa nak letak mod senyap.”
“It’s ok. Jawablah panggilan tu. Lagipun perbincangan kita dah
hampir selesai.”
Inderawan mengangguk
mengerti. Dia melihat telefonnya dan tertera nama ‘Minah Belacan’ di atas skrin
tersebut.
“Saya minta diri
sekejap,” pinta Inderawan lalu melangkah ke hujung sudut bilik mesyuarat itu.
Inderawan menekan
butang hijau itu.
“Hello Encik pendekar.”
Pendekar? Buang tabiat
ke apa minah ni? Detik hati Inderawan. Sejak peristiwa malam itu, Zara Alisha
memberikan Inderawan gelaran tersebut.
“Assalammualaikum. Lain
kali ucap salam dulu.”
“Waalaikummussalam.”
“Kau nak apa telefon
aku ni? Aku tengah ada perbincangan. Jangan kacau aku masa kerja boleh tak?”
“Kereta aku rosak, kau
boleh tolong ambil aku?”
“Kau naik ajelah teksi,
tak pun bas.”
“Duit aku tak cukup.
Lagipun aku tak biasa naik teksi. Lagi-lagi naik bas. Aku tak suka
sesak-sesak.”
Wafi memerhatikan
Inderawan dari tempat duduknya. Sambil menanti Inderawan selesai, Wafi membelek
isi kandungan fail itu. Dia mengukir senyuman kerana perbincangan mereka
membuahkan hasil yang memuaskan. Dia pasti rakan kongsinya nanti sukakan konsep
terbaru yang dicadangkan oleh wakil Taming Sari Berhad itu. Dari jauh Wafi cuba
membaca pergerakan Inderawan. Setelah beberapa minit Inderawan selesai.
“Semuanya okey?” tanya
Wafi.
“Isteri saya yang
telefon.”
“Awak dah kahwin?”
“Baru aje nak masuk
minggu kedua. Isteri saya masih lagi belajar kat kolej. Saya nak minta maaf
dengan Wafi. Saya rasa perbincangan kita dah dapat persetujuan pasal gaya dan
konsep. Saya kena ambil isteri saya sebab kereta dia rosak.”
“Oh, tak apa. Indera
jangan risau. Saya faham. Saya setuju dengan perbincangan kita tadi. Saya cuma
tunggu lakaran sahaja. Saya pun ada isteri juga dan rasanya saya tahu apa
perasaan seorang perempuan bila kereta dia rosak. Dia jadi panik,” balas Wafi
sambil tersenyum kerana isterinya begitu.
“Terima kasih Wafi. Sangat
senang bekerja dengan awak. Saya minta diri dulu.”
Inderawan segera
mengemas lalu berjabat tangan dengan Wafi.
---------------------------------
“Vrooomm….vrooomm…vrooomm…,”
Kedengaran bunyi motosikal
itu di telinga Zara Alisha yang sedang duduk di pondok perhentian bas. Dari
jauh dia dapat melihat motosikal itu berada di laluan bertentangan dengannya.
Terdetik juga di hatinya untuk melihat siapakah pemilik motosikal berkuasa
besar itu. Di fikiran Zara Alisha sudah terbayang lelaki gagah dan penuh berkarisma
yang menunggang kenderaan tersebut.
Inderawan menekan brek
secara perlahan sebaik sahaja melihat kelibat Zara Alisha di situ. Inderawan
memberhentikan motosikalnya.
“Eh, dia berhenti kat
depan tu? Tunggu awek dia ke?” tanya Zara Alisha sendiri.
Inderawan turun sebaik
sahaja kakinya menurunkan stand motosikal. Inderawan mengangkat visor topi
keledarnya. Petang itu terasa bahang. Inderawan menurunkan zip jaketnya kerana
terasa rimas. Kelihatan tali leher biru pekat dan baju kemeja putihnya tersemat
kemas. Inderawan melambai ke arah Zara Alisha yang berada di seberang tetapi
isterinya itu langsung tidak memberikan tindak balas. Setelah melihat reaksi
Zara Alisha begitu, Inderawan segera menanggalkan topi keledarnya.
“Zara,” jerit
Inderawan.
Zara Alisha segera
memandang ke arah lelaki yang berada di seberang jalan itu.
“La…si pendekar
rupanya? Handsomenya mamat ni bila pakai macam ni. Dahlah ada six pack. Apasal
aku tak nampak yang dia ni kacak gila sebelum ni?”
“Zara,” jerit Inderawan
lagi apabila melihat Zara Alisha seperti mengelamun.
Zara Alisha tersentak
daripada lamunannya. Dia melambai tangan ke arah Inderawan.
Inderawan menyeluk ke
dalam poket seluarnya untuk mengambil telefon bimbit. Inderawan mendail nombor
gadis yang berada di hadapannya itu. Dia mengambil keputusan untuk bercakap
melalui telefon kerana dia pasti, suaranya agak sukar kedengaran kerana jarak mereka.
“Kau lintas jalan sebab
aku nak patah balik jauh. U-turn lebih kurang 2km. Lagipun nak balik rumah ikut
jalan aku ni.”
“Apa? Kena lintas
jalan?”
Inderawan segera
memutuskan panggilan. Dia merenung Zara Alisha sambil mengangguk dengan tegas.
Zara Alisha melangkah
menuju ke sisi jalan. Dia menoleh ke kiri
dan ke kanan. Perasaan takut dan teragak-agak muncul. Sememangnya dia tidak pandai untuk melintas jalan. Dia tidak dapat mengagak kelajuan kereta yang lalu di atas jalan raya. Zara Alisha cuba meyakinkan dirinya sendiri yang dia mampu untuk melintas.
dan ke kanan. Perasaan takut dan teragak-agak muncul. Sememangnya dia tidak pandai untuk melintas jalan. Dia tidak dapat mengagak kelajuan kereta yang lalu di atas jalan raya. Zara Alisha cuba meyakinkan dirinya sendiri yang dia mampu untuk melintas.
Inderawan memerhatikan
dari tempat dia berdiri. Jelas kelihatan wajah Zara Alisha seperti ragu-ragu.
Hati Inderawan seperti tidak senang. Saat Zara Alisha mahu melangkah, Inderawan
melihat ke arah kirinya. Dia mendapati ada kereta yang sedang bergerak laju.
“Zara, berhenti!!” arah
Inderawan.
Langkah Zara Alisha
terhenti dengan sendirinya. Inderawan menggelengkan kepala. Inderawan melintas
jalan setelah dia pasti lalu lintas itu kosong.
“Kau kenapa? Tak pandai
nak lintas jalan? Kereta tadi tu laju.”
Zara Alisha hanya
menggelengkan kepalanya.
“Lain kali hati-hati.
Tengok kiri dengan kanan banyak kali. Biar lambat, asalkan selamat.”
“Dari kecil memang aku
tak pandai.”
“Habis tu, kau buat apa
kat sini?”
Inderawan agak terkejut
apabila mengetahui kedudukan Zara Alisha semasa gadis itu menelefonnya tadi.
Zara Alisha berada di Arked Jaya, tempat dia melukis dahulu.
“Aku pergi sini sebab
nak tengok lukisan tapi……tak ada apa-apalah. Dahlah, hantar aku balik. Aku
tunggu kat sini lama sangat.”
“Dahlah ponteng kelas,
lepas tu merayau-rayau. Kan dah kena balasannya. Dah telefon mekanik?”
Zara Alisha hanya mengangguk.
Kali ini dia tidak banyak alasan kerana dia tahu itu silapnya.
“Dah, jom aku hantar
kau balik.”
Zara Alisha
mengembungkan pipi apabila Inderawan memarahinya. Inderawan menoleh kiri dan
kanan berulang kali. Dia mahu memastikan lalu lintas benar-benar selamat untuk
mereka melintas. Setelah selamat, tangan Inderawan segera menggenggam tangan
Zara Alisha. Dia terkejut melihat tindakan Inderawan itu. Inderawan menarik
lembut tangan isterinya. Sentuhan Inderawan menggetarkan perasaan Zara Alisha.
Entah mengapa tiba-tiba
Zara Alisha merasakan kakinya seperti tidak jejak ke bumi. Ada perasaan bahagia
muncul. Zara Alisha merasakan tapak kakinya seolah-olah berada di awan, di mana
setiap langkahnya bersama Inderawan umpama gula kapas. Terasa manis, bahagia
dan di awangan. Bibirnya menguntum senyuman. Zara Alisha membalas genggaman itu
dengan erat.
“Kau apasal tersengih
sorang-sorang ni? Buang tabiat?” soal Inderawan sebaik sahaja sampai di empat
dia meletakkan motosikalnya tadi.
Buang tabiat? Tadi
berpimpin tangan tu bukannya romantik ke namanya? Bentak hati Zara Alisha.
Namun hatinya kembali berbunga apabila Inderawan masih lagi tidak melepaskan
tangannya.
“Nah, ni helmet kau.”
Inderawan meleraikan
genggaman itu lalu menyerahkan topi keledar muka penuh berwarna putih itu
kepada Zara Alisha. Inderawan sempat menyinggah ke kedai yang menjual aksesori
motosikal sebelum dia tiba tadi. Dia membelikan topi keledar itu khas untuk
Zara Alisha.
“Kita naik motor?”
“Yalah. Kenapa? Dah ini
aje yang aku ada.”
“Kenapa kau tak bawa
kereta? Kereta hari tu mana?”
“Kereta tu Raudhah
punya. Masa kau telefon tadi, aku ada mesyuarat kat luar. Kalau kat pejabat
bolehlah aku pinjam kereta Raudhah. Dahlah buat salah, banyak pula songelnya.”
“Naik motor tak ada
bumbung. Kalau hujan macam mana?”
“Kau nak naik ke tak
nak? Panas terik macam ni, mana ada hujan.”
“Habislah rambut aku
nanti. Helmet ni dahlah berat. Rasa macam angkasawan,” bebel Zara Alisha.
“Kan senang kalau kau
pakai tudung. Tak adalah sibuk sangat pasal rambut tu.”
Zara Alisha hanya
mencebik. Terasa pedih pula sindiran Inderawan tu. Zara Alisha membelek-belek
topi keledar itu.
“Tahu ke tak tahu
pakai?”
Tangan Inderawan laju
sahaja mengambil topi keledar itu daripada tangan Zara Alisha. Inderawan
menyarungkan topi keladar itu ke kepala isterinya. Sekali lagi Zara Alisha
dapat melihat wajah itu dari jarak dekat.
Alice…kau dah jatuh
cinta dengan si pendekar ni ke?
--------------------------------
Zara Alisha pulang ke
rumah bersama dengan dua buah beg. Satu beg besar yang disandang di belakang,
dan satu lagi beg bertangkai yang dijinjit tangan kanannya. Kedua-dua beg itu
mengandungi buku, modul dan bahan rujukan untuk pembelajarannya. Tadi, dia
berada dibengkel kereta kerana kereta Suzuki Swift miliknya itu sudah siap dibaiki.
Dalam perjalanan pulang, Zara Alisha singgah ke rumahnya untuk mengambil
keperluan yang masih tertinggal memandangkan kini dia sudah sebumbung dengan
Inderawan.
Zara Alisha
mencampakkan kedua-dua beg itu di atas katil lalu segera menghempaskan dirinya ke
tilam. Tubuhnya terasa selesa setelah mengangkat begnya yang berat itu. Zara
Alisha memejamkan mata seketika.
“Jangan
harap aje muka cantik, tapi tak tahu jaga kebersihan.”
Suara itu bergema di
gegendang telinganya. Zara Alisha mencelikkan matanya. Dia bingkas bangun. Dia
menoleh ke kiri dan kanan tetapi tiada sesiapa di bilik itu.
“Apasal aku tiba-tiba
dengar suara pendekar tu?”
Zara Alisha menjeling
ke jam tangan yang terletak di tangan kirinya.
“Baru pukul 3.30
petang. Pendekar tu ada kat pejabat. Tapi tadi aku memeang dengar suara dia dengan
jelas.”
Zara Alisha mula
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Alice……kenapa dengan
kau ni? Si pendekar yang garang, suka marah-marah, kepala batu dan tak pernah
senyum kat kau tu dah duduk kat dalam hati kau ke?
Tangan Zara Alisha
menyentuh dadanya sendiri. Sekali lagi dia memejamkan mata. Dia mahu
membayangkan wajah Inderawan. Ada debaran yang luar biasa tatkala dia
memikirkan wajah itu.
“Aku
tak suka bilik aku bersepah-sepah. Macam mana bilik ni kemas masa kau masuk
mula-mula, macam tulah juga bersihnya bila kau keluar daripada bilik ni.”
Zara Alisha tersentak.
Suara itu berkumandang lagi.
“Bilik ni ada hantu ke
apa? Lebih baik aku kemas cepat-cepat. Kang pendekar tu balik, mengamuk pula
dia tengok bilik dia bersepah-sepah ni.”
Zara Alisha berdialog
dengan dirinya sendiri. tangan Zara Alisha mahu mengambil beg yang dijinjitnya
tadi tetapi beg itu terjatuh kerana penuh dengan buku. Buku-buku itu bertaburan
di atas lantai dan ada beberapa yang terjatuh ke bawah katil. Zara Alisha cuba
meraba-raba di bawah katil untuk mencapai buku yang terjatuh tetapi tangannya
tidak mencapai objek yang dia mahukan. Dalam keadaan malas, akhirnya Zara
Alisha memaksa dirinya meniarap untuk mencapai bukunya. Pandangannya tiba-tiba sahaja
tertarik terhadap sesuatu yang sememangnya berada di bawah katil.
“Kotak? Kotak apa ni?”
Zara Alisha
mengeluarkan kotak bersaiz seperti kotak kasut itu. Perlahan dia membukanya.
Ada sebentuk cincin di dalam kotak jernih, seutas jam tangan serta beberapa
keping gambar yang tertutup. Zara Alisha mengambil salah satu kepingan foto.
Hampir mahu terkeluar
biji mata Zara Alisha apabila melihat gambar itu. Foto itu memfokuskan dari
wajah hingga ke bahu Inderawan dan Tria. Mereka berdua bergambar rapat.
Masing-masing sedang tersenyum bahagia.
“Ini bukannya aunty Tria ke? Pendekar ni ada skandal
dengan mak tiri dia?”
Tanpa membuang masa,
Zara Alisha melihat kepingan gambar yang lain untuk mendapatkan kepastian.
dah baca :) - pn. mal
ReplyDeletePn Mal.....hihi..terima kasih..
Deletenak bab seterusnya tak?? :)
ARGHH....ainnn xcukup ni hahhaa... ain cite ni akan di bukukan jugak ke?
ReplyDeletehihi..InsyaAllah akan dibukukan tak lama lagi..
Deletebaru dapat confirmation drp editor FP ari tu..
hihi..t dapatkan ya..
buat masa ni ain akan update utk beberapa bab lagi...
tq nisa ^_^
can't wait for next entry, klau boleh habis kn semua cerita ne arah blog lps tu bru hide some of the chapter.. *just my suggestion :)*
ReplyDeleteLiana...
Deleteterima kasih sbb baca EPMK...
hihi..InsyaAllah, tak lama lagi Tuah Inderawan & Jebat Zulqarnain akan diterbitkan..
sy akan update beberapa bab lagi.. ^_^
tolong cepat keluar kan novel nye ye :)
ReplyDeleteInsyaAllah awak bulan 12 nanti akan terbit..tunggu kejap aje lagi..
DeleteDh nk publish ke? Wah...best2..
ReplyDeleteSuka storyline dia..n luv d heroes names Tuah & Jebat..sgt exotic n classic..kudos to u ms writer.. =)
Hai awak...
Deleteye..InsyaAllah nak terbit bulan 12 ni under Fajar Pakeer.. tapi tajuknya ada tukar sikit..
saya akan update kat blog nanti kalau dh terbit ya..
terima kasih sgt2 sebab suka Tuah Inderawan & Jebat Zulqarnain..
:)) *senyum sampai ke dahi*