BAB
20
Pintu bilik itu
ditenung lama. Otaknya sedang menjangkakan perkara yang bakal berlaku apabila
dia bertentang mata dengan A.D. Dulang berisi hidangan nasi ayam dan jus oren
ditatang penuh berhati-hati. Itu ialah makanan kegemaran A.D. Mak Som
mengharapkan selera A.D terbuka apabila melihat hidangan itu. Malangnya, A.D
tidak turun. Pak Aziz memberitahu Wafi bahawa sikap A.D semakin membimbangkan.
A.D sudah tidak keluar daripada biliknya. Memandangkan bilik Pak Aziz dan Mak
Som berada di tingkat bawah, mereka berdua tidur di bilik berasingan. Mata
mereka sudah lama tidak bertemu. Wafi mahu memberi ruang kepada A.D untuk
menenangkan perasaan tetapi hatinya pula meronta untuk menatap wajah itu.
Setelah mendengar berita daripada bibir Pak Aziz, dia perlu bertindak. Dia
tidak mahu A.D terus murung. Wafi meletakkan dulang itu di atas meja
berhampiran dengan bilk A.D.
“Tok……tok….tok….”
Wafi menanti wajah itu
muncul tetapi pintu masih tertutup rapat.
“Awak…….bukalah pintu
ni.”
A.D tidak memberikan
sebarang tindak balas.
“A.D……awak nak saya
ketuk pintu ni macam awak nak pergi kuliah ke?”
A.D masih lagi berdegil.
“Ok…..saya kira sampai tiga. Kalau awak tak buka, saya ketuk pintu ni macam awak nak pergi kuliah. Biar Pak Aziz dan Mak Som dengar. Biar dia orang tahu yang kita tak duduk satu bilik. Satu, dua, dua suku………..”
Wafi sengaja
melambatkan kiraannya. Belum sempat Wafi menyebut angka tiga, pintu terbuka. A.D
berada di hadapannya. Terdapat lingkaran hitam di bawah mata A.D. Matanya juga
membengkak. Perasaan rindu Wafi sedikit terubat tatkala menatap wajah A.D.
“Saya ugut, baru awak nak buka?”
“Kau nak apa?”
“Saya nak masuk, nak
suruh awak makan.”
“Tak payah masuklah.
Bilik ni tak muat kalau kau masuk. Biar aje dulang tu kat situ. Nanti kalau
lapar, tahulah aku makan. Aku bukannya budak kecil.”
“Saya tahu, nanti awak
tak makan kan? Awak ni pandai cakap aje. Awak tahu tak saya risau pasal awak.”
“Apasal nak risau
pula?”
“Saya dah janji dengan
papa untuk jaga awak.”
“Mesti sebab takut kena
makan sumpah macam Si Tanggang tu kan? Sebab tu kau kena risau kat aku?”
Wafi tersenyum. Wafi tahu, meskipun dia menyatakan kebenaran akan perasaan hatinya A.D tetap tidak percaya kerana dia sendiri pun masih lagi tidak percaya dengan apa yang dialaminya. Hatinya terpaut dengan gadis tomboi.
“Pak Aziz beritahu saya yang awak dah dua hari tak keluar daripada bilik. Tak pergi kuliah ke? Tak pergi kerja?”
“Mana ada kuliah.
Tengah cuti semester dua minggu. Dah berhenti kerja dah.”
Sekali lagi Wafi menguntum senyuman. Akhirnya A.D membuat keputusan tesebut. Wafi sememangnya mahu A.D menumpukan perhatian sepenuhnya untuk semester akhir pengajian A.D.
“Kau nak apa lagi? Dah puas jadi wartawan? Blahlah. Aku tak ada mood nak gaduh dengan kau.”
A.D mahu menutup daun pintu tetapi segera tangan Wafi menahan.
“Saya tahu sangat perangai awak. Awak tak akan makan kan? Mak Som masak nasi ayam ni untuk awak. Ni kan makanan kegemaran awak. Tak baik tau buat macam tu. Biar saya letak dulang ni kat dalam ya?”
“Suka hati kaulah.
Lepas dah letak, terus keluar.” kata A.D lalu menuju ke katilnya.
Wafi melangkah masuk sambil menatang dulang tersebut. Dia meletakkan dulang itu di atas meja di dalam bilik A.D. Wafi sempat menjeling ke arah A.D. Dia punya helah untuk mendekatkan dirinya dengan gadis itu. Wafi segera menutup pintu bilik lalu menguncinya.
“Kau nak buat apa ni?
Kang aku jerit, baru kau tahu.”
“Saya tahu awak tak
akan jerit. Mesti awak tak nak sesiapa pun tahu pasal kita kan? Saya cuma nak
pastikan awak makan. Kalau pinggan ni boleh makan, dengan pinggan ni sekali
saya suruh awak makan.”
“Kau ni pekak ke apa?”
“Saya kan memang pekak.
Awak yang cakap macam tu, lupa?”
A.D hanya membisu.
“A.D, semua orang kat dalam rumah ni risaukan awak.”
Perlahan-lahan kaki Wafi berjalan menuju ke katil. Dia duduk di sebelah A.D.
“Saya tahu awak sedih. Semua orang sedih. Dan saya faham kesedihan awak adalah yang paling dalam sekali berbanding dengan orang lain. Awak, janganlah nangis lagi. Awak kena teruskan kehidupan.”
“Bila dah sedih,
mestilah nangis.”
“Tak salah nak
menangis, tapi janganlah sampai mengurungkan diri dalam bilik. Walaupun awak
tak ada kelas ataupun tak kerja, awak boleh buat benda lain kan?”
“Aku lebih selesa kalau
macam ni. Aku perlukan masa untuk terima semua ni.”
“Kenapa? Masih lagi
rasa bersalah?”
“Sekurang-kurangnya kau
masih ada lagi nenek dengan adik. Tapi, aku? Tiba-tiba rasa aku ni
sorang-sorang aje kat dalam dunia ni. Kehilangan orang yang mempunyai pertalian
dengan aku, buatkan aku rasa aku dah tak…………..”
Jari telunjuk Wafi berada di bibir A.D.
“Shhhhhhh……….jangan cakap apa-apa. Siapa cakap awak dah kehilangan orang yang mempunyai pertalian dengan awak? Selagi saya bernafas, saya ada pertalian dengan awak. Selagi jantung saya berdegup, saya akan ada di sisi awak dan selagi nadi saya berdenyut, awak masih ada saya.”
A.D terpaku. Dia membiarkan jari itu berada d ibibirnya. A.D berusaha mahu mengalihkan pandangan tetapi hatinya mahu terus menatap wajah Wafi. Pandangan Wafi menembusi hatinya. A.D sedar, sejak akhir-akhir ini Wafi mengambil berat akan dirinya. Wafi tidak sama seperti lelaki yang lain. A.D berusaha sekeras mungkin untuk menjauhi perasaan itu.
Dia tidak mahu jatuh cinta. Tidak mungkin Wafi berjaya meruntuhkan tembok prinsipnya.
Jari-jemari Wafi
mengusap lembut bibir A.D. Wafi seperti tidak mampu mengawal perasaannya.
Perasaan rindu tatkala tidak memandang wajah itu selama beberapa hari ini
mendorong lagi tindakannya itu.
A.D, kau tak boleh ada perasaan ni. Kau mesti tak nak orang lain tahu apa yang dah kau alami dulu kan? Orang luar tak boleh tahu apa yang dah terjadi dalam hidup kau.
Jauh di lubuk hati A.D segera bersuara. Suara itu membuatkan dia tersedar. Dia segera menepis lembut jari Wafi. Wafi juga baru tersedar.
“Sorry. Tak sengaja. Saya buat macam tu sebab tindakan spontan.”
“Tindakan spontan?”
“Yalah, Manusia akan
buat tindakan secara tak sengaja kalau ada berlakunya satu kejadian.”
“Itu aku tahu. Tapi apa
yang dah jadi?”
“Ada sambal kat bibir awak. Sebab tu saya buat
macam tu.”
“Sambal? Aku belum
makan lagi, macam mana boleh ada sambal?” soal A.D penuh dengan kehairanan. Dia
merasakan alasan Wafi langsung tidak ada logiknya.
“Sambal dua hari lepas
kot. Mana tahu awak tak mandi.”
“Kau ni, memang teruk
la. Kau ingat aku ni teruk macam tu ke?”
A.D berpura-pura marah. Wafi juga mahu menyembunyikan perasannya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana boleh terkeluar alasan tidak munsabah itu.
“Saya ambil cuti hari jumaat ni. Jadi, saya nak awak ikut saya pergi suatu tempat.
“Nak buat apa?”
“Kadang-kadang kita
perlu beralih angin. Cuba pergi ke tempat yang baru, untuk menghirup nafas yang
baru.”
“Kau kalau cakap tak
pakai bahasa sastera tak boleh ke?”
“Saya nak awak
tenangkan fikiran awak. Nanti awak ikut saya. Bukan ikut. Awak kena dan mesti
ikut.”
“Buat apa aku nak………….”
Tangan Wafi pantas menekup mulut A.D. A.D tekejut.
“Saya nak awak ikut saya. Setuju? Satu…….dua…..tiga….ok, awak tak cakap apa-apa maknanya awak setuju. Lagipun, takkanlah awak nak Mak Som dan Pak Aziz tahu yang saya pergi bercuti tapi tak bawa awak kan? Nanti apa pula dia orang cakap. Saya keluar dululah. Awak jangan lupa makan. Kalau tak makan, macam mana nak ada sambal kat bibir tu.” ucap Wafi lalu mengalihkan tangannya daripada mulut A.D. Kemudian, langkahnya laju keluar daripada bilik A.D.
Perasaannya menjadi tidak menentu. Lebih lama dia berada di bilik A.D, lebih ketara lagi perasaan itu.
Setelah pintu bilik tertutup, A.D memandang ke arah mejanya. Dia memerhatikan lama hidangan itu. A.D sendiri hairan dengan dirinya. Dia langsung tidak ada perasaan marah mahupun geram terhadap lelaki itu. Tidak seperti dahulu, pantang bertentang suara pasti perasaan itu akan terbit di hatinya. Dia mahu menolak ajakan Wafi tetapi bibirnya tidak mampu mengungkapkan kata-kata itu. Akhirnya dia bangun. Seleranya seperti terbuka. Perutnya perlu diisi.
-------------------------------
Bunyi muzik rancak bergema dengan kuat di dalam pusat hiburan itu. Lampu mengeluarkan cahaya bewarna-warni menambahkan lagi kemeriahan suasana yang ada. Irama lagu antarabangsa mengkhayalkan lagi pengunjung lantas membuatkan mereka seperti terbuai dengan arus dunia.
Riana meneguk perlahan air berkarbonat di dalam gelas. Matanya tertumpu kepada lantai yang dipenuhi dengan pasangan yang berlainan jantina sedang leka menari. Tak kurang juga ada yang berpelukan dan tanpa segan silu melakukan perkara sumbang di khalayak ramai. Dia sendiri tidak pasti sama ada mereka melakukannya dalam keadaan sedar atau tidak.
“Eh…..Riana, kau tak nak minum air ni ke? Apa barang minum air coke aje?” soal Tria sambil menghulurkan gelas miliknya yang berisi air berwarna kuning pekat kepada Riana.
“Tak naklah. Aku tak
nak minum air yang pelik-pelik ni.”
“Riana, kau ni
janganlah kolot. Bila dah clubbing,
kalau tak minum air ni memang tak seronok la. Kau tak rasa lagi. Cuba kau rasa,”
cadang Sarah.
Sarah sudah pun mabuk.
Senang benar tangan lelaki yang duduk di sebelah Sarah melingkar di pinggangnya
sedangkan lelaki itu baru sahaja dikenali semasa mereka tiba di kelab itu tadi.
“Riana, kau juga nak lepaskan tension kan? Bapa kau tak ada, inilah masanya kau nak buat benda macam ni. Bila kau dah minum, kau akan rasa tenang.” sambung Tria pula.
Dia menghisap rokok yang berbaki setengah batang di celah jari telunjuk dan tengahnya. Asap berkepul-kepul keluar dari mulut Tria.
“Kau orang ni macam tak biasa pula. Kalau aku pergi clubbing memang minum air coke aje kan? Aku tak naklah balik nanti jalan tak jejak bumi macam kau orang.”
“Kau ni tak seronok la.
Kita orang ni nak tolong kau tenangkan fikiran. Kau tengok Sarah tu. Tengah
seronok dengan mamat yang baru dia kenal tu.”
Tubuh Sarah sudah pun rapat dengan tubuh lelaki itu. Entah berapa kali pipi Sarah dicium lelaki tersebut. Skirt pendek paras lutut menampakkan lagi paha Sarah yang gebu. Tangan lelaki itu tidak pernah lekang dari kawasan paha Sarah. Sekali sekala kelihatan Sarah merengek apabila dicium. Riana rimas melihat pelakuan mereka.
“Hai,” sapa suara itu.
Riana menoleh. Lelaki itu tersenyum. Terserlah ketampanannya. Haruman pemilik tubuh itu dapat dihidu oleh Riana. Pastinya lelaki itu golongan metroseksual, duga Riana.
“Nama saya Haikal. Saya dah lama perhatikan awak. Awak dah banyak kali juga datang ke kelab ni kan?” tanya Haikal kepada Riana.
“Nama I Tria. I kawan dia.” ucap Tria.
Dia menghulurkan tangan mahu bersalaman. Haikal membalas namun dia lebih tertarik dengan Riana. Haikal berkulit gelap hitam manis. Hidungnya agak mancung dan senyuman Haikal manis. Haikal tidak berseorangan ketika itu.
“Nama I Zack. I pula kawan baik Haikal.”
Tria menjeling nakal. Zack juga tidak kurang hebatnya. Senyuman Zack terserlah dengan lesung pipit yang terletak di pipi kirinya. Dia suka dengan cara Zack. Tanpa dipelawa, Zack duduk di sebelah Tria. Tidak sia-sia Tria mengenakan skirt pendek dan memakai blaus yang menampakkan sebahagian besar bahagian dadanya.
“Haikal, kawan I ni memang macam ni. Dia sombong sikit.” ucap Tria.
“Tak apa, saya lagi
suka kalau orang tu sombong. Makin susah saya nak rapat, makin dalam keinginan
saya untuk kawan dengan awak. Saya Haikal, nama awak?”
Haikal mahu bersalaman dengan Riana. Dia pasti Riana akan menyambut tangannya.
“Riana.”
Seperti yang dijangka, Riana membalas. Haikal tidak mahu melepaskan peluang yang ada. Sebaik sahaja tangan mereka bersentuhan, Haikal mengucup tangan Riana. Riana terkejut lalu segera menarik tangannya daripada genggaman Haikal. Haikal tersenyum melihat tindak balas Riana.
“Boleh saya duduk?”
Riana membisu.
“Eh, you duduk ajelah. Memang kosong. Lagipun bosan kalau lepak tak ada kawan. Riana hari ni agak moody sikit.” balas Tria.
Haikal melabuhkan punggungnya di sebelah Riana. Dia memang mahu mengenali dengan lebih rapat gadis yang berada di sebelahnya itu. Mata Haikal sempat menjamah tubuh Riana. Ketika itu Riana mengenakan baju tanpa lengan dan seluar jeans ketat yang menampakkan susuk kakinya. Rambutnya yang lurus diwarnakan separa coklat di bahagian bawah sengaja dilepaskan
“Saya tengok, awak ni memang tak sama dengan perempuan yang ada dalam kelab ni. Sebab tu saya tertarik dengan awak.”
“Kenapa awak boleh
cakap macam tu pula?”
“Entah, saya pun tak
tahu. Tapi hati saya tak pernah rasa macam ni. Ini kali pertama saya rasa
tertarik dengan perempuan. Selama ni saya memang pandang perempuan yang ada
dalam kelab ni, tapi awak memang lain.”
“Lelaki, ayat memang
selalu macam tu kan?”
“Terpulang pada awak.
Tapi senyuman awak macam sudah memanah mata saya lalu membuatkan hati saya dah
terpaut kat awak. Mungkin inilah yang dikatakan cinta pandang pertama.”
Riana memandang wajah
Haikal. Haikal menghadiahkan pandangan yang tajam serta menggoda. Dia pasti
dapat menarik perhatian gadis itu. Itulah yang dia mahukan. Dia mahu Riana
tewas di dalam genggamannya. Riana adalah mangsa seterusnya. Gadis yang cuba
mencari ketenangan di dalam kelab itu mudah sahaja diperdaya dengan memberi
mereka sedikit kasih sayang dan perhatian yang palsu.
“Cinta pandang pertama?” soal Riana.
Haikal mengangguk sambil tersenyum. Dia mengeluarkan sesuatu daripada dompetnya.
“Ini kad saya. Nombor telefon saya ada kat situ. Kalau awak percaya juga yang saya ni cinta pandang pertama awak, awak boleh telefon saya bila-bila masa. Saya tunggu.”
Kad itu sudah bertukar tangan. Sekali lagi Haikal mengucup tangan Riana, tetapi reaksi Riana tidak seperti tadi.
Haikal sempat menjeling
ke arah Zack. Zack memberikan senyuman penuh makna.
“Tria, why not we dance?” soal Zack sambil menghulurkan tangan.
Ibarat orang yang mengantuk disorongkan bantal, lantas Tria menyambut tangan Zack. Sebelum beredar dari situ, Zack sempat memasukkan serbuk bewarna putih ke dalam minuman Tria.
spa riana,tria,zack,haikal 2 watak baqu ka??? or did i miss anything about the character???
ReplyDelete:D
kalau bce dr awal..akan tahu siapa Riana.. ;)
Deletetria,zack & haikal adalah berkait dgn Riana..
hujung BAB 4 serta BAB 5 ada terangkan sape Riana..
hehe t'lpas la...hehe kna bca dqi bab 1 blik la ni... hehe ok2 tq..tqoskn usha anda.. chaiyookkkk!!!!!!!
Deletehihi..yela..sbb xbce sekaligus kan, feeling n ingatan mcm dh hilg sekejap..xpe2..anyway, selamat mbce.. :)
Deletebesttt...sambung lg k...pasal isu ciplak2 menciplak 2 x der la plak sy rase ad kesamaan dengan novel lain2...kalo ad pown yg kate macam same...x brmkne itu adlah idea yg serupa...erti kate lain,macm same tp x serupa....do your best k..kalo nk publish pown ok gak...:D
ReplyDeleteterima kasih.. kdg2 isu ciplak ni umpama mimpi ngeri utk penulis..
Deletependpat awak ade betulnye jugak.. hihi..yela..bile dipkekan balik konsep novel ni sme je kan..temanya sme,cume cara pengolahan penulis tu g mbuatkan sesuatu cerita tu lain..
terima kasih krn sudi mbce..InsyaAllah akan dicetak kalau ade rezeki manuskrip k2 sye ni..^_^