BAB
27
A.D memulas tombol
pintu kamarnya. A.D mengangkat sedikit kain putih yang membaluti bahagian
kakinya untuk memudahkan dia melangkah. Masih lagi jelas suara Nenek Esah
tempoh hari menasihatinya sebelum pulang ke rumah. Ketika itu Wafi sedang sibuk
meletakkan beg pakaian di dalam kereta.
“A.D,
jangan lupa solat ya? Jangan tinggal satu waktu pun. Sebab dengan solat itulah
yang membuatkan kita lebih dekat dengan Dia. Lagi satu, kalau ada kesempatan
solat jemaah dengan Wafi. Bukan setakat pahalanya berlipat kali ganda. Tapi
dapat mengeratkan hubungan antara suami isteri. Kita tak boleh hidup dengan
kehidupan lampau. Semua orang ada masa silam. Macam nenek cakap dulu, kita
memang tak mampu untuk mengubah apa yang telah terjadi tapi kita boleh baiki
dan buat masa depan kita jadi lebih baik.”
Azan menandakan sudah
masuknya waktu solat Isyak baru sahaja selesai kedengaran. Telekung yang
membaluti tubuh A.D membuatkan dirinya merasa tenang. A.D menghampiri kamar
yang terletak berhadapan dengan biliknya. Perlahan-lahan tangan A.D mengetuk
pintu itu.
Wafi baru sahaja
selesai mengambil wuduk apabila mendengar bunyi ketukan itu. Hatinya mula
tertanya-tanya.
Siapa pula yang ketuk
ni? Pak Aziz? Tak kanlah. Mak Som pun jarang naik tingkat atas ni. A.D ke?
Kalau A.D, kenapa pula dia nak jumpa aku?
Sebaik sahaja pintu
dibuka, A.D yang lengkap serba putih berada di pandangannya.
“Ada apa yang boleh
saya tolong?”
A.D melihat wajah Wafi.
Wajah itu dibasahi dengan titisan air lantas A.D dapat mengagak yang Wafi juga
mahu melakukan perkara yang sama sepertinya.
“Awak nak solat?”
“Ya,” balas Wafi sambil
mengangguk.
“Kita solat sekali la.”
“Solat sekali?”
“Yalah. Dah biasa kat
kampung solat berjemaah.”
Wafi tersenyum.
“Apasal awak senyum?”
“Kenapa awak tak nak
cakap dengan saya, awak….jom solat berjemaah sama-sama. Lagi sedap kalau awak
cakap, abang….jom kita solat berjemaah sama-sama.”
Terkebil-kebil mata A.D
tatkala mendengar ayat Wafi itu.
“Kenapa awak nak
gunakan ayat lain sedangkan ayat yang saya cadangkan tu lagi mesra kan?”
“Gila ke apa?”
Wafi menggelengkan
kepala sambil ketawa. Itulah A.D yang dirinduinya.
“Awak nak ke tak nak?
Saya dah bentangkan sejadah tu.”
Wafi menjengah keluar.
Terdapat ruang seperti ruang tamu antara biliknya dan bilik A.D. Kelihatan dua
helai sudah dibentang kemas.
“Saya nak. Orang ajak
saya buat pahala, takkanlah saya tak nak.”
Wafi segera menjejakkan
kakinya di baris hadapan. Mereka bersama-sama menunaikan solat Isyak. Setiap
surah yang dilafazkan penuh dengan tertil. A.D merasakan dirinya tenang.
Seumpama ada sesuatu yang sedang meniup lembut ke dalam jiwanya yang tandus
itu.
Wafi menadah tangan sebaik sahaja selesai memberi salam. Dia memohon agar Allah memberikan mereka berdua petunjuk agar mereka dapat melalui kehidupan itu dengan jalan yang diredhai. Dia juga berharap jodohnya dengan gadis yang menjadi makmumnya tadi berkekalan hingga ke akhir hayat.
Setelah selesai, Wafi berpaling kebelakang. Dia mahu menghulurkan tangan supaya A.D dapat bersalaman dengannya tetapi harapannya meleset. A.D sudah pun berdiri.
Wafi menadah tangan sebaik sahaja selesai memberi salam. Dia memohon agar Allah memberikan mereka berdua petunjuk agar mereka dapat melalui kehidupan itu dengan jalan yang diredhai. Dia juga berharap jodohnya dengan gadis yang menjadi makmumnya tadi berkekalan hingga ke akhir hayat.
Setelah selesai, Wafi berpaling kebelakang. Dia mahu menghulurkan tangan supaya A.D dapat bersalaman dengannya tetapi harapannya meleset. A.D sudah pun berdiri.
“Eh, awak nak pergi mana?”
“Nak masuk bilik la.”
“Awak rasa ada
tertinggal sesuatu tak?”
“Tertinggal sesuatu?”
“Ya, awak rasa ada
benda yang awak belum buat lagi tak?”
A.D terdiam. Dia memandang sekeliling. Akhirnya……
“Oohh..terlupa pula. Tertinggal sejadah ni.”
Selamba sahaja A.D mengambil sejadah itu lalu dilipat menjadi empat segi kecil. Dia mengambil sejadah itu untuk dibawa masuk ke dalam bilik. Wafi mengeluh.
“Selain sejadah tu?”
“Apa lagi?”
“Awak terlupa saya.”
“Awak?”
“Awak tak nak salam
saya?”
“Kena salam?”
“Yalah. Isteri kena
salam suami lepas dah siap solat.”
“Awakkan suami
olok-olok saya. Olok-olok pun kena ke?”
“Suami olok-olok pun
saya yang lafaz akad nikah tu.”
A.D seperti anak kecil, menuruti permintaan Wafi itu. Wafi menghulurkan tangan dan A.D menyambutnya. Perlahan-lahan A.D mencium tangan Wafi. Kali kedua dia mengucup lembut tangan lelaki itu atas nama suami. Pertama, ketika majlis pernikahan mereka dulu dan untuk kali keduanya ini A.D merasakan sesuatu. Sentuhan tangan sang suami terasa lembut di tangannya lalu menggetarkan nadinya dan menyebabkan hati A.D bergetar. A.D mahu terus melangkah pergi. Tidak sanggup mahu berhadapan dengan lelaki itu. Tetapi tangan Wafi pantas menahan. Mata mereka bertemu. Perlahan-lahan bibir Wafi menghampiri dahi A.D. Dia menghadiahkan satu kucupan lembut di tempat itu. A.D kaget. Wafi tidak pernah sama sekali melakukan perkara itu. Biasanya, selepas akad nikah sang isteri akan bersalaman dengan suami lalu sang suami akan mengucup dahi si isteri. Semasa hari itu Wafi tidak melakukan perkara tesebut. Tiba-tiba sahaja bibir Wafi berada di situ.
“Awak nampak cantik
bila awak macam ni.” ucap Wafi sambil tersenyum.
Kemudian dia melangkah menuju ke biliknya, meninggalkan A.D yang masih terkejut dengan perbuatannya itu.
--------------------
Bunyi deruman enjin kereta sudah tidak kedengaran. A.D tersenyum simpul apabila melihat penampilannya hari itu. Dia sendiri tidak tahu apa kena dengan jiwanya. Tiba-tiba sahaja dia mahu mengenakan pakaian itu di tubuhnya. Pandangan tajam itu masih lagi jelas di matanya. Perlahan-lahan A.D membuka pintu kereta lalu keluar. Pelajar yang tutut sama meletakkan kenderaan di situ memerhatikan dirinya. Mana yang memandang sekali akan berpaling untuk kali kedua. A.D membiarkan sahaja mata-mata yang melihat. Dia sudah biasa diperhatikan sebegitu. Suatu ketika dahulu, untuk pertama kalinya dia menunggang motorsikal ke kuliah pandangan seperti itu juga diberikan. A.D terus melangkah. Mata A.D menangkap susuk tubuh itu. Izwanie dan Samsul sedang rancak berbual.
“Assalammualaikum,” ucap A.D memulakan perbualan.
“Waalaikummussalam,”
balas Izwanie dan Samsul.
Bibir mereka menjawab salam A.D tetapi penglihatan mereka kaku tatkala melihat penampilan A.D. A.D mengenakan baju kurung berwarna kuning cair corak batik di bahagian bawahnya.
“Kau orang nampak hantu ke?” soal A.D sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Izwanie.
“Wanie, kau kenal tak
siapa ni? Budak baru ke?” sindir Samsul.
“Sam, teruklah kau ni.
Baru cuti dua minggu dah lupakan aku?”
“Aku pun tak kenal
siapa perempuan Melayu terakhir ni.” kata Izwanie.
“Astaghfirullahalazim…….kau
dengan Sam ni kenapa? Buang tabiat? Ni akulah, A.D.”
“A.D? Setahu akulah A.D
yang aku kenal tak pakai baju kurung.” ucap Samsul.
“Amboi..kau orang kalau
bab nak mengenakan aku memang tak ingat dunia kau orang nak kasi kat aku.”
“Betul ke kau ni? Sejak
bila dah pakai baju kurung? Eh……kejap-kejap, macam mana kau bawa motor mask rider kau tu dengan baju kurung
macam ni?”
“Kau gila aku nak naik
motor besar aku tu pakai baju kurung ni?”
“Habis tu?”
------------------------
A.D memerhatikan dirinya di hadapan cermin itu. Cermin itu mampu memantulkan imej keseluruhan tubuhnya. Dia agak-agak ragu dengan penampilannya hari itu. Boleh dikatakan, sepanjang pengajiannya dia hanya memakai seluar beserta baju kemeja-T. A.D lebih selesa untuk berpenampilan kasual dan maskulin. Sesuai dengan gayanya yang menunggang motorsikal.
A.D memusing-musingkan badannya. Risau dengan tanggapan orang lain atau lebih tepat lagi tanggapan Wafi. Hatinya berdebar-debar tatkala mahu melangkah keluar. Sebaik sahaja menutup pintu kamarnya, Wafi juga melakukan perkara yang sama sepertinya. Mata A.D sempat menangkap penampilan Wafi. Wafi sememangnya bijak dalam mengenakan gaya. Wafi mengikat rambutnya sedikit, ala rambut yakuza. Lebihan rambut dibiarkan menyentuh kolar baju. Wafi mengenakan kemeja hitam licin lengan panjang beserta tali leher biru laut. A.D sendiri tidak mengerti mengapa pagi itu dia merasakan Wafi mempunyai tarikannya tersendiri. Bukannya dia tidak pernah nampak Wafi berpenampilan segak untuk ke pejabat tetapi pagi itu hatinya seoalah-olah tidak mampu menahan perasaan itu.
Wafi tersenyum memandang A.D. Hatinya juga seperti terusik apabila melihat A.D ayu berbaju kurung. Sifat lasak dan kasar sudah pun lenyap apabila baju itu dikenakan.
“Awak nampak lain,” ucap Wafi.
“Lain? Buruk?”
Wafi menggeleng.
“Tak. Awak nampak cantik.”
A.D menguntum senyuman.
“Terima kasih.”
“Awak nak pergi kuliah
naik motor ke?”
“Saya ingat nak naik
teksi aje.”
“Kenapa tak nak minta
tolong Pak Aziz hantarkan?”
“Saya tak nak susahkan
Pak Aziz. Lagipun saya dah biasa pergi kuliah sendiri.”
Perlahan-lahan Wafi melangkah menuju ke arah A.D. Wafi mendekatkan jarak mereka. A.D dapat melihat dengan jelas wajah Wafi.
“Kalau awak tak nak Pak Aziz hantarkan, awak nak saya hantarkan ke?” soal Wafi.
A.D tidak mampu untuk membalas. Soalan itu benar-benar menduga perasaannya.
“Tak naklah. Lagipun awak sibuk.”
“Tak pun macam ni. Kita
buat sistem barter nak?”
“Sistem barter?”
“Hari ni saya pergi
Bina Kurnia dengan motosikal awak dan awak guna kereta saya. Setuju?”
A.D sekali lagi membisu. Dia kalah dengan pandangan itu.
“Satu…..dua…..tiga… Awak tak cakap apa-apa, maknanya awak setuju.”
Perlahan-lahan A.D menganggukkan kepalanya, menandakan dia sependapat dengan Wafi.
“Awak lagi nampak cantik bila awak tersipu-sipu malu dengan saya. Mana tahu lain kali kita boleh buat sistem barter yang lain. Hari ni kita tukar kenderaan kita, lain kali kita tukar hati antara satu sama lain pula.” kata Wafi sambil pandangannya tidak mahu melepaskan wajah A.D.
-----------------
“Amboi kau nyah…….kelas bawa Myvi kuning dengan memakai baju kurung berwarna kuning. Satu set gitu. Selama aku kenal kau, kau tak pernah kasi siapa-siapa tunggang motor hijau kau tu. Kau ingat tak dulu, masa Irwan budak kelas kita tu nak pinjam kejap je motor kau, kau bukan main tak nak kasi. Sekarang ni dengan tersenyum macam kerang busuk cakap motor kau si Wafi tu yang pakai. I smell something here. Apa aje yang kau orang berdua buat selama cuti semester ni sampai kau berubah jadi macam ni? Lebih baik kau cerita dengan kita orang.”
Lantas A.D membayangkan peristiwa CPR tempoh hari. Bermula detik itulah, perasaan itu semakin hadir tanpa diundang. Dari tadi senyuman itu tidak pudar daripada wajah A.D.
“Kau ni kenapa A.D? Dari tadi aku tengok kau tersenyum-senyum. Kau dengan Wafi dah......................” Izwanie sengaja tidak mahu menyambung penghujung ayatnya.
“Dah apa?”
“Baik kau cakap. Mesti
kau dengan Wafi dah buat………”
“Buat apa Wanie? Kau
jangan nak buat cerita. Aku dengan dia tak lebih daripada apa yang kau orang
fikirkan. Aku dengan dia tak sebilik pun.”
“A.D, apa yang kau
melalut ni? Aku tak cakap pun pasal tu. Aku nak cakap mesti kau dengan Wafi dah
buat hati masing-masing jatuh cinta kan? Kalau tak, tak ada maknanya nak pakai
baju kurung ni,” sambung Izwanie.
“Tak. Aku tak jatuh dengan
dia. Percayalah. Aku saja nak pakai baju kurung. Tak adalah masa hari raya je
aku pakai baju kurung zaman purba ni kan?”
Tetapi hati A.D mengiyakan kata-kata rakannya itu. Setiap kali mata itu memandangkan dirinya, dia merasakan dirinya cukup cantik di hadapan lelaki itu.
“Cik Jah ooii…….ayat tu tak payah nak statement artis boleh tak? Kau ingat kau tu siapa? Pakai baju lip lap lip lap kena interviu dengan wartawan Melodi? Aku tengok muka kau pun dah tahu. Berseri-seri.”
“Malas aku nak layan kau
orang. Aku cakap pun memang tak nak percaya kan.”
“Ok, aku ada idea.
Kalau betul kau tak ada apa-apa dengan Wafi, aku nak kau main satu permainan
ni.” cadang Izwanie. Dia mahu mencungkil rahsia yang tersimpan di dalam hati
A.D.
Samsul menjongket kening ke arah Izwanie. Dia mahu tahu muslihat Izwanie. Izwanie segera membisikkan sesuatu ke telinga Samsul. Samsul tersengih-sengih mendengar rancangan Izwanie.
“Main permainan? Malaslah, kau orang ni memang suka buat benda pelik dalam dunia ni. Kalau benda pelik kat dunia ni ada tujuh, ha…..kau orang berdua adalah yang kelapan.”
“Dan kau yang
kesembilan sebab memang pelik kalau kau dah jatuh cinta. Kalau kau tak nak
main, memang sah kau suka dengan mamat sengal tu a.k.a Wafi Azrel Shah.” ujar
Samsul lagi, menyokong rancangan Izwanie.
“Ooo….jadi kau orang
nak cabar akulah ni? Kau tahukan aku ni pantang dicabar. Cakaplah, permainan
apa? Aku tak suka dengan mamat sengal tu.”
Izwanie mengenyitkan matanya terhadap Samsul. Sememangnya mereka tahu kelemahan A.D. A.D pantang dicabar. Itu yang memudahkan lagi kerja mereka berdua.
“Ok, kau kena sebut secara spontan perkataan yang pertama muncul dalam otak kau yang sengal juga tu bila kau dengar perkataan dari mulut aku ni. Kau tak boleh fikir. Apa yang terlintas kat otak kau, terus cakap. Kalau kau lambat cakap, maknanya memang sah tanpa ragu-ragi kau suka dengan Wafi.” terang Izwanie.
“Permainan apa ni?”
“Ala..macam cerita Kuch
Kuch Hota Hai tu.”
“Kuch Kuch Hota Hai
cerita Hindustan tu? Kuch Kuch Otak Hang la.”
A.D sengaja mahu mengelak.
“Ok, aku kasi contoh. Sam, kau konon-konon jadi A.D.”
Samsul menunjukkan tanda ibu jari.
“Tomato.”
“Sos,” jawab Samsul
dengan pantas.
“Kentang.”
“Goreng,”
“Ha, macam tu. Kau
faham tak? Ke kau buat-buat tak faham?”
“Faham, kalau aku
buat-buat tak faham korang cakap aku suka mamat sengal tu kan?”
“Tahu pun. Kau memang
pandai. Sam, kau mulakan dulu, pastu aku pula. Kita gilir-gilir soal A.D.”
“Ayam.”
“Goreng.”
“Buku.”
“Baca.”
“Duit.”
“Kaya.”
“Air.”
“Hujan.”
“Pokok.”
“Kelapa.”
“Budak.”
“Sengal.”
“Rambut.”
“Panjang.”
“Ekor.”
“Kuda.”
“Hati.”
“Sayang.”
“Sayang.”
“Wafi.”
A.D terkejut. Dia sendiri tidak menyangka bibirnya akan menyebut nama insan itu. Nama itu yang terlintas apabila dia mendengar perkataan sayang. Dia sudah tidak mampu berselindung. Semuanya sudah terang malah bersuluh.
Izwanie dan Samsul berpandangan antara satu sama lain. Akhirnya mereka berjaya mengetahui isi hati A.D.
“Kau sebut apa nyah?”
“Aku tak sengaja sebut
nama dia.”
“Amboi…….kalau kau nak
tahu, perkara yang tak sengaja itulah sebenarnya yang datang dari hati. Nampak
sangat kau dah jatuh cinta kan? Masih lagi tak nak mengaku?” soal Izwanie.
A.D membisu. Dia tidak mampu membidas.
“Alhamdulillah…..Baguslah kalau hati kau yang keras macam batu bata tu dah terbuka untuk bercinta.” sambung Samsul pula sambil menadah tangan sebagai tanda bersyukur.
“Tapi aku tak tahu.
Wafi tu kan boyfriend Nadhira. Boyfriend orang beb, tak kan aku nak
ambil hak orang.”
“Ya Allah, kenapa
lembap sangat kau ni? Aku tengok Wafi tu baik dengan kau. Lagi-lagi masa arwah
papa kau pergi. He always on your side.
Aku sebagai lelaki walaupun aku ni lembut sikit, tapi aku tahu cara dia layan
kau tu lain. Masalahnya sekarang ni, Wafi suami kau. Dia dah memang jadi hak
kau. Mungkin inilah dia jalan jodoh kau.”
“Tapi siapa nak terima
aku? Wafi boleh terima ke? Kau tahukan kenapa aku jadi macam ni sekarang?
Kenapa Riana boleh hilang dan A.D yang muncul. Kau orang berdua tahu kan kenapa?
Aku dah buat dosa yang besar yang terpaksa aku tanggung sepanjang hayat aku.
Ini soal maruah. Maruah yang sepatutnya aku jaga tapi sekarang aku tak ada
benda tu.”
“A.D, semua orang
pernah buat silap. Semua orang pernah buat dosa. Benda lepas, biarkan lepas.
Kau berhak untuk hidup bahagia kat dunia ni. Satu-satunya cara, kau kena
berhadapan dengan kenyataan kau sendiri. Jangan lari, sampai bila kau nak lari?
Apa kata kau cuba terus terang dengan Wafi. Mungkin inilah caranya. Sudah
sampai masanya kau hadapi dan berhenti berlari.”
A.D memandang wajah Izwanie. Senang benar Izwanie meminta dirinya untuk berterus terang. Dia sendiri tidak mampu untuk menerima kesilapannya, apatah lagi orang lain.
“Kau gila ke Wanie? Aku tak mungkin akan terus terang dengan Wafi. Aku tak nak dia kecewa.”
“A.D, betul kata Wanie
tu. Cuma ini saja caranya. Sekurang-kurangnya kau jujur dengan Wafi. Mungkin
mula-mula dia tak dapat terima kau, tapi mana tahu lama-kelamaan dia boleh
terima kau. Kalau dia boleh melihat kelembutan di sebalik A.D yang kasar, tak
mustahil dia boleh melihat ketulusan di sebalik Riana.”
“Riana dah lenyap dalam
hidup aku. Aku lebih rela macam ni. Aku tak nak sesiapa pun tahu. Kau nak aku
buka pekung aku sendiri ke?”
“A.D, ini bukan soal
buka pekung. Ini soal bagaimana caranya kau nak berhadapan dengan masalah kau.
Soal Riana lenyap kat dalam dunia tak timbul. Selagi masalah ni tak selesai,
sampai bila-bila kau akan rasa macam ni. You
must move on, A.D. Tak ada manusia yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan
dan tak ada juga manusia yang berjaya yang tidak ada kisah lampau. Kita orang
akan sentiasa sokong kau. Sebab aku dengan Samsul sayangkan kau. Kalau kita orang
tak sayang kau, kita orang tak akan ada kat sisi kau. Aku nak tengok kau
bahagia.” ucap Izwanie.
Dia mahu A.D membuka mata. A.D mesti melakukan perkara itu. A.D harus berterus terang dengan Wafi mengenai hal yang menghantuinya selama ini. Dia sudah tidak sanggup melihat A.D tersenyum gembira sedangkan jiwa itu penuh dengan kesedihan. Setiap senyuman yang terukir dibibir A.D, pasti diiringi dengan kepahitan. Meskipun A.D cuba membunuh masa silamnya tetapi Izwanie tahu masa lampau itu tetap hidup dan terus mengejar diri A.D.
Biarpun A.D cuba membina tembok penghadang yang sukar untuk ditembusi mana-mana lelaki tetapi tembok itu dibina kerana rasa kecewa dan dendam. Sesungguhnya perasaan dendam dan kecewa tidak mampu mengatasi kuasa kasih sayang. Akhirnya, Wafi berjaya meruntuhkan prinsip kebal A.D selama 3 tahun ini. Mungkin Wafi adalah orangnya. Dan, inilah masanya A.D mengecap kebahagiaan.
A.D membisu. Dia tidak tahu bagaimana untuk berhadapan kenyataan itu bersama dengan Wafi. Dia dapat mengagak Wafi akan memandangnya dengan penuh kebenciaan jika rahsia itu diberitahu. Dia cuma mahu hidup seperti orang lain tetapi A.D tahu, dia tidak boleh.
“Kau orang tak akan faham perasan aku. Aku harap, aku tak kenal siapa diri aku sendiri. Apatah lagi nak beritahu orang lain siapa aku sebenarnya,” ucap A.D smbil bangun lalu melangkah pergi meninggalkan Samsul dan Izwanie di situ.
sambung cpat
ReplyDeletehihi..InsyaAllah..akan update bab 28 dlm mse 2,3 ari ini..^_^
Deleteterima kasih sbb bc..
X sabar nye nk baca bab 28..huhuhuhu
ReplyDelete