BAB
29
Wafi menyandarkan
kepalanya di kerusi kereta. Nafas Wafi turun naik, sedang menahan amarahnya.
Dia tidak percaya dengan apa yang didengari oleh telinganya dari bibir Haikal.
A.D pernah melakukan
perkara itu dengan Haikal? Tidak mungkin.
Jiwa Wafi meronta dan memberontak. Tetapi apabila memikirkan semula segala tindak-tanduk A.D selama ini, Wafi merasakan ada benarnya kata-kata Haikal. Itukah rahsia yang cuba disembunyikan A.D selama ini? Adakah itu penyebabnya A.D berkata begitu?
“Kau tak layak ambil berat pasal aku sebab kau tak tahu siapa aku. Semua orang dalam dunia ni tak akan boleh terima diri aku. Aku minta sangat-sangat kau jauhkan diri kau daripada aku.”
Tutur kata yang diucapkan A.D ketika di air terjun tempoh hari bergema semula ke fikirannya. Dia semakin keliru. Wafi sendiri tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Benarkah apa yang dikatakan Haikal petang tadi?
Motorsikal A.D berada di situ. Dia pasti A.D sudah pulang. Dia perlu mendapatkan kepastian daripada bibir A.D sendiri. Sudah puas dia menganalisa semula kata-kata Haikal. Dia cuba untuk menidakkan apa yang didengarinya tetapi semakin dia menafikan semakin kuat keyakinannya mengatakan yang A.D telah melakukan perkara sumbang itu.
--------------------
Wafi terkejut apabila
melihat Nadhira sudah berada di hadapannya.
“Hai sayang, hai Rafiq,” ucap Nadhira.
“Awak buat apa kat
sini?”
“Dhira nak temankan
Wafi la. Bukannya Wafi nak main ragbi ke kejap lagi? Kalau Wafi nak minum air,
Dhira boleh tolong kasi.”
“Macam mana awak tahu
saya ada kat sini?”
Tiba-tiba sahaja Wafi merasakan soalan itu terlalu bodoh untuk diajukan. Sudah semestinya Haikal yang memberitahu Nadhira.
“Haikal yang beritahu Dhira. Wafi kan sibuk. Dhira faham.”
“Wafi, orang yang kau
cakap akan main ragbi dengan kita petang ni Haikal ke?” soal Rafiq.
“Haikal. Aku ada jumpa
dia hari tu. Dia ada cakap, kalau kita nak turun padang beritahu dia. Tapi aku
rasa aku dah buat silap sebab ajak dia.”
Rafiq hanya mampu mendiamkan diri. Wafi sendiri merasakan dirinya begitu lalai. Seboleh mungkin dia mahu mengelak daripada berjumpa dengan Nadhira. Wafi perlu memberitahu segala-galanya kepada Haikal untuk mengelakkan salah faham di antara mereka terus berlaku.
“Mana Haikal?”
“Kenapa ni?”
“Where is Haikal?” soal Wafi lagi. Nada suara Wafi sudah meninggi.
“Kenapa nak tanya pasal
Haikal? Tak suka Dhira datang sini temankan Wafi ke?”
“I said, where is Haikal…?!!” jerit Wafi.
Nadhira terkejut apabila melihat wajah Wafi sudah menyinga. Sebelum ini dia tidak pernah melihat Wafi memarahinya sebegitu rupa.
“Haikal ada kat tempat letak kereta.”
Wafi segera melihat ke arah yang dikatakan oleh Nadhira. Wafi terkejut apabila melihat Haikal sedang berbual dengan A.D. Daripada gaya mereka berbual, Wafi dapat mengagak yang Haikal dan A.D saling mengenali.
Rafiq juga memandang ke arah itu. Dia juga menjadi bingung dengan apa yang telah berlaku. Nadhira juga melihat perkara yang sama seperti Wafi dan Rafiq. Serta-merta dia mendapat akal untuk mengambil peluang yang telah terbentang di depan mata. Dia tidak mahu melepaskan kesempatan yang ada. Dia juga terkejut apabila melihat Haikal seolah-olah mengenali A.D.
“See, you can see with your own eyes. A.D with Haikal. Perempuan macam A.D tu memang tak ada perasaan kat Wafi. Dahlah tomboi, perangai macam jantan tapi sibuk nak menggatal dengan Haikal. Wafi, perempuan macam tu ke yang menjadi idaman Wafi selama ni? Perempuan tu macam tak ada maruah.”
Ibarat menyiram minyak ke api yang sedang marak, Nadhira sengaja mahu membuatkan baran Wafi semakin membara. Kaki Wafi tidak mampu untuk menahan dirinya daripada menuju ke kawasan tempat letak kenderaan itu. Kata-kata Nadhira berjaya mempengaruhi dirinya yang sudah hampir hilang pertimbangan. Sebaik sahaja semakin menghampiri mereka, A.D sudah pun memecut dengan motosikalnya.
“Wafi, apasal kau pergi sini? Nak sambut kedatangan aku ke? Dhira kan ada kat padang sana?”
“Kenapa kau bawa
Dhira?”
“Apasal? Tak boleh ke?
Aku nak tolong kau. Kau kan sibuk memanjang. Yalah, C.E.O Bina Kurnia kata kan.
Jadi, sementara kau ada masa untuk main ragbi ni tak salah rasanya aku ajak
Dhira. Betul tak? Kau sepatutnya berterima kasih kat aku.”
“Kau tak faham dengan
keadaan aku dan Dhira sekarang. Apa yang kau fikir tak sama dengan apa yang dah
jadi.”
“Kau ni, Dhira kan
memang manja sikit. Kena sabarlah.”
Wafi sudah muak dengan
masalahnya dengan Nadhira. Seharusnya masalah itu sudah selesai dari dulu lagi.
Tetapi Nadhira yang menjadikan situasi mereka menjadi rumit dan menyebabkan
timbulnya salah faham oleh pihak lain.
“Tadi kau cakap dengan siapa?”
“Siapa? Minah motor
tadi tu?”
“Yalah, kau kenal dia
ke?”
“Riana? Kenal sangat,
bukan setakat kenal tapi lebih daripada tu. Aku pun tak sangka boleh jumpa dia
kat sini. Dah banyak berubah minah tu.”
Wajah Wafi berubah. Dia terkejut apabila Haikal menyebut nama itu. Wafi mengenali A.D terlebih dahulu, dan kemudiannya baru telinganya mendengar nama itu. Tetapi tidak pada Haikal. Haikal mengenali Riana. Itu bermakna, Haikal terlebih dahulu mengenali gadis itu daripada dirinya.
“Apasal kau tanya? Kau kenal ke minah tu?”
“Macam mana kau boleh
kenal Riana?”
“Kalau kau nak tahu,
minah tu salah seorang bekas aku la. Antara perempuan yang pernah ada dalam
senarai kasanova aku.”
Lidah Wafi menjadi kelu. Dia membiarkan sahaja Haikal berbicara.
“Sebelum aku pergi London 3 tahun dulu, aku kenal dia kat club. Perrgghh…masa tu dia cantik. Aku pun geram la tengok. Aku pun cubalah kasi ayat. Kau tahulah orang macam aku ni senang aje nak dapat perempuan macam Riana tu.”
“Maknanya Riana pernah
jadi bahan mainan kau la? Kau pernah main-mainkan perasaan dia?”
“Come on, Wafi. Kau pun tahu kan siapa aku sejak hari pertama kau
kenal aku lagi. Aku mana pernah serius.”
“Kau kenal Riana
setakat tu ajelah?”
“Bukan setakat kenal,
tapi seluruh badan dia aku dah kenal.”
Tanpa ada rasa bersalah dan segan silunya Haikal memberitahu Wafi. Haikal sudah tidak kisah dengan semua itu. Kehidupan di London yang penuh dengan kebebasan menyebabkan dia merasa bangga melakukan hal itu. Jantung Wafi bagai direntap keluar. Hatinya juga terasa seperti disentap.
“Maksud kau?” soal Wafi, dia masih lagi cuba berlagak tenang.
“Perempuan macam Riana
tu bukan sorang aje aku kenal. Senang kena tipu. Aku cakap sikit, dah cair. Kau
faham-faham sendirilah. Aku tak paksa dia pun. Siapa suruh dia terpedaya dengan
apa yang aku cakap, kan? Itu bezanya perempuan kat Malaysia dengan London. Perempuan
Malaysia kena kasi ayat lebih. Terpaksa tunggu 2, 3 bulan baru boleh dapat.
Tapi kalau kat London, satu malam pun dah boleh.”
Akhirnya, rahsia itu terbongkar. Perkara itulah yang cuba disembunyikan oleh A.D selama ini.
“Macam mana kau boleh tinggalkan dia?”
“Kau bayangkanlah, aku
baru aje tidur dengan dia sekali. Tak lama lepas tu, dia datang jumpa aku. Ada
ke patut dia cakap dia tengah mengandungkan anak aku. Tolonglah. Riana tu kaki clubbing. Entah jantan mana dia tidur,
nak cakap budak dalam perut dia tu anak aku. Memang dah kebetulan, aku sambung
belajar kat London. Lepas tu aku dah tak tahu apa cerita pasal dia sampailah
hari ni. Tapi aku tak akan lupa dengan dia sebab dia pernah cakap dia
mengandungkan benih aku. Come on la.
Baru cuit sekali, senang betul dah mengandung. Tak sangka pula aku sekarang ni
dia dah berubah sampai macam tu sekali.”
Kalau diikutkan hati, mahu sahaja Wafi memberikan hadiah tumbukan ke mulut Haikal. Tanpa rasa sekelumit perasaan bersalah ketika menceritakan hal itu.
“Kenapa kau tanya lebih-lebih pasal perempuan tu? Kau dah berkenan ke?” soal Haikal dalam nada bergurau.
Mustahil bagi diri Haikal untuk Wafi jatuh cinta terhadap gadis kasar.
Wafi hanya mampu membisu.
“Eh, janganlah buat muka serius sangat. Aku main-main ajelah. Aku tahu kau tak akan suka dengan perempuan macam Riana tu. Cita rasa kau kan macam sepupu aku tu.” ucap Haikal sebaik sahaja melihat wajah Wafi tidak memberikan sebarang reaksi terhadap gurauannya.
Wafi berpaling daripada Haikal lalu melangkah menuju ke padang. Dia tidak mampu untuk menerima kata-kata Haikal. Dia tidak percaya A.D pernah melakukan perkara sumbang itu. Wafi mengambil beg galasnya lalu segera beredar meninggalkan tempat tersebut.
“Sayang…..nak pergi mana ni?” tanya Nadhira.
Wafi membiarkan sahaja pertanyaan Nadhira.
“Wafi, kau nak pergi mana? Tak nak main ke?” soal Rafiq.
Pelik benar dengan tindak-tanduk Wafi. Tiba-tiba sahaja perangainya berubah. Rafiq tidak menyangka sehingga ke tahap itu marah Wafi terhadap Nadhira. Walhal, emosi Wafi jadi begitu kerana Haikal.
--------------------
Wafi merenung tajam ke
arah A.D yang berada di hadapannya. Suara Wafi bergema ke serata ruang tamu
vila itu. Mak Som dan Pak Aziz tiada kerana pulang ke kampung. Hanya tinggal
mereka berdua sahaja. Soalan Wafi dibalas dengan linangan air mata A.D. Sejarah
hitam itu sudah pun terbuka dengan luasnya.
“Saya tanya, betul ke tidak awak kenal dengan Haikal? Saya nampak awak dengan dia berbual tadi.”
“Saya kenal dia.”
“Jadi betullah awak
pernah terlanjur dengan dia? Betullah awak buat semua tu dengan rela?”
A.D tidak sanggup untuk mengiyakan kesemua kenyataan itu. Dia hanya mampu membisu.
“Kenapa awak diam? Sampai hati awak tipu saya, A.D.”
“Saya tak pernah tipu
awak.”
“Kalau awak tak pernah
tipu saya, kenapa saya dengar benda ni daripada mulut orang lain? Nasib baik
saya kenal Haikal tu sebab dia sepupu Nadhira. Kalau tidak, seumur hidup saya
awak rahsiakan perkara ni. Saya tak sangka awak jenis perempuan yang macam tu.”
“Awak nak saya cakap
apa dengan awak? Saya tahu memang itu semua dosa saya. Dosa saya terlalu besar
untuk saya tanggung.”
“Kalau dah tahu tu
dosa, kenapa awak masih buat?”
“Saya terlalu mentah.
Saya percayakan Haikal masa tu. Saya percaya yang dia tidak akan tinggalkan
saya. Dia dah janji. Kalau saya boleh patah balik masa, saya tak akan buat
benda terkutuk tu.”
“Terlalu mentah? Kenapa
tak nak cakap awak dah hanyut dengan nafsu sendiri?”
“Memang salah saya.
Saya buta dengan kasih sayang palsu Haikal. Haikal ambil berat dan prihatin
dengan saya semasa saya memerlukan seseorang. Awak tak akan faham perasaan
saya.”
“Tak salah tanggapan
pertama aku terhadap kau. Memang buta kalau aku suka dengan kau apatah lagi
jatuh cinta dengan perempuan yang dah terlanjur. Mana harga diri kau masa tu?
Dah tak tahu halal dengan haram? Kau bukan setakat dah terlanjur, malah
mengandungkan anak dia, betul kan?”
A.D tidak mampu bersuara. Rahsia yang cuba dipendam selama ini, akhirnya terbongkar jua. Bukan niatnya untuk berahsia tetapi dia tidak kuat untuk berhadapan dengan kenyataannya sendiri.
“Betul ke tidak? Ke anak yang kau kandung tu dulu anak orang lain? Tak mustahil kau boleh mengandungkan anak orang lain sedangkan dengan rela hati kau serahkan maruah kau pada Haikal. Jadi, tak mustahil kan? Apa lagi kau sembunyikan daripada aku?”
Wafi seperti manusia yang sudah hilang pedoman. Sabarnya entah hilang ke mana. Benci dan jijik memandang gadis itu. Sejauh itu dia menuduh A.D. Dia seperti sudah dirasuk dengan hasutan syaitan.
“Itu memang benih Haikal. Saya tidak akan melakukan kesilapan itu. Awak ingat maruah saya ni serendah itu ke?”
“Memang. Kalau tidak,
kau tak akan buat perkara terkutuk tu. Kalau betul tu benih Haikal, mana anak
tu sekarang? Mana..?!!” jerit Wafi.
“Saya dah cakap dengan
awak dulu. Jauhkan diri awak daripada saya sebab saya tahu awak akan kecewa.”
“Kau tak jawab lagi
soalan aku. Mana anak tu? Ooohh…aku tahu, perempuan macam kau pasti nak tutup
kesalahan sendiri kan? Mesti kau dah gugurkan kandungan tu, betul tak?”
Manik jernih semakin bertakung lalu mengalir dengan lajunya. Begitu tegar Wafi menuduhnya sebegitu.
“Dahlah terlanjur, lepas tu kau mengandungkan anak lelaki tak guna tu kemudian kau gugurkan kandungan kau. Betul kan? Sebab tu kau diam. Kau ingat aku boleh tertipu dengan air mata kau ni?”
“Awak tuduh saya
gugurkan kandungan tu? Awak ingat saya ni kejam sangat ke? Biar diri saya
dihimpit dengan dosa sebab terlanjur tapi saya tak akan buat dosa membunuh tu. Saya
tahu, tak akan ada seorang lelaki pun dalam dunia ni boleh terima saya. Sebab
tu Riana dah mati dalam hidup saya. Saya cuba bina hidup saya sendiri. Saya
cuba cari diri saya yang baru. Apa yang awak nampak, inilah saya. Saya memang
sengaja biarkan A.D wujud. Biar tak ada satu lelaki pun akan dekati saya dan
saya tidak akan jatuh cinta dengan siapa-siapa.”
“Kau ingat dengan jadi
orang lain tu boleh kau lari? A.D tetap jadi Riana.”
“Saya tahu. Sebab tu
saya hidup sebagai A.D selama 3 tahun ni. Sekurang-kurangnya saya cuba untuk
hidup semula. Tapi semuanya dah berubah. Awak yang menyebabkan kisah dongeng
Riana muncul. Setiap malam papa ceritakan saya cerita dongeng yang mana seorang
puteri akan hidup bahagia bersama putera idamannya. Riana itu dah mati. Tapi,
sejak awak muncul, awak dah hidupkan Riana semula. Awak ingat saya minta semua
ni? Riana pernah buat silap besar dalam hidup dia. Saya tak nak awak tahu siapa
Riana sebab tak nak awak kecewa.”
“Aku tak tahu apa yang
kau dah buat kat aku sampai aku boleh ada rasa sayang terhadap kau. Sakit rasanya
hati aku ni bila aku tahu siapa kau sebenarnya. Memang tak salah perasaan aku
kat kau waktu mula-mula dulu aku kenal siapa kau. Aku memang buta kalau aku
jatuh cinta dengan kau. Dan aku akan pastikan perasaan aku yang dulu tu akan
wujud semula. Lebih baik kalau aku tak pernah kenal kau. Aku tak nak ada
pembunuh dalam hidup aku.”
Sekali lagi Wafi melontarkan ayat berbisa itu. Wafi melemparkan kata-kata itu dengan pandangan yang penuh dengan kebencian. Dia tidak tahu yang dirinya marah untuk siapa. Sama ada kerana A.D, Riana, Haikal mahupun dirinya. Wafi segera melangkah menuju ke kamarnya. Jika dibiarkan lebih lama, pasti dia tidak sanggup untuk menghadapi kenyataan itu. Dia tidak mampu untuk menerima dosa semalam gadis itu. Dia sudah jatuh hati dengan A.D, tapi mengapa sekarang perkara itu diketahuinya? Mengapa tidak dulu? Agar kebencian yang pernah terbit saat itu terus tertanam dijiwanya
alahai..sedihnya E3 ni..nak salahkan wafi pun tak boleh kerana sebagai seorg suami sudah tentu ia mahu memilikki seorg gadis yg masih ada dara ..apatah lagi..yg terlanjur dengan isterinya adalah kawan baiknya Haikal..apatah lagi Haikal tu mmg ego dan cakap besar..ditakuti segala kisah silam AD akan dicanangkan kat semua kawan kawan wafi..mestilah wafi akan rasa dirinya dayus kerana mendapat isteri bekas kawan baik sendiri ..lihat sahajalah..bagaimana ia menceritakan perkara yg tidak sewajarnya kepada wafi berkenaan masa silamnya bersama dengan AD..
ReplyDeleteTetapi tidak kah wafi sendiri tahu bahawa AD dah bagitau dia dahulu dan siap warning kat wafi..yg tidak akan ada lelaki yg akan jadikan dia isteri kalo tahu masa silamnya...
apakah yang akan terjadi?? adakah Wafi akan meninggalkan A.D??
ReplyDeletewaaaaaaaaa...sdihnye.....smbung la lggg
ReplyDeletebab 29 ni mmg agak kejam bg sye wlupun sye sndiri sbg penulisnye..
ReplyDeletemse tgh menaip bab ni, hati jd marah mcm Wafi n pasrah mcm A.D
kawan2...ape pndpt anda?? ape yg akan kwn2 buat kalau kat tmpt Wafi mahupun A.D??
Rasa2 dpt agak x ape yg akan berlaku??
hihi...
walauapepun..terima kasih sgt2 krn mbce SIC sehingga ke hari ini..^_^