BAB
25
“Macam mana awak boleh
tidur kat bilik tu?” soal A.D.
“Saya tak sengaja,”
jawab Wafi.
“Awak juga yang cakap
nak keluar lepas saya dah tidur kan?”
“Memanglah tapi tak
sengaja. Awak punya pasallah ni. Siapa suruh mengigau tengah-tengah malam.”
“Amboi…..sayalah yang
salah? Siapa suruh awak takut-takutkan saya?”
“Saya pula? Siapa suruh
awak nak buang air sangat masa tu?”
“Awak ingat nak buang
air ni boleh tahan-tahan ke? Habis tu, dah bilik air kat dalam tu airnya keluar
kecil aje.”
“Abang, Kak
A.D….janganlah gaduh lagi. Sekarang ni nenek dah merajuk,” tegur Wadi.
Setelah mereka solat
subuh bersama, Nenek Esah meminta penjelasan daripada mereka. Ibarat cuba
menutup bangkai gajah, segala-galanya tidak mampu diselindungkan lagi. Apa yang
menyebabkan Nenek Esah mengurungkan dirinya di dalam bilik ialah apabila
mengetahui sebab A.D dan Wafi bernikah. Dia kecewa. Setelah mendengar
penjelasan mereka, tanpa mengucapkan sebarang patah perkataan Nenek Esah menuju
ke biliknya.
A.D dan Wafi sama-sama
mendiamkan diri.
“Sekarang kita kena
cari jalan macam mana nak pujuk nenek. Tadi pun masa Wadi hantar ubat pening
kepala kat nenek, nenek tak ada cakap apa-apa pun. Wadi bukannya nak masuk
campur urusan abang dengan akak, lagipun Wadi masih mentah lagi nak cakap pasal
ni. Cuma, kalau Wadi kat tempat nenek pun Wadi akan rasa apa yang nenek rasa.”
Wafi menoleh ke arah
adiknya. Dia juga rasa bersalah terhadap Wadi.
“Wadi, abang minta
maaf. Abang tak sepatutnya rahsiakan perkara ni. Abang ingat abang boleh kawal
keadaan ni. Tapi……”
“Abang nak rahsiakan
semua ni daripada Wadi dengan nenek? Sampai abang dah cerai nanti pun abang tak
nak beritahu kan? Sampai abang dah dapat kumpul RM20,000 tu pun abang tak nak
sesiapa tahu?"
Wafi membisu. Kata-kata
Wadi ada benarnya. Dia sangka dia mampu menyembunyikan semua itu daripada
pengetahuan Nenek Esah. Niat dia membawa A.D ke rumahnya hanyalah mahu
menenangkan jiwa itu akan tetapi apa yang telah terjadi menyebabkan dia tidak
mampu untuk mengawal perasaannya. Satu-persatu kenangan dicipta bersama oleh
mereka.
“Wafi, kenapa awak
beritahu nenek pasal duit tu? Saya tak sanggup nak tengok nenek kecewa macam tu
sekali?”
“Masalahnya saya dah
tak boleh nak tipu nenek. Memang saya boleh tipu semua orang. Satu dunia saya
boleh bohong tapi bukan dengan nenek saya. Awak nak nenek lebih kecewa ke kalau
dia tahu hal ni lain kali? Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal
lengan.”
“Saya tahu awak tak
boleh bohong tapi awak boleh cakap alasan lain kan?”
“Awak nak saya cakap
alasan apa? Saya tak boleh fikir alasan lain yang lebih munasabah melainkan
saya cintakan awak dan awak sayangkan saya, macam tu?”
Spontan sahaja ayat itu
keluar. Wafi sendiri tidak tahu bagaimana baris ayat itu boleh keluar. Umpama
dia sedang meluahkan perasaannya. A.D tercengang. Dia terkejut.
Pandangan mereka bertemu. Perasaan A.D ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Jikalau alasan itu boleh digunakan, A.D langsung tidak menolak.
Pandangan mereka bertemu. Perasaan A.D ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Jikalau alasan itu boleh digunakan, A.D langsung tidak menolak.
Tak mungkin A.D. Tak
mungkin. Kau dengan Wafi tak boleh ada perasaan tu. Wafi milik Nadhira. Dia
nikah dengan kau sebab Nadhira.
“Awak gila ke nak cakap
macam tu? Awak kan dengan Nadhira. Lagipun saya ada prinsip, awak lupa?”
A.D cuba menyembunyikan
perasaannya.
“Habis tu? Awak nak
saya cakap apa lagi?”
“Abang Wafi, Kak
A.D…janganlah kusutkan lagi keadaan.”
“Kak A.D minta maaf. Ni
semua salah Kak A.D. Kalau akak tak minta Wafi balas balik jasa baik akak sebab
dapatkan dia kerja, benda ni tak akan jadi.”
“Bukan salah awak,
kalau saya tak setuju dengan rancangan tu perkara ni tak akan jadi.”
“Saya yang minta awak jadi
suami olok-olok saya kan? Jadi, saya yang salah.”
“Masalahnya, awak dah
tolong saya. Kalau saya tak terima pertolongan awak, awak tak akan minta saya
kahwin dengan awak.”
Wadi menggaru-garu
kepalanya yang tidak gatal. Dahinya berkerut memerhatikan karenah abang dan
kakak iparnya itu. Baru sebentar tadi mereka saling tuduh-menuduh antara satu
sama lain. Masing-masing menyalahkan pihak yang lain. Tetapi kini, mereka
sama-sama mahu menanggung kesalahan itu. Tiba-tiba sahaja melindungi sesama
mereka.
Wadi tersenyum sendiri. Melalui pandangannya, dia dapat merasakan ada suatu perasaan yang wujud di antara mereka. Dia juga lelaki. Dia dapat melihat pandangan Wafi terhadap A.D. Setiap kali mata mereka bertemu, Wadi dapat melihat mata abangnya itu seperti mampu tersenyum. Pandangannya beralih kepada A.D. Sememangnya kakak iparnya itu kelihatan kasar dengan penampilannya. Namun, Wadi dapat melihat gadis itu bertukar menjadi gadis yang memerlukan perlindungan sewaktu kejadian di air terjun tempoh hari.
Wadi tersenyum sendiri. Melalui pandangannya, dia dapat merasakan ada suatu perasaan yang wujud di antara mereka. Dia juga lelaki. Dia dapat melihat pandangan Wafi terhadap A.D. Setiap kali mata mereka bertemu, Wadi dapat melihat mata abangnya itu seperti mampu tersenyum. Pandangannya beralih kepada A.D. Sememangnya kakak iparnya itu kelihatan kasar dengan penampilannya. Namun, Wadi dapat melihat gadis itu bertukar menjadi gadis yang memerlukan perlindungan sewaktu kejadian di air terjun tempoh hari.
“Apa kata abang dengan
akak masakkan nenek sesuatu? Nenek suka kalau cucu dia masakkan untuk dia. Wadi
kenal sangat nenek tu macam mana.”
Wadi sengaja mencelah.
Dia mahu memberhentikan pertengkaran mereka yang tiada kesudahan itu.
--------------------------
Wafi dan A.D masuk ke
dalam bilik Nenek Esah. A.D sedang menatang sepinggan kuih karipap inti kentang
dan daging. Baru sahaja tadi Nenek Esah meminta Wadi untuk memberikannya ubat
pening kepala. Itulah kesempatan yang Wafi dan A.D ada. Wafi dan A.D tahu yang
mereka dipihak yang salah. A.D juga tak mahu Nenek Esah kecewa. Orang tua itu
terlalu baik dengannya.
“Nenek,” panggil Wafi.
Nenek Esah segera
memalingkan muka apabila mendengar suara itu.
“Nenek, Wafi minta maaf.”
“Betul tu nek. A.D pun
nak minta maaf.”
“Buat apa nak cakap
dengan nenek? Nenek kan tak penting. Kau orang berdua kahwin pun kejap lagi nak
ceraikan?”
Nada Nenek Esah jelas
kecewa.
“Nek.”
Tangan Wafi cuba
menyentuh tangan Nenek Esah. Namun segera Nenek Esah menepis. Wafi memandang
A.D.
“Awak, biar saya cakap
dengan nenek,” pinta A.D.
Wafi mengangguk. A.D
meletakkan pinggan itu di atas meja bersaiz kecil dan rendah di sisi katil.
Tempat mereka bertukar.
“Nenek, A.D dengan Wafi
memang tahu kami yang salah dalam hal ni. Perkara yang besar macam ni tak
sepatutnya dirahsiakan. Tapi nek, percayalah. Jauh dalam hati kami apatah lagi
langsung tak pernah berniat untuk kecewakan nenek.”
“Habis tu, sebab kamu
berdua kahwin tu tak kecewakan nenek? Kamu berdua ingat kahwin ni macam main
pondok-pondok tu ke? Hari ni kahwin, lepas tu esok cerai. Bila dah cukup duit
Wafi tu, kamu berdua nak cerai. Nenek betul-betul kecewa. Selama ni nenek didik
Wafi dengan didikan dunia dan akhirat tapi kamu anggap nikah ni macam
perjanjian?”
Air mata Nenek Esah
bertakung.
“Nenek, memang itu
salah kami. Tapi nenek pernah cakap dengan A.D yang tak ada satu manusia pun
kat dalam dunia ni tak pernah buat silap. Kalau tak buat silap dan dosa bukan
manusia namanya. Ada sebab kenapa manusia itu buat silap.”
Nenek Esah segera
menoleh, dia menatap wajah A.D.
“Nenek…InsyaAllah kalau
betul jodoh A.D dengan Wafi, Allah akan panjangkan jodoh kami. Bukan kita yang
menentukan segala-galanya. Apa yang kita rancang tak semestinya itu yang jadi.”
Wafi terkejut. Dia sama
sekali tidak menyangka kata-kata itu akan keluar daripada bibir A.D. Adakah
benar apa yang dibicarakan? Atau itu semuanya hanyalah kata semata-mata untuk
melegakan hati Nenek Esah?
“Maksud A.D?”
“Wafi insan yang baik
nek. Bertuah kalau siapa yang memiliki hati dia. Tapi mungkin bukan A.D
orangnya. A.D tak layak untuk menerima kasih sayang daripada lelaki yang lain.
A.D tak berhak.”
“A.D sayang Wafi?” soal
Nenek Esah tetapi pandangannya menjeling ke arah Wafi yang sedang berdiri. Dia
tahu cucu sulungnya itu menyimpan perasaan terhadap A.D.
“A.D tak boleh ada
perasaan itu nek.”
“Tapi kenapa?”
“Sebab ada orang yang
lebih layak untuk dia.”
“Tapi nenek suka kalau
A.D yang jadi cucu menantu nenek.”
A.D hanya tersenyum.
“Nenek minta teramat
sangat dengan A.D, jangan cerai dengan Wafi. Nenek tak kecewa kalau Wafi tak
beritahu nenek pasal pernikahan kamu berdua tapi nenek akan sedih kalau kamu
runtuhkan masjid kamu sendiri.”
“Nek…..A.D tak ada
kuasa……..”
“Nek, Wafi akan jaga
A.D sampai bila-bila.” celah Wafi.
“Betul?”
“Nek, pernah tak Wafi
mungkir janji dengan nenek?”
Perlahan-lahan bibir
Nenek Esah menguntum senyuman.
Drama apa yang kau
dengan Wafi mainkan ni? Watak apa yang sedang kau lakon kan ni? Kenapa semua
kata-kata tu keluar daripada bibir Wafi? Adakah janji ini hanyalah khayalan
atau kenyataan?
Bertubi-tubi soalan
muncul di fikiran A.D apabila dia memandang wajah Wafi. Wafi begitu tenang.
Wajahnya jelas menampakkan ketulusan. Wajah tenang itu pernah ditatap sebelum
ini ketika ayahnya mahu berangkat mengerjakan umrah. Senang benar Wafi
menaburkan janji. Kekeliruan semakin membelenggu jiwanya. Dia keliru dengan
tindak balas Wafi terhadap dirinya. Dia juga bercelaru dengan perasaannya.
“Nenek makan ya? Dari
pagi tadi nenek belum makan,” pinta A.D. Dia mahu mengubah topik perbualan.
“Cuba nenek rasa. A.D
yang tolong Wafi buat tadi. Nenek tengoklah jari A.D tu. Berbalut sebab tak
pandai kupas kentang.” ucap Wafi.
Nenek Esah melihat jari
jemari A.D. jari telunjuk kirinya dibalut dengan kain kasa putih.
“Tak apa, yang penting
A.D cuba. Sini, biar nenek rasa.”
Nenek Esah mengambil
sebiji karipap yang berada di pinggan. Sejuk hatinya melihat kesungguhan A.D
dan Wafi mahu memujuknya. Dia mengharapkan perkahwinan cucunya kekal hingga ke
akhir hayat.
-------------------
Tumpuan Wafi terhadap
pemanduannya terganggu. Fikirannya hilang fokus kerana kata-kata A.D tadi.
Sekali sekala pandangannya diselang-selikan dengan A.D yang berada di
sebelahnya. Mata Wafi melihat meter paras kelajuan. Jarum itu menunjukkan ke
angka 60km/j. Dia sengaja memandu perlahan.
“Awak ada nak cakap
apa-apa ke dengan saya?” soal A.D tiba-tiba.
Dia sedar dirinya
sedang diperhatikan.
“Kenapa awak tanya?”
“Saya ni tak cantik,
saya ni tak macam perempuan tapi mata awak tu tak sudah-sudah menjeling kat
saya. Kalau bukan sebab awak nak tanya saya soalan, apa lagi?”
Wafi tersenyum. Sama
sekali tidak menyangka A.D juga bijak membaca bahasa tubuhnya. Jika dia dapat
membaca bahasa tubuhnya, masakan A.D tidak dapat mengagak akan isi hatinya?
Ataupun, A.D sengaja mahu mengelak? Dia sendiri tertanya-tanya mengapa sering
kali A.D menyatakan yang dia tak layak untuk siapa-siapa. Mengapa A.D
mengatakan yang dirinya akan menyesal jika dia mengetahui siapa A.D sebenarnya
sedangkan Wafi begitu asyik dan bahagia mengenali sifat di sebalik gadis
berambut pendek itu.
“Apa yang awak cakapkan
dengan nenek tu betul ke?”
A.D tersentak. Namun
dia berusaha untuk berpura-pura seperti tidak tahu.
“Saya cakap apa?”
“Nenek…InsyaAllah
kalau betul jodoh A.D dengan Wafi, Allah akan panjangkan jodoh kami. Bukan kita
yang menentukan segala-galanya. Apa yang kita rancang tak semestinya itu yang
jadi.”
Masih lagi jelas tutur
katanya sendiri di fikiran A.D.
“Betul ke awak harap
jodoh kita dipanjangkan kalaulah betul saya ni jodoh awak?”
“Ooohh…yang tu ke?
Awak, saya buat tu sebab tindakan spontan.”
“Tindakan spontan?”
Wafi segera menekan
pedal brek. Dia segera memutarkan stereng kereta ke kiri. Kereta yang tadi
bergerak sudah pun berhenti.
“Apasal ni?” soal A.D.
A.D kaget dengan reaksi
Wafi.
“Awak cakap apa yang
awak beritahu nenek tu semua tindakan spontan?”
“Yalah. Tindakan
spontan. Awak tak belajar sains ke dulu masa sekolah? Manusia akan buat
tindakan secara tak sengaja kalau ada berlakunya satu kejadian. Lupa?”
A.D sengaja
mengembalikan paku buah keras kepada Wafi.
“Saya tahu tapi kenapa
tindakan spontan?”
“Nenek tengah kecewa,
saya rasa saya perlu cakap macam tu untuk legakan hati dia.”
“Awak tipu nenek?”
“Saya tak tipu. Kan
saya cakap kalau awak tu jodoh saya. Sekarang masalahnya awak dengan Nadhira.
Awak sayang dia, dia perempuan yang awak cari selama ni dan dia pun sayang
awak.”
“Macam mana kalau saya
bukan dengan Nadhira? Kalau saya cakap saya dah tak ada apa-apa dengan dia?
Kalau saya cakap saya boleh terima awak seadanya?”
Pertanyaan Wafi dibalas
dengan pandangan yang kaku. A.D hanya mampu menatap mata wajah itu. Bibirnya
membisu. Alangkah bahagianya kenyataan Wafi itu ditelinga A.D. Dia mampu
menyulam kebahagiaan bersama lelaki itu jika lelaki itu boleh menerima dirinya.
Persoalannya, mampukah Wafi menerima kenyataan itu? Perlahan-lahan A.D cuba
menguntum senyuman. Dipaksa bibirnya untuk berbicara. Dia mahu menghadapi
kenyataan bukan khayalan.
“Kalau awak bukan
dengan Nadhira sekalipun dan awak dah tak ada apa-apa hubungan dengan dia
sekalipun, tak mungkin awak akan terima saya kan? Saya bukan perempuan idaman
awak. Saya bukan perempuan. Awak tak akan suka dengan saya apatah lagi nak
jatuh cinta dengan saya dan mustahil untuk awak terima saya sebagai isteri
awak. Awak sendiri yang cakap macam tu. Perempuan macam saya ni awak tak akan
pandang. Memang awak buta la kalau awak boleh suka kat perempuan macam saya ni,
apa lagi nak buat bini. Awak yang cakap dengan saya masa mula-mula kita jumpa
dulu. Awak lupa?”
Perasaan Wafi
tersentak. Jiwanya sakit tatkala A.D menyebut kembali kata-katanya dulu. Jika
dia dapat memutarkan kembali ke saat itu, dia akan menarik semula kenyataannya.
Malah, dahulunya dia yang buta tetapi kini dia celik. Celik dengan erti cinta
sebenar. Bukan luaran yang dicari, tetapi dalaman.
Kadangkala kesempurnaan itu tidak memerlukan sesuatu yang lengkap sebaliknya kesempurnaan itu ialah kesederhanaan. Itulah ayat yang sesuai untuk menggambarkan kesempurnaan dalaman A.D. Dia sederhana, tidak punya sebarang kesempurnaan bagi ciri-ciri wanita idaman tetapi apa yang ada dalam diri gadis itu sudah cukup membuatkan dia sempurna di mata Wafi.
Kadangkala kesempurnaan itu tidak memerlukan sesuatu yang lengkap sebaliknya kesempurnaan itu ialah kesederhanaan. Itulah ayat yang sesuai untuk menggambarkan kesempurnaan dalaman A.D. Dia sederhana, tidak punya sebarang kesempurnaan bagi ciri-ciri wanita idaman tetapi apa yang ada dalam diri gadis itu sudah cukup membuatkan dia sempurna di mata Wafi.
“Qurnia Adriana, awak
lain daripada yang lain.”
“Awak cakap apa ni?”
“Awak tak sama dengan
Nadhira, bukan setakat Nadhira malah perempuan yang lain.”
“Saya tak faham.”
“Izinkan saya kenal
siapa sebenarnya awak. A.D yang saya nampak dari luar tak sama dengan A.D yang
ada di dalam.”
“Awak akan menyesal
kalau tahu siapa saya.”
“Kenapa awak tak nak
cuba beritahu saya?”
“Saya tak boleh. Saya
nak buang kenangan dulu.”
“A.D, berikan saya
peluang.”
“Saya tak nak awak
kecewa.”
“Kenapa awak tak nak
saya kecewa?
“Saya………”
Lantas jari jemari Wafi
berada di bibir itu.
“Sebab awak pun
mempunyai perasaan yang sama macam saya rasakan sekarang ni kan?”
Perasaan A.D tidak
menentu. Detik peristiwa bibir Wafi menyentuh bibirnya kembali menjelma. Ketika
itu Wafi bukan setakat menghembuskan nafas ke dalam dirinya malah lelaki itu
telah menghembuskan suatu perasaan ke dalam hatinya. Satu perasaan yang tak
mampu A.D nafikan lagi. Wafi terlalu baik terhadap dirinya. Meskipun awal
perkenalan penuh dengan pertengkaran tetapi lama-kelamaan Wafi mula mengubah
tanggapannya terhadap lelaki. Puas dia mengubah penampilan dirinya untuk
mengelakkan dia jatuh cinta. Namun, kuasa Allah tiada siapa yang mampu
tandingi. Allah telah membuka hatinya untuk Wafi.
“Kalau ada sekalipun
saya tak boleh.”
“Kita cuba. Kita
sama-sama kenal antara satu sama lain. Kalau awak tak mampu nak ceritakan apa
yang berlaku, awak boleh simpan semua tu. Sebab, apa yang saya tahu sekarang ni
awak dah mengubah kehidupan saya. Awak tak rasa ke mungkin ada sebab kenapa Allah
gerakkan hati awak untuk jadikan saya sebagai suami awak sedangkan masa tu saya
dan awak pantang bertemu? Awak tak rasa ke ada sebab kenapa Allah gerakkan hati
awak untuk jadikan saya suami awak sedangkan masa tu saya adalah musuh awak?”
Jauh di sudut hati A.D,
itulah harapannya juga. Dia mahu menerima Wafi tetapi dia merasakan dirinya
tidak layak untuk sesiapa.
No comments:
Post a Comment