Nia meletakkan beg simpangnya di atas skuter. Matanya tertumpu kepada kertas berwarna biru itu.
“Hari ni awak nampak manis pakai baju kurung warna hijau tu..=) (I)”
Nia membaca nota yang dilekatkan pada skuternya itu. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Pelik. Minggu ini sudah tiga kali dia mendapat nota seperti itu. Nia mengeluarkan dua keping kertas daripada poket begnya. Dia membandingkan tulisan yang tertera di dada kertas-kertas tersebut.
“Hai Sasuke. Awak ni lain daripada yang lain. Sebab awak ni Sasuke versi gadis melayu..=) (C)”
Itu nota pertama yang Nia dapat daripada pengirim misteri itu.
“Masa terus berjalan, namun ianya tidak mengubah siapa dirimu....=) (H)”
Dan itu pula nota kedua yang Nia perolehi.
“Nia…Nia,” panggil Fiqa.
Nia masih lagi berkeadaan begitu.
“Nia, bangunlah. Kata nak tidur lima minit je,”
Nia bergerak sedikit lalu memeluk patung lembut Sasuke miliknya itu.
“Fiq, kejut lagi lima minit,”
“Kau nak berapa kali lima minit? Ni dah dekat 50 minit. Dah sepuluh kali lima minit ni,”
Fiqa membebel.
“Baru sepuluh kali lima minit, belum lagi dua puluh kali,” jawab Nia, suaranya seperti tidak kedengaran namun jelas di telinga Fiqa.
“Kejap lagi, jangan salahkan aku. Esok test kau nak jawab apa?”
“Aku jawablah Sasuke yang kalahkan Orochimaru. Lima minit je lagi,”
“Baguslah tu. Ni mesti tadi tengok cerita Naruto kan ? Tak puas tengok, baca pula komik Naruto ni. Bukan nak baca modul Hidrologi ni,”
Fiqa seperti seorang ibu memahari anaknya. Nia tidak membalas kata-kata Fiqa. Mata Nia terpejam rapat. Akhirnya Fiqa tersenyum sendiri.
“Kalau kau tak nak bangun, aku ambil komik Naruto kau ni, aku jual kat apek surat khabar lama esok pagi,”
Nia masih lagi tidak memberikan sebarang reaksi.
“Kalau tak pun, aku jual poster Sasuke kau ni cara juga kan ,”
Nia segera membuka kelopak matanya.
“Janganlah ugut guna Sasuke. Poster tu aku sayang sangat tu,” ucap Nia lalu bangun sambil menggonyoh matanya.
Fiqa tersenyum puas. Akhirnya dia berjaya mengejutkan rakannya itu.
“Jahatlah kau Fiq. Suka ugut aku guna Sasuke aku tu. Kalau Sasuke aku tahu kau buat macam ni kat aku, dia guna kuasa Amiterasu dia kat kau,”
“Kau cakap pun bukannya aku faham. Bila aku tak faham, aku buat tak tahu jela,” balas Fiqa, selamba.
Nia menguap panjang.
“Sudah-sudah lah buat peta kat Sasuke tu. Esok kan ada test,”
Nia cuba untuk baring semula, namun tangan Fiq lebih pantas mengambil Sasuke dari tangan Nia.
“Kalau kau baring, aku jual Sasuke kau ni kat kedai bundle. Boleh jugak buat top up kredit aku,”
Nia seperti diugut dan akhirnya dia mengalah.
“Nia..Nia. Sasuke tu la dunia kau,” ucap Fiqa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Nia menunggang skuternya, mahu menuju ke kelas. Dia meletakkan skuternya di tempat letak kenderaan pelajar. Fiqa turut meletakkan motorsikalnya di situ.
“Nia Sasuke,” panggil suara itu.
Nia menoleh ke arah suara itu. Dia kenal dengan susuk tubuh itu.
“Ha, Haikal Akatsuki,” sahut Nia.
Haikal segera menuju ke tempat Nia.
“Apa cerita bro? Pagi-pagi dah panggil nama aku. Mesti ada apa-apa ni,”
Haikal menyengih.
“Ko sengih-sengih kupang busuk ni pun aku tak akan kasi kau tiru test kejap lagi,” gurau Nia.
“Eh, bukan kau ke yang tiru aku?” gurau Haikal pula.
“Kurang asam jawa. Kau nak apa ni?”
Haikal tidak menjawab pertanyaan Nia. Matanya tertumpu kepada topi keledar Nia.
“Nia, semalam aku tengok helmet KHI kau ni lain. Hari ni lain. Kau air brush design Sasuke tu. Skuter dah air brush Sasuke, helmet pun sama juga. Kau ni memang peminat setia Sasuke la,”
“Nia tu bukan peminat setia tapi gila dengan Sasuke tu. Kalau boleh nak buat jadi suami dia,” celah Fiqa.
Haikal menoleh ke arah Fiqa.
“Fiq hari ni nampak cantik la,”
Fiqa mencebik.
“Sudah. Tak payah cakap apa-apa. Kau cakap aku macam Tyra Banks pun aku tak hairan. Aku tak nak berkomplot dengan kau,”
“Apa yang komplot-komplot?”
“Eleh. Aku tak nak kasi kau tiru test hidrologi kejap lagi,”
Belum sempat Haikal membuka mulut, Nia terlebih dahulu bersuara.
“Kau nak apa ni Kal? Nak jumpa aku ke nak mengurat Fiq ni?”
“Aku nak ngurat Fiq. Eh, tak. Aku nak pinjam DVD Naruto kau,” jawab Haikal sambil menyengih menampakkan giginya.
Nia membuka topi keledarnya.
“Aku dah agak dah,” ucap Nia sambil memperbetulkan tudungnya yang tidak kemas akibat memakai topi keledar tadi. Dia melihat wajahnya di cermin sisi skuter.
“Nanti aku kasi pinjam komik manga terbaru Naruto,”
Kedengaran sahaja perkataan Naruto, pandangan Nia beralih kepada Haikal.
“Eh, dah keluar eh?” soal Nia dengan perasaan teruja.
“Dah keluar dah,”
“Ha, macam ni. Habis kelas petang ni aku kasi kau pinjam,”
“Ok. Set. Petang ni eh,”
“Ok, petang ni. Eh, pandai sungguh. Kau tak bagi tahu aku kau nak pinjam episod yang mana?”
Haikal menepuk perlahan dahinya. “Lupa pulak,”
“Ini mesti sebab ilmu penuh di dada. Semalam study sampai pukul berapa?” perli Nia.
“Kau ni, suka sangat memerli diri ini,”
Nia menyengih.
“Buruk la kalau kau cakap macam tu. Ha, nak pinjam yang mana satu?”
“Aku nak pinjam yang Jiraiya lawan dengan Pain,”
“Ok bro. Nanti petang aku kasi lepas habis kelas,”
“Fiq, nanti ingatkan aku pasal Haikal nak pinjam DVD Naruto tu eh,” pesan Nia.
Mereka baru sahaja selesai kelas Geoteknik. Mereka menuju ke tempat letak kenderaan pelajar.
“Kau dengan Haikal ni memang sekepala. Kenapa kau tak nak couple je dengan dia. Aku rasa kalau korang keluar dating, mesti kau duduk kat kedai yang jual Naruto stuff ni sampai berjam-jam,”
“Tak naklah aku dengan budak tak betul tu. Kalau aku nak cari yang macam Uchiha Sasuke. Walaupun senyap tapi cool and smart. Tak cakap banyak tapi penuh karisma,”
Sedang Nia leka bercerita akan angan-angannya itu, tanpa dia sedari dia telah berlanggar dengan seseorang. Topi keledarnya jatuh lalu bergolek. Lelaki yang berada di hadapannya itu cuba mengelak namun buku dan fail yang dipegangnya sudah berada di atas lantai.
“Alamak. Helmet aku,” jerit Nia.
Lelaki itu segera mendapatkan topi keledar Nia.
“Nia,” panggil Fiqa.
“Apa? Aku tengah risau helmet aku tu,” balas Nia.
“Buku dengan kertas mamat tu,”
Nia seperti baru tersedar. Nia segera mengutip kertas yang bertaburan di atas lantai itu. Fiqa turut membantu. Sambil mengutip kertas, Nia membaca tulisan yang tertera di atas kertas putih itu.
“Fathullahrahman bin Syafi’ie,” ucap bibir kecilnya. Serta-merta kotak fikirannya mengatakan dia mengenali lelaki itu.
“Awak, saya minta maaf. Tak sengaja,” ucap Fathul sambil menghulurkan topi keledar itu kepada Nia.
“Saya rasa saya yang salah. Saya leka bercerita dengan kawan saya ni,”
“Mesti awak sayang helmet awak tu kan ?”
“Saya mintak maaf. Paper note awak ni tadi jatuh kat dalam longkang tu. Kotor sikit,”
“Tak apa. Note saya boleh salin balik. Tapi helmet awak tu ada calar sikit,”
“Eh, tak apa. Saya yang salah sebenarnya,”
“Mesti seronok cerita pasal Sasuke kan ?”
“Macam mana awak tahu?” Nia memberikan reaksi pelik.
“Saya agak je. Kalau helmet and skuter dah air brush Uchiha Sasuke, maknanya awak memang betul-betul minat dengan character tu,”
“Macamana awak tahu skuter saya?”
“Kat tempat ni, mana ada student perempuan macam awak. Skuter macam awak tu, awak sorang je yang pakai,”
“Dia ni bukan minat tapi gila dengan Sasuke tu. Nak cari BF pun mcm Sasuke juga,”
Fiqa mencelah perbualan mereka.
Fathul tersenyum. Nia mengenali senyuman itu. Manis. Nia memerhatikan setiap inci raut wajah lelaki di hadapannya itu.
“Oklah. Saya nak balik dulu ni. Petang ni ada training futsal,”
Nia tidak menyedari kata-kata Fathul. Benak fikirannya masih lagi cuba memastikan insan yang berada di hadapannya itu ialah lelaki yang pernah dia kenali dulu.
“Nia,” suara Fiqa hampir separuh menjerit.
Nia tersentak.
“Kau kenapa jerit-jerit ni?”
“Mamat ni cakap dengan kau. Kau tak dengar ke?”
Fathul menggelengkan kepala sambil tersenyum.
“Tak apalah. Saya pergi dulu ye,”
Fathul melintasi sisi Nia. Baru berjalan lima langkah, suara Nia bergema di ruangan itu.
“Fath,” panggil Nia.
Langkah Fathul terhenti.
“Awak ni Fathullahrahman kan ?”
Fath menoleh, memandang anak mata Nia lalu menghadiahkan lagi senyuman itu. Dia mengangguk.
“Fath Chipsmore?”
Fathul tersenyum dan mengerdipkan kelopak matanya sekali, sebagai tanda jawapan ‘ya’.
“Fath yang dulu sekolah kat Sekolah Kebangsaan Taman Aman tu?”
“Ya. Nia kan ? Nia Qurratun’aini,”
Ketika ini tiada lagi keraguan di hati Nia.
“Fath.. Lamanya tak jumpa. Dulu nampak lain, sekarang nampak lain,”
“Dulu sekolah rendah, sekarang dah besar dah. Mestilah lain, tapi macamana boleh cam pulak?”
“Senyuman tu,”
“Kenapa? Masih lagi ingat eh?” Fath cuba menduga.
Pipi Nia hampir kemerahan menahan malu.
“Kau kenal dengan mamat tadi tu ke?”
“Kenal. Member sekolah rendah aku,”
“Jejak kasih la ni?”
“Eh, kasih apanya. Kitorang tak ada apa-apa pun,”
“Ye ke? Tapi kenapa aku tengok kau macam malu-malu je,”
“Mana ada. Aku kawan dengan dia dah lama la. Dia dulu tu pendiam tau. Tak banyak cakap pun tapi aku suka tengok dia senyum. Nampak manis je walaupun time tu kitorang still sekolah rendah lagi,”
“Kenapa kau panggil dia Fath Chipsmore?”
“Sebab dia suka makan biskut Chipsmore,”
“Oooo..ko suka kat dia eh dulu?”
“Eh, mana ada,”
“Tak nak mengaku pulak. Tapi kau tak rasa ke dia tu Sasuke yang kau cari?”
“Kenapa pulak?”
“Aku tengok sekali pun dah tahulah,”
“Kenapa mamat tu kau cakap dia Sasuke yang aku cari?”
“Nia..orang cakap bila tengok dengan mata, memang tak dapat nak lihat tapi kalau tengok dengan hati memang kau akan nampak,” Fiqa cuba berkias.
Nia masih lagi tidak dapat menangkap kata-kata sahabatnya itu.
“Senyumanmu itu pasti akan menjadi teman di dalam hati ini. Namun apa yang paling membahagiakan ialah ingatanmu terhadap diri ini..=) (P)”
Fiqa membaca nota tersebut lalu memandang teman baiknya itu sambil tersenyum.
“Kau kenapa senyum-senyum ni?”
“Tak adalah. Peminat rahsia kau ni panggil kau Sasuke. Memang sah semua orang kat sini tahu yang kau ni gilakan Sasuke tu,”
“Itu bukan masalahnya. Otak aku ni dah meraba-raba nak tahu siapa orangnya. Masuk ni dah 4 kali dia lekatkan note kat skuter aku,”
“Tapi aku pelik dengan semua note yang budak ni kasi,”
“Apa dia?”
“Kau tak perasan ke? Kat hujung note dia, dia akan kasi satu huruf. Huruf setiap note tu lain, tak sama,”
Nia memerhatikan semula nota itu, cuba menganalisa kata-kata Fiqa.
“Yalah. Huruf lain-lain. First, huruf C, lepas tu H, I dan yang last ni P,”
Fiqa mengangkat keningnya.
“Apa dia?”
“Kau tak nampak lagi?”
“Nampak apa?”
“Orang buta pun boleh nampak la apa yang tersirat Mrs.Sasuke oi. Dah terang lagi bersuluh. Ni bukan bersuluh lagi. Dah siap dengan cahaya matahari,”
Nia mendiamkan diri seketika.
“C.H.I.P. Chip?”
Fiqa mengangguk.
“Dia ke?”
“Habis tu? Siapa lagi? Fath Chipsmore kau tu la,”
Nia tersenyum.
“Senyum nampak. Dulu masa sekolah rendah kau memang ada hati kat dia eh?”
“Mana ada,”
“Jangan nak tipu la,”
“ Ada satu peristiwa yang membuatkan aku ingat kat dia sampai sekarang,”
“Apa dia?”
“Dia pernah selamatkan aku masa aku kecil dulu,”
“Apa dia? Kecil lagi dah jadi hero. Memang dia Sasuke kau. Hero kau kan Uchiha Sasuke,”
Nia mengimbas kembali peristiwa itu.
“Masa tu waktu rehat. Biasalah, waktu rehat budak lelaki suka main lari-lari. Aku tengah jalan nak pergi kantin. Lepas tu ada sorang budak lelaki yang aku tak kenal ni langgar aku sampai aku jatuh. Dahlah lutut aku luka, budak tu tak minta maaf pun kat aku,”
“Lepas tu?”
“Lepas tu, Fath ni datang. Dia marah budak tu. Dia tarik budak tu, suruh minta maaf kat aku. Budak tu pun minta maaf kat aku,”
“Wah..memang hero kau la Nia,”
“Masa budak tu dah pergi, dia kasi aku sapu tangan dia. Dia suruh aku lap luka kat lutut aku. Then, dia kasi aku biskut Chipsmore,”
“Alalalala..comelnya,”
“Comel kan ,” ucap Nia sambil tersenyum. Jelas kegembiraan di wajahnya.
“Apa kata lepas ni, kita tunggu lagi note dia. Kalau lepas ni huruf S, maknanya memang dialah orangnya,”
Petang itu Nia pulang lewat dari kuliahnya. Ada perbincangan dengan rakan kelasnya mengenai tugasan akan datang. Nia menuju ke skuternya. Kedengaran di telinga Nia suara itu. Dia memandang ke arah gelanggang futsal yang kebetulan tidak jauh dari skuternya. Dia kenal dengan senyuman itu.
“Nia,” panggil Fathul.
Nia melangkah dengan penuh debaran.
“Nia, kenapa berdebar-debar pulak ni? Nak jumpa Fath je kan ,” desis hatinya.
“Lambat awak balik hari ni?”
“Saya ada discussion dengan budak kelas saya. Awak buat apa?”
“Saya buat apa? Saya tengah main pondok-pondok,” seloroh Fathul.
Nia ketawa. Begitu juga Fathul.
“Dah awak kat gelanggang futsal, mestilah main futsal kan ,”
“Tulah. Saya gurau je tadi,”
Nia tersenyum.
“Awak balik lambat ni, dah makan ke belum?”
“Belum. Lapar la. Tu ingat balik ni nak terus pergi makan,”
“Awak lapar? Tunggu kejap eh,” pinta Fathul lalu segera menuju ke bangku berhampiran. Dia mengambil sesuatu daripada beg galasnya. Beberapa saat kemudian, Fathul mendapatkan Nia.
“Nah, ambil ni,” ucap Fathul sambil menghulurkan sebungkus biskut Chipsmore kepada Nia.
“Eh, tak apalah,”
“Makanlah. Buat alas perut,”
Biskut itu bertukar tangan.
“Terima kasih,” ucap Nia
“Kasih awak saya terima,” balas Fathul.
Mereka saling berpandangan.
Dari jauh, Nia sudah nampak kertas berwarna biru itu di skuternya. Hatinya tidak sabar untuk mengetahui huruf seterusnya. Dia berlari-lari anak menuju ke skuternya. Tanpa dia sedari, Nia terpijak seketul batu kecil lalu terjatuh.
“Aduh, jatuh la pulak,” keluh Nia sendiri.
Nia merasakan pedih di bahgian lututnya. Nia segera melihat lututnya. Seluarnya koyak di bahagian tersebut. Kelihatan cairan merah keluar. Nia membuka zip begnya, cuba mencari tisu, tetapi tiada.
“Ambil ni,” ucap suara itu sambil menghulurkan sapu tangan berwarna biru cair kepada Nia.
Nia memandang kepada pemilik suara itu. Fathul berada di hadapannya. Dia seperti terkesima.
Fathul segera melutut di sebelah Nia lalu mengelap luka di lutut Nia.
“Awak ni tak berubah. Masih sama macam dulu. Asyik jatuh je,”
“Saya tak sengaja. Saya terpjak batu tadi,”
“Awak ni, lain kali hati-hati. Nasib baik saya ada kat sini,” ucap Fathul.
“Terima kasih. Tapi saya nak bangun dulu. Saya nak ambil something kat skuter saya,”
Nia segera bangun, mahu mendapatkan nota biru itu.
“Pandanganmu memberi seribu erti..=)..(S)”
Nia tersenyum sendiri.
“Huruf S. CHIPS,” detik hatinya.
Pandangan Nia beralih kepada tempat dia jatuh tadi, tetapi Fathul tiada di situ. Nia kehairanan.
“Awak nak Chipsmore?” soal Fathul.
Fathul sudah pun berada di sebelahnya.
“CHIPS. Awak yang kasi nota ni kan ?”
“Awak rasa?” Fathul cuba menduga perasaan Nia.
Nia tidak mampu berkata apa-apa. Hatinya berdebar-debar ketika itu.
Fathul tersenyum melihat gelagat Nia ketika itu.
“CHIPS. Saya lah orangnya. Ingat nak tunggu lagi 4 note, nak lengkapkan perkataan CHIPSMORE tu, tapi awak dah dapat tangkap,”
Nia hanya membisu, namun hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
“Awak nak Chipsmore?” tanya Fathul smbil menghulurkan bungkusan biskut itu.
Nia mengangguk.
“Maksudnya, awak pun nak Fath Chipsmore kan ?”
Nia tersenyum.
“Senyuman awak tak bersuara Nia Sasuke,” Fathul berkias mahu mendengar jawapan dari bibir Nia.
“Saya rasa, saya dah jumpa Sasuke saya. Dia ada kat depan mata saya,”
Kali ini Fathul pula yang tersenyum.
“Awak…terima kasih,” ucap Nia.
“Untuk apa?”
“Dari dulu lagi sudi menjadi penyelamat untuk saya,”
“Kiranya saya ni hero awak la?”
Nia tersenyum malu dan mengangguk.
“Kasih awak saya terima,” suara Fathul perlahan,namun jelas di telinga dan di hati Nia.
em bes2..
ReplyDeleteromantik la..huhuhuuu
huhuhu..tq2..
ReplyDeletesedang mncari mamat mcm kat dlm cite ni..
tp ko kena cari orang yg suka makan dorayaki..hahahahaaa
ReplyDeleteaku kena cri yg suke mkn dorayaki??
ReplyDeletekne g jepun la eh??
hihihihihi..
xpayah smp jepun..
ReplyDeletekt jb ari tu kt bazar pon aku nmpk dorayaki..
taon dpn posa ko berniaga tengok laki2 mane yg slalu beli..hehehe
dh smpi la sengal ko ni..
ReplyDeletemereng dh bertimpa2..
ape kate kite jual same2 nak??
aku segan la klu jual sorg2..
hihihihi...
la ko la jual..
ReplyDeletekang aku tolong ko, aku lak yang tersangkot cmne?
kang gaduh lak rebut laki2 same..hahahhahaha