Stylo Clique ^_^

Monday, January 24, 2011

CERPEN : Kamu & Zebra Crossing


KAMU & ZEBRA CROSSING



 “KLIK..”
Kedengaran bunyi itu setelah pemandangan yang dikehendaki diambil dari alat itu. Pemandangan yang diingini itu jelas di skrin berbentuk segi  empat tepat itu.
“Kau rasa, apa tujuan Prof.Luthfi tu suruh kita ambil gambar pasal bangunan dan jalan raya ni?” tanya Adha.
Fadhzil sepertinya tidak dengar akan pertanyaan rakan baiknya itu. Kamera berjenama Canon DSLR 500D ditangannya digunakan sebaik mungkin untuk mengambil setiap sudut bangunan.
“Fadh, kau dengar tak aku tanya ni?”
“Aku dengarlah,” pandangan Fadhzil segera beralih kepada Adha.
Adha mula menyengih.
“Tulah, siapa suruh tidur dalam kelas?”
“Aku ngantuk,”
“Mananya tak ngantuk. Kalau dah bergayut kat telefon macam monyet bergayut kat pokok. Cakap dengan Raudhah lama sangat. Macam tak boleh jumpa je. Padahal satu kampus,”
“Kau apa tau, walaupun satu kampus tapi nak jumpa dia susah tahu tak. Masing-masing sibuk. Semalam dia free, aku pun free. So, gayutlah. Ha, berbalik pada soalan aku tadi, kenapa Prof.Luthfi suruh kita buat assignment pasal bangunan dan jalan raya ni?”
“Kau apa tau,” Fadhzil sengaja mengembalikan paku buah keras kepada Adha.
“Aikkk..mantul balik nampak,”
“Eh, mana ada. Kau ni, namanya je ada awek budak senibina tapi langsung tak menghargai senibina. Kalau kau tengok bangunan-bangunan kat sini, mesti kau akan nampak betapa seninya bangunan tu,”
“Kalau nak seni, kenapa tak nak ambil gambar pemandangan ke, awek ke,” Adha cuba berseloroh.
“Kalau awek, kau nak snap gambar siapa?”
“Mestilah Raudhah. Dia akan jadi model untuk portfolio aku,”
“Kau dengan awek kau je. Aku tak faham dengan orang bercinta ni. Kalau time kau gaduh dengan Raudhah, muka kau tu dah macam botol kicap campur botol cuka,”
“Biasalah tu. Kau tak rasa lagi ada orang duduk dalam hati,”
“Orang duduk dalam hati? Kau ni bahasa berseni,”
“Tengoklah nanti, bila kau dah ada orang yang duduk dalam hati, kita tengok siapa yang lagi berseni,”
“Aku malas nak fikir bila tengok ada yang frust bila putus, muka bengang bila gaduh dengan couple. Susah la nak jaga hati sendiri and nak jaga hati orang lain. Baik jadi macam aku, jaga hati sendiri,”
“Kau ni Fadh, muka boleh tahan. Cuma aku lebih handsome sikitlah daripada kau. Tapi tak nak fikir benda-benda macam ni. Time muda and tengah study la nak cari. Nanti bila dah habis study, dah busy dengan kerja. Dah tak ada masa nak cari,”
“Tak ada maknanya. Adha, kalau dah tertulis esok ada orang duduk dalam hati aku ni, tak payah susah-susah nak fikir,”
“Tak boleh macam tu. Mak aku pernah cakap, rezeki, jodoh tu kita kena cari,”
“Yang kau ni nak suruh aku mencari kenapa?”
“Tak adalah. Saja je. Orang cakap, bukan aku cakap la,”
“Habis sekarang ni kau bukan cakap ke?” Fadhzil sengaja mencelah.
Adha menepuk dahi.
“Pergghh..mengenakan aku pula budak ni. Memang la aku tengah cakap ni, tapi aku cakap nak menyampaikan kat kau. Orang cakap, kalau ada orang duduk dalam hati, kerja kita lagi berseni and bertambah jiwa,”
“Seni dan jiwa la ea?? Sudah, aku malas nak cakap dengan kau ni. Elok-elok tengahari ni boleh siap kerja aku, sampai ke malam kang kita kat sini je. Sampai esok tak siap. Seni ke mana, jiwa ke mana,”
“Kalau esok tak siap, kita siapkan lusa la,” Adha saja meloyar buruk.
Fadhzil hanya menggeleng kepala sambil tergelak kecil. 

……………………………………

“A.D, tadi Rafiq sibuk cari kau,”
Anis Damia sedang enak mengunyah nasi paprik namun terasa payah untuk menelan setelah mendengar kenyataan rakannya itu.
“Cari aku? Buat apa? Aku kenal dia ke?” soal Anis Damia.
“Kau ni A.D, kejam betul dengan mamat tu,” ucap Raudhah.
“Aku tak ada apa-apa dengan dia. Couple dengan dia pun tak pernah,”
“Yelah, memang lah tak pernah tapi pernah berbunga-bunga kan?”
“Bunga-bunga tolong sikit. Akar pun segan nak tumbuh, nak bunga-bunga macam mana?”
“Ala..dulu kan pernah teman tapi mesra,”
“Memanglah, tapi since aku dah tau dia ada dua piilihan tak ada maknanya nak teman tapi mesra. Lagipun cerita tu dah basi. Semester lepas punya cerita. Raudhah, kau tak payah layan mamat yang kurang 5 sen tu. Kau buat tak tahu je,”
“Aku rasa, kau kena cakap dengan dia. Kasi terang, baru dia faham,”
“Aku dah cakap dah,”
“Kau dah cakap? Tapi kenapa dia tak faham?”
“Entah, mungkin dia pekak kot,”
“Kau ni, suka hati je cakap mamat tu pekak,”
“Habis tu, aku dah cakap tapi tak faham.  Orang normal kalau dengar terus faham, ni tak faham-faham,”
“Betul juga,”
“Sudah. Kasi tutup itu cerita. Nanti kita pergi kedai kat seberang jalan tu. Aku nak beli barang untuk assignment design,”
“Aku ok je,”
“Kau dah beli barang belum?”
“Belum,”
“Ha, nanti boleh beli sekali,” cadang Anis Damia.
Raudhah menyengih.
“Ni dah kenapa menyengih?”
“Aku dah janji dengan BF aku, nak minta dia teman aku pergi beli barang malam nanti,”
“Amboi, bahagianya. Semalam bergayut, hari ni nak pergi dating pula,”
Raudhah tersenyum.
……………………………………

Fadhzil memandang kawasan jalan raya berhampiran dengan rumahnya itu. Jalan memasuki kawasan taman perumahan mereka semakin hampir. Namun ada sesuatu yang menjadi seni di fikirannya. Fadhzil tiba-tiba memberhentikan kereta.
“Eh, kenapa berhenti?”
“Adha, kau drive kereta aku ni bawa balik rumah. Aku dapat ilham la,”
“Kau ni,ilham dari mana je sampai kat otak kau tu. Ilham apa?”
“Ilham untuk assignment la. Tadi punya bahan tak cukup,”
“Ha, yelah-yelah. Nanti kau balik macam mana?”
“Aku jalan kaki la. Ala, dari sini nak pergi rumah tu bukannya jauh sangat,” ucap Fadhzil sambil kaki kanannya sudah jejak di bumi. Dia mulai keluar dari kereta lalu membuka pintu belakang mengambil kameranya.
Setelah kereta miliknya hilang dari pandangan, Fadhzil mula memandang sekeliling. Seorang ibu sedang memimpin anaknya melintasi jalan melalui lintasan zebra.
“KLIK,”
Fadhzil tersenyum.
……………………………………

“Dah petang-petang  ni banyak pula kereta,” rungut Anis Damia.
“Ala, biasalah. Hari Sabtu macam ni. Tak ada kuliah. Budak-budak pun keluar la. Lagipun ada pasar malam kan hari ni,”
“Aku rasa, lebih baik kita lintas kat zebra crossing dekat dengan traffic light tu. Selamat sikit,”
“Jauhnya,”
“Jauh tak jauh. Yang penting selamat. Kang lintas kat sini, kena langgar macam mana?”
“Tak nak, aku belum kahwin lagi,”
Anis Damia tergelak.
“Kau tu selalu macam tu. Bukan jauh sangat. Tak sampai dua puluh langkah pun,”
“A.D, aku kira. Kalau lebih dua puluh langkah, siap kau,”
“Kalau langkah kecil, memang la. Jom,”
Tak sampai seminit, mereka berdua sudah berada di lintasan itu.
“Eh, cepat lintas. Tengah merah traffic light tu,” ajak Anis Damia.
Raudhah menuruti. Mereka sedang melintas.
“Eh, kau kira tak berapa langkah?” tanya Anis Damia.
“Kira, kau tipu. Tiga puluh lima langkah la,”
Anis Damia mengukir senyuman dan hampir tergelak. Soalan yang ditanyakan tadi hanyalah gurauan.
“Kau ni senyum ke gelak?”
“Dua-dua. Aku main-main je tadi. Lagipun aku hentam je dua puluh langkah. Ala, tak apa. Sekali sekala jalan, mengurangkan sikit lemak kat badan,”
……………………………………

Jari telunjuknya menekan suis ‘on’ komputer riba berwarna biru itu. Dia mengambil kad memori kameranya. Dia mula memindahkan hasil yang diambilnya pada hari itu ke dalam komputer riba. Bibirnya mengukir senyuman. Diperhatikan olehnya satu-persatu gambar itu. Cuba mencari bahan yang sesuai untuk dimuatkan dalam tugasan yang diberikan oleh Prof.Luthfi. Gambar ibu memimpin anaknya melintas jalan di lintasan zebra itu menarik perhatiannya. Si anak memegang erat tangan si ibu sambil tangan kanannya memegang batang aiskrim. Fadhzil membetulkan kedudukan skrin komputer ribanya supaya lebih jelas dilihat. Tangan kanannya menekan bahagian kiri tetikus. Gambar sudah beralih. Namun pandangannya terpaku di situ. Matanya terus menumpu ke arah senyuman itu. Dia memfokuskan gambar itu dengan lebih dekat. Fadhzil merasakan sesuatu.
“Siapa dia ni?” soalan itu mula muncul di dalam benak fikirannya, malah lebih tepat lagi, di hatinya.
Adha yang baru sahaja selesai mandi masuk ke dalam bilik. Adha terus ke rak bajunya.
“Banyak gambar cantik kau ambil Fadh?”
Fadhzil tidak mendengar pertanyaan Adha. Adha menyarungkan jersey berwarna biru yang bertulis ITALY itu ke badannya. Kemudian, dia melihat Fadhzli yang seolah-olah leka dengan apa yang dia lihat. Adha segera ke arah Fadhzil.
“Eh, bila masa kau ambil gambar Raudhah ni?” tanya Adha.
“Cantik,” balas Fadhzil spontan.
“Raudhah memang cantik bro. Eh, Fadh…kau jangan cakap macam tu. Cakap Raudhah cantik tak apa. Jangan ada niat lain. Dia awek aku,” ucap Adha sambil menyentuh bahu Fadhzil.
“Eh, bila masa kau masuk ni?” tanya Fadhzil. Dia baru menyedari kehadiran Adha di situ.
“Dah lama aku masuk la. Kau tak perasan ke?”
“Tak,”
“La, yang kau cakap Raudhah cantik dengan aku tadi tu kenapa?”
“Bila masa aku cakap Raudhah cantik?”
“Habis tu?”
“Aku tengok gambar perempuan yang jalan kat sebelah Raudhah ni,”
“Ooohh..lega aku.,”
“Lega? Apanya?”
“Tak ada apa-apa. Aku lega sebab tadi mandi dapat membuang. Berbalik pada perempuan yang kau cakap tadi. Nama dia A.D,”
“A.D?”
“A.D? Kau kenal ke?”
“Taklah kenal, tapi A.D tu kawan baik dengan Raudhah. Raudhah ada cerita kat aku,”
“Nama dia A.D?”
“Tu nama panggilan dia. Nama dia Anis Damia. Ambil huruf nama kat pangkal, tu yang jadi A.D,”
“Dia budak course apa?”
“Sama dengan Raudhah. Budak senibina. Dia ke yang kau cakap cantik tu?”
Fadhzil seperti terkedu dengan pertanyaan Adha.
“Aikk..diam je. Kau kalau diam tu betullah maknanya,”
“Dia senyum manis dan ketawa pun nampak cantik,”
“Ehemmmm,” Adha sengaja berdehem.
“Apanya? Apa ehem ehem ni?”
“Dalam hati sudah ada orang duduk ka?”
“Kau ni. Merepek je. Aku cakap je,”
“Aku masuk tak perasan. Dari tadi aku tengok kau pandang laptop tu tembus sampai ke zebra crossing kat depan tu. Lepas tu kau cakap dia cantik tadi kan? Tak apa, kau jangan risau. Aku boleh minta tolong dengan Raudhah. Kasi adjust,”
“Kau jangan nak memandai-mandai,”
“Eleh…malu konon,”
……………………………………

Anis Damia berjalan laju melintasi lintasan zebra itu. Begitu juga dengan Fadhzil tetapi mereka dari arah bertentangan. Rafiq berada di belakang Anis Damia. Anis Damia bertembung dengan Fadhzil.  Dia sempat menyelamatkan kameranya yang hampir jatuh.
“Awak tak nampak saya nak cepat ke ni? Nak langgar orang pulak,” marah Anis Damia kepada Fadhzil.
Fadhzil ketika itu terpinga-pinga. Pandangan mata mereka sempat berpaut. Dia melihat lelaki di belakang Anis Damia itu seperti terburu-buru. Anis Damia segera ke tepi jalan. Begitu juga dengan Fadhzil.
“Awak ni tak faham ke? Kenapa asyik ikut saya je?”
“Saya memang tak nak faham. Saya dah tak nak kat dia. Saya nak kat awak,” ucap Rafiq
“ Masalahnya sekarang, saya tak nak kat awak,”
“Kenapa? Dulu boleh je kita jadi rapat. Sekarang, kenapa tak boleh?”
“Kenapa tak boleh? Sebab saya dah ada boyfriend. Nanti boyfriend saya marah,”
“Awak tipu saya. Awak tak ada boyfriend,”
“Saya nak tipu awak? Buang masa saya lah,”
“Ok, kalau awak tak tipu, mana bukti yang awak ada boyfriend?”
Anis Damia mula memandang sekeliling, cuba mencari helah.
“Mamat ni tanya pula. Aku nak jawab apa ni?” hati Anis Damia mula gelisah.
“Awak tak percaya ye saya ada boyfriend. Yang kat seberang jalan sana tu boyfriend saya,”
Ucap Anis Damia sambil jarinya ke arah Fadhzil. Rafiq memandang ke arah itu.
……………………………………
“Minah ni kenapa tiba-tiba marah aku? Dia tak tahu ke sebab dia langgar aku tadi kamera aku ni dah nak jatuh,” ngomel Fadhzil sendiri.
Fadhzil memandang ke arah Anis Damia dan Rafiq di seberang jalan.
“La, dah ada boyfriend ke. Baru nak ada orang duduk dalam hati. Ni mesti kes gaduh la ni. Tu yang tiba-tiba terus marah orang tak tentu pasal,”
Fadhzil berniat mahu melangkah namun dia membatalkan niatnya.
“La, kenapa minah ni tunjuk-tunjuk aku pula. Mamat sebelah dia tu pandang aku semacam je. Nak telan aku hidup-hidup ke apa?”
Fadhzil perasan yang jari telunjuk Anis Damia ke arahnya.
“La, diorang ni kenapa melintas balik. Ni game mari melintas di zebra crossing ke? Baik aku pergi daripada tengok drama diorang ni,”
Baru sahaja berjalan dua tapak, kedengaran suara itu memanggilnya.
“Awak,” panggil Anis Damia.
Fadhzil memandang Anis Damia. Anis Damia kini berdiri di sebelahnya.
“Untuk pengetahuan awak Encik Ahmad Rafiq, abang yang pegang kamera ni boyfriend saya,” ucap Anis Damia sambil memaut lengan Fadhzil.
Fadhzil terpinga-pinga.
“Drama apa yang berlaku ni? Apasal minah ni libatkan aku pula?” detik hatinya.
“Saya tak percaya,” ucap Rafiq.
“Awak ni memang tak faham bahasa ke? Saya tak nak kat awak. Dia ni boyfriend saya,”
“Ok, kalau betul ni boyfriend awak. Siapa nama dia?”
Anis Damia mula tidak senang hati.
“Kenapa awak diam? Awak tak tahu nama dia kan?”
“Siapa kata saya tak tahu nama dia. Nama dia…nama dia…….,”
“Nama saya Fadhirul Fadhzil. Saya memang boyfriend dia. Kenapa? Awak ada masalah ke?”
Ucap Fadhzil, cuba menyelamatkan situasi Anis Damia.
“Awak ni bukan tadi yang lalu kat zebra crossing tu ke, lepas tu berlanggar dengan A.D, dan lepas tu A.D marah awak?” Rafiq seperti curiga.
“Itu saja je. Semalam kitorang gaduh. Kalau kitorang gaduh memang suka buat-buat tak kenal,” sambung Fadhzil.
“Ha, betul tu,” Anis Damia menyokong.
“Saya tak percaya,” ucap Rafiq sambil tangannya cuba menarik Anis Damia. Namun, Fadhzil berjaya menghalang. Terasa kebas apabila genggaman tangan Fadhzil mencengkam lengannya.
Bro, tak kan nak kacau awek orang. Tak macho namanya tu,” Fadhzil seolah-olah memberi amaran lalu melepaskan genggamannya.
“Ok, sorry bro,”
“Lepas ni, janganlah kacau Anis Damia ni lagi ye. Dia girlfriend orang,”
“Ok bro. Sorry. Ni selalu pergi gym ke?” Rafiq bertanya kerana melihat lengan Fadhzil mempunyai sedikit otot.
“Ha, kenapa? Kat rumah ade dumbbell 10kg. Nak try ke?”
“Tak adalah. Tanya je. Minta diri dulu la ye,” Rafiq segera meninggalkan mereka berdua.
Anis Damia memandang Fadhzil dengan penuh tanda tanya.
“Amacam, hebat tak lakonan saya?”
“Errrrkk…Hebat. Dan awak pun hebat menambahkan rasa dalam drama ni,”
“Drama? Awak sengaja libatkan saya. Awak gaduh dengan boyfriend awak, lepas tu nak lepaskan diri cakap saya boyfriend awak pula,”
“Dia bukan boyfriend sayalah. Dia tak pernah jadi boyfriend saya pun,”
“Habis tu, siapa boyfriend awak?”
Anis Damia menyengih.
“Awaklah, boyfriend palsu. Sorry ye, saya libatkan awak. Anyway, terima kasih sebab sudi jadi boyfriend palsu saya,”
“Boyfriend palsu je ke? Kenapa tak boyfriend betul?” tanya hati Fadhzil.
“Lagi satu, saya nak minta maaf pasal tadi. Saya marah awak. Sebenarnya tak ada niat pun. Saya marah mamat tu. sibuk je nak ikut saya. Lepas tu tak faham bahasa yang saya tak nak kat dia,”
“Nasib baik tadi awak langgar, kamera saya ni tak jatuh. Kalau jatuh tadi saya tak nak tolong awak,”
Sorry sangat-sangat. Saya tak sengaja,”
“Tak apalah, hal kecil je tu. Lagipun tak jatuh lagi,”
Anis Damia tersenyum. Mata Fadhzil sempat menangkap senyuman itu.
“Macam mana awak tahu nama saya Anis Damia?”
“Tadi bukannya mamat tu cakap nama awak Anis Damia ke?”
Anis Damia menggeleng.
“Tak ada. Dia cakap A.D, Anis Damia tu nama betul saya,”
Fadhzil seperti terperangkap.
“Kawan saya boyfriend kawan baik awak,”
“Raudhah? Maksudnya, awak ni kawan dengan Adha la ye? Budak fotografi juga ke?”
Fadhzil mengangguk.
“Nama saya………..” Fadhzil cuba memperkenalkan diri.
“Nama awak Fadhirul Fadzil kan?” Anis Damia mencelah.
“Eh, macam mana awak tahu ni?” tanya Fadhzil dalam nada bergurau.
Anis Damia tersenyum.
……………………………………

“Kenapa sengih-sengih ni?” tanya Raudhah apabila melihat Anis Damia tersenyum sendiri.
“Kenapa kau tak cakap dengan aku yang Adha tu ada member macho ala-ala Fahrin Ahmad,”
“Siapa? Fadhzil?”
“Yalah,”
“Kau tak pernah tanya. Kenapa tiba-tiba ni?”
Anis Damia menceritakan apa yang telah berlaku.
“Oooo..ni kes jadi boyfiend palsu lepas tu nak bertukar boyfrend betul?”
“Kau ni, ada ke situ pula. Aku tanya je,”
“Orang tanya ni biasanya berkenan,”
“Apasal pula?”
“Yela, macam orang nak meminang. Mesti merisik dulu,”
“Kau mula nak merepek. Tak ada kena mengena hal aku dengan Fadhzil tu,”
“Sudah lah A.D, aku tahu sangat kau tu,”
“Apa dia yang kau tahu tu?”
……………………………………

“Nah,” Fadhzil menghulurkan beberapa keping gambar bangunan kepada  Anis Damia.
“Awak nak jumpa saya sebab nak kasi gambar-gambar ni?”
“Raudhah cakap dengan Adha yang awak tengah buntu nak cari idea untuk assignment design awak. Saya ada beberapa gambar bangunan yang cantik. Mana tahu, awak dapat ilham nanti,”
Anis Damia menghadiahkan senyuman itu.
“Manis,” detik hati Fadhzil.
“Saya memang dah tak ada idea. Tak dapat ilham. Hope, gambar-gambar ni dapat membantu. Terima kasih,”
“Sama-sama kasih,” ucap Fadhzil.
“Mana ada orang cakap sama-sama kasih,”
“Tak ada ke? Oklah, sama-sama,”
“Mana tahu, dengan bantuan awak saya dapat ilham,”
“Kiranya awak dapat ilham disebabkan saya la?”
“Siapa tahu, mungkin,”
……………………………………

Fadhzil menanti di lintasan zebra itu. Semalam mereka sudah berjanji mahu berjumpa di situ. Fadhzil tersenyum apabila melihat susuk tubuh itu. Anis Damia berada di seberang jalan.
“Kenapa awak nak jumpa saya?” tanya Anis Damia yang hampir separuh menjerit.
“Saya nak tanya awak. Awak tunggu kat situ, saya datang kat tempat awak,”
Fadhzil mahu melintas tetapi aliran trafik ketika itu seperti menghalangnya.
 “Awak, saya nak tanya,” jerit Fadhzil.
“Apa dia?”
“Awak nak saya jadi boyfriend palsu awak ke boyfriend betul awak?”
Kebetulan sebuah lori sedang bergerak di hadapan mereka dan menyebabkan suara Fadhzil tenggelam. Sayup-sayup kedengaran.
Anis Damia mula berteka-teki.
Boyfriend palsu ke boyfriend betul? Tu ke dia nak tanya? Betul ke tu yang dia tanya? Ke dia nak declare dengan aku?”
Anis Damia mula resah.
So, apa jawapannya?” tiba-tiba Fadhzil sudah berada di sebelahnya. Fadhzil baru sahaja melintas.
“Apa soalannya?”
“Saya dah beritahu tadi,”
“Saya tak dengar,”
Fadhzil sepertinya mencari kekuatan untuk meluahkan perasaan itu sekali lagi.
“Saya rasa, ada orang sedang duduk dalam hati saya. Saya nak awak jadi girlfriend betul saya. Tapi saya tak tahulah awak nak saya terus jadi boyfriend palsu awak or nak tukarkan palsu kepada yang betul,”
Hati Anis Damia berbunga.
So?”
Anis Damia tunduk, tersenyum malu.
“Orang cakap kalau diam tu maknanya betul”
Anis Damia terus membisu sambil tersenyum. Fadhzil mengerti akan maksud senyuman itu.
“Senyuman awak kali ni bukan setakat manis tapi bersuara Cik Anis Damia,”





bisik2 : kalau ade rezeki jiwa mau datang.. nk wat cite ni jd novel edition.. utk 3rd novel (2nd novel pun xsiap lg..nk wat 3rd novel plak) haaaiisshh..=,="